KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Friday, March 27, 2009

Nur Muhammad SAW

Salam


Saksikan video clip yang telah diambil dari sebuah hotel berdekatan dengan Masjidil Nabawi. Subhanallah..... Masyaallah.....Allahuakbar...... Lihatlah cahaya terang benderang di atas Masjidil Nabawi apabila dilaungkan nama Nabi Muhammad SAW ketika azan berkumandang...


Terima kasih kepada Fathiyah Alwani atas sumbangan video ini.


lamanannur@yahoo.com

Baca lagi...

Majlis Bersama Dato' Dr Haron Din


PADA HARI SABTU 4 April 2009
Di Bright Future Training, Saujana Impian, Kajang
Jam 9.00 - 11.00 pagi

Tempat adalah TERHAD. Sila hubungi 013-2085715


Baca lagi...

Enam pesanan khusus untuk wanita


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal(kan) solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.


Sumber : http://idhamlim.blogspot.com - Email:Zamri kecik's
Baca lagi...

Thursday, March 26, 2009

Wednesday, March 25, 2009

Senyumlah

"Senyummu terhadap saudaramu merupakan sedekah" (Riwayat al-Bukhari alam al-Adab al-Mufrad)

Rasulullah SAW adalah peribadi yang selalu tersenyum. Diriwayatkan daripada Jabir dalam Shahih Bukhari & Muslim, Jabir berkata:

"Sejak aku masuk Islam, Rasulullah SAW tidak pernah menghindari daripadaku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku"

Makanya, Rasulullah SAW juga menganjurkan agar umatnya untuk senyum kepada saudara mereka. Ini menunjukkan bahawa aktiviti senyum bukanlah hal yang remeh, apalagi sia-sia, bahkan sebaliknya, menunjukkan bahawa senyum itu sangat penting. Pendapat ini didokong oleh para ahli. Majalah Psycology Today pernah mmberikan nasihat iaitu dengan senyum kepada orang yang baru dikenali, akan berasa nyaman untuk berkomunikasi. Dan ketika seseorang tersenyum, walaupun sedang tidak bahagia, otak mereka akan mengeluarkan sejumlah zat kimia yang tidak hanya meningkatkan sistem kekebalan tubuh, tapi sekaligus juga memberi daya angkat bagi keadaan psikologi seseorang.

Seorang ahli psikologi di Universiti Michigan, Prof James V.McConnel juga mengatakan bahawa, orang yang tersenyum lebih cenderung untuk mampu mengatasi, mengajar & menjual dengan lebih efektif, serta mampu membesarkan anak-anak yang lebih bahagia. Senyum itulah yang mendorong semangat. Kesimpulannya, ternyata di samping baik untuk keadaan fizikal & psikis yang bersangkutan, senyuman juga memberikan kesan yang positif kepada orang lain. Jelaslah Rasulullah SAW menilainya sebagai salah satu bentuk sedekah.


Adaptasi & olahan daripada Suara Hidayatullah (Mac 2009) oleh Thoriq

Baca lagi...

Project Kewangan ABIM 25 (PKA 25)


Projek Kewangan ABIM 25 (PKA 25) merupakan projek khas yang diberi nafas baru oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Pengemblengan projek ini adalah bertujuan untuk memperkasa perjalanan dan gerak kerja ABIM seperti melengkapkan ABIM dengan sumber manusia terbaik, prasarana organisasi, saluran komunikasi penerbitan dan projek-projek khusus yang dirancang.
Hal ini adalah selaras dengan fungsinya menerusi pendekatan PEMBELA, PRIHATIN dan PENDIDIK. Oleh itu, mekanisme PKA 25 telah disusun untuk memudahkan anggota dan individu yang menyokong perjuangan ABIM melakukan amal jariah.
Sepanjang 36 tahun ABIM berada di tengah-tengah kancah masyarakat, ABIM masih mengekalkan peranan uniknya sebagai institusi umat yang mandiri setelah mendapat sokongan dan dokongan umat. ABIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan yang telah lama diberikan kepada institusi istimewa ini yang telah melahirkan ramai pejuang, aktivis sosial, pemimpin negara dan tokoh akademik dalam rakaman sejarah perjuangan agama, bangsa dan negara.
Namun begitu, cabaran yang lebih rencam mendorong ABIM melakukan persedian secara lebih tersusun dalam memastikan jentera dan sumber manusia yang ada cukup kompeten untuk menggerakkan program dakwah, advokasi dan pendidikan untuk umat. Semua ini adalah sangat penting dalam membina masyarakat Islam untuk menghadapi cabaran politik, ekonomi dan sosial dewasa ini.
ABIM menetapkan sasaran 1000 orang penyumbang menjelang Muktamar ABIM ke 37 nanti dan PKA 25 ini akan dilancarkan secara rasmi pada sambutan Muktamar ke 37 ini nanti.
Berikut adalah maklumat ringkas berkenaan PKA 25
Apakah PKA 25 ?
PKA 25 ialah nama kepada projek sumbangan dana oleh ahli ABIM secara tetap sebanyak RM 25 setiap bulan kepada tabung ABIM.
Kenapa Saya Perlu Menyumbang ?
Sumbangan anda adalah satu bentuk amal jariah kepada masyarakat secara berkala dan konsisten. Program mendidik umat yang dijalankan oleh ABIM memerlukan usaha dan sumbangan dana secara berterusan daripada masyarakat.
Bagaimanakah Saya Boleh Menyumbang ?
Anda boleh menyumbang melalui potongan terus daripada akaun yang telah dipersetujui secara Inter Bank Giro (IBG). Anda boleh menyalurkan sumbangan anda kepada ABIM walaupun daripada institusi kewangan yang berbeza.
Saya Berminat Untuk Menyertai PKA 25 Dan Ingin Penjelasan Lanjut ?
Anda boleh menghubungi Pejabat Kewangan ABIM untuk maklumat dan penerangan lanjut melalui talian 03-61880300 atau 016 2614300.
Sumbangan anda adalah sangat bermakna sebagai nadi kepada gerakan ini dan anda adalah sebahagian daripada hamba Allah yang mempunyai keprihatinan tinggi kepada nasib umat. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran sebaiknya untuk anda sekeluarga di dunia dan akhirat.
Terima kasih dan JazakaLlahu khairan kathira.
Baca lagi...

Cara-Cara Menyuburkan Sifat Amanah

Zaman sekarang, kejujuran rasanya semakin sukar untuk ditemui. Yang tersebar di mana-mana sahaja adalah dusta, khianat & ingkar janji. Mengurangi timbangan, rasuah, palsu & sepertinya seolah-olah suatu yang lumrah.
Apa yang harus kita lakukan?

A. SEKITAR PERIBADI
  1. Sedari bahawa amanah adalah ciri fitrah nurani kita
  2. Jernihkan dengan banaykkan berzikir
  3. Perkuatkan dengan ilmu agama
  4. Sentiasa berlatih untuk amanah

B. SEKITAR KELUARGA

  1. Tunjukkan sifat/sikap yang terpuji
  2. Sering menasihati tentang pentingnyasikap amanah.
  3. Tegakkan disipin di dalam rumah tangga

C. SEKITAR MASYARAKAT

  1. Pilihlah pemimpin yang amanah
  2. Sistem yang baik
  3. Menegakkan bihun goreng.

Adaptasi & Olahan daripada Hanif Hannan (Suara Hidayatullah untuk Mac 2009)

Baca lagi...

Tuesday, March 24, 2009

Ciri-Ciri Wanita Solehah


Apa ciri-ciri wanita solehah itu?

PERTAMA, ia wanita yang paling taat kepada Allah SWT. Ketaatannya melebihi kepada apapun yang mesti ditaati.
KEDUA, ia sentiasa menyerahkan segala urusan hidupnya kepada hukum & syariat Allah SWT.
KETIGA, ia sentiasa menjadikan al-Quran & al-Hadis sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya.
KEEMPAT, ibadahnya baik & memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia.
KELIMA, tidak suka berdusta, bergossip & riya'.
KEENAM, berbuat baik & berbakti kepada orang tuanya. Dia sentiasa mendoakan orang tuannya, menghormati mereka, menjaga & melindungi kedua-duanya.
KETUJUH, taat kepada suaminya. Menjaga harta suaminya & mendidik anak-anaknya dengan kehidupan Islami.
KELAPAN, jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan, & menenteramkan bila berada di dekatnya.
KESEMBILAN, melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan & memotivasikan suaminya untuk berjuang membela agama Allah SWT
KESEPULUH, dia tidak gemar bermewah-mewah dengan dunia, tawaddhu & bersikap sederhana.
KESEBELAS, memiliki kesabaran luar biasa atas janji-janji Allah SWT. dia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya.Itulah sekelumit catatan mengenai ciri-ciri wanita solehah. Semoga kita dapat mentauladaninya, sehingga jannahlah tempat tinggal kita kelak di akhirat, Allahumma amin.

Adaptasi & Olahan dari Suara Hidayatullah (Mac 2009) oleh Nur Aminah

Baca lagi...

Monday, March 23, 2009

Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat

MENGANGKAT citra seorang lelaki Melayu menjadi super hero membibitkan kegusaran seandainya ia bisa mengurangkan nilai komersial. Namun, sosok yang ditampilkan sebagai ikon di dalam karya terbaru susunan Abdul Shukur Haron & Annual Bakri Haron punyai kelainan. Peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah ditinjau cermat. Karier politik Tuan Guru menjadi tema utama selain beberapa tajuk tempelan yang relevan.

Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat memaparkan kepada khalayak, teladan seorang ulama yang memimpin wilayah timur. Manfaat yang bakal dikutip apabila setiap lembar lancar berkisah tentang idea, perlaksaan, motif, rasional, kontroversi, apresiasi & pendirian seorang tokoh tersohor lantaran memakai jubah ulama & mengenakan mahkota kerajaan. Dia lain daripada yang lain! Bukankah kelainan itu tandanya istimewa?
"Kepimpinan Tuan Guru telah menaikkan imej ulama. Beliau telah merdekakan peranan ulama yang selama ini terhenti di laman surau & masjid-masjid."
Malah, media Indonesia menyatakan bahawa jawatan & pangkat tidak mengubah apa-apa yang dimiliki Tuan Guru. Kenyataan menarik ini turut terakam di dalam naskah terbitan Anbakri Publika kali ini. Apabila ulama memerintah, secara tidak langsung idea & pemikirannya menjadi ikutan & panduan. Apa yang mengejutkan, Tuan Guru meninggalkan pemikiran & perspektif tokoh politik lain jauh ke belakang bahkan keluar dari lingkaran konvensi (tradisional). Maka, lahirlah pelbagai program & skim yang memelihara kebajikan rakyat.

Terlebih dahulu anda perlu hadami takrif moden. Kerana moden itu bermula melalui cetusan ilmu yang bakal meledakkan momentum idea & praktikal. Itulah gagasan Tuan Guru sejak menerajui Kelantan Darul Naim. Sedayanya rakyat dihidangkan berkawah ilmu sehingga hari Jumaat diisyhtiharkan sebagai Hari Talaqi di Medan Ilmu, Jalan Dato' Pati.

Nah, buku ini mendedahkan segal-galanya. Mengalir dari lubuk idea, ia menyinggah di tangkal hati yang membenihkan perasaan halus Tuan Guru sehingga terciptanya untaian pantun-pantun klasik.

Kekuatan buku ini apabila ia berjaya mengukir kemilau peribadi seorang negarawan ulama, Menteri Besar & sosok seorang lelaki Melayu yang tidak pernah melupakan akar Melayunya.


Sumber : Harakah bil 1424 oleh Faizatul Herda
Baca lagi...

Berpegang Teguhlah Pada Tali Allah


Baca lagi...

Sunday, March 22, 2009

ebook Tafsir Ibnu Kathir Jilid 3



Salam,

sila klik di sini untuk memuat turunkan Tafsir Ibnu Kathir jilid 3.


Baca lagi...

Penelitian: Marah Lebih Memendekkan Usia

"Percaya tidak, semakin sering anda marah, semakin memendekkan usia anda. Begitu kata para pengkaji di AS dalam penelitan terbaru"
Para pengkaji mengatakan, kemarahan dan emosi tinggi dapat mendorong denyutan jantung untuk berhenti. Kajian sebelumnya memperlihatkan gempa bumi, perang atau kekalahan pada pertandingan bola sepak Piala Dunia dapat meningkatkan tingkat kematian akibat serangan jantung setelah denyutan organ tubuh penting ini berdenyut terlampau cepat atau dengan ketinggian yang membawa kepada jantung untuk berhenti berdenyut.
Keadaan tersebut berarti jantung berhenti mensirkulasi darah yang boleh membuat si pemilik jantung meninggal secara tiba-tiba.

"Keadaan tersebut diperlihatkan dalam cara yang berbeza saat anda berada dalam keadaan tertekan yang mendorong kepada kematian mendadak," kata Dr Rachel Lampert dari Yale University di New Heaven, Connecticut (AS).

Kajian dimulakan dengan memperhatikan bagaimana kemarahan boleh mempengaruhi sistem elektrik jantung. Lampert dan rakan-rakannya melakukan kajian terhadap 62 pesakit jantung dan menggunakan alat getar jantung yang dilekatkan ke tubuh mereka atau disebut ICD.

ICD boleh mengenalpasti irama jantung atau "arrhythimia", yang menghantarkan kejutan elektrik bagi memulihkan denyutan jantung normal.

"Mereka adalah orang-orang yang memiliki beberapa kecenderungan pada arrhythimia. Responden dalam kajian ini diminta bersenam untuk menghitung episod kemarahan mereka belakangan ini sementara itu kumpulan Lampert melakukan ujian yang disebut Pengatur Gelombang-T untuk mengukur ketidakstabilan elektrik pada jantung.

Kumpulan pengkaji secara spesifik mengajukan pertanyaan-pertanyaan kepada responden dengan tujuan mengingat kembali episod-episod kemarahan mereka.

"Kami dapatkan dalam setting makmal bahawa rasa marah atau kemarahan boleh meningkatkan ketidakstabilan elektrik pada pesakit-pesakit ini," kata Lampert.

Selanjutnya, kumpulan pengkaji memantau responden selama tiga tahun untuk menentukan pesakit yang mendapat serangan jantung sehingga memerlukan alat kejut jantung dari benda getar yang dilekatkan pada tubuh mereka.

"Orang-orang yang mengalami ketidakstabilan elektrik akibat kemarahan tinggi 10 kali kemungkinan besar dibandingkan dengan yang lain yang mengalami gangguan arrhytmia," tambah doktor tersebut.

Kajian menunjukkan kemarahan boleh mendorong kepada kematian, setidaknya untuk orang-orang yang cenderung suka marah-marah sehingga menimbulkan gangguan elektrik pada jantung.

Kemarahan dan tekanan juga boleh mempengaruhi organ jantung yang normal tapi caranya berbeza dibandingkan dengan mereka yang memiliki ketidaknormalan pada salah satu organ tubuh penting tersebut. Kematian akibat jantung secara tiba-tiba mencapai lebih dari 400.000 setiap tahun di AS.

Sumber : Hidayatullah.com (sila klik di sini untuk melihat artikel asal)
Baca lagi...

ebook Ketika Cinta Bertasbih Karangan Habiburrahman el-Shirazy



Salam,
Untuk memuat turunkan, sila klik:
> Ketika Cinta Bertasbih Episod 1 - part 1 & part 2
> Ketika Cinta Bertasbih Episod 2 - full version

lamanannur@yahoo.com
Baca lagi...

Kem Asuh 2009 : Asuh-AQRAB Tilawah Bestari



Kem Asuh 2009
Asuh-Aqrab Tilawah Bestari.Menghafal Sambil Menghayati Ciptaan Ilahi
Tarikh-Tarikh
31 Mei - 4 Jun 2009
Modul-modul
Tahsin ayat-ayat lazim, hafazan ayat-ayat lazim & surah Yasin, pemantapan wuduk & solat, kepimpinan, motivasi dan riadah.
Hubungi
Urusetia di talian 03-6142 1614 / sms 013-6697 992
Baca lagi...

Jangan Dilupa Pada Yang Putih...


Baca lagi...

Saturday, March 21, 2009

Anak Didikan Ibu Lebih Cerdas




"Kajian terbaru menyebutkan, peranan ibu dapat menjadikan anak lebih cemerlang dibanding ayah"
Peranan ibu dalam mendidik anak memang lebih besar berbanding seorang ayah. Kajian terbaru di AS menunjukkan anak yang dididik oleh ayah berusia lebih matang, tidak begitu memiliki otak yang cemerlang semasa kanak-kanak. Sebaliknya, anak di bawah pangkuan atau didikan ibu yang lebih matang, akan mempunyai otak lebih cemerlang.

Kajian ini berdasarkan ujian terhadap sejumlah anak atas kemampuan berfikir selama masa kanak-kanak atau menjelang remaja. Kelebihan ibu dalam peranan mereka dalam mengurus anak diperlihatkan pada kajian ini. Kajian ditujukan untuk menguji kemampuan daya ingat, menangkap pelajaran dan konsentrasi.
Kumpulan penyelidik yakin mutasi dalam sperma lelaki yang terjadi sepanjang waktu kemungkinan menjadi faktor atau penyebab perbezaan tersebut. Menurut para pengkaji dari University of Queensland dalam jurnal PloS Medicine, usia di mana lelaki dan wanita tengah memiliki anak, mengalami peningkatan atau lebih matang dalam dunia maju.

Namun pengaruh dari peningkatan usia di masa didik anak tersebut memperlihatkan hal lain ketika tingkat kesuburan mulai menurun terutama pada lelaki. Kesuburan pada sperma lelaki di usia lebih matang membuat kaum Adam kurang bagus dalam mendidik anak di usia itu berbanding ibu.
Dijelaskan lebih lanjut kumpulan pengkaji, keadaan si ayah seperti ini kemungkinan berkaitan dengan sederet masalah kesihatan seperti cacat, neuropsychiatric (berkaitan dengan syaraf), seperti schizophrenia dan gangguan bipolar.

Kumpulan pengkaji menganalisa data 33.437 anak yang lahir di antara 1959 dan 1965 di AS. Masing-masing anak diberikan ujian fungsi otak pada usia delapan, empat tahun dan tujuh tahun. Kumpulan ppengkaji melakukan penelitian ini juga berkaitan dengan faktor sosial-ekonomi seperti pendapatan keluarga dan pendidikan orangtua.

Hasil kajian memperlihatkan anak di bawah asuhan seorang ayah berusia lebih matang, memiliki nilai lebih rendah dalam berbagai ujian. Sebaliknya anak yang didik seorang ibu berusia lebih matang. Mereka mendapat skor lebih tinggi. Kelebihan ibu yang satu ini, dijelaskan pengkaji, kemungkinan karena faktor lingkungan pula yang membuat anak lebih pandai di bawah asuhan mereka.

Faktor genetik juga menjadi penentu atau kuncinya. Adanya bukti mutasi gen menjadi lebih berkembang dalam sperma lelaki dalam usia mereka yang lebih matang. Tapi kajian sebelumnya memperkirakan anak di bawah didikan seorang ayah akan lebih baik kehidupannya mengingat biasanya seorang ayah mempunyai pendapatan yang lebih baik. Dengan begitu, si anak akan mendapat layanan pendidikan dan lainnya yang lebih baik berbanding di bawah asuhan seorang ibu.

Adaptasi dari www.hidayatullah.com (Sila klik di sini untuk mendapatkan versi asal artikel ini)
Baca lagi...

Orang Beragama Lebih Tenang Hadapi Tekanan


OTAK orang-orang yang beragama terbukti lebih tenang bila menghadapi situasi yang tidak pasti dan memiliki tingkat stres yang lebih rendah apabila mengalami kesalahan berbanding orang-orang yang tidak mempercayai agama. Ini kesimpulan daripada kajian di Kanada yang mempelajari hubungan antara penganut agama dan aktiviti otak.

"Orang-orang beragama atau mereka yang percaya pada Tuhan terbukti memiliki tingkat stres atau kecemasan yang lebih rendah setelah melakukan kesalahan," ujar Michael Inzlicht, profesor psikologi University of Toronto.

Kajian ini melibatkan kelompok kecil orang-orang yang percaya pada Tuhan dan tidak percaya dari berbagai latar belakang agama, termasuk umat Islam, Kristen, Hindu, dan Budha.

Para peserta diminta untuk mengisi soalan agama tentang keyakinan mereka terhadap Tuhan dan tingkat keimanan mereka. Lalu, mereka diminta untuk mengerjakan tugas Stroop, sebuah ujian psikologi yang mengukur waktu reaksi selama menjalankan berbagai tugas seperti mengenali warna dengan cepat.

Pada tubuh setiap responden dipasang elektrod yang mengukur aktiviti di wilayah otak yang disebut anterior cingulate cortex (ACC). ACC berfungsi untuk mengendalikan emosi dan membantu orang untuk memodifikasi perilaku ketika mengalami kejadian yang membawa kepada kecemasan seperti saat melakukan kesalahan.

"Bahagian ini akan terganggu ketika anda melakukan kesalahan atau dihadapkan pada situasi di mana anda tidak tahu apa yang harus dilakukan," jelas Inzlicht.

Penelitian menunjukkan aktiviti ACC pada orang yang beragama lebih rendah bila dibandingkan pada mereka yang tidak percaya pada Tuhan. Ini menunjukkan bahwa mereka tidak terlalu cemas saat melakukan kesalahan selama tes.

Semakin kuat tingkat keimanan dan keyakinan pada Tuhan, semakin rendah aktiviti ACC sebagai respon atas kesalahan yang mereka lakukan sendiri.

Ini menunjukkan adanya hubungan antara keyakinan agama dan aktiviti otak. Namun begitu, para ahli masih belum mengetahui alasan yang tepat. Sekalipun peneliti menduga bahwa orang-orang yang beragama memiliki tujuan yang lebih besar berbanding diri mereka sendiri khususnya kehidupan setelah kematian.

Adaptasi & olahan dari http://www.hidayatullah.com/ (Sila klik di sini untuk membaca artikel asal)
Baca lagi...

Friday, March 20, 2009

Dosa...


Baca lagi...

Jadual Kuliah Pengajian Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad Bulan April 2009

Salam

Berikut adalah jadual kuliah pengajian Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad bagi bulan April 2009:

> 6 April 2009 - Masjid Simpang Empat, Permatang Buluh > Nurul Ehsan jilid 2

> 7 April 2009 - Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar > Bahrul Mazi Jilid 15

> 13 April 2009 - Surau Taman Kerian, Parit Buntar > Nurul Ehsan jilid 4

> 14 April 2009 - Masjid Jelutong, Pulau Pinang > Bahrul Mazi JIlid 19

> 20 April 2009 - Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang > Nurul Ehsan Jilid 1

> 21 April 2009 - Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darul Aman, Jitra > Bahrul Mazi 13

"Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk (hidayah), maka baginya ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangi sedikitpun" (Riwayat Muslim)

Sumber : Azrul Alwi azrul.alwi@gmail.com

Baca lagi...

Thursday, March 19, 2009

Kem Kepimpinan 2009

Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Baca lagi...

Tentang Iman


Baca lagi...

Wednesday, March 18, 2009

Forum Isu Semasa : Kupasan Intelektual Krisis & Masa Depan Politik Perak & Malaysia



Sumber : http://www.suarabangi.blogspot.com/ Baca lagi...

MAKLUMAN

Salam

Akhirnya setting laman-annur telah kembali seperti sediakala.

Maaf atas kesulitan yang berlaku pada hari ini.

lamanannur@yahoo.com
Baca lagi...

Istiqamahlah - Ingat Tuhan Sampai Mati!

“Ya Allah, kami memohon perlindungan daripadaMu daripada habisnya usia sebelum habisnya siap sedia. Amiin” Baca lagi...

MAKLUMAN

Salam

Untuk makluman telah berlaku perubahan setting dalam blog ini. Segala maklumat jaual kuliah pengajian yang di kongsikan telah 'hilang'.

Saya sedang berusaha untuk memaparkan semula maklumat-maklumat tersebut secepat yang mungkin.

Maaf atas kesulitan.


lamanannur@yahoo.com Baca lagi...

Poket Kembara 2

Dakwah Dalam Pesawat
Barang yang dibawa tidaklah banyak tetapi yang memberatkanya ialah buah tangan untuk teman-teman di Jakarta dan Solo iaitu Majalah Anis dan buku-buku saya sendiri. Terima kasih kepada Cik Juwairiah Hasan aka Kak Ju kerana meminjamkan beg galas belakang (yang pernah dibawanya ke Sepanyol dan Turki dalam rangka kerjanya sebagai wartawan rancangan Dokumentari Syahadah RTM1) kepadaku. Barang-barang lain adalah kamera DSLR (Digital Single Lense Reflect) jenama NIKON milik abah (yang dipesan berkali-kali: jaga elok2), buku catatan, passport, duit sejuta rupiah lebih (wah! Jutawan) dan dua buku proses kreatif karya Hizairi Othman (konon nak baca untuk tesis tapi..ambil berkat sahajalah)
Pesawat Air Asia Kl-Jakarta no QZ701. Duduk sebelah gadis Indonesia kelahiran Semarang bernama Alfiatun Rahmah dan temannya. Sebaik terenap di kerusi 10C, sudah bercadang membaca Majalah Anis (majalah syarikat tempat aku bekerja). Aku perasan, gadis sebelahku tersenyum dan memerhatikan diriku lama. Aku tidak lokek membalas senyumannya dan kami terpana dengan senyuman masing-masing. “Mbak orang Malaysia?” tanyanya. Saya mengangguk. Hampir separuh penumpang pesawat adalah rakyat RI (Republik Indonesia) termasuk pilot dan anak2 buahnya (pramugari/gara). Mungkin gadis ini maklum setelah seorang petugas kapal menyerahkan borang untuk diisi oleh pelancong luar yang masuk ke Indonesia.
Perbualan makin diransang apabila si gadis bertindak sebagai ‘wartawan’ ke atasku. “Mbak mahu ke mana di Jakarta? Tujuan apa? Seorang diri sahajakah? Siapa yang jemput di bandara nanti? Di Malaysia tinggal di mana?” dan soalan akhirnya, “Cantik ya pakai tudung..saya punya keinginan tetapi..” setelah itu menyusul perkongsian cerita di antara kami hingga tidak sedar pesawat sudah tiba di destinasi.
Ceritanya..Namaku Alfiatun Rahmah. Bisa dipanggil Alfi. Umurku baru 19 tahun dan bekerja sebagai pembantu rumah bagi pasangan Kristen Hindu di Damansara tahun lalu. Sekarang, aku mau pulang ke rumah di Semarang. Mbak, aku punya persoalan, bagaimana Tuhan memandang manusia itu sama ada dia Islam atau bukan Islam? Kerana aku seorang Muslim, tetapi dipautkan kepada kesusahan, apakala tuan tempat aku bekerja, mereka hidup dalam limpahan kasih sayang dan kemewahan. Mereka juga orang-orang yang melakukan kebaikan pada orang lain, apakah Tuhan menilai kebaikan mereka sedang mereka musyrik?Kataku..Sambil beristigfar dalam hati (kerana aku malu dengan diriku yang tidak selayaknya mewakili Tuhan menjawab persoalan si gadis ini). Dik, kitakan selalu membaca BismillahirRahmahnirRahim yang maksudnya Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani (cinta). Itu adalah pengucapan keyakinan bahawa Allah SWT, Tuhan kita dan seluruh makhluk termasuklah Islam atau bukan Islam bersifat ar-Rahman dan ar-Rahim. Dua sifat yang sangat autoriti kepada Sang Pencipta. Mengapa? Kerana aku atau kamu, tidak akan wujud di dunia ini kalau Tuhan Tidak menginginkan peranan kita di dunia. Dia lalu memberikan kita bekal pancaindera untuk memudahkan urusan kita. Kamu misalnya dibekalkan dengan tangan, kaki, dan tenaga untuk bisa bekerja di Malaysia. Aku misalnya dibekalkan dengan kesihatan untuk bertamu ke negaramu (kemudian bertemu kamu di atas pesawat ini). Itu hanyalah serpihan misalan yang menunjukkan bahawa Tuhan amat pemurah. Itu juga diberikan kepada tuanmu yang Kristen itu, mereka juga Tuhan kurniakan kekayaan dan kasih sayang kerana mereka orang yang suka membantu orang lain, mereka bahagia kerana mereka tidak menzalimimu bahkan menurutmu, mereka tidak memakan binatang kerana perasaan belas. Cumanya, mereka bodoh kerana mempersekutukan Tuhan, mengatakan Tuhan mempunyai anak (Jesus). Sepatutnya, secara logik, Tuhan boleh membalas kesilapan mereka serta-merta tetapi kerana sifatNya adalah ar-Rahman (pemurah), Tuhan tetap melimpahkan kebaikan kepada tuanmu yang Kristen itu. Kamu harus ingat, bahawa kebaikan Tuhan adalah apa-apa yang dimiliki oleh para makhlukNya baik yang ada pada Firaun sekalipun.
Namun, sifat cinta dan kasihan belas Allah SWT atau disebut ar-Rahim adalah khusus untuk mereka yang meyakini ‘Aku bersaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh (nabi) Allah’. Mereka itulah orang Islam (sejahtera) dan beriman (berpegang teguh dengan rukun iman Allah SWT). Menurutmu, mengapa kau Muslim sedangkan kau terus-terusan susah? Cuba dirimu berfikir, apakah Tuhan Menciptakan kesusahan kepada orang yang tidak menjadi perhatianNya? Ini adalah salah sama-sekali. Kalau begitu, mengapa Allah SWT menjadikan rasul kita, Muhammad SAW orang yang mendapat musibah sejak dari kecil? Baginda SAW telah kehilangan ayah sejak dari dalam perut ibunya, kemudian ditinggalkan si ibu ketika usia tadika, menyusul pula kematian datuknya yang menjadi tempat berpaut. Baginda menumpang kasih pada bapa saudara yang sederhana dan mempunyai anak-anak ramai sehingga baginda terpaksa mandiri (memelihara kambing dan berdagang) menafkahi hidupnya tanpa bergantung pada orang lain. Kisah baginda SAW ini jika ditelusuri, dari zaman kanak-kanaknya berinjak remaja, setelah kahwin kemudian menjadi nabi dan pemimpin umat sehinggalah baginda SAW wafat, penuh dengan kegetiran dan kesusahan. Nah! Sedang, bagindalah kekasih Allah SWT, makhluk yang paling dicintai Allah SWT sebelum Dia Menciptakan manusia yang pertama Nabi Adam AS. Jika Allah SWT telah memberi kesusahan kepada kekasihNya, sewajarnya kita yang (belum lagi) menjadi kekasih Allah perlu berasa bangga. Kita dalam unit latihan yang sama dengan Nabi kita sendiri. Kau kalau susah, apa yang sering kau lakukan? Berdoa, berharap dan memohon padaNya bukan? Itulah turning point Allah SWT akan memusatkan perhatianNya kepada dirimu, Memelukmu dengan cinta dan rindu dan mendodoikan kau harapan bahawa syurgaNya amat banyak dan luas untuk orang-orang (mukmin) yang bersabar (dengan kesusahan dan kemiskinan) di akhirat. Kawan, kampung dan perumahan kita bukan hanya di dunia, yang asli (Indonesian menyebutnya asri) adalah di akhirat. Rasulullah SAW pernah menyebutkan bahawa, syurga itu dihuni ramai orang miskin dan baginda akan bersama orang-orang miskin. Maka, kau dan aku perlu berbangga dengan sabda nabi itu. Secara logiknya, kita sendiri selalu berasa kasihan-belas kepada orang susah dan miskin dibandingkan orang-orang kaya. Tuhan juga begitu, ar-RahimNya istimewa untuk orang-orang Islam sahaja termasuklah kita yang miskin. Satu sifatNya (ar-Rahman) untuk non Muslim. Sedang kita yang beriman mendapat Rahman dan RahimNya sekaligus. Ini jelas, dan kau jangan mencemburui tuanmu yang Kristen itu lagi. Wallahu a’lam.
Ceritanya
Kak, aku dulu pakai jilbab tapi tak bertahan kerana orang lain menghinaku. Katanya, apa sih pakai jilbab tapi jahil dan buat dosa. Aku merasakan diriku bukan orang-orang baik, makanya aku tidak layak memakai jilbab (tudung). Bolehkah aku begini (free hair) terus dengan niat aku tidak mencemarkan agamaku sendiri (maksudnya jika pakai tudung kemudian berbuat dosa akan lebih memburukkan imej agama)
Kataku
Tersenyum (dalam hati sekali lagi ada ketakutan, bertalu soal; inikah permulaaan hikmah dalam musafir kali in?) Dik, orang yang memakai tudung itu perlu jelas tujuan dan perlaksanaannya memakai tudung. Seperti juga kita memakai baju dan kain, kita tahu keperluan memakainya. Tudung adalah untuk menutup bahagian kepala dan leher kita yang tidak boleh dilihat oleh lelaki luar. Itu perintah Allah kepada orang beriman. Kalau kita percayakan ini, apakah alasan untuk kita tidak memakai tudung? Biarpun orang lain mengatakan yang tidak-tidak, kalau niat dan tujuan kita hanya melaksanakan perintah Allah, siapakah lebih penting, orang yang bermulut jahat itukah atau Allah Yang Memberi kita nyawa?
Dan kita tahu, Islam itu agama yang memudahkan penganutnya. Perlaksanaan syariah Islam selalu disesuaikan dengan keadaan tempat, masa dan zaman. Muslimah Asia khususnya tidaklah disuruh memakai jilbab seperti Muslimah Saudi (yang diwajibkan bercadar muka). Hari ini, fesyen jilbab begitu banyak, selain cantik dan menutup aurat, ia juga menampilkan imej versatile para Muslimah. Kau boleh saja mencuba tudung seperti ibu Arini (drama Mutiara Hati dan Isteri Untuk Suamiku) dulu. Tudung seperti itu bukankah mudah untuk kita melakukan kerja hatta di dapur sekalipun. Tudung seperti aku ini memerlukan banyak pin dan keronsang (ketawa sendiri) tetapi senanglah, aku yakin dengan penampilanku. Bila aku bertudung dan memakai pakaian labuh, yang aku rasakan aku tidak menjadi perhatian lelaki (yang bertujuan jahat) dan berbangga jika sekalian tahu, aku ini seorang Muslimah yang berpegang teguh pada syariat Islam. Kau dik, kau memang cantik kalau memakai tudung. Betul!
Ceritanya
Kakak, aku di Malaysia, tak punya kawan yang tahu banyak tentang agama. Banyak persoalan yang aku ingin kongsi, tapi aku tak tahu siapa-siapa yang boleh aku rujuk.
Kataku
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, jika Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang, dia akan dipertemukan dengan sahabat yang baik. Mungkin perkenalan kita di atas pesawat ini ada hikmahnya. Kakak seperti adik, sama-sama mencari ilmu untuk kekuatan diri. Barangkali selepas ini, jika adik nak belajar tentang agama, kakak boleh kenalkan pada kawan-kawan dan ustazah. Di Kuala Lumpur sebenarnya banyak tempat pengajian Islam (ketika ini fikiranku terbayang Kak Tiq aka Kak Khadijah iaitu kakak usrahku sejak 4 tahun lepas sehingga sekarang. Aku akan bawa adik sebelahku ini nanti ke usrah kami setiap minggu di Seksyen 17, PJ). Memang ilmu kena cari baik dari guru, dari buku dan alat media lain.
Ceritanya
Tapi kak, aku tak tahulah dapat ke Malaysia lagi atau tidak? Aku..(dia tunduk sayu. Air matanya merenek kemudian mengalir di pipi)Kataku
Kalau adik nak berkongsi cerita, kakaklah orang pertama yang mau mendengar masalah adik. Jika adik segan, kakak doakan adik tabah.
Ceritanya
Keluargaku tidak mengamalkan Islam sepenuhnya kakak biarpun datukku seorang yang alim. Aku anak sulung daripada tiga beradik. Ibuku dulu pernah bekerja di Saudi tapi sekarang menetap di Semarang. Semuanya berpunca daripada bapakku yang tidak bertanggungjawab. Bapak itu kaki perempuan dan judi. Duit ibu yang dikirimkan untuk bina rumah dihabiskan untuk maksiat. Berkali-kali ibu mohon cerai dari bapak, tapi bapak berdegil tak mau lepaskan ibu. Dia ugut, kalau ibu pergi, rumah yang kami tinggal akan jadi miliknya. Jadi, ibu sekarang hanya tau menangis dan menangis.
Kak tau, penyakit bapa telah berjangkit pada adik kedua saya (perempuan). Adik sekarang sudah berani menengking ibu dan membenarkan kata-kata bapa pada ibu. Dulu, ketika kami kecil, kami dijaga bapa kerana ibu bekerja di Saudi. Jadi adik lebih rapat dengan bapa. Aku pernah menegur adik, perbuatannya sekarang melampau batas. Dia tak mau sekolah, suka berpeleseran dan derhaka pada ibu. Entahlah kak, hidupku terus dalam tekanan. Aku mau pulang ini kerana memikirkan ibu. Apakah Tuhan memperhatikan orang semacam kami?
Kataku
(Sedih dengan ceritanya). Kasihan ya. Adik, boleh kakak tanya, apakah adik menjaga solat?
Dia menggeleng kepala.
Kataku
Sekarang masalah yang terjadi perlu adik selesaikan satu persatu. Adik tidak boleh mengalah kerana adik yang paling sulung dan menjadi kekuatan ibu. Jangan fikirkan dulu tentang ayah yang tak bertanggungjawab.Yang penting adalah ibu adik. Sekarang, adik mohon keampunan dari Allah dan berusaha untuk tidak meninggalkan kewajipan sebagai hambaNya. Fahamkan maksud kakak? Allah memang mengasihi kita orang-orang Islam, dan kita perlu membalas kasih sayangNya dengan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Tujuannya supaya kita selalu berasa dekat dengan Allah. Kalau kita tak memberitahu Allah tentang masalah, Dia sudah lebih dahulu tahu sebelum kita wujud lagi. Namun, hanya kita perlu menjadi hamba yang patuh agar Allah terus menunjukkan jalan kebenaran dan memudahkan urusan hidup kita. Tidak ada border antara kita dengan Allah. Diri adik yang perlu mulakan. Selalu berusaha meraih simpati dan bersyukur kepada Allah.
Nanti adik pulang, sentuh dan peluklah ibu adik. Katakan padanya, seberat manapun masalah ibu, saya akan menangungnya bersama-sama ibu. Ibulah nyawa dan cinta saya. Saya tak akan hidup tanpa pengorbanan ibu membesarkan saya, lalu hari ini saya mahu menjadi terbaik buat ibu walau orang lain tidak menyokongnya. Ibulah bulan dan matahari bukan orang lain. Jika ibu menangis, adik menangislah bersama ibu adik dan beri nasihat padanya. Biar dia tahu yang anaknya juga merasai penderitaan yang ditanggung. Seorang ibu yang mati (jiwanya) bisa hidup semula demi seorang anak, percayalah!
Dan adikmu itu, jangan lagi kau marah dan menengkingnya biarpun perbuatannya itu salah. Cara yang pas, kau bawanya berjalan-jalan, belanja makan atau berinya hadiah, kemudia slow talk. Mulakan dengan bertanya perkembangan dirinya dan kesukaannya kemudian selitlah nasihat dengan lemah-lembut. Ketika Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS mahu mendatangi Firaun mengajaknya kepada tauhid, Allah berpesan kepada kedua mereka agar bercakap lemah-lembut dan bijaksana. Kau pasti mengenali adikmu sendiri untuk bertindak ke atasnya.
Ceritanya
Kakak (sambil menangis dan aku menggenggam tangannya). Tuhan mahu mendengar doa akukah setelah lama aku tak bersolat?
Kataku
Iya. Pasti dan memang itu sifat Tuhan Yang Maha Mendengar. Dalam satu ayat al-Quran Allah mengatakan; Barangsiapa yang melakukan kerosakan atau menzalimi dirinya kemudian dia bertaubat kepada Allah, nescaya dia akan mendapati bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (surah an-Nisa:110)
Asalkan adik mahu mendekatiNya, tidak ada apa yang perlu digusarkan.
Pesawat semakin rendah. Seperti selalu yang aku lakukan ketika pesawat mendarat adalah menekup muka dan beristigfar. Penyakit ‘gayat’ yang aku alami adalah penyakit keturunan (dari sebelah abah). Sebaik sahaja tiba di Bandara Soekarno-Hatta, semua kami bergegas mahu keluar dari perut Air Asia termasuk aku dan Alfi. Dia menghulur jasa baik mengambil beg sandang belakangku (milik Kak Ju) di para atas. Kami bergandingan turun menghirup nafas Jakarta. Rupanya aku sudah sampai, subhanallah!
Pada Alfi kuberikan kad dan novel Ladang Hati Mustika (yang kebetulan ada dalam beg). Pada teman-temannya juga kuberikan kad dan majalah Anis. “Nanti kalau ke Malaysia lagi hubungi kakak ya,” kataku. Kami berpisah ketika mengambil bagasi. Dia dan teman-temannya akan meneruskan penerbangan lain ke Semarang, aku pula sudah diterjah panggilan dari Pakcik Saifullah. “Ummu, nanti ambil bagasi belok ke kanan ya. Jangan beli apa2 di sini, mahal.” Pesannya.
Ketika menapak keluar menemui insan-insan tersayang (pakcik, makcik dan Huda), aku masih dibuai peristiwa sepanjang ‘terbang’ tadi. Masya Allah, akukah yang mengeluarkan nasihat tadi? Akukah yang berkata-kata bak seorang ustazah? Ya Allah, itu bukanlah aku kecuali dengan KehendakMu memandu kata-kataku. Dan pastinya, selepas ini, akulah yang akan diberikan ‘ujian’ untukku mempraktiskan kembali apa yang telah kusebutkan pada Alfi. Semoga hendakNya, Kaulah juga memandu dan memperbetulkan perbuatanku (yang selalu tersadung dan bengkok).
Dalam berjuta-juta manusia, bukanlah hanya Alfi yang menanggung beban seberat itu. Kata Hasan al-Banna: Tanggungjawab dakwah itu berat kerana ia lebih besar (banyak) dari masa yang kita ada.
Baca lagi...

Tiada Halangan Untuk Hamba Mencari PEMILIK-nya


Baca lagi...

Tuesday, March 17, 2009

ebook Indahnya Islam Kita


Salam,
sila klik di sini untuk memuat turunkan ebook Indahnya Islam Kita karangan Harun Yahya.
Baca lagi...

Sahabat & Kedamaian

Baca lagi...

Doa Rawatan Lumpuh/Strok

Sumber : http://www.darussyifa.org/
Baca lagi...

ebook Tafsir Ibnu Kathir Jilid II


Salam, sila klik di sini untuk memuat turunkan Tafsir Ibnu Kathir jilid 2.
Baca lagi...

Hebatnya Insan Ini

Keputusan SPMnya
Pengumunan
Semua pelajar Bangi yang cemerlang dalam keputusan SPM baru-baru ini, dijemput untuk mendaftar diri anda di drshafien26@gmail.com atau hubungi terus di pejabat ADUN Bangi
03-8925 0891/ 019-6623560 (Pn. Zuryati). Sedikit penghargaan dari kami akan disalurkan.

Baca lagi...

Monday, March 16, 2009

MAKLUMAN - Laman An-Nur (Kemaskini)

Salam

Untuk makluman semua, saya telah kemaskini jadual pengajian laman an-nur di bawah 'JADUAL KULIAH PENGAJIAN BULAN MAC 2009'.

Semoga bermanfaat kepada semua, amin.

lamanannur@yahoo.com
lamanannur08@gmail.com Baca lagi...

Perjalanan Masih Jauh


Baca lagi...

ebook Novel Ayat-Ayat Cinta

Sila klik di sini untuk muat turun ebook Novel Ayat-Ayat Cinta karangan Habiburrahman el-Shirazy.
Baca lagi...

Merawat Suami Bisu

“Yang itu mesti husband & wife,” saya mengusik Ummu Saif.
“Mana abang tahu?” isteri saya berhenti menjamah sup cendawan tengah hari itu. Melihat ke arah pasangan di sudut restoran.
“Seorang baca surat khabar, seorang baca majalah. Apa faedahnya keluar bersama jika hanya mahu membaca bersama, kecuali semata-mata kerana mereka masih suami isteri?” saya cuba berteori.
Kami bukanlah sengaja mahu menyibuk tentang urusan orang lain. Tetapi melihat pasangan suami isteri yang sepi, sunyi, tiada suara dan tiada bicara, amat menghiris rasa.
Malah mengheret ingatan kepada beberapa ketika dalam rumahtangga kami sendiri tatkala sindrom sepi dan diam ini melanda. Melakukan muhasabah ke atas diri sendiri, berkongsi kisah dengan kenalan dan membaca coretan di sana sini tentang tabiat para suami mendiamkan diri, atau lebih tepat, membatukan diri… membawa saya kepada beberapa titik renungan untuk difikirkan bersama.
“Abang, Ani tanya abang ni. Kenapa abang selalu balik lambat?” tanya seorang isteri kepada si suami.
Sepi.
Tangannya ligat mencabut tali leher, peluh di dahi dikeringkan sahaja dengan satu kesatan di lengan. Namun mulutnya terus terkunci. Tidak bersuara.
“Abang dengar ke Ani tanya ni?” tanya si isteri lagi.
“Kalau Ani ada buat salah, cakaplah bang. Macam mana Ani nak tahu apa masalah abang, kalau abang diam macam ini?” beliau semakin hilang sabar dengar kerenah si suami.

Lelaki yang dahulunya romantik, menghantar 30 sms sehari di era bulan madu mereka, dan sering mengucapkan perkataan sayang, kini membatu. Sepi. Tidak bersuara, tidak berbunyi.

Namun, seorang suami yang mendiamkan diri itu hakikatnya bukanlah tidak bercakap. Telinganya jauh sekali daripada pekak dan tidak mendengar soalan bertubi-tubi yang diajukan si isteri. Setiap soalan itu dijawab oleh sang suami dengan panjang lagi berjela. Namun semuanya dijawab tanpa suara. Hanya sebuah monolog di dalam hati. Apa yang terlontar hanyalah sebuah kesepian yang membunuh perasaan isteri.

Diam itu emas…

Tetapi emas yang ini tiada indahnya, malah beracun memusnahkan rumahtangga.

Saya juga seorang suami. Ada masanya mendiamkan diri itu sangat memberikan keselesaan. Bukan sahaja untuk diri, malah dirasakan diam itu adalah pilihan terbaik untuk reaksi kepada keadaan-keadaan tertentu. Tetapi saya cepat disedarkan oleh isteri bahawa diam itu menyulitkan penyelesaian. Ia misteri yang membinasakan.

Kali ini, dengan jiwa empati saya mengajak para isteri untuk meneliti rentetan-rentetan peristiwa yang menjadi punca para suami hilang bicara. Para isteri boleh bersikap defensif dan menafikan faktor-faktor ini, tetapi keengganan memprosesnya, hanya akan menambahkan sakit hati mereka sebagai isteri, melihat suami terus diam sepi seribu bahasa.
AKUMULATIF
Jarang sekali suami tiba-tiba menjadi pendiam.
Bersuamikan seorang lelaki pendiam yang begitu semenjak di hari menyatakan persetujuan menerimanya sebagai suami, sang isteri tidak harus buat-buat terkejut. Diamnya mungkin petanda beliau masih lelaki yang sama seperti di hari pernikahan anda.

Tetapi kebimbangan kita adalah pada suami yang beransur-ansur menjadi pendiam. Kesan jangka panjang yang bersifat akumulatif. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, satu-satu lama-lama jadi bisu. Justeru, sebagaimana seorang suami yang bercakap beransur-ansur menjadi pendiam, maka usaha untuk mengembalikan percakapannya juga wajar dibuat secara berhemah, bagai menarik rambut di dalam tepung. Rambut tidak putus dan tepung tidak tumpah bertebaran.

Apakah ini kesudahan suamimu?

KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN

Sebuah perkahwinan, bermula dengan ikatan janji setia yang terbina di atas beberapa teras. Antara yang utamanya adalah soal KEPERCAYAAN. Mustahil untuk kita bayangkan sebuah rumahtangga yang dibina tanpa ada rasa percaya di antara suami dan isteri berkaitan ketelusan, kejujuran dan keikhlasan masing-masing. Justeru, perbualan romantik dan indah antara suami dan isteri sentiasa seiringan dengan rasa percaya dan yakin di antara mereka berdua.

Apabila seorang suami semakin merosot kualiti komunikasinya, ada kemungkinan ia berpunca daripada merosotnya keyakinan beliau terhadap sang isteri. Ia bukanlah berkaitan dengan krisis orang ketiga atau hal-hal luaran yang mencabar rumahtangga tersebut. Sebaliknya, suami semakin terjejas keyakinannya terhadap kemampuan isteri berdepan dengan realiti.

“Mampu dan tahankah isteriku untuk mengetahui apa sebenarnya yang terbuku di hati ini?” mungkin soalan sebegini bermain di benak fikiran suami, tatkala beliau diam membatu di hadapan isteri yang masih menyoal tanpa henti.

Bukan beliau tidak pernah bersuara dan menyatakan pendirian, tetapi reaksi isteri yang memedihkan ketika itu menyebabkan suami hilang kepercayaan. Tanda tanya ini sering timbul disebabkan oleh perbuatan isteri yang berulang kali tanpa sedar, merosakkan kepercayaan suami bahawa dia benar-benar terbuka dan sabar untuk menguruskan ‘isu sebenar’.

Cuba kenangkan kembali, pernahkah sang suami menegur anda atas beberapa perkara yang dirasakan tidak kena? Bagaimanakah reaksi anda ketika itu? Adakah anda menghargai teguran tersebut, memberikan tindak balas yang baik, atau anda menyambut teguran itu dengan memuncung sepanjang hari, mengangkat punggung melarikan diri, atau membalas teguran dengan jawapan alasan yang bertubi-tubi?

Suami yang tidak pelupa itu, berkemungkinan besar masih ingat akan kejadian-kejadian tersebut. Bahawa biar pun sang isteri meminta-minta luahan isi sebenar sang suami, hakikatnya si isteri bukanlah kuat benar untuk mendengar ‘kisah benar’ yang diminta. Justeru sifat ’sabar’ luar biasa kaum lelaki, ditelannya sahaja pandangan diri yang sering diperlekeh sebelum ini untuk dibawa ke kubur nanti. Dan kesan sampingannya, si suami semakin mengeras jadi batu.

“Lebih baik dia tidak tahu apa sebenarnya pandanganku tentang rumahtangga ini kerana aku boleh hidup dengannya. Sabarku boleh sampai ke mati. Tetapi aku mungkin tidak mampu lagi sabar andai dirinya membesar-besarkan masalah ini. Perasaanku tidak penting. Apa yang penting adalah keselamatan rumahtangga!” hati suami berkata-kata dengan panjang lebar, tanpa suara.

Oleh itu, seorang isteri yang mahu mengubah sifat pendiam suami perlu berusaha meyakinkan dirinya semula. Bahawa tatkala si isteri meminta suaminya berkata-kata, ia bukanlah permintaan ‘mengada-ngada’, sebaliknya si isteri memang bersedia untuk duduk bersemuka dan berbicara. Kembalikanlah kepercayaan suami dengan beberapa pendekatan berikut:

HAPUSKAN TEKANAN

Mengajak kepada perbincangan dalam suasana yang penuh tekanan bukanlah tindakan yang bijak. Malah suami mungkin bertindak bijak mendiamkan diri, tatkala isteri menembak peluru taburnya kepada suami ketika kaki baru sebelah melangkah masuk ke rumah sekembalinya dari pejabat.

Sabarkan diri. Beri masa kepada suami untuk bertenang. Malah lebih baik jika anda usahakan appointment dengan memberitahu suami bahawa anda ingin mengajaknya minum hot chocolate selepas anak-anak tidur, untuk berbual-bual tentang hal ehwal anda berdua.

Gurau senda juga amat berkesan untuk mencairkan kebekuan seorang suami. Bilakah kali terakhir anda mempamerkan sense of humor kepada suami? Atau dialog yang keluar dari mulut anda semuanya bersifat masalah, permintaan, arahan, tekanan, teguran dan segala macam benda yang serius lagi menambah tekanan.

Berguraulah dengan suami.
Jika tiada lawak baru, ungkit sahaja lawak-lawak lama yang pernah menyebabkan anda berdua ketawa terkekek-kekek suatu ketika dahulu. Jarang seorang lelaki immune terhadap lawak jenaka. Malah mungkin ketiadaan unsur inilah yang menjadi sebab utama mengapa suami ceria dan ketawa berdekah-dekah semasa minum petang dengan kawan-kawannya, tetapi sepi tanpa bicara tatkala duduk di sisi isteri yang dicintainya.

IKTIRAF KESILAPAN

Tidak rugi bagi seorang isteri untuk merendahkan diri mengiktiraf beberapa kesilapannya yang lalu. Menyatakan kekesalannya membentak teguran suami pada suatu ketika dahulu. Yakinkan suami bahawa anda bukan lagi isteri yang ‘cepat melatah’, melenting dan mengamuk semasa suami bersuara pada suatu ketika dahulu.

Sikap isteri yang membantah pandangan suami sedemikian rupa mungkin telah membina satu persepsi di minda suami bahawa isterinya adalah seorang wanita yang ego. Buktikan kesalahan persepsi itu, bahawa anda adalah isteri yang masih duduk sama rendah berdiri sama tinggi bersama suami di sisi.

Mungkin bukan salah anda, tetapi demi mencungkil suara suami yang bagai disumpah sang gelembai itu, rendahkanlah dirimu. Anda boleh terus defensif, namun harganya ialah bersuamikan lelaki bisu.

BANTUAN ORANG TENGAH

Jika sms dan email anda tidak berhasil, bicara dengan suara bernada rendah tidak berjaya, mungkin bantuan orang tengah boleh membantu.

Apakah anda mahu meminta bantuan best friend anda atau best friend suami?

Secara logiknya, usaha menggunakan orang tengah ini akan lebih berpotensi untuk berhasil jika anda cuba meminta bantuan orang kepercayaan suami.

Berhubung dan bincanglah dengannya sebaik mungkin. Anda mungkin juga terpaksa berjuang untuk membina kepercayaan di antara anda dengan teman akrab sang suami kerana ada kebarangkalian dia itu juga dari spesis yang sama dengan suami anda sendiri. Namun tanpa tekanan dan gangguan-gangguan kesilapan lalu, usaha untuk berkomunikasi dengan sahabat suami jauh lebih mudah berbanding usaha untuk berkomunikasi dengan suami sendiri.

Jika anda bernasib baik, beliau mungkin akan berkongsi dengan anda isi-isi hati suami tatkala beliau bercakap tanpa suara semasa di hadapan anda. Dia tidak meluahkannya kepada anda, tetapi kepada teman karibnya. Anda berhak untuk berkecil hati, tetapi abaikanlah perasaan itu. Sebaliknya rancangan strategi yang sesuai dengan ‘pendedahan’ yang telah anda perolehi daripada sahabatnya itu tadi.

Anda boleh jadikan pendedahan itu sebagai alat untuk memusnahkan terus rumahtangga, atau anda juga boleh menjadikannya sebagai alat penyelamat. Terpulang…

Apa yang pasti, hanyalah satu.

Perempuan sering tidak rasional semasa membuat bising, lelaki pula sering tidak rasional semasa mendiamkan diri.

Belajarlah untuk mengurangkan kebisingan, wahai sang isteri. Belajarlah untuk bersuara, wahai sang suami.

Oleh : ABU SAIF @ www.saifulislam.com 68000 Ampang
Baca lagi...

Sunday, March 15, 2009

Allah Ingat Kepada Insan Yang Mengingati-Nya

IBADAH jenis bacaan yang paling utama di sisi Allah SWT ialah (mem)baca Al-Quran, ibadat zikir & doa adalah ibadat kedua afdal selepas (mem)baca Al-Quran.

Zikir bererti ingat akan Allah SWT. Ingat kepada Allah SWT bukan sekadar sebut nama-Nya dengan lisan saja, tetapi ingat akan sifat-sifat-Nya seperti sifat (Maha) Gagah Perkasa serta mentaati perintah halal & menjauhi haramnya, itulah konsep ingat Allah SWT dalam erti kata sebenar.

Manusia adalah jenis makhluk yang melakukan sesuatu perkara hanya setelah mengetahui faedah & fadhilat yang akan diperolehi. Kerana belum mengetahuinya, menyebabkan mereka lambat memulakan amal, sama ada dalam hal makan minum & segala kerja & amalan. Allah SWT & rasul-Nya menjelaskan betapa besar faedah & fadhilat zikir, selain mendapat pahala yang banyak juga dekat dengan Allah SWT.

Perkara yang amat mustahak bagi manusia ialah untuk hidup kekal di akhirat kelak sebagaimana firman Allah SWT:
"Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu" (Surah Al-Baqarah ayat 152)
Khasiat zikir itu ialah dapat tarik perhatian Allah SWT. Bukan mudah untuk tarik perhatian Tuhan kepada kita. Seperti seseorang hendak tarik perhatian wanita atau jejaka cantik yang tinggi darjatnya. Meskipun dia sedar kedudukan dirinya tidak sekufu, tetapi dicubanya juga untuk memikat si dia.

Sifat manusia sering menghendaki sesuatu yang cantik & bermutu. Sesetengah manusia mengukur perkara cantik itu setakat kepada wanita yang jelita & lelaki yang tampan. Tetapi bagi mereka yang berilmu & berminda tinggi, yakin bahawa tiada yang lebih cantik kecuali Allah SWT. Kecantikan pada manusia sekadar tempias daripada kecantikan Allah SWT, oleh itu bagi manusia berminda cerdik bukan sekadar tergoda kepada kecantikan makhluk. Tetapi sepatutnya terpengaruh kepada kecantikan Allah SWT yang mencipta kecantikan itu. Sepatutnya mereka berikhtiar & usaha gigih untuk tarik perhatian Allah SWT yang Maha Cantik itu supaya berpaling kepadanya.

Caranya ialah sebagaimana yang ditegaskan melalui firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 152; iaitu berusaha mengingati-Nya, nescaya Allah SWT mengingati dirinya pula. Sama ada ingat dengan cara sebutan lidah atau dengan cara mana sekalipun, yang menggambarkan manusia ingat kepada-Nya. Dengan demikian Allah SWT juga ingat kepada manusia yang mengingati-Nya.

Allah SWT apabila ingat kepada manusia yang mengingati-Nya, banyak kurnia-Nya (yang) bernilai yang akan diberi kepada manusia. Antaranya keredhaan-Nya serta pahala & keampunan dosa.

Seorang alim zaman silam yang masyhur bernama Kabit al-Banani, berkata kepada muridnya, "aku boleh tahu ketika mana yang Tuhan ingat atau lupa kepadaku". Lalu antara muridnya bertanya, "bagaimana anda boleh mengetahui rahsia ketika Tuhan ingat atau melupakan anda?". Jawapan mudah Kabit, "apabila aku ingat (zikir) kepada-Nya maka ketika itu Dia ingat akan daku. Justeru jika seseorang berhajat supaya Tuhan beri perhatian terhadap dirinya, terlebih dahulu dia mesti ingat (zikir) kepada-Nya.

Yang demikian adalah jaminan Allah SWT seperti yang ditegaskan dalam al-Quran terhadap hamba-Nya. Firman Allah SWT seterusnya:
"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya" (Surah al-Ahzab ayat 41)
Apabila manusia ingat kepada Allah SWT, maka mereka akan ingat semuanya, termasuk dosa pahala serta segala perkara yang bersangkut paut dengan-Nya, termasuklah para malaikat serta syurga yang penuh kebahagiaan & neraka yang diselubungi azab-Nya. Ingat kepada Tuhan dengan sebanyak-banyaknya, maka ketika manakah untuk mereka melakukan dosa & maksiat kepada-Nya.

Berzikrullah biarlah meninggalkan kesan positif untuk diri. Usah jadi seperti alam perakam yang mampu menyimpan suara sekadar untuk dibunyikan semula. Namun alat perakam tidak tahu & tidak faham apa yang dirakam atau diperdengar semula. Walaupun bunyinya zikrullah atau memuji Allah SWT, tetapi ia tidak mempunyai nilai sedikit pun di sisi Allah SWT.

Mengingat Allah SWT bukan semata-mata berwirid (beratib), yang penting ialah kesan daripada wirid & zikir itu mampu mengubah kedudukan jiwa seseorang. Misalnya, daripada pemalas kepada rajin, daripada penakut kepada berani menegakkan kebenaran, daripada perangai hodoh kepada berakhlak murni & mulia. Firman Allah SWT lagi yan bermaksud:

"(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk juga dalam keadaan berbaring" (Surah ali Imran ayat 191)
Allah SWT memuji manusia yang beriman sejati, iaitu sentiasa ingat pada-Nya dalam erti kata ingat & melaksanakan segala peraturan serta hukum hakam Allah SWT, yang berkait dengan diri serta masyarakat sekelilingnya. Sama ada ketika berdiri atau berjalan, ketika duduk biasa atau duduk mengaji & duduk dalam kenderaan, yang dapat menyaksikan keindahan alam ciptaan-Nya. Atau duduk bagaiman cara pun asalkan sentiasa ingat pada-Nya. Juga ketika berbaring sama ada baring lantaran ditimpa sakit.

Juga tidur biasa yang boleh jadi ibadat iaitu berazam untuk bangun sebelum fajar, bagi menunaikan solat subuh pada awal waktunya seperti yang dianjurkan oleh syarak.

Sumber : mauidzah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Harakah bil. 1423)
Baca lagi...

Majalah i Mac 2009

Membangun Generasi Tauhid

Ketika ajal menjelang tiba, Nabi Yaakub memanggil anak-cucunya. Ia berasa khuatir meninggalkan generasi ingkar tauhid, kerana hanya akan menjadi bebanan masyarakat. Ia ingin memeriksa sejauh mana kemantapan mereka terhadap agama tauhid yang telah ditegakkan nenek-moyangnya. "Hai anak-cucuku, siapakah yang akan kalian sembah sepeninggalanku nanti?" tanyanya.

Dengan tegas anak-cucu (Nabi) Yaakub menjawab:
"Kami akan menyembah Tuhan sesembahanmu & sesembahan moyangmu; Nabi Ibrahim, Ismail & Ishak, iaitu Tuhan yang Satu. Dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya" (Surah Al-Baqarah ayat 133)
Dialog di atas menggambarkan keserasian di antara generasi tua & generasi penerus dalam menegakkan ajaran tauhid, yang tentu sahaj perlu menjadi teladan bagi setiap Muslim. (Nabi) Yaakub sangat khuatir meninggalkan generasi lemah iman & gersang agamanya. Namun ia sangat bahagia ketika mendengar anak-cucunya memberikan pernyataan bahawa mereka tetap berpegang teguh pada ajaran tauhid.

Yang ditanyakan Nabi Yaakub, "Siapakah yang akan kalian sembah sepeninggalanku nanti", bukan "Apakah yang akan kalian makan sepeninggalanku nanti."

Sungguh suatu penanaman nilai tauhid yang sangat luar biasa lagi mendalam. Realiti yang ada sekarang, jauh berbeza. ramai ibu bapa lebih mendambakan harta. Merasa sangat khuatir anak-cucunya kekurangan makan & minum sepeninggalannya nanti, hingga ibu bapa sanggup menghabiskan umur untuk mengumpulkan kekayaan. Hinggakan ada yang tidak menghiraukan halal-haram, yang penting anak-cucu dapat hidup bahagia dengan harta warisan yang dimiliki.

Akhirnya agama sekadar ungkapan, sedangkan hatinya kosong. Padahal Nabi Ibrahim & Nabi Yaakub perbah berwasiat:
"Hai anak-cucuku, Allah telah memilih buatmu agama, maka janganlah kalian mati sebelum benar-benar menjalankan ajaran agama Islam" (Surah Al-Baqarah ayat 132)
Kita diberi pelajaran yang sangat berharga agar mengikuti jejak Nabi Ibrahim & Nabi Yaakub dalam membina generasi penerus. Kalau kita mengikut fahaman materialistik, bererti telah cenderung pada kepercayaan Qarun yang ditenggelamkan ke bumi oleh Allah. Kekayaan yang melimpah akan menjadi fitnah bagi anak-cucu. Boleh jadi mereka akan memperebutkan harta warisan, lupa kepada jerih payah & perjuangan orang tua. Melihat realiti yang ada, ketika manusia sibuk memikirkan keperluan fizikal, kita seharusnya tidak mengabaikan tanggungjawab membekalkan nilai-nilai tauhid kepada anak-anak sejak kecil lagi. Kita kenalkan mereka kalimah toiyibah. Kita perdengarkan kepadanya bacaan kalam Ilahi & ucapan-ucapan yang baik. Kita perlihatkan perilaku yang terpuji, & bahkan di dalam rumah pun kita hiasi dengan hiasan dinding yang mengandungi kalimah Ilahi.

Kita ajak anak-anak ke majlis ilmu, ke masjid mahupun ke surau. Kita biasakan mereka bersedekah, mengasihi fakir miskin & anak yatim. Menyayangi teman & mengamalkan nilai-nilau Asma'ul Husna. Dari sinilah akan lahir generasi tauhid yang kita dambakan.

Oleh : Editor - Ahmad Yani Abd Manaf
Baca lagi...

MAKLUMAN - ebook Islami

Salam
Untuk makluman semua saya sedang berusaha untuk berkongsi bersama ebook buku-buku islami untuk rujukan Tuan-Tuan & Puan-Puan. Sila rujuk link (untuk muat turun fail) di bawah 'EBOOK ISLAMI'.

Sebagai permulaan, saya telah masukkan link untuk Tafsir Ibnu Kathir jilid pertama. Sila ikuti blog ini untuk mendapatkan ebook baru yang akan saya 'update' dari semasa ke semasa.

Doakan agar saya diberi kekuatan dalam meneruskan usaha kecil ini & bersama-sama kita sebarkan kerana, sebagaimana pesanan Nabi SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk (hidayah), maka baginya ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangi sedikitpun" (Riwayat Muslim)
Baca lagi...

Saturday, March 14, 2009

Rakaman Kuliah Tafsir Dr Danial Zainal Abidin

Salam

Berikut adalah rakaman audio Kuliah-kuliah Tafsir Al-Quran oleh Dr Danial Zainal Abidin bertempat di Surau Kompleks Belia dan Sukan, Sungai Nibong, Pulau Pinang:

(1) 15 februari 2009 - Surah Ar-Rahman Ayat 22 hingga 28

(2) 1 Mac 2009 - Surah Ar-Rahman Ayat 29 hingga 34

Semoga memberi manfaat kepada kita semua.

Daripada : azrul alwi Baca lagi...

Sabar...Amal...Diam...Senyum...Khusyuk


Baca lagi...

Di Mana Jua Kita, Tiada Sempadan Antara "Hamba" & "Empunya"


Baca lagi...

Dimensi Kesenian Islam II - Konsert Amal Manis V

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Mohd Kushairi Bin Che Ismail 013-2509628
Mohd Ajwadi Bin Ahmad 017-4008525

http://dki2isiukm.blogspot.com/ Baca lagi...

Program Kem Jatidiri Keperibadian Mukmin (Siri 1)

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
& untuk melihat jadual program, sila klik Program
Baca lagi...

Majalah SOLUSI Isu No. 5

Dari Editor : Bijaksana vs Bijak"sini"

Imam Al-Ghazali r.hm. pernah berkata bahawa:

"Perkara yang paling jauh ialah 'masa lalu"

Apakah maksud tersirat di sebalik kenyataan itu?

Ya, satu saat yang berlalu dalam hidup kita, tidak akan dapat dikejar semula walaupun dengan pesawat terbang yang paling laju. Ia akan terus berlalu untuk menjadi saksi apakah kita menggunakannya untuk pahala, dosa atau sia-sia.

Kita tidak akan dapat memutarkan jarum waktu ke belakang. Masa umpama air sungai yang mengalir. Apabila kita memijak air kali pertama maka kita tidak akan dapat memijak air yang sama pada pijakan kedua. Ya, masa ialah nyawa kita. Mengurus masa samalah dengan mengurus nyawa kita.

Masa mengalir terlalu laju. Sedar-sedar usia tua menjengah kita & kematian datang seolah-olah secara tiba-tiba. Hidup hanya bagaikan mimpi. Benarlah seperti mana yang dikatakan oleh Sayidina Ali:

"Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)"
Kata-kata itu sungguh mendalam maknanya. Ya, hanya apabila seseorang itu mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya. Ketika itu barulah si mati dapat 'melihat' hidup dengan setepat-tepatnya. Setelah diri berada di dalam di alam Barzakh (alam kubur), barulah manusia insaf apakah yang sebenarnya yang perlu dicari & dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu.

Aneh, hanya apabila mati, manusia menyedari tentang hakikat hidup. Kata pepatah:

"Setelah terantuk (mati), barulah dia terngadah (sedar)"

Rupa-rupanya apa yang diburu semasa hidup di dunia hanyalah dosa. Manakala apa yang dihindarinya pula ialah pahala. Ah, betapa tersasarnya tujuan hidup selama di dunia.

Di alam kubur, ketika debu-debu tanah menjadi 'bumi & langit' untuk manusia, barulah kita terjaga daipada 'mimpi'nya selama ini. sayangnya, pada ketika itu, segala-galanya sudah terlambat. Apa gunanya sedar di alam kubur kerana saat itukita tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk memperbaiki keadaan.

Sepatutnya kesedaran semacam itu perlu kita miliki sewaktu hidup di dunia ini. Jelaslah, sekiranya hidup di dunia dilalui dengan penuh kesedaran, barulah ada kebaikan & manfaatnya. Sebaliknya, sekiranya kesedaran itu hanya dimiliki di alam kubur, maka segala-galanya sudah terlambat.

Selalunya, ketika hidup mata seseorang terbuka & apabila mati matanya tertutup. Ironinya, Sayidina Ali menyatakan sebaliknya:

"Semasa hidup, yakni ketika mata terbuka manusia dikatakan bermimpi (mata tertutup). Manakala apabila mati dikatakan terjaga (mata terbuka)"
Jelaslah apa yang dimakdsudkan oleh Sayidina Ali dengan 'terjaga' tidaklah merujuk kepada mata di kepala, sebaliknya merujuk kepada mata di dalam hati.

Mata di dalam hati inilah yang dinyatakan Allah melalui firman-Nya (di dalam surah Al-Haj ayat 46):
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada"
Seseorang hanya akan menguruskan nyawa & masanya dengan baik apabila mata hatinya terbuka. Pandangan mata hati ialah pandangan yang paling tepat & benar kerana ia mampu melihat di sebalik kehidupan dunia yang singkat ini ada kehidupan akhirat yang kekal abadi. Mereka inilah orang yang BIJAK'SANA' bukan BIJAK'SINI'.

Mereka ini punya 'sense of the end' yang kuat. Dengan mata hati yang celik mereka mampu memburu masa...Sedangkan kebanyakan manusia hanya diburu oleh masa!

Oleh : Ketua Editor, SOLUSI Isu No.5
Baca lagi...

Friday, March 13, 2009

Kata-Kata Hikmah...

"...Islam (meng)ajar kita, apabila manusia selalu diawasi oleh Raqib & Atid, walaupun ada ibu bapa, guru, ustaz, polis & askar, ada lagi Allah Yang Maha Mengawasi. Mari kita bersama-sama 'besar-besarkan' kesedaran ini. Inilah cara untuk menangani masalah sosial yang sangat kritikal sekarang ini. Semangatnya ialah, sekalipun polis tiada, Allah tetap ada. Tuhan sentiasa ada & sentiasa melihat perbuatan kita..."
Sumber : Buku Telaga Biru oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat
Baca lagi...

Apabila Jasa Ditinggalkan

Menurut Hamka dalam bukunya Falsafah Hidup, jasa batin yang dapat difikir lebih kekal dari jasa lahir yang dapat dilihat walaupun kemuliaan jasa kekal dari zaman ke zaman.
Beliau mengumpamakan Wazir Nizam Muluk mendirikan sekolah-sekolah Islam di seluruh negeri Iraq. Al-Ghazali adalah salah seorang guru yang mengajar di sana. Nama Nizamul Muluk sampai sekarang masih dingat orang juga, tidaklah sekekal peringatan orang kepada al-Ghazali yang mengarang kitab Ihya ‘Ulumiddin. Madrasah di Kufah tidak ada lagi, tetapi kita Ihya masih dibaca orang.
Itulah kata-kata Hamka mengenai kemuliaan. Seterusnya beliau menyebutkan:
“Barangsiapa yang telah menanam jasa, satu saat kelak dia akan beroleh hasil dari jasanya itu. Kemuliaan akan menjadi pengiringnya ke mana pun dia pergi. Kalau orang yang sama hidup dengan dia melupakan, namun setelah matinya orang yang kemudian akan membongkar kemuliaan itu kembali dan menyatakannya ke muka khalayak. Orang yang berjasa tidak boleh gamang dan kecewa jika di masa hidupnya dilupakan orang. Orang tidak boleh menyesal jika tinggal di sebuah gubuk yang buruk. Tidak boleh kecewa jika makan minumnya dan pakaiannya tidak semewah orang lain. Sebab kelak buah tangannya akan menjadi modal kemajuan angkatan yang akan datang.”
Hamka menyebutkan buatlah jasa selama hidup untuk sebutan sesudah mati. Sehingga walaupun daging dan tulang belulang kita sudah hancur dimakan tanah dalam kubur, namun nama kita dibaca orang di mana-mana. Kata-kata ini terbukti pada diri beliau sendiri walaupun telah meninggalkan kita hampir 20 tahun. Di mana-mana orang mencari kaset kuliahnya, mencari Tafsir Hamka dan mencari buku-buku Hamka.
Hamka menegaskan bahawa sememangnya orang yang berjasa jarang mendapat pangkat dunia. Sebab pangkat dunia itu didapati dengan berebut-rebut dan berkejar-kejaran, tekan-menekan dan fitnah-menfitnah. Orang yang berjasa tidak pandai berbuat begitu. Dia mahu mendapat kemenangan yang sah, walaupun tidak dilihat dengan mukanya ketika hidupnya. Dia hendak melihat kemenangan itu sesudah matinya, yang kian nyata dan kian lama kian subur.
Sumber : http://tamanulama.blogspot.com/ oleh M.A. Uswah
Baca lagi...