KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Monday, December 28, 2009

Amal Jariah Dengan MEMBERI

Buatlah kebaikan kerana ia akan "terus hidup" selepas kita mati. Ingatlah bahawa ada amalan kebaikan yang kita lakukan, pahalanya terus kekal & mengalir walaupun selepas kematian kita. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali 3 perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan & anak soleh yang senantiasa mendoakannya." (Riwayat Muslim no.4310)
Mari kita teliti ketiga-tiga perkara dalam hadis ini.

Pertama
, amal jariah
. Bagaimana kita mapu membina rumah anak yatim, masjid, sekolah, hospital & lain-lain jika kita tidak memiliki sikap MEMBERI kepada orang lain? Orang yang bakhil tidak akan melakukannya. Mereka seolah-olah ingin membawa harta pulang ke kubur!

Kedua
, ilmu yang bermanfaat
yang diajarkan kepada orang lain. Ilmu hanya akan menjadi amal jariah sekiranya kita mengajarkannya kepada orang lain. Mengajar itu ertinya MEMBERI ilmu. hadis inilah yang menjadi prinsip hidup para ulama yang mana hidup mereka dipenuhi oleh episod mencar, memahami & menyampaikan ilmu. Bertitik tolak daripada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat" (Riwayat al-Bukhari no.3274)

Ketiga
, doa daripada anak yang soleh
. Ianya terhasil oleh sikap MEMBERI ibu atau bapa. Dengan segala jerih payah ibu bapa mengorbankan segala-galanya untuk membesarkan anak; dari aspek fizikal, pemikiran, emosi & kerohanian anak-anak. Untuk itu, ibu bapa rela memberi segala-galanya untuk anak. Hasilnya, anak itu menjadi anak yang soleh. Tanpa sikap memberi ibu bapa, tidak akan terbentuk anak yang soleh. Ingatlah betapa Allah melimpahkan ke dalam jiwa ibu bapa sifat kasih sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan anak-anak yang lain. Malah, jika anak meragam, memberontak malah serhaka sekalipun, masih ada ibu bapa yang berbakti (memberi) kepada anak-anak tanpa meminta balasan. Dilimpahkan juga ke dalam jiwa ibu bapa sifat rajin, prihatin, simpati & empati yang tidak terhingga. Sewaktu anak masih kecil, segala keperluannya diberikan. Ibu menjaga anak siang & malam-menyusukan, memandikan & memakaikan pakaian-satu tugas yang dilakukan berulang-ulang tanpa rasa jemu. Bapa, akan sentiasa bekerja memerah keringat untuk menyara hidup keluarga tanpa rasa jemu, letih & bosan.

Bukankah ketiga-tiga di atas berasaskan sifat MEMBERI?

Inilah kebaikan & kelebihan sikap MEMBERI. Manusia berperanan sebagai hamba Allah & khalifah di bumi. Sebagai hamba, kita mesti menjadi manusia yang baik. Sebagai khalifah, kita mesti memberi kebaikan. Hanya orang yang baik dapat memberi kebaikan, Dan kita tidak akan menjadi orang baik selagi tidak memberi kebaikan. Bukankah ini membuktikan bahawa hidup ini untuk MEMBERI? Ya memberi kebaikan!

Sumber : Majalah Solusi

Baca lagi...

Thursday, December 24, 2009

Inti Pati Ceramah Sheikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dan Rakaman Doa

Sumber foto : http://drshafie.blogspot.com

Syarahan Perdana Sheikh al-Qaradhawi disampaikan dalam bahasa Arab dan diterjemahkan oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, beliau menyatakan:

Kita memohon kepada Allah dengan kehadiran Tahun Hijrah yang baru 1431, menjadikannya Tahun yang baik bagi umat di Malaysia, juga khususnya bagi umat Islam di Baitul Maqdis yang sedang berjuang untuk membebaskan diri dari cengkaman Zionis. Hubungan saya dengan Malaysia, kata Sheikh al-Qaradhawi sejak lama dari tahun 1980an dalam mana saya telah menziarah ke sini pada masa Gerakan Islam ABIM begitu aktif dan saya telah menziarah beberapa bahagian Negara ini. Saya juga diberi penghormatan dengan Ijazah Kehormat UIAM berikutnya.


Berhubung dengan Hijrah ia adalah anugerah dan pertolongan dari Allah "Nasrun minallah" setelah jihad Rasulullah di Makkah selama tiga belas tahun. Semasa di Makkah ada antara pengikut Islam terkorban. Belaiu menyebut antaranya Sumayyah sebagai syahidah terawal. Termasuk yang diseksa 'Muammar'. Umat Islam dalam masa menghadapi sekatan ada yang terputus makanan dan terpaksa memakan rumput dan daun ! Beliau menceritakan tentang peranan Saidina Ali karramallahu wajhah, Saidina Abu Bakar r.a. dan Asma' bt. Abu Bakar r. anha di dalam berhijrah.


Sheikh Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan pentingnya melakukan sesuatu secara berjemaah sebagaimana ibadat-ibadat seperti sembahyang, haji dan umrah secara berjamaah. Demikian menurutnya Islam ditegakkan secara jamaah termasuk membentuk masyarakat dan Negara Islam di Madinah adalah secara berjamaah. Contoh seperti mempersaudarakan kabilah Aus dan Khazraj sebagai golongan Ansar yang bekerjasama dengan golongan Muhajirin di Madinah. Perhubungan antara Muhajirin dan Ansar begitu rapat.

Beliau mengambil contoh hubungan sahabat Abdul Rahman bin Auf dari kalangan Muhajirin dan Sa`ad bin al-Rabi` dari kalangan Ansar. Saad sanggup menawarkan sebahagian daripada hartanya kepada Abdul Rahman untuk dijadikan modal perniagaan, bahkan menawarkan untuk menceraikan satu daripada isterinya untuk dikahwini oleh Abdul Rahman, tetapi beliau menolak dan berterima kasih. Beliau memulakan perniagaan dengan modal yang ada padanya. Kedua-duanya menjadi peniaga-peniaga yang berjaya.


Menurut Sheikh al-Qaradhawi bagi kepentingan ibadat dan kemasyarakatan Islam mementingkan pembinaan masjid dan bagi kepentingan ekonomi Rasulullah memerintah membina pasar awam. Sebelumnya hanya ada sebuah pasar di Madinah yang dimiliki secara perabdi oleh orang Yahudi. Dengan pendirian Pasar Awam dapat memecahkan monopoli orang Yahudi dan masyarakat awam dapat berniaga dan meningkatkan ekonomi Negara Madinah. Di dalam hal ini Islam mengatur etika perniagaan, hutang piutang dan memperingatkan agar tidak melakukan penipuan. Sesungguhnya Rasulullah mengingatkan siapa yang menipu mereka bukan dari golongan kami.

Islam juga menegakkan dari segi sosial yang mana semua masyarakat adalah sama, tidak ada kelebihan antara orang Arab dan ajam, kecuali dari segi taqwa dan Islam juga menegakkan perundangan. Beliau membicarakan tentang fitnah dengan mengambil contoh fitnah yang dilemparkan kepada Aishah r.a. yang amat menyakiti Rasulullah, tetapi dibersihkan oleh Allah. Tuduhan fitnah (zina) memerlukan empat saksi, sekiranya dusta yang membuat fitnah dihukum.

Sheikh Yusuf al-Qardhawi menyampaikan Syarahan Perdananya selama dua jam (termasuk terjemahan).


Sumber : http://drshafie.blogspot.com/2009/12/peluang-bersama-dengan-allamah-sheikh.html
Baca lagi...

Kuliah Maghrib Oleh Ustaz Kamal Shaari (Rakaman)


TARIKH : 21hb Disember 2009 (Isnin)
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
RAKAMAN : | muat turun |



Baca lagi...

Thursday, December 17, 2009

Wednesday, December 16, 2009

Ujian Allah Ke Atas Manusia oleh Ustaz Nik Zawawi Mohd Saleh (Rakaman)


TAJUK : UJIAN ALLAH KE ATAS MANUSIA
TARIKH
: 13hb Disember 2009 (Ahad)
MASA: Selepas Solat Subuh
RAKAMAN
: | muat turun |


Baca lagi...

Majlis Muhadharah Perdana 2009 Bersama Al-Allamah Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi

MAJLIS MUHADHARAH PERDANA 2009

bersama
Al-Allamah Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi
Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia

Tarikh
19hb Disember 2009 (Sabtu)

Masa
9.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

SEMUA DIJEMPUT HADIR


Baca lagi...

Karnival Ma'al Hijrah & Program Kefahaman Islam

Baca lagi...

Forum Perdana Ehwal Islam - Gagasan Hijrah Dalam Kehidupan Ummat Kotemporari

Baca lagi...

Karnival Usahawan Bandar Baru Bangi 2009

KARNIVAL USAHAWAN BANGI 2009
TARIKH : Setiap Jumaat – Ahad (Bermula 12 - 27 Disember 2009)
TEMPAT : Medan Usahawan Bangi (Belakang Pasar Basah), Seksyen 1, B.B. Bangi
MASA :Bemula Jam 7.00pg – 12.00 malam


AKTIVITI MENARIK SETIAP HUJUNG MINGGU

Mesra Bersama MAWI
Dialog Perubatan Islam
Sukan Rakyat
Futsal

Tayangan Perlawanan Bola Sepak
Konsert Nasyid
Persembahan Dikir Barat
Sepetang Bersama Upin & Ipin
Klinik Keusahawanan

ANJURAN

Prime Care dengan Kerjasama MPP Zon 23, PPBBB & Aman Palestin

Baca lagi...

Kuliah Pengajian Kitab Fikah Mazhab Syafie jilid 4

Baca lagi...

Forum Pemikiran Bangi - Analisis Pemikiran Dakwah & Politik Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat

Baca lagi...

Thursday, December 10, 2009

Akademi Imam Selangor


Akademi Imam Selangor ( AIMS ) merupakan pusat latihan professional yang melatih dan memberikan pengiktirafan kepada bakal‐bakal imam yang akan berkhidmat di masjid‐masjid di seluruh negeri Selangor khususnya dan amnya di Malaysia.

Tujuan AIMS ditubuhkan adalah
untuk memberikan latihan khusus secara professional kepada bakal‐bakal imam supaya menjadi golongan professional yang dapat memberikan khidmat yang terbaik dalam menghadapi cabaran dan masyarakat masa kini.

Syarat‐syarat penyertaan :

> Pelajar dari mana‐mana Institusi Tahfiz di Negeri Selangor (Anak Negeri Selangor diutamakan)
> Umur 17 – 25 Tahun ( Lelaki sahaja )
> Telah menghafal sekurang‐kurangnya 15 juzu’
> Mempunyai bacaan yang baik

> Mempunyai kelebihan suara yang baik ( Boleh bertaranum diutamakan )

> Boleh mengikuti keseluruhan program dengan baik dan boleh mematuhi syarat‐syarat
yang ditetapkan pihak AIMS.

Pelajar yang berminat untuk menyertai AIMS boleh mendapatkan borang penyertaan (sila klik di SINI) di Pejabat
Pentadbiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau melayari laman web www.mssaas.gov.my.

Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada urusetia
MSSAAS sebelum 16 Disember 2009.

Sesi temuduga akan diadakan pada 28 dan 30 Disember
2009.

Sila hubungi 03-55199988 / 55199977 / 55199966 untuk sebarang pertanyaan.
Baca lagi...

Kuliah Subuh oleh Ustaz Nik Zawawi Mohd Saleh

Baca lagi...

Saturday, December 5, 2009

Wednesday, December 2, 2009

Menjejaki Kehidupan Rasulullah SAW oleh Ustaz Anzaruddin Ahmad di Al-Nidaa'

Baca lagi...

Antara KERJA & SOLAT

Baca lagi...

Kuliah Pengajian Tassawwuf Oleh Ustaz Ahamd Dasuki Abd Rani di Masjid Negeri

Baca lagi...

Kursus Pemantapan Solat di Surau Al-Falah


KURSUS PEMANTAPAN SOLAT

TARIKH:
6hb Disember 2009 (Ahad)

MASA:
8.45 pagi - 12.15 tengahari

TEMPAT:
Surau Al-Falah
Lorong 6A, Jalan 6A, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi

PENYAMPAI:
Ustaz Abdul Rahim Rafa'ie

YURAN:
Percuma (sumbangan amat dialu-alukan)

ANJURAN:
Biro Dakwah & Penerangan

MAKLUMAT TAMBAHAN:
Peserta digalakkan untuk datang awal. Kamera dibenarkan untuk dibawa masuk.
Sila bawa sekali buku nota & alat tulis


Semua dijemput hadir

Baca lagi...

Friday, November 27, 2009

Khutbah 'Aidil Adha 1430H oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat (Rakaman)


Tarikh : 27hb November 2009 | 10hb Zulhijjah 1430
Tempat : Masjid Pulau Melaka, Kelantan
Rakaman : | muat turun |
Sumber : http://kulliyyah.blogspot.com/

Baca lagi...

Thursday, November 26, 2009

Majlis Bersama Qari Masyhur Al-Mukarram Al-Qari As-Syeikh Muhammad Jibrel


HARI : 29hb November 2009 / 12hb Zulhijjah 1430 (Ahad)

MASA : Maghrib

PROGRAM:
  • mengimamkan solat maghrib
  • bacaan al-quran & tazkirah
  • mengimamkan solat isyak
  • bersalaman
  • jamuan
Baca lagi...