KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Thursday, March 5, 2009

Meninggal Dengan Senyuman di Makkah

BIARLAH kisah ini menginsafkan semua, dari mana kita berasal & ke mana akan pergi, sebagai iktibar & Muhasabah diri. Beberapa tahun lalu, Tuhan memberikan rezeki yang lebih kepada keluarga & ibuku.
Murni Asyikin, adik perempuanku yang bongsu mencadangkan satu program umrah & ziarah ke Tanah Suci Makkah & Madinah Munawwarah. Itulah kali pertama ibuku yang tercinta bersama adikku berpeluang naik pesawat MAS ke luar negara.
Kembara mereka ke Tanah Suci murni nian, diiringi doa harapan, penuh rahmat Tuhan. Umrah & ziarah itu diuruskan oleh sebuah syarikat haji yang cekap, professional & cukup pengalaman. Kembara umrah untuk selama 15 hari, sebagai tetamu Allah & penyucian jiwa di Tanah Suci.
Selamat & berjayalah ibuku yang telah berusia emas itu, beribadah dengan tenang & aman, di Raudhah Masjid A-Nabawi di kita suci Madinatul Munawwarah & di kota suci Makkah Al-Mukarramah. Berdoa & bermunajat di depan Kaabah, Baitullah, di pusat Masjidil-Haram yang amat suci & mulia, sejak zaman berzaman.
Turut bersama dengan rombongan umrah itu seorang balu & anak lelakinya berusia 30 tahun. Mereka amat mesra & banyak menolong ibuku, sewaktu di kota Makkah.
Jika adikku berasa letih, si pemuda itulah yang akan menolak kerusi roda ibuku yang gempal & sakit lutut. Di sana mereka begitu tekun beribadah & gemar bersedekah. Buah kurma, buah-buahan limau, epal, anggur, pisan, selalu ibuku dapati daripada mereka salih & dermawan itu. Dan macam-macam coklat & halwa manisan, buatan syarikat Arab Haramain diberi kepada ibu.
Dengan takdir Ilahi seterusnya, pada suatu hari pemuda yang salih tadi tidak keluar dari(pada) bilik hotelnya. Ibuku menjadi hairan. Mendadak ibunya & ibuku pergi ke bilik pemuda tadi. Alangkah terperanjatnya mereka, kerana mendapati pemuda tadi 'tidak bernafas' lagi.
Begitu tenang dia menyahut panggilan Ilahi, terbaring kemas di atas katil, wajahnya manis seolah-olah 'tersenyum puas' dengan kedua-dua tapak tangannya terletak di dadanya. Indah cara kematiannya, pemuda yang amat kasih Allah & ibunya. Dia kembali dengan keredhaan Allah, Rasulnya, car rahsia.
Pegawai syarikat umrah menguruskan jenazah-insan terpilih & istimewa itu. Setiap insan, sabda Nabi SAW akan dirahsiakan tempat & saat ajalnya. Sebaik-baik ajal ialah di tanah suci Makkah & Madinah.
InsyaAllah akan diampunkan seluruh dosanya, terselamat daripada siksa kubur & dijamin tempatnya di syurga Firdaus, serta dibangkitkan dia di samping para nabi & rasul Allah, & mendapat syafaatnya.
Jenazah pemuda itu dimandi(kan), dikapankan & diusung kerandaanya ke sisi Kaabah dalam masjidil Haram. Setelah tunai solat fardhu, kelihatan ribuan jemaah melakukan solat jenazah, buat restu terakhir kepadanya.
Akhirnya, diabadikanlah makamnya di perkuburan di kawasan tanah suci ini, dengan kemuliaan & kebahagiannya, di sisi Tuhannya, Ilahi Rabbul 'Ezzati.
Amin...Selamat jalan wahai tetamu & kekasih Allah, doaku dalam hati.
Sumber : Kisah Dari Tanah Suci - Harakah bil 1420

No comments: