KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Sunday, May 31, 2009

Kursus Motivasi Al-Quran Ala Madrasah

Kursus Motivasi al-Quran

Ala Madrasah

Tarikh: 1 Jun – 12 Jun 2009 (12 Hari)

Tempat:

NO. 13-1, Jalan Reko 2, Reko Sentral, Kajang 43000, Selangor Darul Ehsan

Masa:

8 pagi- 5 petang

Yuran: RM 390.00 Seorang

No. Akaun Maybank: 562834500719

Deposit: RM 200

Setelah pembayaran, SMSkan kepada kami Nama Tuan atau Puan, Jumlah Deposit, Nama Anak, Umur Anak, Slip Bank boleh FAX kan atau bawa pada hari pendaftaran.

SILA HUBUNGI :

Ustaz Mohd. Nasir Rustam Al-Hafiz

(019 6955930)

http://www.tahsinquran.com

Penyertaan:

- Pelajar Sekolah Rendah/Menengah

- 9 Tahun Ke Atas (Lelaki/Perempuan)

- TEMPAT TERHAD 200 orang

Baca lagi...

Friday, May 29, 2009

Sedekah

"Saya dari sekolah anak yatim di Kedah, saya menjual minyak angin untuk mengisi tabung sekolah dan abang juga boleh menderma ikhlas.."

"Nah dik, abang derma. Tapi tak beli minyak angin tu"

"Terima kasih bang, semoga Allah murahkan rezeki abang"

Selalu peminta sedekah/derma datang untuk meminta sumbangan daripada kita dalam pelbagai cara. Ada yang menjual ubat seperti di atas, ada yang mendukung anak, ada yang budak, ada pula emak budak, malah orang kurang upaya juga.

Kadang-kadang bila ikut mood kita, terus saja bagi duit. Jika mood agak kurang, kita akan bagi juga tapi dengan banyak tanya. Jika mood kurang baik lagi, kita bagi dengan muka masam dengan hati yang tidak ikhlas. Jika tidak kena masanya, kita tidak bagi langsung, malah memarahi pula peminta sedekah/derma ini.

Pelbagai persoalan kita timbulkan:

- Mereka ini sihat, kenapa tidak bekerja?
- Mereka ini tidak sekolah ke?
- Mana ibu bapa mereka?
- Kerajaan tidak tolong ke?
- Sindiket agaknya ni
- Dah dapat banyak duit, minta lagi?
- Dah bagi tadi, orang lain pula minta

Namun, adakah kita memikirkan perkara yang tersirat di samping perkara yang tersurat tadi? Cuba selak-selak Al-Quran dan juga hadis, betapa memberi sedekah/derma ini mempunyai nilai tinggi di sisi Allah dan Rasul-Nya. Antaranya:

"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah"
(Al-Lail : 5-8)

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui
(Al-Baqarah : 261)

"Dari Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : Bila seseorang hamba Allah telah mati, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh"
(HR Bukhari)

Mengapa wujud peminta sedekah/derma?

- Memudahkan kita untuk dapat pahala, kerana "pahala" itu sendiri datang kepada kita, bukan kita yang mencarinya
- Kerana memberi peluang kepada kita untuk beramal dengan mendermakan sedikit harta kita pada yang kurang bernasib baik
- Kerana memberi keberkatan pada harta kita, kerana orang miskin ada hak ke atas harta kita
- Menguji tahap kesabaran kita untuk berkorban harta
- Menguji tahap keimanan kita terhadap janji-janji Allah terhadap pemberi-pemberi sedekah
- Orang kata mungkin mereka adalah penyamaran malaikat untuk menguji kita (Wallahu'alam)
- Sebagai kaedah pemurah rezeki, ia pasti dibalas tetapi dengan kaedah berlainan


Biar sedikit, tapi ikhlas dan berterusan
Jangan banyak, tapi menunjuk dan beralasan
Sedikit atau banyak, tidak pula mengharap pembalasan

Fikirkan dan semoga bermanfaat.

Sumber : http://www.shahrulredzuan.com/

Baca lagi...

e-Khutbah - Islam Dihina Umat Merana

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian.

Firman Allah dalam ayat 77 surah al-Qosas :

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.

Kini kita berada di penghujung bulan Mei di mana pada bulan ini diadakan beberapa hari peringatan yang penting dalam kalendar masyarakat setempat mahupun antarabangsa. Antaranya ialah Hari Pekerja yang disambut setiap 1 Mei bagi mengenang jasa para pekerja yang mengerah segala usaha dan tenaga dalam memajukan pelbagai sektor yang membawa kepada kemajuan negara. Bila kita bercakap berkenaan dengan kerja maka Islam menggalakkan umatnya bekerja dengan mengikut lunas yang telah disyariatkan antaranya mestilah kerja itu adalah halal bukannya terlibat dengan perniagaan haram seperti arak, judi, riba dan sebagainya. Islam tidak melarang umatnya daripada bekerja dan mencari harta kekayaan asalkan menjaga batas syara' seperti menutup aurat, menjaga pergaulan antara pekerja lelaki dan perempuan, amanah dalam melaksanakan tugasan dengan menjauhi pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Kita tidak mahu umat Islam terkena racun yang disuntik oleh jarum yahudi yang menggalakkan pergaulan bebas antara pekerja yang menyebabkan berlakunya gangguan seks di tempat kerja. Islam juga mewajibkan manusia menjaga hak masing-masing samada hak majikan atau pekerja bawahan.

Manusia mempunyai perasaan bukannya mesin yang boleh dilakukan sesuka hati sebagaimana ajaran kapitalisme yang menganggap pekerja adalah hamba majikan yang diikat dengan perjanjian sehingga masih ramai pekerja walau pun siang malam bekerja tetapi gaji yang diterima masih di bawah tahap kemiskinan sedangkan keuntungan yang dikaut oleh majikan begitu tinggi. Islam turut mengingatkan umatnya bahawa dalam mencari rezeki jangan melalaikan kita daripada mengingati Allah dan menambah bekalan akhirat kita. Jangan asyik mengejar dunia sehingga akhirat kita entah ke mana. Ingatlah suatu pesan nabi

قال الرسول e : لَوْ كَانَ ِلابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لاَ بْتَغَى ثَاِلثًا وَلاَ يَمْلأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلا َّالتُّرَابُ وَ يَتُوْبُ اللهِ عَلَى مَنْ تَابَ

"Seandainya anak Sdam mempunyai 2 lembah harta tentu dia masih menginginkan lembah harta yang ketiga. Sedangkan yang sebenar memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah suburnya dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat"– HR imam Bukhari dan Muslim

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 14 surah Luqman :

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)"

Bulan Mei juga disambut Hari Ibu walau pun ia merupakan amalan masyarakat barat yang semakin hilang perasaan hormat dan kasih pada ibu sehingga ramai ibu yang lebih rapat dengan kucing atau anjing belaan daripada anak-anak sendiri. Tidak salah untuk kita turut merai Hari Ibu asalkan jangan pada hari yang lain kita terus mengabaikan kebajikan terhadap ibu kita. Betapa ramai umat Islam sendiri pada hari ini yang kurang memberi perhatian sewajarnya terhadap ibu sedangkan ibu inilah yang berpenat lelah mengandung kita dalam kandungan selama 9 bulan seterusnya menyabung nyawa ketika melahirkan kita. Sikap mengejar kebendaan antara penyakit utama yang menyebabkan ramai ibu yang dipinggirkan. Sibuk dengan kerja, tidak ada masa luang dan pelbagai lagi alasan diberikan apabila ditanya berkenaan dengan kebajikan ibu. Ada yang rasa sudah cukup sekadar menghulurkan wang bulanan atau menyerahkan ibu untuk dijaga di rumah orang-orang tua.

Apa yang malang apabila anak-anak ini tanpa rasa bersalah mengungkitkan segala pemberian mereka kepada ibu sedangkan mereka wajib sedar bahawa harga setitik air susu ibu tidak mampu dibayar dengan harta benda dunia. Ajaran yang diterima daripada kecil turut memberi kesan terhadap rasa tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya. Jika pemikiran anak-anak tertanam bahawa wang adalah segalanya maka bagi mereka cukup sekadar wang sebagai tanda kasih pada ibu tanpa perlu lagi kepada perhatian dan kasih sayang. Betapa ramai ibu yang sanggup mati demi memastikan anaknya terus hidup sedangkan betapa ramai anak yang menginginkan ibunya lekas mati supaya tidak lagi menjadi bebanan hidupnya. Ingatlah Islam meletakkan ibu di tempat yang mulia. Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibu

عَنْ جَاهِمَة السُّلَمِيِّ جَاءَ إِلىَ رَسُوْلِ اللهِ e فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ أَرَدْتُ الغَزْوَ وَجِئْتُكَ أَسْتَشِيْرُكَ فَقَالَ : هَلْ لَكَ مِنْ أُمٍّ, قَالَ: نَعَمْ, فَقَالَ : الزَمْهَا فَإِنَّ الجَنَّةَ عِنْدَ رِجْلَيْهَا

"Daripada Jahimah al-Sulami bahawa dia datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata : Wahai Rasulullah! Aku ingin berperang, dan aku datang untuk berbincang. Rasulullah bertanya : Adakah engkau mempunyai ibu?. Dia menjawab : Ya!. Rasulullah bersabda : Dampingilah dia sesungguhnya syurga terletak di kedua kaki ibu" – HR al-Hakim

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 79 – 80 surah al-Qosas :

فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ ۖ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ

"Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik”. Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): “Janganlah kamu berkata demikian, pahala daripada Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar"

Setiap 16 Mei disambut Hari Guru bagi mengenang jasa guru yang melahirkan manusia berjasa termasuk pemimpin negara. Pada hari ini kita bercakap berkenaan penderhakaan terhadap guru yang begitu ketara sehingga diperkatakan sekarang berkaitan mahu mengembalikan hukuman rotan di sekolah serta hukuman berat kepada Mat Rempit yang kebenyakannya remaja. Antara puncanya ialah dasar pendidikan negara yang lebih cenderung kepada pendidikan sains dan teknologi sesuai dengan peredaran zaman tanpa memberi penekanan kepada pendidikan agama sebagai perisai konkrit untuk berdepan dengan cabaran semasa. Tanpa didikan agama, manusia seolah-olah tidak memiliki matlamat hidup yang jelas dan tidak berasa takut untuk melakukan sesuatu perkara biarpun bercanggah dengan agama.

Indeks gejala sosial semakin melonjak adalah disebabkan institusi keluarga yang pincang, cetek pendidikan agama, pembangunan tidak seimbang, pengaruh media massa dan rakan sebaya. Kita hidup dalam zaman fitnah di mana harta dipuja agama dihina, dunia dikejar akhirat ditinggal. Manusia lebih hormat kepada sesiapa yang mampu memberikannya kesenangan dunia daripada sayang kepada ulama’ yang menunjukkan jalan yang betul dalam mengurus dunia berasaskan agama serta bagaimana cara untuk meraih kebahagiaan yang kekal di akhirat nanti.

Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Munafiqun:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Sumber : http://ekhutbah.wordpress.com/ Baca lagi...

Thursday, May 28, 2009

Beli Al-Quran Online


Sila klik di SINI atau gambar mendapatkan maklumat lebih lanjut


lamanannur@yahoo.com
Baca lagi...

Monday, May 25, 2009

Video Film Inside Kaabah



Salam, semoga keinginan kita untuk dapat menziarahi ke Tanah Suci Makkah akan dipermudahkan oleh Allah, amin.

lamanannur@yahoo.com
Baca lagi...

What will be your excuse for missing your salat???


Sumber : http://manchuping.blogspot.com/
Baca lagi...

Sunday, May 24, 2009

Video Film Inside Masjidil Haram in Makkah



Salam, kepada yang tidak pernah melihat secara live bagaimana perasaan apabila pertama kali memasuki Masjidil Haram dan berjalan menuju Kaabah...sama2lah kita saksikan.

Semoga ini dapat menyemarakkan lagi keinginan kita untuk menziarahi Allah ta'ala.

LABBAIKA LLAHUMMA LABBAIK, LABBAIKA LA SYARIKA LAKA LABBAIK, INA LHAMDA WA NI'MATA LAKA WALMULK, LA SYARIKALAK
Baca lagi...

Cintailah Saudara Kita

Baca lagi...

Foto Kisah Burung Yang Mengharukan

Seekor burung betina terkapar di jalan raya dengan keadaan tubuhnya yang parah.


Pasangan jantannya membawakan makanan kepada si burung betina dengan penuh kasih sayang & haru.

Ketika si burung jantan sedang cuba memberikan makanan kepadanya, tak lama kemudian si burung betina mati terkulai. Si burung jantan sangat terpukul dan berusaha mengangkatnya.

Si burung jantan akhirnya menyedari bahawa pasangan yang dicintainya itu telah mati. Ia kemudiannya “menangis” di hadapan pujaannya yang telah terkapar mati kaku.

Sambil berdiri di samping tubuh si burung betina, si burung jantan kemudiannya "berteriak" dengan suara yang sangat menyedihkan.
Akhirnya si burung jantan menyedari bahawa pasangan yang dicintainya itu telah meninggalkannya & tidak akan mungkin hidup kembali bersama dengannya. Ia berdiri di samping tubuh si burung betina dengan sedih & duka yang amat mendalam.
-----
Kisah pasangan burung ini dikhabarkan diambil fotonya di suatu wilayah di Republik Ukraina. Saat si burung jantan tersebut sedang berusaha cuba menyelamatkan pasangannya. Jutaan orang di Amerika & Eropah telah menitiskan air mata mereka setelah menyaksikan foto-foto di atas.

Adaptasi dari sumber: http://iwandahnial.wordpress.com/2008/09/12/foto-kisah-burung-yang-mengharukan/#more-2252
Baca lagi...

Saturday, May 23, 2009

khutbah Jumaat Ustaz Hasrizal Abd Jamil aka Saifulislam


USTAZ HASRIZAL ABD JAMIL aka SAIFULISLAM
Khutbah Jumaat @ 15 Mei 2009
Surau Al-Munir

Sila klik di SINI untuk download

lamanannur@yahoo.com
Baca lagi...

Kelebihan DOA

Baca lagi...

Thursday, May 21, 2009

Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."
Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT. Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.

Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.

Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.

Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan. Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."

Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.

Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya. Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.

Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap. Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.

Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'. Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.

Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut:

"Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."

Ia bermaksud: Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu.

Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya:

"Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."

Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat. Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.

Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi. Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?

Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata:

"Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."

Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi. Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.

Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan.

oleh :Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Baca lagi...

Jadilah Seperti Pohon Yang Lebat Buahnya...

Baca lagi...

Wednesday, May 20, 2009

Sunday, May 17, 2009

Mulakan...

Mulakan...

Mulakan harimu dengan zikirullah,
Mulakan solatmu dengan a`uzubillah,
Mulakan doamu dengan alhamdulillah,
Mulakan kerjamu dengan bismillah,
Mulakan amalmu dengan ikhlas lillah,
Mulakan taubatmu dengan keinsafan,
Mulakan silaturahimmu dengan mahabbah fillah,
Mulakan keazamanmu dengan restu Allah,
Mulakan rumahtanggamu dengan mencintai kerana Allah,
Mulakan pekerjaanmu untuk mendapat keredhaan Allah,
Kerana permulaan yang baik akan menentukan pengahkiran yang mulia


sumber : http://shark89.blogspot.com

Baca lagi...

Friday, May 15, 2009

Indahnya Hidup Bersyariat




Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain anak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Penulis : Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab Hamid

Harga : RM55.00

Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

lamanannur@yahoo.com
Baca lagi...

Tuesday, May 12, 2009

Monday, May 11, 2009

Sunday, May 10, 2009

eBook Novel Pudarnya Pesona Cleopatra

Salam

Novel ini adalah hasil nukilan Habiburrahman El Shirazy. Pengarang novel fenomenon Ayat-Ayat Cinta.


Sila klik di sini untuk download. lamanannur@yahoo.com
Baca lagi...

Ujian Kesusahan Untuk Kebaikan

Baca lagi...

IslamQA - Tanya & Jawab

Salam


Website in (sila klik sini) bertujuan untuk memberikan respon yang penuh bijaksana & berautoriti untuk setiap persoalan berkenaan dengan Islam sama ada daripada seorang Muslim atau bukan Muslim. Juga bertujuan untuk menyelesaikan masalah umum dan sosial. Respon adalah diberikan oleh Sheikh Muhammed Salih Al-Munjjid, seorang ilmuan dan pengarang Islam yang tersohor.

Semoga dengan adanya website ini dapat menyemarakkan lagi pengembangan syariat Allah di atas muka bumi ini, amin.

lamanannur@yahoo.com
Baca lagi...

Saturday, May 9, 2009

Friday, May 8, 2009

Pengajian Online Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad



Kuliah pengajian kitab Bahrul Mazi jilid 13 secara langsung online bersama Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad di Masjid Darulaman, Kedah.

Tarikh : Setiap Selasa Minggu ke-3
Masa : Selepas solat Maghrib
Online : Sila klik di sini


lamanannur@yahoo.com
Baca lagi...

Thursday, May 7, 2009

Betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita


[Nota: Diakhir tulisan ini anda boleh muat turun Rakaman Audio yang mengupas secara panjang lebar selama 47 minit tentang Solat Istikharah oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din]

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.



Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.


Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;
  • Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  • Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  • Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Selepas memberi salam baca doa Istiqarah ini (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)

Untuk penjelasan yang lebih mendalam berkenaan Solat Istikharah ini anda patut dengar kupasan yang panjang lebar selama 47 minit tentang solat ini oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.


Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua

Wallah hu ‘alam

Oleh: Ismail Abu Bakar (www.darussyifa.org)

Baca lagi...

Jadual Kuliah Pengajian Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad Bulan Mei 2009



Salam

Berikut adalah jadual kuliah pengajian Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad bagi bulan April 2009:

> 11 Mei 2009 (Isnin) - Surau Taman Kerian, Parit Buntar > Nurul Ehsan jilid 4

> 12 Mei 2009 (Selasa) - Masjid Jelutong, Pulau Pinang > Bahrul Mazi JIlid 19

> 18 April 2009 (Isnin) - Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang > Nurul Ehsan Jilid 1

> 19 April 2009 (Selasa) - Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darul Aman, Jitra > Bahrul Mazi 13


lamanannur@yahoo.co

Baca lagi...

Forum Cabaran Beragama Gen-Y

Baca lagi...