KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Wednesday, March 25, 2009

Project Kewangan ABIM 25 (PKA 25)


Projek Kewangan ABIM 25 (PKA 25) merupakan projek khas yang diberi nafas baru oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Pengemblengan projek ini adalah bertujuan untuk memperkasa perjalanan dan gerak kerja ABIM seperti melengkapkan ABIM dengan sumber manusia terbaik, prasarana organisasi, saluran komunikasi penerbitan dan projek-projek khusus yang dirancang.
Hal ini adalah selaras dengan fungsinya menerusi pendekatan PEMBELA, PRIHATIN dan PENDIDIK. Oleh itu, mekanisme PKA 25 telah disusun untuk memudahkan anggota dan individu yang menyokong perjuangan ABIM melakukan amal jariah.
Sepanjang 36 tahun ABIM berada di tengah-tengah kancah masyarakat, ABIM masih mengekalkan peranan uniknya sebagai institusi umat yang mandiri setelah mendapat sokongan dan dokongan umat. ABIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan yang telah lama diberikan kepada institusi istimewa ini yang telah melahirkan ramai pejuang, aktivis sosial, pemimpin negara dan tokoh akademik dalam rakaman sejarah perjuangan agama, bangsa dan negara.
Namun begitu, cabaran yang lebih rencam mendorong ABIM melakukan persedian secara lebih tersusun dalam memastikan jentera dan sumber manusia yang ada cukup kompeten untuk menggerakkan program dakwah, advokasi dan pendidikan untuk umat. Semua ini adalah sangat penting dalam membina masyarakat Islam untuk menghadapi cabaran politik, ekonomi dan sosial dewasa ini.
ABIM menetapkan sasaran 1000 orang penyumbang menjelang Muktamar ABIM ke 37 nanti dan PKA 25 ini akan dilancarkan secara rasmi pada sambutan Muktamar ke 37 ini nanti.
Berikut adalah maklumat ringkas berkenaan PKA 25
Apakah PKA 25 ?
PKA 25 ialah nama kepada projek sumbangan dana oleh ahli ABIM secara tetap sebanyak RM 25 setiap bulan kepada tabung ABIM.
Kenapa Saya Perlu Menyumbang ?
Sumbangan anda adalah satu bentuk amal jariah kepada masyarakat secara berkala dan konsisten. Program mendidik umat yang dijalankan oleh ABIM memerlukan usaha dan sumbangan dana secara berterusan daripada masyarakat.
Bagaimanakah Saya Boleh Menyumbang ?
Anda boleh menyumbang melalui potongan terus daripada akaun yang telah dipersetujui secara Inter Bank Giro (IBG). Anda boleh menyalurkan sumbangan anda kepada ABIM walaupun daripada institusi kewangan yang berbeza.
Saya Berminat Untuk Menyertai PKA 25 Dan Ingin Penjelasan Lanjut ?
Anda boleh menghubungi Pejabat Kewangan ABIM untuk maklumat dan penerangan lanjut melalui talian 03-61880300 atau 016 2614300.
Sumbangan anda adalah sangat bermakna sebagai nadi kepada gerakan ini dan anda adalah sebahagian daripada hamba Allah yang mempunyai keprihatinan tinggi kepada nasib umat. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran sebaiknya untuk anda sekeluarga di dunia dan akhirat.
Terima kasih dan JazakaLlahu khairan kathira.

No comments: