KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Wednesday, March 25, 2009

Senyumlah

"Senyummu terhadap saudaramu merupakan sedekah" (Riwayat al-Bukhari alam al-Adab al-Mufrad)

Rasulullah SAW adalah peribadi yang selalu tersenyum. Diriwayatkan daripada Jabir dalam Shahih Bukhari & Muslim, Jabir berkata:

"Sejak aku masuk Islam, Rasulullah SAW tidak pernah menghindari daripadaku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku"

Makanya, Rasulullah SAW juga menganjurkan agar umatnya untuk senyum kepada saudara mereka. Ini menunjukkan bahawa aktiviti senyum bukanlah hal yang remeh, apalagi sia-sia, bahkan sebaliknya, menunjukkan bahawa senyum itu sangat penting. Pendapat ini didokong oleh para ahli. Majalah Psycology Today pernah mmberikan nasihat iaitu dengan senyum kepada orang yang baru dikenali, akan berasa nyaman untuk berkomunikasi. Dan ketika seseorang tersenyum, walaupun sedang tidak bahagia, otak mereka akan mengeluarkan sejumlah zat kimia yang tidak hanya meningkatkan sistem kekebalan tubuh, tapi sekaligus juga memberi daya angkat bagi keadaan psikologi seseorang.

Seorang ahli psikologi di Universiti Michigan, Prof James V.McConnel juga mengatakan bahawa, orang yang tersenyum lebih cenderung untuk mampu mengatasi, mengajar & menjual dengan lebih efektif, serta mampu membesarkan anak-anak yang lebih bahagia. Senyum itulah yang mendorong semangat. Kesimpulannya, ternyata di samping baik untuk keadaan fizikal & psikis yang bersangkutan, senyuman juga memberikan kesan yang positif kepada orang lain. Jelaslah Rasulullah SAW menilainya sebagai salah satu bentuk sedekah.


Adaptasi & olahan daripada Suara Hidayatullah (Mac 2009) oleh Thoriq

No comments: