KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Sunday, January 31, 2010

Rakaman Kuliah Ustaz Shukri Najib - Bab Solat Qasar Dalam Kitab Hidayatus Sibyan

TAJUK : SOLAT QASAR
TARIKH
: 31hb Januari 2010 (Ahad)

MASA
: 11.00 pagi

TEMPAT
: Rumah Haji Muazan, Sikamat, Negeri Sembilan

RAKAMAN : | muat turun |



Baca lagi...

Monday, January 25, 2010

Buku : 40 Amalan Ringan Berpahala Besar Karangan Dr Iyadah bin Ayyub al-Kubaisi

Berikut adalah 40 amalan ringan yang mendapat pahala yang besar sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan:
  1. Menyempurnakan Wudhu
  2. Berjalan ke Masjid untuk Melaksanakan Sholat Fardhu
  3. Mandi Hari Jumaat
  4. Mengumandangkan Adzan
  5. Mendengarkan Adzan
  6. Berdoa setelah Mendengarkan Adzan
  7. Mengamin Imam Waktu Sholat
  8. mengucap "Rabbana Lakal Hamdu" dalam Sholat
  9. Solat Dhuha
  10. Duduk di Tempat Solat ( Menunggu Solat atau Setelah Solat )
  11. Menghantarkan Jenazah
  12. Puasa Hari Arafah
  13. Puasa Asyura (10 Muharram)
  14. Puasa Enam Hari pada Bulan Syawal
  15. Puasa 3 hari Setiap Bulan
  16. Sedekah dari Rezeki Halal
  17. Membaca al-Quran
  18. Membaca Surah al-Ikhlas
  19. Membaca 2 ayat Terakhir Al-Baqarah Sebelum Tidur
  20. Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
  21. Selawat kepada Nabi
  22. Menghadiri Majlis Zikir
  23. Zikir setelah Solat 5 Waktu
  24. Bacaan setelah Solat Subuh, Asar dan Maghrib
  25. Membaca Tasbih dan Tahmid I
  26. membaca Tasbih dan Tahmid II
  27. Membaca Tahlil
  28. Membaca Hamdalah setelah Makan dan Minum
  29. Mengucapkan Istighfar
  30. Doa Kaffaratul Majlis
  31. Menjauhkan Diri dari Syirik
  32. Mencintai Saudara kerna Allah
  33. Menyebarkan Salam
  34. Mendoakan Sesama Muslim
  35. Keutamaan 10 Dzulhijjah
  36. Cinta Allah dan Rasul-Nya
  37. Musibah atau Cubaan
  38. Istikharah
  39. Bercucuk tanam
  40. Berdakwah
Baca lagi...

Sunday, January 24, 2010

Rakaman Kuliah Dhuha Muslimat Oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus Pada 23 Jan 2010

TAJUK : PERIHAL SYAITAN & TIPU DAYANYA
RUJUKAN : Kitab Tanbihul Ghafilin
TARIKH : 24hb Januari 2010 (Ahad)
MASA : 9.45 pagi
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
RAKAMAN : | muat turun |



Ini doa yang ditulis sendiri oleh Ustaz Ismail Kamus & diijazahkan untuk diamalkan agar suami atau isteri sentiasa menyayangi kita.
"Wa alkhoitu 'alaika mahabbatam minni wa litusna'a 'ala 'aini"
Maksudnya:
"...dan Aku campakkan (berikan) ke atasmu kasih sayang daripada Aku
dan supaya kamu dipelihara di hadapan mataku"

Dan lagi satu:
"In haaza illa malakun karim"
Maksudnya:
"...(bukan manusia) ini adalah malaikat"



Baca lagi...

Lawatan Kerohanian Di Pekanbaru, Riau, Indonesia dari 19 - 22 Feb 2010

Untuk melihat testimonial, sila klik di SINI.

Semoga kepada yang dapat melapangkan masa dan mengikuti lawatan ini, mendapat natijah yang baik & yang penting mendapat redha Allah, insyaAllah.

lamanannur Baca lagi...

Rakaman Kuliah Maghrib Ustaz Kamal Ashaari Pada 18 Jan 2010

TARIKH : 18hb Januari 2010 (Isnin)
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
RAKAMAN : | muat turun |
Baca lagi...

Saturday, January 16, 2010

Tuesday, January 12, 2010

Rakaman Kuliah Subuh Oleh Ustaz Nik Mohd Zawawi Saleh

TAJUK : PENGENALAN KITAB TAZKIRAH KEMATIAN KARANGAN IMAM QURTUBI
TARIKH : 10hb Januari 2010 (Ahad)
MASA : Selepas Solat Subuh
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
RAKAMAN : | muat turun |


Baca lagi...

Thursday, January 7, 2010

Ceramah Agama Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Baca lagi...

Wasiat Syeikh Sya'rawi

Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi (1911-1998M) adalah Tokoh Tafsir Mesir abad 21. Beliau merupakan Saiyidul Abidin yang dikurniakan dengan limpahan cahaya dan dapat melihat dengan cahaya Allah SWT.

Cuba lihat video di bawah sehingga tamat. Lihat bagaimana di hujung klip, beliau menasihati Presiden Muhammad Husni Mubarak yang terkenal diktatornya, tanpa sedikit pun rasa gentar, malah memegang bahunya, seperti seorang ayah menasihati anak. Beginilah ulama’ pejuang, sufi lagi haraki, yang sentiasa kita cari sepanjang zaman.



Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi)... wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata? “..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga). Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;

“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!(Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) “..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.
Baca lagi...

Program Ziarah Habib Umar Ulama Dari Hadramaut

Untuk mengenali ulama besar dari Hadramaut, Yaman, saksilah rakaman kehadiran beliau ke Indonesia pada tahun 1429H.

Baca lagi...

Ceramah Hijrah vs Masehi Pada 10 Januari 2010

Baca lagi...

Monday, January 4, 2010

Percaya Untuk Berjaya Oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

"...dalam kehidupan kita ini, ada sesuatu yang lebih susah daripada susah iaitu BERUBAH..."

"...dalam sejarah Islam, hijrah adalah titik permulaan atau turning point..."


"...percaya selepas melihat sesuatu itu tidak ada apa-apa nilai yang significant, tetapi yang hebat ialah percaya sebelum melihat sesuatu & kita bekerja untuk melihat apa yang kita percaya..."

"kekangan yang besar yang berlaku
dalam masyarakat kita untuk berjaya ialah pada soal kemampuan untuk percaya..."

"...syurga hanya menerima orang-orang yang hebat untuk menyertainya..."

Hayatilah penjelasan yang cukup mengesankan oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil @ Saifulislam.com


Baca lagi...

Jadual Kuliah Pengajian Ustaz Kazim Elias al-Hafiz Bagi Bulan Januari 2010

Baca lagi...

Kuliah Dhuha Muslimat Oleh Ustaz Musthafa Umar (Rakaman)

TAJUK : PERJALANAN HIDUP MANUSIA
TARIKH : 3hb Januari 2010 (Ahad)
MASA : 9.30 pagi
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
RAKAMAN : | muat turun kuliah | & | muat turun sesi Q&A |

NOTA : Untuk mendengar terus tanpa perlu muat turun, sila klik butang 'play' di bawah.


Baca lagi...