KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Monday, June 29, 2009

Dua Kemuliaan

Salam
Umar RA berkata:
"Kemuliaan dunia boleh diraih dengan harta. Kemuliaan akhirat hanya boleh diraih dengan amalan soleh"

Dinukil dari Syaikh Abdul Mu'thi As-Samlawi:
"Bahawa Nabi SAW pernah berkata kepada Jibril AS; "Gambarkanlah kepadaku tentang kebaikan-kebaikan Umar". Jibril menjawab;"Bila lautan menjadi tinta & seluruh pepohonan menjadi penanya, maka aku tetap tidak dapat menghitung kebaikannya". Nabi SAW berkata lagi;"Gambarkanlah kepadaku kebaikan-kebaikan Abu Bakar AS". Jibril AS menjawab;"Umar adalah salah satu gambaran dari semua gambaran kebaikan Abu Bakar".

Sumber : Nashaihul Ibad : Nasihat-Nasihat Untuk Para Hamba oleh Imam Nawawi al-Bantani
Baca lagi...

Friday, June 26, 2009

Islam DiSanjung Umat Bertamadun

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 41 surah ar-Rom :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"

Kita sebagai umat yang beriman wajib mengakui bahawa setiap bencana yang berlaku di atas muka bumi ini merupakan ujian Allah bagi menguji tahap keimanan umat manusia atau pun pembalasan daripada Allah bagi menimbulkan kesedaran dan pengajaran kepada umat manusia yang selama ini sering melakukan penderhakaan terhadap Allah disamping amaran bagi segelintir manusia yang merosakkan bumi Allah tanpa memikirkan keselamatan orang lain supaya segera menghentikannya. Hari ini dunia sedang bercakap tentang serangan penyakit selsema babi yang membimbangkan sehingga mengganggu industri pelancongan di mana menurut laporan, tempahan menginap di hotel telah mengalami penurunan penempahan sebanyak 10 peratus. Malah, penularan wabak ini turut menghempap kepada sektor makanan dan pengangkutan. Di seluruh dunia, jumlah kes jangkitan selsema babi sehingga kini sudah menjangkiti 53,110 orang di 99 negara dan membunuh 232 nyawa. Manakala dalam negara pula mencatat jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 91 kes iaitu 77 kes import dan 14 kes jangkitan tempatan dengan peningkatan mendadak 400 peratus dalam masa seminggu disamping 4 buah sekolah ditutup. Semua ini mengajar umat manusia untuk mengakui kehebatan dan kekuasaan Allah yang tidak mampu disekat oleh manusia.

Malangnya walau pun kes selsema babi semakin meningkat namun industri penternakan babi terus dipertahankan seolah-olah dunia sudah dibeli oleh kapitalis penternak babi tidak sebagaimana menangani masalah selsema burung, lembu gila, penyakit kuku dan mulut yang kebanyakannya diambil tindakan segera dengan membunuh binatang tersebut. Bila manusia lebih rela membela penyakit maka masalah makin parah dan penderitaan makin bertambah. Demi menjaga keuntungan setengah pihak maka rakyat dibiarkan menderita. Oleh itu di dalam berdepan dengan serangan penyakit yang merbahaya ini kita meminta agar kerajaan menghapuskan segala punca penyakit ini disamping kita mesti memperbanyakkan solat hajat dan berdoa agar dihindarkan daripada musibah ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

"Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar"

Mimbar Jumaat hari ini juga mengajak seluruh umat Islam yang bermaruah untuk sama-sama mengutuk dan mengecam laporan jahat dan biadap yang dikeluarkan oleh International Crisis Group (ICG) yang beribu pejabat di Belgium yang menuduh sekolah pondok telah dijadikan tempat melahirkan pemberontak di Selatan Thai berikutan kumpulan pemisah menggunakan pondok untuk merekrut dan melatih remaja Muslim.

Ketika umat Islam dibunuh dengan kejam termasuk ditembak ketika sedang solat berjemaah di dalam masjid, masih ada lagi musuh Islam yang cuba menimbulkan sikap anti-Islam. Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, kita mendesak agar pemimpin negara memainkan peranan penting dalam menekan kerajaan Thailand supaya menarik balik 30 ribu tentera di Selatan Thailand disamping menamatkan perintah darurat yang memberikan kuasa kepada pihak tentera untuk menahan penduduk yang majoritinya Islam tanpa sebarang dakwaan. Kita tidak mahu isu saudara seagama dibunuh sesuka hati dibiarkan begitu sahaja sehingga kita berasa kecewa apabila Parlimen menolak untuk membincangkannya baru-baru ini

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah ,

قَالَ الرَّسُوْلُ  : لاتَقُوْمَ السَّاعّةُ حَتَّى يَكُوْنَ الوَلَدُ غَيْظًا وَالمَطَرُ قَيْظًا وَيفِيْضَ اللِّئَامِ فَيْضًا وَيَغِيْضَ الكِرَامِ غَيْضًا وَيَجْتَرِئ َالصَّغِيْرُ عَلَى الكَبِيْرِ وَاللَّئِيْمِ عَلَى الكَرِيْمِ – رواه الطبراني فى الأوسط

"Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik"

Kita telah beberapa hari berada dalam bulan Rejab yang mengingatkan kita tentang gambaran dunia dalam peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku pada diri nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang yang terlalu tua iaitu dunia ini terlalu hampir dengan saat kehancurannya yang dipanggil Qiamat. Pelbagai tanda Qiamat samada kecil dan besar telah berlaku di zaman kita ini termasuk cuaca yang begitu panas dan merbahaya di samping masalah sosial dan jenayah yang begitu teruk bermula dalam keluarga, masyarakat kampung sehinggalah negara. Masalah dadah yang semakin runcing sehingga hampir setiap rumah ada yang terlibat dengan jenayah ini sehingga bukan sedikit wang rakyat dihabiskan untuk mengubati penyakit yang telah parah ini. Bila pusat serenti bukan sahaja penuh malah tidak lagi mampu menampung penagih tegar ditambah dengan beberapa rusuhan yang terbaru di mana 500 orang penghuni Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor sehingga ada pelatih yang lari dan berapa banyak harta awam musnah.

Ini antara gambaran bila manusia kosong hatinya daripada makanan rohani akibat negara diserang dengan hiburan melampau dan kehidupan yang jauh daripada panduan agama. Oleh itu system pendidikan agama bermula daripada keluarga, sekolah, pusat pengajian tinggi dan seterusnya apabila telah bekerja wajib diperkasakan supaya hati rohani rakyat tidak mati. Kita begitu bimbang apabila system pendidikan negara hari ini lebih menekan kepada keduniaan dari segi teori dan praktikal dengan menjadikan pendidikan agama hanya pelengkap jadual sahaja. Akhirnya dari segi kecemerlangan akademik, universiti negara kita jatuh tercorot berbanding Universiti Chulalongkon, Thailand apatah lagi universiti Singapura dan Indonesia.

Begitu juga pendidikan peringkat rendah yang turut menjunam prestasinya sehingga hanya tinggi sedikit daripada Papua New Guinea. Ke mana sebenarnya arah tuju pendidikan negara yang nampaknya gagal dari segi dunia apatah lagi agama. Jangan asyik memuja Bahasa Inggeris sehingga gejala liberalisasi beragama, sekularisme yang menimpa umat Islam adalah majoriti daripada kelompok yang pro kepada pendidikan ala Inggeris dan pendidikan berteraskan bahasa berkenaan sedangkan bahasa Melayu telah lama dipakejkan dengan nilai Islam sejajar juga dengan perkembangan tulisan jawi yang menggantikan tulisan Pallava Sanskrit. Berubahlah kepada Islam agar dunia hebat, akhirat dapat.

Sidang Jumaat Yang diberkati Allah ,

Bulan Rejab dijadikan Bulan Sembahyang oleh Kerajaan Kelantan semenjak beberapa tahun yang lepas bagi memberi kesedaran kepada rakyat tentang betapa peri pentingnya solat dalam mencapai kecemerlangan dunia akhirat. Oleh itu betapa pentingnya peranan sistem pendidikan negara dalam melahirkan pelajar sekolah, universiti dan pegawai serta pekerja yang sentiasa menjaga solat 5 waktu. Kita menyokong usaha Kerajaan Kelantan yang berusaha memastikan antara syarat penerimaan bekerja dan kenaikan pangkat menjadikan solat sebagai antara syarat kelayakannya di samping cuba meminda perundangan bagi membolehkan rakyat yang meninggal solat boleh dijatuhkan hukuman berat.

Kita juga mendesak agar kerajaan pusat menjadikan program seperti Biro Tatanegara (BTN) untuk melahirkan pegawai dan pekerja yang jaga solat, jauhi rasuah dan amalan buruk yang lain tidak sebagaimana sebelum ini yang diguna untuk memuja pemimpin dan meniup semangat perlkauman sempit yang bertujuan menjaga kedudukan pemimpin. Begitu juga modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mesti dikemaskan dari sudut pengisian agama dan pengambilan hendaklah kepada remaja bermasalah seperti masalah disiplin di sekolah, tinggal solat, rempit dan sebagainya tidak sebagaimana hari ini di mana kadang-kadang pengisian agama diganti dengan tarian dan sebagainya. Jangan biarkan wang negara dibazirkan untuk merosakkan lagi rakyat sebaliknya gunakanlah untuk mengisi rohani rakyat yang gersang daripada agama.

Firman Allah dalam ayat 45 surah al-‘Ankabut :

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan"

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Baca lagi...

Tabung Pembinaan Masjid Al Mustaqim, Bandar Seri Putra

Sila klik di SINI untuk mendapatkan borang.

lamanannur@yahoo.com
Baca lagi...

Wednesday, June 24, 2009

Konsert Amal HIJJAZ & UNIC


Sumber: http://drshafie.blogspot.com/
Baca lagi...

Tuesday, June 23, 2009

Amalan-Amalan Di Bulan Rejab

Salam Semua,

Allah ta'ala yang maha berkuasa telah menciptakan alam dengan begitu sempurna untuk keperluan hidup makhluk-Nya. Dengan peredaran serta pusingan planet bumi, bulan dan bintang-bintang, maka wujudlah perkiraan masa atau zaman, 12 bulan dalam 1 tahun, 4 daripadanya dinamakan bulan haram yang dihormati dan mengandungi kemuliaan dan kelebihan yang tersendiri.

Firman Allah di dalam Surah At-Taubah ayat 36:
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya 4 bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa"
Daripada Abu Bakrah yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya zaman itu berputar semenjak mula-mula Allah menciptakan langit dan bumi, 1 tahun mengandungi 12 bulan, daripadanya 4 bulan haram, 3 daripadanya bulan itu berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan 1 bulan berasingan iaitu Rejab di antara Jamadilakhir dan Syaaban"
Bulan Rejab adalah bulan ke-7 daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun Qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. Dalam bulan ini juga mencatat sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj junjungan Nabi Besar kita Muhammad SAW satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya.

Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakan pada bulan Rejab ini ialah:

PERTAMA : Membaca Salawat kepada Rasulullah SAW
Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa yang membaca salawat untukku 1 kali, Allah bersalawat kepadanya 10 kali, dan barangsiapa bersalawat 10 kali kepadaku, Allah akan bersalawat kepadanya sebayak 100 kali. Dan barangsiapa yang bersalawat kepadaku 100 kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari sifat nifaq dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid"
Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dari Allah disebabkan ia bersalawat kepada Rasulullah SAW.

KEDUA : Bertaubat.
Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

KETIGA : Berpuasa.
Kita umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi:
"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa 1 hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu"
KEEMPAT : Berdoa.
Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaabandan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Rasulullah SAW apabila masuk bulan Rejab, baginda berdoa dengan doa seperti berikut:
"Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban serta sampaikan kami ke bulan Ramadhan?
Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain. Allah membukakan pintu rahmat seluas-luasnya bagi mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya yang bertaubat, setiap permohonan kita kepada Allah pasti akan mendapat balasan jua dan jika kita mempraktikkannya insyaAllah pasti kita akan memperolehi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


Firman Allah di dalam Surah At-Tahrim ayat 8:
"Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai"


Sumber : Laman web rasmi Kerajaan Negara Brunei Darussalam - Jabatan Hal Ehwal Masjid (http://www.masjid.gov.bn/teks_khutbah/1423/6.htm) Baca lagi...

Dua Perumpamaan Masuk Kubur Tanpa Bekal

Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata:
"Barang siapa masuk kubur tanpa membawa bekal , maka seakan-akan dia mengharungi lautan tanpa perahu"

Rasulullah SAW bersabda:
"Keadaan mayat di dalam kubur itu tak ubah seperti orang yang tenggelam yang meminta pertolongan"

Sumber : Nashaihul Ibad oleh Imam Nawawi al-Bantani
Baca lagi...

Selamat Datang Bulan Rejab...

REJAB bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Sumber :
www.al-azim.com
Baca lagi...

Monday, June 22, 2009

Ceramah Bulanan di Surau Al-Munir



Salam

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang baju terpakai, sila bawa bersama. jualan amal turut diadakan.

Wasssalam
Baca lagi...

Sunday, June 21, 2009

Nota Untuk Suami


lamanannur@yahoo.com

Baca lagi...

Perjuangan Ibarat Tiram Di Laut


lamanannur@yahoo.com
Baca lagi...
DOA ialah permohonan, permintaan atau restu hamba dalam perkara kebaikan yang diucapkan kepada Tuhan biasanya dalam bentuk potongan ayat al-Quran atau hadis yang dimulakan dengan pujian-pujian terhadap Allah s.w.t. dan selawat serta salam kepada Rasulullah s.a.w.

ZIKIR pula merupakan amalan mengingat dan memuji kebesaran Allah s.w.t., selalunya dengan menyebut kalimah tertentu seperti subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar, lailahaillah, astaghfirullah atau kalimah-kalimah mulia yang lain. Sebagai tambahan, menyebut kalimah Allah sahaja sebenarnya tergolong dalam sebutan zikir.

Sementara MUNAJAT pula mirip doa, tetapi lebih mendalam pendekatannya, bersifat monolog, lebih tinggi harapan ke arah keredaan, mohon hidayah, pertolongan dan sebagainya. Pemohon biasanya akan lebih khusyuk dan beremosi ketika bermunajat kepada Allah.

Ketiga-tiga amalan ini memusatkan permohonan kepada Allah s.w.t. Laksana pemintaan hati, mereka yang ikhlas mungkin menangis ketika melaksanakan ketiga-tiga perkara ini dek kerana menyedari betapa kecilnya diri seorang hamba jika hendak dibandingkan dengan Dia Si Pencipta Buana, selain mengharap doa yang dipohon bakal terlaksana.

Justeru itu, jika kita mahu doa yang dipanjatkan itu didengari oleh Allah s.w.t. kita harus tahu serta mengamalkan segala adab ketika berdoa. Intonasi suara dalam meminta, sususan perkataan, masa dan ketika permintaan itu dibuat sangat penting dalam berdoa.

Buku Doa, Zikir & Munajat yang Didengari Allah ini menyediakan kepada anda panduan yang amat bermanafaat terutama ketika saat getir dan mengharapkan bantuan daripada Allah s.w.t. Anda akan mendapati kaifiat dan khasiat di setiap doa yang ditampilkan dalam buku ini.

Uniknya buku ini, selain dari muka hadapan serta saiznya yang comel dan pasti memikat hati, ia turut boleh dijadikan sebagai hadiah buat yang dikasihi. Glosari serta indeks turut disertakan bagi meningkatkan pemahaman si pembaca.

Tajuk Buku: Doa, Zikir & Munajat yang Didengari Allah
Pengarang: Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Mohd & Wahid Abd. Hanif
Harga: RM 12.00 (Semenanjung) / RM 14.00 (Sabah & Sarawak)

Sumber : http://www.telagabiru-tbsb.blogspot.com/
Baca lagi...

Saturday, June 20, 2009

Friday, June 19, 2009

e-Khutbah - Islam DiPerkasa Umat Terbela

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 45 dan 46 surah al-Anfal :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Dan taatlah kamu kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah. Jika tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan. Dan sabarlah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar"

Kekuatan umat Islam berpaksikan kekuatan aqidah, pengamalan terhadap segala kewajipan syarak, pelaksanaan terhadap seluruh sistem Islam dalam kehidupan dan juga kesatuan pemikiran dan gerak kerja dalam memperjuangkan serta mempertahankan Islam di samping rapatnya ikatan ukhwah tali persaudaraan antara umat Islam. Umat Islam mesti bersatu umpama susunan batu bata yang tersusun rapi yang mampu menjadikan suatu binaan itu kukuh dan teguh.

Perpecahan di kalangan umat Islam akibat daripada segolongan taat mengikut kehendak wahyu Allah dan sebahagian lagi lebih seronok menjadi hamba nafsu telah membuka peluang kepada musuh Islam dalam melakukan keganasan dan kezaliman terhadap umat Islam. Penyakit terlalu cintakan kehidupan dunia sehingga mengabaikan persiapan hidup akhirat ditambah lagi dengan perasaan takut untuk mati turut melahirkan umat Islam yang lebih suka berbicara tentang kemewahan dunia dan hiburan melalaikan daripada berfikir bagaimana cara untuk mewujudkan suatu masyarakat yang tunduk patuh kepada seluruh ajaran Islam bermula daripada keluarga sehingga dalam pemerintahan negara dan bagaimana cara untuk menyelamatkan mangsa korban keganasan kuffar durjana yang tidak berhati perut.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 42 :

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنْفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)"

Perjuangan dalam memperjuang dan mempertahankan kesucian Islam bukanlah melalui jalan yang mudah, kemenangan yang senang tetapi ia memerlukan pengorbanan yang tinggi serta melalui pelbagai ujian, cabaran, halangan dari segenap sudut. Malangnya di negara kita yang dianugerahkan nikmat keamanan dan kemudahan namun terlalu ramai umat Islam yang meninggalkan solat apatah lagi datang berduyun-duyun ke masjid atau surau untuk berjemaah dalam merapatkan lagi tali perhubungan antara hamba dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Sedangkan ramai saudara seagama di beberapa buah negara yang lain terpaksa berdepan dengan peluru dan bom kuffar semata-mata mahu pergi ke masjid. Antara kekejaman yang terbaru ialah apa yang telah berlaku di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, Narathiwat, Thailand di mana 12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat Isyak malam Isnin 8 Jun yang baru lalu manakala 11 lagi cedera parah. Cara pembunuhan kejam itu dilaksanakan menunjukkan kumpulan tersebut adalah profesional dan terlatih.

Sejak peristiwa pembunuhan di Masjid Kerisek dan Tak Bai tahun 2004, sudah 3500 umat Islam mati dibunuh, iaitu purata hampir dua orang setiap hari sehingga hari ini. Sudah sampai waktunya negara umat Islam untuk menubuhkan sebuah pasukan pertahanan Islam dikalangan negara OIC untuk mempertahankan dan membela umat Islam dimana sahaja mereka berada, sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah-Khalifah Islam dalam era pemerintahan Khilafah Islamiyah. Negara-negara Islam, khususnya OIC mesti segera menubuhkan Dana Pembangunan Selatan Thai untuk membantu menggiatkan pembangunan insan dan kebendaan di kawasan tersebut sesuai dengan kekayaan yang dimiliki oleh kebanyakan negara umat Islam. Jangan biarkan saudara seagama meraung kesakitan sedangkan kita hanyut dalam hiburan. Jangan biarkan saudara seagama mati bergelimpangan sedangkan kita hanya menjadi penonton yang tiada perasaan belas kasihan. Bukan tergolong dalam golongan beriman, mereka yang tidak menghiraukan penderitaan saudara seagama yang lain

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali Imran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi"

Kuffar durjana juga menggunakan serangan pemikiran dalam memesongkan aqidah dan cara hidup umat Islam agar mereka terus dapat menjajah dan menjahanamkan umat Islam. Oleh itu kita mendesak kerajaan agar memperkasakan lagi pendidikan Islam di semua peringkat. Jangan asyik bercakap tentang kepentingan bahasa Inggeris sedangkan agama diabaikan sehingga lahirnya lebih ramai umat Islam yang tidak kenal apa itu Islam malah yang lebih parah bila benci terhadap agama mereka sendiri. Kita bimbang dengan cadangan untuk mengurangkan mata pelajaran teras peringkat SPM di mana yang bakal menjadi mangsa ialah pendidikan Islam. Umat Islam mesti diberi kesedaran sejak dari kecil terutama di sekolah dan pusat pengajian tinggi tentang cara hidup Islam kerana agama bukan untuk dunia sahaja malah untuk menambah bekalan akhirat. Jika ilmu dunia dikira penting dan diberi kursus dari masa ke semasa apatah lagi ilmu agama.

Betapa malangnya apabila ilmu agama semakin sedikit dipelajari apabila semakin tinggi tahap pengajian terutama di bidang yang bukan berkaitan pengajian Islam sedangkan ilmu agama begitu banyak dan luas yang tiada batas penamatnya. Sikap memandang rendah terhadap kepentingan ilmu agama kerana merasakan ia tidak mendatangkan pendapatan lumayan menyebabkan umat Islam semakin jauh daripada agama. Akhirnya cara hidup dan berfikir umat Islam seperti orang kafir hanya berkisar tentang dunia tanpa mempedulikan lagi tentang hari akhirat yang merupakan tempat kembalinya kita. Rasuah dan pecah amanah menjadi budaya sehingga banyak bangunan baru runtuh termasuk stadium. Zina, arak dan dadah menjadi amalan sehingga rosaknya keturunan dan meningkatnya jenayah. Manusia menjadi binatang bahkan lebih teruk.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam surah Al ‘Imran ayat 19:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

"Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya"

Kepentingan ilmu agama juga untuk menepis ajaran sesat termasuk Islam Liberal yang dapat dikatakan bahawa pokok pemikirannya merujuk kepada 5 perkara iaitu [1] Sekularisasi dan sekularisme di mana persoalan agama, ketaatan dan kemaksiatan, dianggap sebagai hak individu, hak asasi mereka. Sekiranya mereka tidak melaksanakan tuntutan agama atau melakukan pelanggaran hukum hakam agama, maka orang lain tidak berhak menegur dan menasihatinya. [2] Plurisme Agama; menganggap semua agama adalah sama, benar, sahih yang menuju kepada tuhan yang sama. Golongan ini menghalalkan murtad dengan meletakkan agama Islam setaraf dan sama dengan lain-lain agama sedangkan Nabi saw pernah bersabda:

الإِسْلاَمُ يَعْلُوْ وَ لاَ يُعْلَى عَلَيْهِ). رواه البيهقي(

“Agama Islam itu tinggi dan tiada ada yang lebih tinggi daripadanya”

[3] Al-Qur’an edisi Kritis; di mana di Indonesia, ada pihak-pihak mempertikaikan mushaf al-Quran ‘Uthmani dengan dakwaan sesat bahawa al-Quran yang ada pada tangan kita sekarang tidak serupa dengan zaman nabi Muhamamd s.a.w. Ditambah pula terdapat juga pihak-pihak yang menolak hadith. [4] Hermeneutika; di mana terpengaruh dengan metod orientalis dengan mengguna kaedah mentafsirkan Bible kepada al-Quran. Sedangkan dalam disiplin pengajian tafsir, telah terdapat kaedah di mana seseorang yang ingin menafsirkan Quran perlu terlebih dahulu mempunyai syarat-syarat kelayakan. Tindakan ini menyebabkan di Indonesia wujudnya puak menghalalkan hubungan sesama jenis homoseks, lesbian dengan alasan meraikan kehendak naluri dilahirkan suka sesama jenis. [5] Feminisme di mana menuntut persamaan hak antara lelaki dan perempuan. Perbezaan hukum di antara jantina dianggap sebagai tidak adil. Timbulnya desakan supaya poligami tidak sah, perkahwinan berbeza agama sah termasuk antara muslimah dan bukan Islam, masa ‘iddah tidak hanya untuk wanita sahaja, isteri boleh menjatuhkan talak, bahagian pesaka anak lelaki dan perempuan adalah sama. Oleh itu kita wajib menghapuskan Islam Liberal termasuk mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan seperti Sisters In Islam yang terlibat dengan ajaran sesat Islam Liberal. Cegah sebelum parah, sekat sebelum merebak

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Baca lagi...

Thursday, June 18, 2009

Bengkel Pengurusan Kewangan di Surau Al-Munir


Salam

Sesiapa yang berminat untuk menghadiri Bengkel Pengurusan Wang, sila hubungi Encik Yamin di talian 013-2227 632.

Wassalam
Baca lagi...

Monday, June 15, 2009

Rakaman Kuliah Ustaz Kamal Shaari

Salam

Untuk mendengar kuliah agama yang disampaikan Ustaz Kamal Shaari di Surau An-Nur pada 15hb April 2009 yang lalu, sila klik di SINI.

Terima kasih Encik Arman Alim Mohd Ismail.

Wassalam
Baca lagi...

Dua Perintah Nabi Agar Bergaul Dengan Ulama

Nabi SAW bersabda:
"Hendaknya kalian duduk bersama ulama & mendengarkan perkataan hukama' (orang bijak) kerana sesungguhnya Allah Ta'ala menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan"
Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hanifah:
"Duduklah bersama kubara' (ulama besar) & bertanyalah kepada para ulama serta bergaullah dengan para hukama"
Dalam riwayat yang lain:
"Duduklah bersama ulama & bergaullah dengan para hukama' serta akrabilah kubara'"
Rasulullah SAW bersabda:
"Akan datang suatu masa kepada umatku di mana mereka lari dari para ulama & fuqaha, maka Allah akan menurunkan 3 macam musibah kepada mereka, iaitu: (1) Allah menghilangkan berkat dari rezeki mereka, (2) Allah menjadikan penguasa yang zalim untuk mereka, dan (3) Allah mengeluarkan mereka dari dunia tanpa membawa iman bersama"
Sumber : Nashaihul Ibad (Nasihat-Nasihat Untuk Para Hamba) oleh Muhammad Nawawi al-Bantani Baca lagi...

Sunday, June 14, 2009

Hilangnya Satu Lagi Permata Dunia Islam

Al-fadhil Ustaz Dr. Fathi Yakan telah meninggalkan kita. Beliau dilahirkan pada tahun 1933 dan wafat pada jam 4.45 petang, 13hb Jun 2009 ketika berumur 76 tahun di Hospital Hotel Dieu, Tripoli kerana sakit. Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah.

Pemergiannya meninggalkan satu sumbangan yang sangat besar dalam dunia pentarbiyahan para pejuang Islam. Antara bukunya, 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam' ( Apa Erti Saya Menganut Islam ) dan 'Almutasaqitun 'ala toriqidda'wah' (Golongan yg tercicir di jalan dakwah) menjadi antara sumber rujukan utama usrah di pelbagai peringkat masyarakat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Al-fatihah...

Sumber : http://nikhassanazmi.blogspot.com
Baca lagi...

Saturday, June 13, 2009

Erti Sebuah Perkahwinan


lamanannur@yahoo.com
Baca lagi...

Kisah Mengharukan Seorang Kakak dan Adik

Sebuah Kisah untuk kita renungkan dan jadikan motivasi.

Aku dilahirkan di sebuah dusun pergunungan yang sangat terpencil. Hari demi hari, orang tuaku membajak tanah kering kuning, dan punggung mereka menghadap ke langit. Aku mempunyai seorang adik, tiga tahun lebih muda dariku. Suatu ketika, untuk membeli sebuah sapu tangan yang mana semua gadis di sekelilingku kelihatannya membawanya, aku mencuri lima puluh sen dari laci ayahku.

Ayah segera menyadarinya. Beliau membuat adikku dan aku berlutut di depan tembok, dengan sebuah tongkat bambu ditangannya. “Siapa yang mencuri uang itu?” Beliau bertanya. Aku terpaku, terlalu takut untuk berbicara. Ayah tidak mendengar siapa pun mengaku, jadi Beliau mengatakan, “Baiklah, kalau begitu, kalian berdua layak dipukul!”

Dia mengangkat tongkat bambu itu tinggi-tinggi. Tiba-tiba, adikku mencengkeram tangannya dan berkata, “Ayah, aku yang melakukannya!”

Tongkat panjang itu menghantam punggung adikku bertubi-tubi. Ayah begitu marahnya sehingga ia terus-menerus mencambukinya sampai Beliau kehabisan nafas.

Sesudahnya, Beliau duduk di atas ranjang batu bata kami dan memarahi, “Kamu sudah belajar mencuri dari rumah sekarang, hal memalukan apa lagi yang akan kamu lakukan di masa mendatang? Kamu layak dipukul sampai mati! Kamu pencuri tidak tahu malu!” Malam itu, ibu dan aku memeluk adikku dalam pelukan kami. Tubuhnya penuh dengan luka, tetapi ia tidak menitikkan air mata setetes pun. Di pertengahan malam itu, saya tiba-tiba mulai menangis meraung-raung. Adikku menutup mulutku dengan tangan kecilnya dan berkata, “Kak, jangan menangis lagi sekarang. Semuanya sudah terjadi.”

Aku masih selalu membenci diriku karena tidak memiliki cukup keberanian untuk maju mengaku. Bertahun-tahun telah lewat, tapi insiden tersebut masih kelihatan seperti baru kemarin. Aku tidak pernah akan lupa tampang adikku ketika ia melindungiku. Waktu itu, adikku berusia 8 tahun. Aku berusia 11.

Ketika adikku berada pada tahun terakhirnya di SMP, ia lulus untuk masuk ke SMA di pusat kabupaten. Pada saat yang sama, saya diterima untuk masuk ke sebuah universitas propinsi. Malam itu, ayah berjongkok di halaman, menghisap rokok tembakaunya, bungkus demi bungkus.

Saya mendengarnya memberengut, “Kedua anak kita memberikan hasil yang begitu baik… hasil yang begitu baik…” Ibu mengusap air matanya yang mengalir dan menghela nafas, “Apa gunanya? Bagaimana mungkin kita bisa membiayai keduanya sekaligus?” Saat itu juga, adikku berjalan keluar ke hadapan ayah dan berkata, “Ayah, saya tidak mau melanjutkan sekolah lagi, telah cukup membaca banyak buku. ” Ayah mengayunkan tangannya dan memukul adikku pada wajahnya. “Mengapa kau mempunyai jiwa yang begitu keparat lemahnya? Bahkan jika berarti saya mesti mengemis di jalanan saya akan menyekolahkan kamu berdua sampai selesai!” Dan begitu kemudian ia mengetuk setiap rumah di dusun itu untuk meminjam uang. Aku menjulurkan tanganku selembut yang aku bisa ke muka adikku yang membengkak, dan berkata, “Seorang anak laki-laki harus meneruskan sekolahnya; kalau tidak ia tidak akan pernah meninggalkan jurang kemiskinan ini.”

Aku, sebaliknya, telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan ke universitas. Siapa sangka keesokan harinya, sebelum subuh datang, adikku meninggalkan rumah dengan beberapa helai pakaian lusuh dan sedikit kacang yang sudah mengering. Dia menyelinap ke samping ranjangku dan meninggalkan secarik kertas di atas bantalku: “Kak, masuk ke universitas tidaklah mudah. Saya akan pergi mencari kerja dan mengirimimu uang.” Aku memegang kertas tersebut di atas tempat tidurku, dan menangis dengan air mata bercucuran sampai suaraku hilang. Tahun itu, adikku berusia 17 tahun. Aku 20. Dengan uang yang ayahku pinjam dari seluruh dusun, dan uang yang adikku hasilkan dari mengangkut semen pada punggungnya di lokasi konstruksi, aku akhirnya sampai ke tahun ketiga (di universitas) .

Suatu hari, aku sedang belajar di kamarku, ketika teman sekamarku masuk dan memberitahukan, “Ada seorang penduduk dusun menunggumu di luar sana! “Mengapa ada seorang penduduk dusun mencariku? Aku berjalan keluar, dan melihat adikku dari jauh, seluruh badannya kotor tertutup debu semen dan pasir. Aku menanyakannya, “Mengapa kamu tidak bilang pada teman sekamarku kamu adalah adikku?” Dia menjawab, tersenyum, “Lihat bagaimana penampilanku. Apa yang akan mereka pikir jika mereka tahu saya adalah adikmu? Apa mereka tidak akan menertawakanmu?” Aku merasa terenyuh, dan air mata memenuhi mataku. Aku menyapu debu-debu dari adikku semuanya, dan tersekat-sekat dalam kata-kataku, “Aku tidak perduli omongan siapa pun! Kamu adalah adikku apa pun juga".

sumber: http://idhamlim.blogspot.com oleh al_irsyad_sby@yahoo.com
Baca lagi...

Friday, June 12, 2009

Pengajian Kitab Siyaarus Saalikin

PENGAJIAN KITAB SIYAARUS SAALIKIN

Bersama :
SHEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-MALIKI

pada :
Ahad , 14 Jun 2009

masa :
9.00 pagi - 12.30 tengahri


tempat :
Masjid Al-Falah, USJ 9
Baca lagi...

Cabaran & Peluang Dakwah Di Era ICT & Globalisasi oleh Ustaza Hasrizal Abd Jamil aka SaifulIslam (Banner)



Sumber : http://drshafie.blogspot.com/
Baca lagi...

Thursday, June 11, 2009

eKhutbah - Hati Rosak Punca Islam DiTolak

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.


Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 258 surah al-Baqarah :

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ ۖ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

"Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan”. Ia menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan”. Nabi Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?” Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim"

Perbezaan antara hak dan batil begitu terang, percanggahan antara iman dan kufur begitu jelas, pertembungan antara Islam dan jahiliah begitu ketara. Pejuang Islam termasuk golongan nabi dan rasul sentiasa berdepan dengan musuh Islam yang menolak kebenaran walau pun pelbagai hujah dan dalil dikemukakan. Akibat hati yang rosak dipenuhi penyakit takabbur serta ditutup daripada menerima hidayah Allah maka kebenaran ditolak, kesesatan dipertahankan. Pada zaman nabi Ibrahim, ramai kalangan umatnya termasuk bapanya sendiri Azar menyembah berhala sehingga nabi Ibrahim begitu bersungguh-sungguh berhujah dengan mereka agar meninggalkan perbuatan syirik yang merugikan itu. Kekuatan hujah kebenaran Islam tidak mampu dilawan oleh golongan yang menentang Islam tetapi golongan yang kufur pada Allah akan menggunakan kekerasan walau pun mereka tahu mereka kalah dan bersalah. Begitulah nasib yang menimpa nabi Ibrahim yang dibakar dalam api oleh Namrud dan pengikutnya tetapi Allah tetap membantu nabiNya dan dakwah Islam. Kita pada ini yang berjuang Islam terus berdepan dengan pemimpin dan golongan yang tidak yakin dengan Islam. Mereka tidak menyembah berhala tetapi menyembah system ciptaan manusia dari pelbagai segi termasuk pemerintahan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Apabila hujah golongan yang tidak yakin kepada system Islam ini dapat dipatahkan maka kekerasan digunakan termasuk ISA, ugutan, buang kerja dan sebagainya. Begitu juga dalam mempertahankan kuasa yang dimiliki maka pelbagai cara yang bercanggah dengan demokrasi apatah lagi Islam digunakan semaksima yang mungkin sehingga mandat rakyat dicabuli, undang-undang rimba disanjungi. Tidak pelik bila undang-undang Allah pun berani dilanggar apatah lagi undang-undang ciptaan manusia yang boleh dipermain sesuka hati

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam surah al-Ghafir ayat 23 – 24

ولقد أرسلنا موسى بئايـتنا وسلطن مبين إلى فرعون وهـمـن وقـرون فقالوا سـحر كذاب

"Sesungguhnya telah Kami utuskan nabi Musa dengan membawa keterangan Kami dan dalil yang nyata kepada Firaun, Haman dan Qarun lalu mereka berkata : “ Ini ahli sihir lagi pendusta”

Perjuangan nabi Musa a.s pula menyaksikan bagaimana baginda terpaksa berdepan dengan tiga jenis manusia yang berbeza dari segi pangkat, tugas dan peranan tetapi matlamatnya sama iaitu memastikan umat manusia terus menyembah sesama manusia serta kufur kepada Allah. Manusia pertama bernama Firaun yang berjawatan sebagai raja pemerintah yang menjadikan kuasa sebagai hak milik mutlak bukannya menjadikan kuasa itu sebagai suatu amanah daripada Allah sehingga dia sanggup melawan Allah tanpa rasa takut dan bersalah. Firaun telah ditulis dalam al-Quran sebagai pemimpin dan ahli politik paling jahat dalam sejarah berpunca daripada hati yang rosak bertindak memecah-belah masyarakatnya dengan mencipta puak-puak dan bangsa sekaligus menindas serta bertindak zalim. Dengan cara itu, dia fikir dapat memerintah lama dan tiada masyarakat yang bersatu-padu yang akan menentangnya di kemudian hari. Menurut catatan Ibnu Kathir, Firaun telah membunuh sejumlah 40,000 kanak-kanak lelaki daripada kalangan bani Israel demi memastikan survival politiknya kerana bimbang ada generasi muda iaitu bakal pemimpin yang akan menggulingkannya. Firaun telah lama mati lemas dengan penuh kehinaan tetapi pemimpin-pemimpin yang bersikap sepertinya terus ada setiap zaman dan tempat. Pemimpin jenis ini tidak pernah takut untuk mempersendakan Islam dan mengenepikan agama dalam politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Pemimpin jenis ini gemar mengapi-apikan isu perkauman bagi menjaga kepentingan diri sendiri serta menggunakan pelbagai cara termasuk kekerasan yang bukan sahaja bercanggah dengan Islam malah sistem demokrasi itu sendiri demi memastikan kuasa politiknya tidak tergugat. Akhirnya pemimpin jenis ini menjadikan dirinya sebagai penguasa yang tidak boleh disanggah sehingga yang kuat dan kaya sentiasa menang manakala yang lemah dan miskin menjadi mangsa kezaliman yang sentiasa kalah.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Firman Allah dalam ayat 79 – 80 surah al-Qosas :

فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ ۖ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ

"Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik”. Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): “Janganlah kamu berkata demikian, pahala daripada Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar"

Firaun dibantu oleh Haman yang berperanan sebagai menteri atau pegawai yang berusaha siang dan malam dalam memastikan rakyat jelata sentiasa tunduk kepada pemimpin yang sesat dan zalim secara membabi buta. Haman juga telah mati tetapi menteri dan pegawai yang bersikap sebagaimana Haman terus muncul sehingga rakyat terus keliru hasil kepetahan bicara manusia jenis ini yang bijak menutup kesesatan dan kezaliman pemimpin. Firaun turut dibantu oleh Qarun yang merupakan hartawan yang sanggup membantu pemimpin dan menteri melalui harta kekayaannya dengan syarat dia mendapat balasan yang berganda hasil pelaburannya dalam menyesatkan rakyat dan menutup kesalahan pemimpin. Qarun juga telah lama mati ditelan bumi bersama harta kekayaannya tetapi hartawan yang bersikap sebagaimana Qarun terus wujud di mana-mana. Bahayanya hartawan jenis ini ialah dia mampu mengawal system pemerintahan, perundangan, ekonomi, sosial dalam sesebuah negara kerana berjaya membeli negara dengan harta kekayaannya. Jadi tidak pelik apabila wujudnya negara yang dikawal oleh tauke dadah, tauke judi, tauke arak, kongsi gelap dan sebagainya. Benar kata cerdik pandai : Bila wang bercakap maka perundangan akan senyap.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Masad :

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ مَا أَغْنَىٰ عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ سَيَصْلَىٰ نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ

"Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal"

Perjuangan nabi Muhammad s.a.w sendiri terpaksa berdepan dengan manusia yang rosak hati termasuk bapa saudaranya sendiri Abu Lahab bersama isterinya. Walau pun merupakan antara ahli keluarga yang paling gembira ketika menyambut kelahiran nabi Muhammad s.a.w sehingga menyembelih banyak ekor unta dan memerdekakan hambanya Suwaibah namun apabila nabi mula menyatakan dakwah Islam maka Abu Lahab merupakan penentang utama kepada dakwah suci itu. Sehingga mati dia bersama isterinya sentiasa mencari jalan bagi menjauhkan umat manusia daripada menerima dakwah nabi. Kebanyakan hartanya digunakan bagi menentang perjuangan Islam. Oleh itu kita mesti menjauhkan diri daripada menjadi manusia yang rosak hati di mana hanya seronok menyebut tentang kemuliaan nabi Muhammad s.a.w tetapi menentang sunnah dan sistem Islam yang dibawanya. Islam tidak akan berjaya hanya sekadar menyebut tetapi wajib diikut.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Baca lagi...

ULASAN : Majlis Makan Malam & Ceramah bersama Tuan Guru YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat

Surau An-Nur Bandar Baru Bangi 14 Jamadil Akhir bersamaan 8 Jun : Bangi tanah sejuk dan bertuah, terus berlimpah dengan cahaya ilmu dengan terus dikunjungi oleh para ilmuan silih berganti.

Demikianlah pada malam Isnin lalu di Surau An-Nur, dikunjungi oleh tamu paling istimewa iaitu YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mursyidul Am merangkap Menteri Besar Kelantan diiringi oleh YBhg Dato' Dr. Haron Din sebagai wakil tuan rumah.

Mengiringi maghrib, beliau telah berceramah berhubung dengan kegiatan ilmu yang dipimpinnya di Kota Bharu sebagai Bandar Islam dan mengharapkan kegiatan sedemikian berlaku di Bangi sebagai Bandar Ilmu.

Kehadiran Tok Guru disambut para hadirin yang melimpah ruah di surau An-Nur. Beliau juga telah melancarkan pungutan derma bagi membantu Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Ustazah Zailah yang juga hadir bersama. Turut sama hadir ialah Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr Che Rusli Che Mat dan ADUN Bangi Dr. Shafie Abu Bakar yang bersama makan malam semeja dengan Tuan Guru.

Sumber:http://drshafie.blogspot.com/2009/06/harapan-tuan-guru-pada-bangi.html#links

Baca lagi...

Doa Mohon Keampunan & Rahmat

Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. (Al-A'raf:23)
KAIFIYAT DOA

Doa ini amat utama dibaca untuk memohon ampun & rahmat daripada Allah. Ini kerana doa ini telah dibaca oleh Nabi Adam AS setelah melakukan kesalahan memakan buah larangan Allah.

Sumber : Koleksi Doa-Doa dalam Al-Quran oleh Maruwiah Ahmat
Baca lagi...

Wednesday, June 10, 2009

Cabaran & Peluang Dakwah Di Era ICT & Globalisasi oleh Ustaza Hasrizal Abd Jamil aka SaifulIslam

"Cabaran & Peluang Dakwah Di Era ICT dan Globalisasi"

Oleh:
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil aka SaifulIslam

Tempat:
Surau Al Amin, Seksyen
8 Bandar Baru Bangi

Tarikh:
12 Jun 2009 @ 19
Jamadil Akhir 1430 H (Jumaat)

Masa:
8.00 hingga 9.15 Malam
Baca lagi...

Dua Hal Yang Sangat Utama

"Ada dua perkara yang tidak mungkin diungguli keutamaannya oleh yang lain, iaitu: iman kepada Allah dan memberi manfaat kepada sesama muslim" Hadis Rasulullah SAW

Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling bermanfaat bagi orang lain. Amal yang paling utama adalah menyenangkan hati orang mukmin dengan cara menghilangkan kelaparan & kesusahan atau melunaskan hutangnya. Ada dua perkara yang sangat kotor & keji, iaitu:
  1. Menyekutukan Allah
  2. Menimbulkan kemudharatan bagi kaum muslim

Sumber : Nashaihul Ibad (Nasihat-Nasihat Untuk Para Hamba) oleh Muhammad Nawawi al-Bantani
Baca lagi...

Monday, June 8, 2009

Sunday, June 7, 2009

MAKLUMAN - Kemasukkan Jadual Pengajian Baru Untuk Jun 2009

Salam

Jadual kuliah pengajian bagi bulan Jun yang telah dikemaskini untuk surau/masjid adalah seperti berikut:


1. Masjid Al-Azim, Pandan Indah
2. Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya
3. Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8, Shah Alam
4. Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam

Yang lain akan menyusul....

Sekian & Wassalam
Baca lagi...

Doa Agar Diampunkan Dosa & Dijauhkan Daripada Azab Neraka

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka" - Surah Ali 'Imran:16
KAIFIYAT DOA

Allah ta'ala akan menyediakan syurga di syurga kelak dan diampunkan dosa-dosanya serta dijauhkan daripada azab api neraka.

lamanannur@yahoo.com Baca lagi...

Friday, June 5, 2009

Pakej Ziarah Umrah 2009/1430 H

Salam untuk semua

Pihak laman-annur.blogspot, alhamdulillah telah mengorak langkah melebarkan lagi perkhidmatannya iaitu di dalam bidang pengurusan ZIARAH UMRAH dengan berganding sama syarikat Putra Nilai Holiday Services Sdn Bhd (757708-H/KKKP:4819) yang beralamat di Suite 111-2B, Jalan 3, Batu Caves Centerpoint, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Dengan visi & misi yang jelas iaitu:
"KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"
bersama dengan Pengarah Urusan Putra Nilai Holiday Services Sdn Bhd iaitu Ustaz Mohd Rozalie Zahari al-Hafiz, insya-ALLAH kami akan memastikan:
  • layanan yang profesional, penuh dedikasi & bertanggungjawab
  • keselesaan anda
  • selamat dengan keyakinan
Kami juga menyediakan Pakej Umrah "KHAS" dengan harga yang istimewa untuk syarikat-syarikat korporat, koperasi dan persatuan yang berminat untuk membuat pakej istimewa untuk pekerja-pekerja atau ahli-ahli mereka dan juga keluarga.

Untuk makluman semua, pihak
laman-annur.blogspot telah melantik MUHAMMAD AKMAL PUTEH sebagai wakil untuk memberikan khidmat kepada anda semua. Beliau boleh dihubungi di talian:

012-385 0676
019-224 0864

lamanannur-umrah@yahoo.com

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap, sila layari http://lamanannur-umrah@blogspot.com.

Sekian, wassalam
Baca lagi...

e-Khutbah - Hidayah DiTerima Umat Sentosa



الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegah-Nya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 2 surah al-Jumaat :

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

"Dialah (Allah) yang telah mengutuskan kepada kalangan orang-orang arab yang buta huruf seorang rasul dari bangsa mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya. Dan membersihkan mereka daripada aqidah yang sesat serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat. Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w adalah dalam kesesatan yang nyata."

Islam dan ilmu tidak dapat dipisahkan kerana Islam itu sendiri tertegak di atas keyakinan yang pasti melalui ilmu yang disuluhi cahaya wahyu Allah. Kekuatan Islam yang berkembang dan mampu membina tamadun bersepadu antara kemanusiaan dan kebendaan adalah hasil daripada kekuatan ilmu bukannya berdasar kepada paksaan dan kejahilan. Islam yang merupakan agama fitrah adalah agama yang mampu dipeluk dan diamalkan oleh seluruh umat manusia tanpa mengira keadaan takhta dan harta, bangsa dan negara, usia dan budaya. Keadaan fitrah manusia yang mahukan kebaikan dan begitu benci kepada kejahatan telah menyebabkan hati mereka mudah tertarik kepada seluruh ajaran Islam yang sempurna. Oleh itu manusia perlu kepada hidayah dalam meraih betapa manisnya nikmat iman dan Islam

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Ada ulama membahagikan hidayah kepada 5 peringkat iaitu :

Pertama : Hidayah al-Wijdan at-Tabie’i yang bererti petunjuk yang timbul daripada perasaan mengikut tabiat semenjak lahir ke dunia seperti lapar, dahaga, panas, sejuk, sakit dan lainnya. Sebagai contohnya bagaimana seorang anak kecil akan menangis untuk keselamatan dirinya di mana tangisan itu bertujuan meminta si ibu atau pengasuhnya supaya menguruskannya. Setelah mendapat layanan atau pengurusan yang secukupnya maka petunjuk daripada rasa puas dalam diri anak kecil itu menyuruh dia agar berhenti menangis. Hidayah peringkat ini belum membantu manusia daripada mengenal tentang hakikat Allah dan agama

Kedua : Hidayah al-Hawas iaitu petunjuk pancaindera yang lima iaitu mata, hidung, telinga, lidah dan kulit. Petunjuk yang terhasil daripada rangsangan pancaindera ini memang perlu bagi keselamatan diri manusia dalam menjauhi sesuatu yang membahayakan serta menimbulkan perasaan untuk mendekati sesuatu yang memberi manfaat kepada diri. Namun begitu petunjuk pancaindera ini tidak sentiasa benar kerana dalam banyak keadaan mata melihat barang yang lulus jadi bengkok, lidah tersalah merasa di mana sesuatu yang manis dirasanya pahit, hidung tersalah bau di mana sesuatu yang harum dirasa busuk dan selainnya. Kesimpulan daripada sini maka kita dapati bahawa petunjuk pancaindera tidak cukup dalam menjaga keselamatan manusia di mana kita semua memerlukan petunjuk yang lebih tinggi untuk mencapai keselamatan diri di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 190 surah Ali Imran :

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal"

Ketiga : Hidayah al-’Aqal iaitu petunjuk berasaskan akal iaitu suatu alat yang dianugerahkan oleh Allah sebagai penimbang dan memikirkan sesuatu yang disampaikan oleh rangsangan pancaindera dan apa yang timbul daripada perasaan tabi’e. Setelah ditimbang dan difikirkan oleh akal maka manusia dapat bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat yang dirasakan dapat memberi kebahagiaan untuk dirinya. Tetapi setelah melihat apa yang berlaku di hadapan mata kita bagaimana petunjuk berasaskan akal semata-mata turut gagal untuk menggapai kebahagiaan yang sejati kerana tahap penggunaan akal adalah terbatas. Tindakan berasaskan akal semata-mata seringkali tersilap di mana sesuatu yang difikirkan baik tetapi menjadi sebaliknya. Oleh itu Allah telah menganugerahkan petunjuk yang lebih tinggi daripada petunjuk akal kepada mereka yang dikehendakiNya dalam mencapai jalan yang lurus untuk kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.

Keempat : Hidayah ad-Din iaitu petunjuk dari langit yang dinamakan agama yang bererti peraturan yang diturunkan oleh Allah untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia samada yang berbentuk individu atau masyarakat ramai. Melalui petunjuk agama maka seseorang itu dapat menguji dan memperbetulkan pendapat berasaskan akalnya menerusi pertimbangan neraca agama. Seseorang itu dapat tahu tentang kebenaran dan kebahagiaan yang mesti dicapai berasaskan kehendak agama bukannya semata-mata melalui pendapat akal semata-mata. Melalui petunjuk agama juga maka perjalanan hidup seseorang itu lebih terjamin dan terkawal. Namun begitu ramai juga golongan yang cerdik pandai dalam urusan agama yang tersalah langkah dan tersesat daripada petunjuk Allah yang sebenar. Ramai mereka yang faham agama turut tersesat jalan walau pun telah pun dianugerahkan dengan petunjuk agama. Perkara ini tetap berlaku kerana mereka tidak dianugerahkan hidayah yang paling tinggi. Mereka mungkin hanya mengetahui tentang agama melalui pembelajaran dan pembacaan sehingga menyentuh hati tetapi tidak mampu menggunakannya secara betul kerana masih belum diberi hidayah yang lebih tinggi.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Kelima : Taufik yang merupakan hidayah yang paling tinggi iaitu pemberian petunjuk berserta dengan anugerah kemahuan dan kesanggupan dalam diri untuk berbuat segala sesuatu yang membawa kepada keselamatan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Apabila diri kita diberikan taufik maka bukan sahaja kita mengetahui tentang sesuatu itu yang baik untuk dikerjakan dan sesuatu buruk untuk ditinggalkan tetapi segala anggota kita turut diberi kekuatan untuk melaksanakan segala itu untuk mencapai keredhaan Allah. Taufik hanya terletak pada tangan Allah Yang Berkuasa sahaja tanpa mampu dimiliki oleh sebarang makhluk walau dia seorang rasul sebagaimana nabi kita Muhammad s.a.w sendiri tidak mampu memberi hidayah taufiq kepada bapa saudara kesayangannya Abu Tolib.

Firman Allah dalam ayat 56 surah al-Qosas:

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)."

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Hidayah taufik yang tertinggi ini mestilah kita raih dengan sentiasa mendalami ilmu agama dan doa kita kepada Allah. Kita juga mesti memperkasakan 3 dasar utama pendidikan berasaskan Islam iaitu dasar pendidikan pertama ialah sesuatu ilmu yang diajar tidak boleh bebas daripada berpegang kepada aqidah Islam iaitu mestilah disertakan dengan ayat al-Quran dan hadis nabi. Dasar pendidikan kedua yang ditekankan oleh Allah ialah pembersihan umat manusia daripada aqidah sesat. Manakala dasar pendidikan ketiga yang mesti diterapkan ialah pengajaran kepada seluruh ajaran Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan. Kita tidak mahu keadaan kerosakan akhlak di kalangan pelajar sekolah terus meningkat akibat sistem pendidikan negara lebih kepada mengejar dunia. Kita bimbang umpan musuh melalui 4S iaitu [1] Song (nyanyian yang melalaikan sehingga terjebak kepada pemujaan syaitan), [2] Seks bebas hingga lahir begitu ramai anak luar nikah, [3] Sport (sukan yang melekakan hingga ramai yang meninggal kewajipan agama), [4] Smooke iaitu amalan merokok yang akhirnya membawa kepada terjebak dengan najis dadah akan ditelan oleh umat Islam sehingga masalah bertambah parah. Aqidah umat Islam hari ini juga semakin parah apabila adanya dakwaan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menghadapi 2 masalah yang paling besar iaitu masalah tidak tahu perkara asas agama dan permintaan untuk murtad daripada Islam. Kita mesti bersatu dan bersungguh serta istiqamah dalam menangani masalah yang begitu kronik ini. Tiada masa untuk kita berehat kerana tugas kita semakin bertambah. Cegah sebelum parah, rawat sebelum terlewat, sekat sebelum merebak

Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Soff :

يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)"

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Baca lagi...