Kali ini SOLUSI muncul dengan isu yang berbeza - Ingatlah! Mati Datang Tiba-Tiba. Mungkin sesetengah pembaca terkejut atau merasakan tajuk ini anti-klimaks, di tengah keghairahan kita membangunkan negara,meningkatkan perpaduan & menangani krisis ekonomi. Namun percayalah, dengan mengingati mati sebenarnya kita bukan ditarik ke belakang bahkan akan didorong lebih maju ke hadapan.
Ingat mati sebenarnya akan "menghidupkan" jiwa kita untuk maju, bersatu & lebih giat berusaha. Lihat bagaimana hebatnya perjuangan generasi yang ingat mati, pada zaman Rasulullah SAW & para sahabat. Metaforanya mudah sekali:
Bayangkan kita ke luar negara. Apa yang kita sediakan? Tentulah passport, pakaiana, wang & berbagai-bagai barang keperluan. Tidak cukup sekadar itu, kita juga mencongak, agar semua persiapan itu sesuai dengan tempoh masa, cuaca, budaya & kerenah manusia di negara yang akan kita lawati.
Jika disana musim dingin, kita bersedia dengan baju tebal. Jika di sana menggunakan matawang dollar, kita membuat tukaran wang. Paling kita jaga, agar tidak ada barang-barang yang kita bawa adalah larangan atau diharamkan di negara itu. Malah, jika dijangka kita lama di sana, kita mesti belajar bahasa pertuturan negara itu, agar mudah kita berinteraksi & berkomunikasi.
Apakah kita akan berdiam diri atau berpeluk tubuh menjelang keberangkatan kita? Tidak. Semua agenda di atas akan kita laksanakan berdasarkan turutan kepentingan. Semua itu akan menjadi kita aktif, sibuk & ligat berfikir, merancang & bertindak.
Maka begitulah apabila kita ingat mati. Mati adalah proses perpindahan ke alam barzakh sebelum menuju alam mahsyar, kemudian ke syurga atau neraka. Orang yang ingat mati akan ligat, sibuk & produktif dalam menyediakan bekalan. Di sana nanti, harta tidak berguna lagi. Lalu di dunia ini kita tukarkan "matawang dunia" dengan "matawang akhirat" - gunakan harta untuk menjana pahala, kebaikan & kebajikan.
Di padang mahsyar nanti kita perlukan "pakaian taqwa" - maka di dunia ini kita menjaga diri daripada dosa, maksiat & kemungkaran. Agar tidak bisu di sana - lidah digunakan untuk memberi nasihat, berkata-kata baik, berdakwah atau memperbanyakkan diam! Kita tahu "passport" yang mula-mula di akhirat kelak adalah solat - maka kita akan menjaga solat dengan sebaik-baiknya. Kita juga tahu Raja di sana (Allah) sangat membenci kezaliman & kecurangan - maka kita akan mempersiapkan diri menjadi orang yang jujur & amanah dalam urusan di dunia.
Kita ke akhirat bukan seperti melancong. Kita ke sana untuk selama-lamanya. Masa kita berangkat juga tidak diketahui. Tiket penerbangan ke luar negara boleh ditempah tarikh & masanya, tetapi tarikh "penerbangan" roh ke alam barzakh boleh datang tiba-tiba. Jadi, persiapkan bekalan yang banyak & bersiap sedialah dari sekarang! istirahatlah daripada sifat malas, bertangguh, jemu & lesu. Mahukah kita menjadi orang yang fakir, bisu, kepanasan, sunyi, lapar, dahaga, keliru, sasal di negara akhirat nanti?
Inilah pesan-pesan SOLUSI isu no.8 ini, menerusi tulisan & coretan yang pelbagai. Kami mengharapkan sumbangan kecil ini akan menjernihkan sedikit sebanyak kekeruhan yang kita alami sekarang, yang salah satu puncanya ialah apabila manusia lupa & benci mati.
Mudah-mudahan mati akan terus hidup di hati kita.
Hidupkan hati dengan ingat mati!
Oleh : Ketua Editor - SOLUSI isu no.8

No comments:
Post a Comment