Sesungguhnya kita digalakkan untuk berpuasa pada hari ‘Asyura berdasarkan kepada hadis riwayat Imam al-Bukhari & Muslim :
Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda SAW ditanya tentang puasa ‘Asyura lalu Baginda SAW menjawab :
"Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim)Tetapi umat Islam disunatkan menambah puasa pada 9hb Muharram untuk mengelakkan kesamaan dengan orang Yahudi yang juga tutur membesarkan hari Asyura' atau 10 Muharram.
No comments:
Post a Comment