KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Saturday, January 10, 2009

Bila Bertemu Rakan

Memberi & menjawab salam di antara sesama muslim merupakan hak yang tidak patut dipandang kecil, kerana ia salah satu jalan mencetuskan persaudaraan & perpaduan, di samping ia merupakan syariat & cara hidup seorang muslim. Oleh itu apabila bertemu sesama muslim hendaklah salaing memberi & menjawab salam.
Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW
bersabda bermaksud “Hak seorang muslim kepada muslim lainnya ada 6 perkara:
- Apabila engkau bertemu dengannya, ucapkan salam
- Apabila ia mengundangmu, maka kabulkanlah
- Apabila ia minta nasihat daripada kamu,
hendaklah kamu menasihatinya
- Apabila ia bersin, lalu ucapkan ”alhamdulillah”, maka hendaklah kamu sambut dengan ”Yarhamukallah”
- Apabila ia sakit, hendaklah kamu ziarahinya
- Apabila ia mati, hendaklah kamu hantarkan jenazahnya ke kubur”
Sumber : Majalah Solusi (Edisi Perdana)

No comments: