KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Monday, January 26, 2009

Doa

Doa senjata orang mukmin. Sejauh mana 'ketajaman' senjata ini memberi kesan dalam mengharapkan doa yang dipohon itu diterima oleh Allah?
Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Kaedah yang baik & tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Al-Khalik. Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran & kemuliaan Allah SWT termasuk jumlah 99 nama Allah. Ustaz Abdullah Mahmud menurunkan beberapa panduan tata cara berdoa iaitu:
> Angkat tangan ke paras dada
> Raparkan kedua-dua belah (tapak) tangan
> Kita akan nampak urat tangan kanan & kiri bercantum seakan membentuk seperti sampan.
"Apabila urat tangan itu bertemu, ia akan menjadi huruf 'ba'. titik 'ba' letak
di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf
hijaaiyah di dalam al-Quran, Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Maka
malaikat yang menjaga huruf 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan
mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu,
berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan,"
jelas Ustaz Abdullah.
> Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy & duduk tahiyyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan-badan betul-betul & jangan menyandar
> Sepanjang berdoa banyakkan memuji kebesaran Allah & menyebut nama-nama Allah yang lain sesuai dengan keperluan kita pada masa itu. Contohnya, jika berdoa memohon murahkan rezeki, sebutlah nama Allah, Ar-Razaq. Susuli juga dengan selawat ke atas Nabi SAW.
> Berdoalah sungguh-sungguh dari hati. Jangan rasa tertekan apabila tidak tahu berdoa dalam bahasa Arab kerana Allah itu maha pengasih. allah sangat memahami & maha mendengar segala bicara tulus hamba-hamba-Nya
> Ajarkan kepada anak-anak & seluruh ahli keluarga supaya bersungguh-sungguh dalam menjaga adab semasa berdoa. Sesungguhnya apabila dari kecil telah dibiasakan bersungguh-sungguh dalam bermunajat kepada Allah, insyaAllah ia akan membentuk peribadi (yang) baik dalam kehidupan masing-masing

Sumber : Majalah Anis

No comments: