KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Friday, November 27, 2009

Khutbah 'Aidil Adha 1430H oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat (Rakaman)


Tarikh : 27hb November 2009 | 10hb Zulhijjah 1430
Tempat : Masjid Pulau Melaka, Kelantan
Rakaman : | muat turun |
Sumber : http://kulliyyah.blogspot.com/

Baca lagi...

Thursday, November 26, 2009

Wednesday, November 25, 2009

Solusi Isu No 14 Akan Terbit

Baca lagi...

Akhbar Mingguan iLuvislam (Edisi Pengenalan)

Akhbar Mingguan iLuvislam Edisi Pengenalan
Editor : Im Koyube

Alhamdulillah, akhbar mingguan iLuvislam (edisi pengenalan) telah pun siap dicetak. Akhbar setebal 40 muka surat dengan kertas berkualiti dan berwarna-warni, memaparkan isu kontemporari Islamik, dalam negara, luar negara dan pelbagai lagi kisah yang umat Islam dan bukan Islam. Ia sepatutnya dijadikan koleksi mingguan kita semua dalam usaha mencari cinta; cinta yang sempurna.

InsyaAllah ia boleh didapati di pasaran bermula esok pagi dan akan sepenuhnya berada di pasaran pada hari Isnin. Menurut sumber, di mana ada jual akhbar Sinar Harian, di situ juga ada jual akhbar iLuvislam.

Mengikut perancangan pihak pengurusan, insyaAllah akhbar ini akan dirasmikan pada 19 Disember 2009. Team event iLuvislam.com Malaysia bersama-sama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB) akan menganjurkan sebuah aktiviti istimewa sempena majlis pelancaran tersebut.

Edisi pertama (01) akhbar majalah ini akan bermula pada 1 Januari 2010, setiap hari Jumaat, dijual dengan harga RM2.00.

Di kesempatan ini, saya mewakili pihak pengurusan iLuvislam.com dan krew-krew iLuvislam.com, ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada CEO/Group Managing Director KKSB, Dato' Hussamuddin Yaacub, pihak pengurusan KKSB terutamanya Kak Fir (Penerbit Eksekutif), Abang Nong (Pengurus Perancangan Korporat), Abang Afif (Pengurus New Media), Abang RJ (Pengurus Pemasaran Jenama), Kak Salina (Managing Editor), Kak Fouziah (editor akhbar iLuvislam) dan semua individu yang terlibat dalam menjayakan penerbitan akhbar ini.

Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menukarkan suatu mimpi menjadi realiti.

InsyaAllah, kita sama-sama doakan agar usaha sederhana dalam merancakkan lagi media islamik di Malaysia, akan diberkati oleh Allah SWT.

Syurga Firdaus bukan mudah untuk dimasuki. Namun, itulah visi jangka panjang kami dan kita semua sepatutnya. Mari kita sama-sama muhasabah, apakah usaha dan komitmen yang kita lakukan untuk mencapainya.

Jangan berlengah lagi, pastikan akhbar iLuvislam menjadi pilihan mingguan anda. Dapatkan edisi pengenalannya di pasaran dengan hanya RM 1! Pelaburan anda pasti berbaloi!

www.iLuvislam.com
Baca lagi...

Monday, November 23, 2009

Betulkah Bulan Pernah Terbelah Dua?


BENARKAH BULAN PERNAH TERBELAH DUA?
Untuk mengetahuinya, sila klik di SINI, Tuan Guru Ustaz Dato' Dr Haron DIn memberikan kupasan yang cukup baik menerangkan perkara ini.
Baca lagi...

Sunday, November 22, 2009

Kuliah Maghrib oleh Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin


KULIAH MAGHRIB
oleh
Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin

Tarikh:
23hb November 2009 (Isnin)

Masa:
Selepas Solat Maghrib

Tempat:
Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi


Baca lagi...

Saturday, November 21, 2009

Majalah Solusi Isu No 13


DARI EDITOR
BAGAIMANA kita mengungkai benang yang kusut, maka begitulah juga kita berusaha menyelesaikan kemelut hidup. Kita perlu cari di mana puncanya atau tujuannya.
Malangnya, ramai yang tidak tahu jawapan yang tepat & jelas pada persoalan asas ini. hal ini kerana manusia walau sebijak mana sekalipun tidak akan tahu apakah tujuan hidupnya. Justeru, rujuklah kepada Pencipta hidup (Allah). Nescaya di sana ada jawapannya.
Kita perlu kembali ke pangkal - back to basic. Bermulalah dengan diri sendiri. Mari kita selami & kenali siapa kita yang sebenarnya? Kita hayati kata-kata ini:
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya. Dan untuk membaiki manusia, baiki hatinya" Masalah manusia bermula & berpunca daripada hati!
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan. Jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah, daging itu ialah hati" Riwayat Al-Bukhari & Muslim
Justeru, suatu masalah yang bersifat dalaman (soal hati) mesti diselesaikan dengan kaedah yang bersifat dalaman juga.
Ironisnya, di tengah-tengah kemelut yang maha dahsyat ini, masih ramai yang lebih prihatin tentang "gadget" teknologi berbanding persoalan hati. Betapa ramai yang lebih serius untuk "servis" kereta berbanding "servis" hati.
Kereta dicuci, ditukar & dihias dengan pelbagai aksesori sedangkan jiwa, fikiran, & emosi terbiar kotor & berkarat. Oleh sebab itu, tidak hairanlah sekiranya ramai manusia seumpama kereta rosak yang sedang terhincut-hincut dalam perjalanan hidup yang penuh cabaran ini.
Manusia seharusnya tidak terkapai-kapai dengan pelbagai soalan tanpa jawapannya. Majalah Solusi sejak edisi pertama lagi berusaha menyelesaikan kekusutan-kekusutan ini. Solusi diterbitkan atas dorongan melihat Islam kembali menjadi penyelesai kepada semua masalah hidup manusia berpandukan peraturan Allah (syariat).
"Sesungguhnya, masalah yang kita hadapi kini, sebenarnya adalah satu "cubitan" kasih daripada Allah untuk menginsafkan kita agar kembali ke pangkal jalan. InsyaALLAH, Tuhan tidak akan mngecewakan kita"
Menerima Islam untuk diamalkan diperjuangkan samalah seperti menjemput kedatangan rahmat, kekuatan, keamanan & keindahan. Tepat rasanya kalau dikatakan Islam adalah pasangan hidup manusia. Menerima Islam tidak akan merugikan, menyusahkan & menjatuhkan sesiapa.
Namun, seruan kembali kepada Islam kerap dijadikan retorik & slogan semata-mata. Kekadang kita sendiri tertanya-tanya bentuk Muslim yang bagaimana yang kita impikan? Solusi isu no. 13 ini tampil dengan satu jawapan' "Kita perlu jadi Mukmin Profesional!"

Oleh : Pahrol Mohamad Juoi

Isu bulan ini adalah MUKMIN PROFESIONAL.

Antara artikel yang dimuatkan dalam Majalah Solusi 13 adalah seperti berikut:-

  1. Kata Dua - Tegas Bukan Keras - Muhammad Jihad.

  2. Tafsir - Surah Al-Baqarah, Profesionalisme Thalut Dalam Pemerintahan - Ustaz Zahazan Mohamed.

  3. Hadis - Adab Makan, Bismillah Dan Pujian - Ustaz Adlan Abd Aziz.

  4. Isu - Siapakah Mukmin Profesional? - Pahrol Mohamad Juoi.

  5. Isu - Kesepaduan Ilmu Mukmin Profesional - Pahrol Mohamad Juoi.

  6. Isu - Tajdid Penyampaian Ilmu - Jaddal Atiff.

  7. Jalan Keluar - Mukmin Profesional Dipandang Hebat - Ustaz Ahmad Baei Jaafar.

  8. Hikmah - Konsep Ulama Dan Kepimpinannya - Ustaz Hasrizal Abd Jamil.

  9. Fitrah - Permata Dunia Permata Akhirat - Wan Mohd Ruzlan Wan Omar.

  10. Mahmudah - Tinggal Terung Yang Haram Dapat Isteri Halal - Umar M Noor.

  11. Hai Anak - Didik Anak-anak Belajar Daripada Kehidupan - Rashidah Mustaffa.

  12. Haramain - Sai Antara Safa Dan Marwah - Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman.

  13. Beduk Diketuk - Kisah Solat Subuh Berjemaah - Imam Global.

  14. Soal Jawab Solat dan Fiqah - Ustaz Fadzli Al-Yamani.

  15. Muamalat - Perbezaan Riba Dengan Jual Beli - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

  16. Soal Jawab Muamalat - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

  17. Cerna Minda - Merancang Perubahan - Ir Ahmad Jais Alias.

  18. Potensi - Adab Sosial Pelajar Perempuan - Hj Muhammad Zakaria.

  19. Cerdik Baik - Ingkar Perintah Tuhan Penghalang Kemajuan Diri - Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

  20. Soal Cinta - Pelangi Tersenyum Pada Surat Cinta - Pahrol Mohd Juoi.

  21. Cetusan - Ayah Bukan Tidak Mahu Tapi Tidak Tahu - Prof Dr Sidek Baba.

  22. Maqasid Syarie - Hidupkan Masjid Dengan Maqasid Pembinaannya - Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani.

  23. XPDC Eropah - Ukhuwah Di UK - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

  24. Dari Seberang - Nasihat Buat Para Muslimah - Ummu Sakinah Hj Muhammad.

  25. Kembara - Gempa Bumi Tasikmalaya Di Jawa Barat - Hj Muhammad Zakaria.

  26. 'Amal - Keimanan Mendorong Kita Bangun Berwuduk - Ustaz Mohd Gunawan Che Ab Aziz.

  27. Kiasan - Membaca Dan Mengamalkan Al-Quran Umpama Wangian Kasturi - Mohd Shauqi Othman.

  28. Remaja - Malu Si Pohon Semalu - Fatimah Syarha Mohd Noordin.

  29. Usaha Jaya - Kejayaan Dan Kegagalan Berjangkit - Dr Irfan Khairi.

  30. Jejak RM - Kaabah Menggamit Lagi - Mahdzir Md Isa.

  31. Mahir - Merancang Percutian Yang Bermakna - Ahmad Fadzli Yusuf.

  32. Munakahat - Wali Raja - Ustaz Badli Shah Alauddin.

  33. Syiar - Haji Dan Keringanannya - Dr Abd Basit Abd Rahman.

  34. Tab Nabawi - Merawat Penyakit Cara Nabi Merawat Diri Sendiri - Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif.

  35. Murabbi - Imam Abu Al-Hasan Al-Asy'ari Perangi Firqah Sesat - Zuraimi Ismail.

  36. Muslimah - Kewajipan Wanita Sebagai Anak - Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood.

  37. Fiqah Wanita - Apa Itu Istihadah? - Husna Hassan.

  38. Misteri Alam Ghaib - Jin Yang Mencuri Berita Langit - Dato' Ismail Kamus.

  39. Faraid - Jangan Biarkan Waris Kita Berbuat Dosa - Ustaz Ghazali Ibrahim.

  40. Atlas Al-Quran - Kisah Nabi Musa, Qarun Yang Angkuh Ditelan Bumi - Mohd Wahid Abd Hanif.

  41. Analisis - Menangkan Iman Atas Kemungkaran - Mohd Al-Adib Samuri.

  42. Fizikr - Besi Diturunkan Dari Langit? - Rohidzir Rais.

  43. Tauhid - Tuhan Allah Dalam Bible - Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir.

  44. I-Pods - Bagaimana Rasulullah Membetulkan Kesalahan Anak-anak? - Mohd Azrul Azlen Abd Hamid.

  45. Jinayat - Jenis Pembunuhan Dan Hukumnya - Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

  46. Akhir Zaman - Apabila Proses Hisab Dimulai - Umar M Noor.

  47. Pesan Nenek - Datangkan Sangkaan Baik.

  48. Pelik Tapi Benar - Balasan Mempermainkan Sunah - Ustaz Hj Zahazan Mohamed.

Majalah Solusi Edisi 13 ini mengandungi 109 muka surat.

Price: RM9.00


Baca lagi...

Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) 1431

Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) dianjurkan oleh Saifulislam Training & Consultancy (001813528-P) , iaitu sebuah syarikat latihan dan perundingan pembangunan insan milik Hj Hasrizal Abdul Jamil, atau lebih dikenali sebagai Abu Saif. Bermula dari sebuah blog interaktif yang menampilkan bahan-bahan pemikiran yang segar, Abu Saif melangkah setapak ke hadapan dengan menubuhkan syarikatnya sendiri agar segala idea yang telah banyak dimanfaatkan oleh pembaca semenjak 1998, dapat diterjemahkan kepada modul latihan yang meletakkan remaja, mahasiswa/i dan warga kerja sebagai kelompok sasaran. Graduan Universiti Mu’tah di Jordan, Mantan Minister of Religion di Ireland Utara, pernah muncul di CNN, BBC dan media tempatan, Abu Saif pasti menawarkan keunikan untuk dakwah dan program latihan pembangunan insan.

Kami menerima banyak permintaan daripada ibu bapa, agar menganjurkan kursus-kursus untuk anak remaja, khususnya di musim cuti sekolah ini. Setelah banyak aspek dipertimbangkan, berserta usaha mendapatkan sebuah pasukan yang benar-benar mantap untuk memimpin agenda ini, kami mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana KEM HIJRI 1430 yang berlangsung pada Disember 2008 telah berjalan dengan cemerlang dan kini mengumumkan sesi kedua KEM HIJRI khusus untuk remaja di musim cuti sekolah 2009 kali ini.

KEM HIJRI

Kem Hijrah Remaja Islam 1431H ini, adalah sebuah program bersifat residential, yang kami tawarkan khusus untuk anak-anak remaja berusia di antara 13 ke 19 tahun. Program ini menggabungkan segala unsur pembelajaran membabitkan kuliah, latihan dalam kumpulan, permainan interaktif, aktiviti outdoor, serta slot-slot bicara hati ke hati, bukan sekadar untuk menyampaikan mesej kepada peserta, malah untuk kami menyelami isi hati, berusaha memahami dan seterusnya berkongsi pandangan secara yang lebih eksklusif kepada peserta KEM HIJRI ini.

Idea Tasawwur Islam yang segar, dinamik, kontemporari dan praktikal, akan disampaikan kepada remaja dengan bahasa remaja, bersama harapan agar proses untuk menjiwai dan mengamalkan hasil KEM HIJRI ini akan lebih mudah dan sesuai dengan panca roba kehidupan mereka yang serba mencabar hari ini.

Kami juga menawarkan ruang untuk peserta-peserta berdialog dengan fasilitator jemputan yang berlatarkan pelbagai bidang pengajian yang syariatik juga saintifik untuk sumbangsaran perancangan pelajaran dan kerjaya mereka nanti. Terima kasih kepada teman-teman saya yang begitu ikhlas dan bersemangat untuk berkongsi pengalaman mereka belajar di universiti terkemuka, dan kini berjaya sebagai profesional di bidang masing-masing.

KEM HIJRI INI akan mencakupi 6 Topik Dasar iaitu:

  1. Meneroka rupa bentuk Islam (IPO Input Proses dan Output pada Iman, Islam dan Ihsan)
  2. Muslim pada Aqidah, Ibadah dan Akhlaq, yang banyak menekankan aspek MENGAPA disusuli BAGAIMANA
  3. Meneroka aplikasi konsep Syariatullah dan Sunnatullah untuk kecemerlangan holistik peserta
  4. Pengurusan Emosi dan Cinta Remaja
  5. Memulihkan Nilai Kekeluargaan dan Interaksi Sosial
  6. Merancang Pembelajaran dan Kerjaya

Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) merupakan sebuah kem percutian yang diadakan khusus untuk musim cuti sekolah dan pasca peperiksaan, bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431. Program ini dibentuk khusus untuk mengisi keperluan remaja semasa yang berdepan dengan pelbagai cabaran, sebahagiannya sulit untuk difahami oleh generasi ibu bapa. Kecelaruan membabitkan persoalan pandangan hidup (worldview), agama, nilai, emosi, cinta, akademik dan kerjaya masa depan. Kepercayaan bahawa remaja perlu difahami sebelum mengharapkan mereka memahami, menjadi asas kepada lahirnya KEM HIJRAH REMAJA ISLAM (HIJRI)

Sila klik di SINI untuk maklumat lengkap.


Baca lagi...

Friday, November 20, 2009

Kuliah Pengajian Kitab Iman: Rukun, Hakikat & Pembatalannya oleh Ustaz Tarmizi Abd Rahman

Salam,
Sila klik di SINI untuk muat turun nota tambahan kuliah lepas yang telah diadakan pada 1 November 2009.

lamanannur

Baca lagi...

Pengumuman Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Kumpulan Ke-22 Bandar Baru Bangi Sessi 2009/2010

Salam

Bagi yang telah menyerahkan Borang Permohonan, sila hadir temuduga seperti berikut:

Tarikh: 5 & 6 Disember 2009
Tempat: Bangunan Darussyifa' Bandar Baru Bangi
Waktu: 8:00 pagi ~ 3:00 petang

Sebarang pertanyaantentang temuduga, sila hubungi Ustaz Aris di 019-3677721 atau
alsyifa@streamyx.com atau telepon pejabat Darussyifa': 03-89250443

Perhatian: Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM500 setahun. Pada hari pendaftaran bayaran minima ialah RM200.00.

Wassalam
Baca lagi...

Cabaran Mendidik Generasi - Y

Baca lagi...

Thursday, November 19, 2009

Keutamaan 10 Hari Pertama Bulan Dzulhijjah Dan Amalan Yang Disyariatkan

Oleh: Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin
http://www.almanhaj.or.id/content/2001/slash/0


Segala puji bagi Allah semata, shalawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulullah, Nabi kita Muhammad, kepada keluarga dan segenap sahabatnya.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rahimahullah, dari Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhuma bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Artinya : Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fisabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fisabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun".

Imam Ahmad, Rahimahullah, meriwayatkan dari Umar Radhiyallahu 'Anhuma, bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Artinya : Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid".

MACAM-MACAM AMALAN YANG DISYARIATKAN

[1]. Melaksanakan Ibadah Haji Dan Umrah
Amal ini adalah amal yang paling utama, berdasarkan berbagai hadits shahih yang menunjukkan keutamaannya, antara lain : sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam:

"Artinya : Dari umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah Surga".

[2]. Berpuasa Selama Hari-Hari Tersebut, Atau Pada Sebagiannya, Terutama Pada Hari Arafah.
Tidak disangsikan lagi bahwa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah untuk diri-Nya. Disebutkan dalam hadis Qudsi :

"Artinya : Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku".

Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Artinya : Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun". [Hadits Muttafaq 'Alaih].

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah Rahimahullah bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Artinya : Berpuasa pada hari Arafah karena mengharap pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya".

[3]. Takbir Dan Dzikir Pada Hari-Hari Tersebut.
Sebagaimana firman Allah Ta'ala.

"Artinya : .... dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan ...". [Al-Hajj : 28].

Para ahli tafsir menafsirkannya dengan sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Karena itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak dzikir pada hari-hari tersebut, berdasarkan hadits dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'Anhuma.

"Artinya : Maka perbanyaklah pada hari-hari itu tahlil, takbir dan tahmid". [Hadits Riwayat Ahmad].

Imam Bukhari Rahimahullah menuturkan bahwa Ibnu Umar dan Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhuma keluar ke pasar pada sepuluh hari tersebut seraya mengumandangkan takbir lalu orang-orangpun mengikuti takbirnya. Dan Ishaq, Rahimahullah, meriwayatkan dari fuqaha', tabiin bahwa pada hari-hari ini mengucapkan :

"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa Ilaha Ilallah, wa-Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu"

"Artinya : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada Ilah(Sembahan) Yang Haq selain Allah. Dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji hanya bagi Allah".

Dianjurkan untuk mengeraskan suara dalam bertakbir ketika berada di pasar, rumah, jalan, masjid dan lain-lainnya. Sebagaimana firman Allah.

"Artinya : Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu ...". [Al-Baqarah : 185].

Tidak dibolehkan mengumandangkan takbir bersama-sama, yaitu dengan berkumpul pada suatu majlis dan mengucapkannya dengan satu suara (koor). Hal ini tidak pernah dilakukan oleh para Salaf. Yang menurut sunnah adalah masing-masing orang bertakbir sendiri-sendiri. Ini berlaku pada semua dzikir dan do'a, kecuali karena tidak mengerti sehingga ia harus belajar dengan mengikuti orang lain.

Dan diperbolehkan berdzikir dengan yang mudah-mudah. Seperti : takbir, tasbih dan do'a-do'a lainnya yang disyariatkan.

[4]. Taubat Serta Meninggalkan Segala Maksiat Dan Dosa.
Sehingga akan mendapatkan ampunan dan rahmat. Maksiat adalah penyebab terjauhkan dan terusirnya hamba dari Allah, dan keta'atan adalah penyebab dekat dan cinta kasih Allah kepadanya.

Disebutkan dalam hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakala seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya"
[Hadits Muttafaq 'Alaihi].

[5]. Banyak Beramal Shalih.
Berupa ibadah sunat seperti : shalat, sedekah, jihad, membaca Al-Qur'an, amar ma'ruf nahi munkar dan lain sebagainya. Sebab amalan-amalan tersebut pada hari itu dilipat gandakan pahalanya. Bahkan amal ibadah yang tidak utama bila dilakukan pada hari itu akan menjadi lebih utama dan dicintai Allah daripada amal ibadah pada hari lainnya meskipun merupakan amal ibadah yang utama, sekalipun jihad yang merupakan amal ibadah yang amat utama, kecuali jihad orang yang tidak kembali dengan harta dan jiwanya.

[6]. Disyariatkan Pada Hari-Hari Itu Takbir Muthlaq
Yaitu pada setiap saat, siang ataupun malam sampai shalat Ied. Dan disyariatkan pula takbir muqayyad, yaitu yang dilakukan setiap selesai shalat fardhu yang dilaksanakan dengan berjama'ah ; bagi selain jama'ah haji dimulai dari sejak Fajar Hari Arafah dan bagi Jama’ah Haji dimulai sejak Dzhuhur hari raya Qurban terus berlangsung hingga shalat Ashar pada hari Tasyriq.

[7]. Berkurban Pada Hari Raya Qurban Dan Hari-hari Tasyriq.
Hal ini adalah sunnah Nabi Ibrahim 'Alaihissalam, yakni ketika Allah Ta'ala menebus putranya dengan sembelihan yang agung. Diriwayatkan bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.

"Artinya : Berkurban dengan menyembelih dua ekor domba jantan berwarna putih dan bertanduk. Beliau sendiri yang menyembelihnya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki beliau di sisi tubuh domba itu". [Muttafaq 'Alaihi].

[8]. Dilarang Mencabut Atau Memotong Rambut Dan Kuku
Bagi Orang Yang Hendak Berkurban. Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya, dari Ummu Salamah Radhiyallhu 'Anha bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.


"Artinya : Jika kamu melihat hilal bulan Dzul Hijjah dan salah seorang di antara kamu ingin berkurban, maka hendaklah ia menahan diri dari(memotong) rambut dan kukunya".

Dalam riwayat lain :
"Maka janganlah ia mengambil sesuatu dari rambut atau kukunya sehingga ia berkurban".

Hal ini, mungkin, untuk menyerupai orang yang menunaikan ibadah haji yang menuntun hewan kurbannya. Firman Allah.

"Artinya : ..... dan jangan kamu mencukur (rambut) kepalamu, sebelum kurban sampai di tempat penyembelihan...". [Al-Baqarah : 196].

Larangan ini, menurut zhahirnya, hanya dikhususkan bagi orang yang berkurban saja, tidak termasuk istri dan anak-anaknya, kecuali jika masing-masing dari mereka berkurban. Dan diperbolehkan membasahi rambut serta menggosoknya, meskipun terdapat beberapa rambutnya yang rontok.

[9]. Melaksanakan Shalat Iedul Adha Dan Mendengarkan Khutbahnya.
Setiap muslim hendaknya memahami hikmah disyariatkannya hari raya ini. Hari ini adalah hari bersyukur dan beramal kebajikan. Maka janganlah dijadikan sebagai hari keangkuhan dan kesombongan ; janganlah dijadikan kesempatan bermaksiat dan bergelimang dalam kemungkaran seperti ; nyanyi-nyanyian, main judi, mabuk-mabukan dan sejenisnya. Hal mana akan menyebabkan terhapusnya amal kebajikan yang dilakukan selama sepuluh hari.

[10]. Selain Hal-Hal Yang Telah Disebutkan Diatas.
Hendaknya setiap muslim dan muslimah mengisi hari-hari ini dengan melakukan ketaatan, dzikir dan syukur kepada Allah, melaksanakan segala kewajiban dan menjauhi segala larangan ; memanfaatkan kesempatan ini dan berusaha memperoleh kemurahan Allah agar mendapat ridha-Nya.

Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya dan menunjuki kita kepada jalan yang lurus. Dan shalawat serta salam semoga tetap tercurah kepada Nabi Muhammad, kepada keluarga dan para sahabatnya.

"(yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir ".
(QS: Qaaf : 17/18)

"Dan senantiasa seorang hamba mendekat kepada-Ku dengan amalan Sunnah sehingga Aku mencintainya." (HR Bukhari)

"Ya Allah, Rahmat-Mu aku harapkan, maka janganlah Engkau serahkan (urusan) ku kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah semua urusanku, tiada ilah selain Engkau." (HR Abu Daud dgn sanad yg sohih)

Baca lagi...

Festival Pelajar Islam Selangor : 20 - 22 November 2009

Sila klik di SINI untuk maklumat lengkap.
Baca lagi...

Tuesday, November 17, 2009

10 Surah Yang Mujarab Daripada Nabi SAW

Oleh : IlyTrolak - http://idhamlim.blogspot.com/2009/11/10-surah-yang-mujarab-dari-nabi.html

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.


Baca lagi...

Syarahan : Kepada Mereka Yang Berfikir


Tarikh : 12hb Disember 2009 (Sabtu)
Masa : 2.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Auditorium, Securities Commission
Mont Kiara, Kuala Lumpur

maklumat lanjut :
Mr Radziq (019-267 8964)
Ms Raihan (012-767 0532)
irfront@gmail.com



Baca lagi...

Saturday, November 14, 2009

Rakaman - Ustaz Dato' Ismail Kamus - Kitab Hidayatus Salikin

Lokasi : Kelana Jaya
Tarikh : 14hb November 2009 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Kitab : Hidayatus Salikin (ms 56)
Isi Kuliah : Bab solat dhuha, ilmu yang bermanfaat, nama-nama syaitan etc
Rakaman : | Muat turun |

Baca lagi...

Rakaman - Ustaz Dato' Ismail Kamus - Perihal Surah Al-Fatihah & Ta'auwuz



Lokasi : Masjid Al-Istiqamah, Kayangan Heights, Shah Alam
Tarikh : 13hb November 2009 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Maghrib Berjemaah
Rakaman : | Muat Turun |

Baca lagi...

Kuliah Maghrib oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil aka Saifulislam

Baca lagi...

Thursday, November 12, 2009

Kuliah Subuh oleh Ustaz Nik Zawawi Saleh

Baca lagi...

IBRAH - Pengkisahan Yusuf : Satu Pengenalan (Rakaman)


|Muat Turun| rakaman
Baca lagi...

Pendaftaran Kelas Pengajian Bersijil Sesi 2010


Program Pengajian Bersijil adalah salah satu program di bawah kelolaan Unit Pengajian dan Pendidikan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pengajian Bersijil ini telah dijalankan hampir sembilan tahun dan telah melahirkan lebih 400 orang setiap tahun yang memperolehi sijil dalam bidang Talaqi Al-Quran, Taranum, Pengajian Syariah dan Pengajian Bahasa Arab dalam beberapa peringkat daripada asas, pertengahan hinggalah ke peringkat tinggi dan lanjutan.

Setelah beberapa tahun modul pengajian yang telah dilaksanakan ini dibuat penilaian, maka panel kursus memutuskan perlunya diadakan program pengajaran yang bersepadu.

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN (Sila klik di SINI untuk muat turun maklumat lengkap berkenaan dengan pengajian yang ditawarkan)

1) PENGAJIAN BERSIJIL

Sekolah Pengajian Al-Quran

- Talaqi Al-Quran (Asas, Menengah, Lanjutan)

- Taranum Al-Quran (Asas, Lanjutan)

Sekolah Pengajian Islam

- Bahasa Arab (Asas, Lanjutan)

- Syariah (Asas, Lanjutan)

*Yuran sebanyak RM250 setahun.

Sila klik di SINI untuk muat turun BORANG PERMOHONAN


Baca lagi...

Buletin Surau Al-Ikhlas - November 2009

Baca lagi...

Pengajian Kitab Siyaarus Saalikin oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-nadwi Al-Maliki

Baca lagi...

Wednesday, November 11, 2009

Salam

Kepada yang mengikuti kuliah pengajian Ustaz Shauqi Othman (Mohd Sukki Othman), berikut adalah jadual kuliah pengajiannya di beberapa buah tempat untuk rujukan:



BANDAR BARU BANGI
1. Masjid al-Hasanah: Isnin minggu 2 (Fiqh Muamalat)

2. Surau an-Nur
: Selasa minggu 1 (kitab Fiqh Sabil al-Muhtadin)
3. Surau al-Ehsan : Isnin 1 & 3 (Fiqh Sirah)
4. Surau Madani : Ahad 1 & 3 (Bahrul Maazi)
5. Surau al-Sobah : Rabu ketiga (Fiqh Manhaji)
6. Surau al-Ittihad: Rabu pertama (Kitab al-Iman)
7. Masjid al-Solihin Teras Jernang: Rabu keempat (Fiqh Manhaji)

KAJANG

1. Masjid Sg Sekamat: Jumaat Kedua (Fiqh Jenayah)
2. Masjid Kajang:
Sabtu Kedua (Fiqh)

3. Surau Saujana Impian
: Selasa 2 & 4 (Kitab Hikam)
4. Surau Kantan Permai: Selasa Ketiga (Fiqh Jenayah)

SERDANG

1. Masjid UPM:
Isnin Keempat (Fiqh Awlawiyyat)
2. Masjid Serdang Raya: Sabtu Ketiga (Hakikat Iman)

3. Surau Hidayah Serdang
: Sabtu Pertama (Safinatun Najah)
4. Surau Muttaqin, Equine : Rabu Kedua (Fiqh Jenayah)

SUNGAI MERAB

1. Masjid Desa Putra: Ahad keempat (Tanbih al-Ghafilin)
2. Masjid Limau Manis: Jumaat pertama (Kitab al-Hikam)

PUTRAJAYA

1. Surau Ridwan Presint 9: Khamis 2 & 4 (Fiqh Manhaji)
2. Surau Muhajirin Presint 9: Khamis 1 & 3 (Bahrul Maazi)

TEMPAT-TEMPAT LAIN

1. Masjid Saidina Uthman, Bdr Tun Razak
: Sabtu Keempat (Fiqh Awlawiyyat)
2. Masjid Melayu PJ: Jumaat Ketiga (Bulughul Maraam)
3. Masjid al-'Azim Pandan Indah: Jumaat Keempat (Bulughul Maraam)
4. Surau Kg M'sia Raya: Ahad Kedua (Mastika Hadis)

Baca lagi...

IBRAH - Pengkisahan Yusuf : Satu Pengenalan

Baca lagi...

Jadual Pengajian Laman An-Nur Bulan November


Salam
Untuk makluman semua, jadual pengajian Laman An-Nur bagi bulan November 2009 telah diuploadkan. Sila klik di SINI untuk muat turun.

Wassalam

lamanannur
Baca lagi...

Tuesday, November 10, 2009

Kuliah Hadis Qudsi oleh Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah

Baca lagi...

Blog Pengajian Bersijil Ustaz Tarmizi Abd Rahman

Salam
Alhamdulillah satu blog khas untuk pengajian bersijil Ustaz Tarmizi Abd Rahman telah berjaya diwujudkan demi kemudahan semua yang mengikuti pengajian tersebut.

Blog ini boleh di capai di http://ustaz-tarmizi-abd-rahman.blogspot.com/

Saya amat mengharapkan sokongan dan dokongan semua untuk memastikan blog ini dapat memberi kemudahan kepada semua. Sebarang komen dan cadangan amat saya alu-alukan.


Sama-samalah kita berdoa agar usaha murni ini akan berterusan dan mendapat keberkatan Ilahi hendaknya, amin.

lamanannur
Baca lagi...

Falsafah Haji

Salam buat semua & bakal-bakal haji

Sebagai persediaan untuk sahabat-sahabat yang bakal mengerjakan haji pada tahun ini, sila hayati untaian ilmu berkenaan falsafah haji oleh Tuan Guru Ustaz Dato' Haron Din.

Sila klik gambar di atas

Semoga ianya dapat mencambahkan lagi ilmu berkenaan dengan ibadah haji kepada kita semua, insyaALLAH.

Wassalam

lamanannur
Baca lagi...

Sunday, November 8, 2009

Pengajian Bersijil oleh Ustaz Tarmizi Abd Rahman

salam

Bermula 1hb November 2009, Surau An-Nur telah menganjurkan pengajian bersijil mengupas kitab Iman: Rukun, Hakikat & Pembatalannya karangan Dr Muhammad Naim Yasin.

Pengupasan kitab ini akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Tarmizi Abd Rahman pada setiap Hari Ahad pertama selepas subuh & Sabtu keempat juga selepas subuh.

InsyaALLAH (mohon didoakan usaha kecil ini akan berterusan), pihak saya akan cuba untuk menyediakan rakaman kuliah pengajian, beserta dengan salinan teks yang disampaikan beserta dengan ringkasan untuk dijadikan rujukan semua.

Oleh itu, satu usaha untuk menyediakan blog khas untuk pengajian bersijil ini sedang diusahakan untuk memudahkan rujukan semua.

Pihak saya akan memaklumkan apabila blog ini berjaya dibangunkan dalam tempoh terdekat ini.

"Barangsiapa keluar untuk menuntut ilmu, maka dia dianggap sebagai orang yang berjihad fi sabilillah sehingga dia kembali" Riwayat Imam Tarmizi

Wassalam
lamananannur

Baca lagi...

Selamat Menempuh Peperiksaan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Baca lagi...