KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Thursday, November 12, 2009

Pendaftaran Kelas Pengajian Bersijil Sesi 2010


Program Pengajian Bersijil adalah salah satu program di bawah kelolaan Unit Pengajian dan Pendidikan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pengajian Bersijil ini telah dijalankan hampir sembilan tahun dan telah melahirkan lebih 400 orang setiap tahun yang memperolehi sijil dalam bidang Talaqi Al-Quran, Taranum, Pengajian Syariah dan Pengajian Bahasa Arab dalam beberapa peringkat daripada asas, pertengahan hinggalah ke peringkat tinggi dan lanjutan.

Setelah beberapa tahun modul pengajian yang telah dilaksanakan ini dibuat penilaian, maka panel kursus memutuskan perlunya diadakan program pengajaran yang bersepadu.

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN (Sila klik di SINI untuk muat turun maklumat lengkap berkenaan dengan pengajian yang ditawarkan)

1) PENGAJIAN BERSIJIL

Sekolah Pengajian Al-Quran

- Talaqi Al-Quran (Asas, Menengah, Lanjutan)

- Taranum Al-Quran (Asas, Lanjutan)

Sekolah Pengajian Islam

- Bahasa Arab (Asas, Lanjutan)

- Syariah (Asas, Lanjutan)

*Yuran sebanyak RM250 setahun.

Sila klik di SINI untuk muat turun BORANG PERMOHONAN


No comments: