KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Sunday, November 8, 2009

Pengajian Bersijil oleh Ustaz Tarmizi Abd Rahman

salam

Bermula 1hb November 2009, Surau An-Nur telah menganjurkan pengajian bersijil mengupas kitab Iman: Rukun, Hakikat & Pembatalannya karangan Dr Muhammad Naim Yasin.

Pengupasan kitab ini akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Tarmizi Abd Rahman pada setiap Hari Ahad pertama selepas subuh & Sabtu keempat juga selepas subuh.

InsyaALLAH (mohon didoakan usaha kecil ini akan berterusan), pihak saya akan cuba untuk menyediakan rakaman kuliah pengajian, beserta dengan salinan teks yang disampaikan beserta dengan ringkasan untuk dijadikan rujukan semua.

Oleh itu, satu usaha untuk menyediakan blog khas untuk pengajian bersijil ini sedang diusahakan untuk memudahkan rujukan semua.

Pihak saya akan memaklumkan apabila blog ini berjaya dibangunkan dalam tempoh terdekat ini.

"Barangsiapa keluar untuk menuntut ilmu, maka dia dianggap sebagai orang yang berjihad fi sabilillah sehingga dia kembali" Riwayat Imam Tarmizi

Wassalam
lamananannur

No comments: