KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Saturday, November 21, 2009

Majalah Solusi Isu No 13


DARI EDITOR
BAGAIMANA kita mengungkai benang yang kusut, maka begitulah juga kita berusaha menyelesaikan kemelut hidup. Kita perlu cari di mana puncanya atau tujuannya.
Malangnya, ramai yang tidak tahu jawapan yang tepat & jelas pada persoalan asas ini. hal ini kerana manusia walau sebijak mana sekalipun tidak akan tahu apakah tujuan hidupnya. Justeru, rujuklah kepada Pencipta hidup (Allah). Nescaya di sana ada jawapannya.
Kita perlu kembali ke pangkal - back to basic. Bermulalah dengan diri sendiri. Mari kita selami & kenali siapa kita yang sebenarnya? Kita hayati kata-kata ini:
"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya. Dan untuk membaiki manusia, baiki hatinya" Masalah manusia bermula & berpunca daripada hati!
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan. Jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah, daging itu ialah hati" Riwayat Al-Bukhari & Muslim
Justeru, suatu masalah yang bersifat dalaman (soal hati) mesti diselesaikan dengan kaedah yang bersifat dalaman juga.
Ironisnya, di tengah-tengah kemelut yang maha dahsyat ini, masih ramai yang lebih prihatin tentang "gadget" teknologi berbanding persoalan hati. Betapa ramai yang lebih serius untuk "servis" kereta berbanding "servis" hati.
Kereta dicuci, ditukar & dihias dengan pelbagai aksesori sedangkan jiwa, fikiran, & emosi terbiar kotor & berkarat. Oleh sebab itu, tidak hairanlah sekiranya ramai manusia seumpama kereta rosak yang sedang terhincut-hincut dalam perjalanan hidup yang penuh cabaran ini.
Manusia seharusnya tidak terkapai-kapai dengan pelbagai soalan tanpa jawapannya. Majalah Solusi sejak edisi pertama lagi berusaha menyelesaikan kekusutan-kekusutan ini. Solusi diterbitkan atas dorongan melihat Islam kembali menjadi penyelesai kepada semua masalah hidup manusia berpandukan peraturan Allah (syariat).
"Sesungguhnya, masalah yang kita hadapi kini, sebenarnya adalah satu "cubitan" kasih daripada Allah untuk menginsafkan kita agar kembali ke pangkal jalan. InsyaALLAH, Tuhan tidak akan mngecewakan kita"
Menerima Islam untuk diamalkan diperjuangkan samalah seperti menjemput kedatangan rahmat, kekuatan, keamanan & keindahan. Tepat rasanya kalau dikatakan Islam adalah pasangan hidup manusia. Menerima Islam tidak akan merugikan, menyusahkan & menjatuhkan sesiapa.
Namun, seruan kembali kepada Islam kerap dijadikan retorik & slogan semata-mata. Kekadang kita sendiri tertanya-tanya bentuk Muslim yang bagaimana yang kita impikan? Solusi isu no. 13 ini tampil dengan satu jawapan' "Kita perlu jadi Mukmin Profesional!"

Oleh : Pahrol Mohamad Juoi

Isu bulan ini adalah MUKMIN PROFESIONAL.

Antara artikel yang dimuatkan dalam Majalah Solusi 13 adalah seperti berikut:-

  1. Kata Dua - Tegas Bukan Keras - Muhammad Jihad.

  2. Tafsir - Surah Al-Baqarah, Profesionalisme Thalut Dalam Pemerintahan - Ustaz Zahazan Mohamed.

  3. Hadis - Adab Makan, Bismillah Dan Pujian - Ustaz Adlan Abd Aziz.

  4. Isu - Siapakah Mukmin Profesional? - Pahrol Mohamad Juoi.

  5. Isu - Kesepaduan Ilmu Mukmin Profesional - Pahrol Mohamad Juoi.

  6. Isu - Tajdid Penyampaian Ilmu - Jaddal Atiff.

  7. Jalan Keluar - Mukmin Profesional Dipandang Hebat - Ustaz Ahmad Baei Jaafar.

  8. Hikmah - Konsep Ulama Dan Kepimpinannya - Ustaz Hasrizal Abd Jamil.

  9. Fitrah - Permata Dunia Permata Akhirat - Wan Mohd Ruzlan Wan Omar.

  10. Mahmudah - Tinggal Terung Yang Haram Dapat Isteri Halal - Umar M Noor.

  11. Hai Anak - Didik Anak-anak Belajar Daripada Kehidupan - Rashidah Mustaffa.

  12. Haramain - Sai Antara Safa Dan Marwah - Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman.

  13. Beduk Diketuk - Kisah Solat Subuh Berjemaah - Imam Global.

  14. Soal Jawab Solat dan Fiqah - Ustaz Fadzli Al-Yamani.

  15. Muamalat - Perbezaan Riba Dengan Jual Beli - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

  16. Soal Jawab Muamalat - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

  17. Cerna Minda - Merancang Perubahan - Ir Ahmad Jais Alias.

  18. Potensi - Adab Sosial Pelajar Perempuan - Hj Muhammad Zakaria.

  19. Cerdik Baik - Ingkar Perintah Tuhan Penghalang Kemajuan Diri - Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

  20. Soal Cinta - Pelangi Tersenyum Pada Surat Cinta - Pahrol Mohd Juoi.

  21. Cetusan - Ayah Bukan Tidak Mahu Tapi Tidak Tahu - Prof Dr Sidek Baba.

  22. Maqasid Syarie - Hidupkan Masjid Dengan Maqasid Pembinaannya - Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani.

  23. XPDC Eropah - Ukhuwah Di UK - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

  24. Dari Seberang - Nasihat Buat Para Muslimah - Ummu Sakinah Hj Muhammad.

  25. Kembara - Gempa Bumi Tasikmalaya Di Jawa Barat - Hj Muhammad Zakaria.

  26. 'Amal - Keimanan Mendorong Kita Bangun Berwuduk - Ustaz Mohd Gunawan Che Ab Aziz.

  27. Kiasan - Membaca Dan Mengamalkan Al-Quran Umpama Wangian Kasturi - Mohd Shauqi Othman.

  28. Remaja - Malu Si Pohon Semalu - Fatimah Syarha Mohd Noordin.

  29. Usaha Jaya - Kejayaan Dan Kegagalan Berjangkit - Dr Irfan Khairi.

  30. Jejak RM - Kaabah Menggamit Lagi - Mahdzir Md Isa.

  31. Mahir - Merancang Percutian Yang Bermakna - Ahmad Fadzli Yusuf.

  32. Munakahat - Wali Raja - Ustaz Badli Shah Alauddin.

  33. Syiar - Haji Dan Keringanannya - Dr Abd Basit Abd Rahman.

  34. Tab Nabawi - Merawat Penyakit Cara Nabi Merawat Diri Sendiri - Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif.

  35. Murabbi - Imam Abu Al-Hasan Al-Asy'ari Perangi Firqah Sesat - Zuraimi Ismail.

  36. Muslimah - Kewajipan Wanita Sebagai Anak - Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood.

  37. Fiqah Wanita - Apa Itu Istihadah? - Husna Hassan.

  38. Misteri Alam Ghaib - Jin Yang Mencuri Berita Langit - Dato' Ismail Kamus.

  39. Faraid - Jangan Biarkan Waris Kita Berbuat Dosa - Ustaz Ghazali Ibrahim.

  40. Atlas Al-Quran - Kisah Nabi Musa, Qarun Yang Angkuh Ditelan Bumi - Mohd Wahid Abd Hanif.

  41. Analisis - Menangkan Iman Atas Kemungkaran - Mohd Al-Adib Samuri.

  42. Fizikr - Besi Diturunkan Dari Langit? - Rohidzir Rais.

  43. Tauhid - Tuhan Allah Dalam Bible - Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir.

  44. I-Pods - Bagaimana Rasulullah Membetulkan Kesalahan Anak-anak? - Mohd Azrul Azlen Abd Hamid.

  45. Jinayat - Jenis Pembunuhan Dan Hukumnya - Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

  46. Akhir Zaman - Apabila Proses Hisab Dimulai - Umar M Noor.

  47. Pesan Nenek - Datangkan Sangkaan Baik.

  48. Pelik Tapi Benar - Balasan Mempermainkan Sunah - Ustaz Hj Zahazan Mohamed.

Majalah Solusi Edisi 13 ini mengandungi 109 muka surat.

Price: RM9.00


1 comment:

Anonymous said...

http://markonzo.edu parochial http://www.ecometro.com/Community/members/percocet-without-prescription.aspx http://www.netknowledgenow.com/members/zolpidem-tartrate.aspx