TUNDUKKAN HATI. Buku yang cuba membelek keikhlasan kita, sebenarnya cuba menyemak kesan terhadap hati daripada segala aktiviti perhambaan. Alhamdulillah. Kesan daripada sambutan terhadapnya yang telah melepasi garis biasa mendesak kami untuk segera menerbitkannya dalam nafas yang lebih segar. Lazimnya, pokok yang dipupuk semula, digembur dan dibajai akan lebih redup naungannya. Ia akan menerbitkan buah yang lebih ranum untuk dikupas dan dinikmati. Demikian jualah dengan versi Tundukkan Hati yang kami kemaskinikan buat kali kedua. Insya-Allah, ia tegar tunduk. Namun, ia masih tetap merendah untuk meramahi penikmatnya.
Bagaimana untuk menjadi bijaksana? Jawapannya, kita mesti menjadi manusia yang zuhud untuk menjadi bijaksana. Orang yang zuhud akan sentiasa merasakan bahawa dunia ini cepat hilang, punah, hancur dan akan berkurangan. Allah SWT telah berfirman dalam surah al-A’la ayat 70 yang bermaksud:
Malah, nasihat Nabi Isa AS kepada sahabat-sahabatnya:
Abu Hurairah RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang kaya jiwa lebih tenang hidupnya kerana taqarrub mereka kepada Allah SWT. Mereka menumpahkan perhatian untuk memburu bekalan akhirat. Seperti orang lain, mereka juga menjalani kehidupan yang normal, namun apa yang membezakan mereka adalah tingkat keimanan yang sangat utuh. Mereka memilih untuk mencintai akhirat berbanding dunia. Lantaran itu, Rasulullah SAW memandang mereka sebagai ‘orang kaya’ walaupun mereka ini tidak mempunyai jumlah harta yang melimpah ruah. Ingat atau zikir kepada Allah SWT penting mendidik peribadi Muslim. Mengingati Allah SWT memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Dengan zikir manusia akan mengenal Allah SWT, mengenal diri dan mengakui kelemahannya. Selain itu, mengingati Allah SWT juga akan melahirkan keyakinan bahawa ketaatan yang dilakukannya adalah kurniaan Allah SWT. Kesannya, sifat ujub, bangga diri dan sebagainya dapat dihindari. Ayuh! Pupuklah cinta kepada akhirat!
Bagaimana untuk menjadi bijaksana? Jawapannya, kita mesti menjadi manusia yang zuhud untuk menjadi bijaksana. Orang yang zuhud akan sentiasa merasakan bahawa dunia ini cepat hilang, punah, hancur dan akan berkurangan. Allah SWT telah berfirman dalam surah al-A’la ayat 70 yang bermaksud:
“…Dan akhirat adalah lebih baik dan kekal.”
Malah, nasihat Nabi Isa AS kepada sahabat-sahabatnya:
“Masuklah ke dalam dunia, tetapi jangan engkau menyibukkan diri di dalamnya.”
Abu Hurairah RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
”Kekayaan tidak dinilai daripada banyaknya harta, tetapi kekayaan jiwa.”
Judul: Tundukkan Hati
Karya: Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Halaman: 157
Harga: S/M: RM15.00, S/S:RM18.00
No comments:
Post a Comment