KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Sunday, April 12, 2009

Doa Memohon Keampunan & Rahmat Allah SWT

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami & memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripada orang yang rugi" - Surah al-A'raf : 23


KETERANGAN & PETUA BERAMAL
Mengikut Tafsir al-Baidhawi, tafsir ayat 23 surah al-A'raf, menganiayai diri yang dimaksudkan dalam doa ini ialah 2 orang nabi yang mulia iaitu Nabi Musa & Nabi Harun, bukanlah mereka telah melakukan dosa kerana para nabi Allah adalah maksum. Maksud menzalimi diri dalam konteks ini ialah meninggalkan sesuatu yang lebih utama (tarkul aula).
"Jika Nabi pun merasa kekurangan dalam memenuhi tanggungjawabnya kepada Allah, betapa lagi kita yang kerdil ini"
Banyakkanlah beristighfar kepada Allah. Antara versi istighfar yang patut kita lakukan adalah seperti doa di atas. Mudah-mudahan kita mendapat keampunan Allah SWT.
Sumber : Doa & Zikir oleh Ust Zahazan Mohamed

No comments: