KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Wednesday, April 22, 2009

Doa Memohon Dicukupkan Keperluan



"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong & memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, & Dialah yang mempunyai Arasy yang besar" (Surah At-Taubah:129)

KETERANGAN & PETUA BERAMAL
Menurut Ibn Abi Hatim, perkataan Arasy dalam al-Quran merujuk kepada tempat yang tinggi yang dijadikan Allah (Tafsir Ibn Abi Hatim, tafsir ayat 129, Surah at-Taubah)

Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari & Muslim, Nabi SAW sering berdoa menyeru Allah yang memiliki Arasy yang hebat ketika menghadapi keadaan kritikal. Abu Daud & Ibn al-Sunni meriwayatkan daripada Abu Darda' R.A. secara mauquf bahawa Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya yang membacakan ayat ini pada waktu pagi & petang, sebanyak 7 kali, maka Allah SWT akan mencukupkan semua urusan dunia & akhiratnya" (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 129 surah at-taubah)

amalan membaca ayat ini sudah lama dipraktikkan dalam masyarakat Melayu. Mudah-mudahan kita dapat mengamalkan ayat yang pendek ini untuk mendapatkan keselamatan daripada Allah SWT.

Sumber : Doa & Zikir Harian karangan Ustaz haji Zahazan Mohamed

No comments: