Assalamu'alaikum wrmt. wbth. Warga Kolej Dar al-Hikmah & Akademi Kajian Ketamadunan menjemput Y. Bhg. Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari hadir ke:
Wacana Ilmu Siri I:
"Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu"
Anjuran:
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Dar al-Hikmah &
Akademi Kajian Ketamadunan (AKK)
Bertempat di:
Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah,
Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor D.E
Tarikh:
19 April 2009 / 23 Rabi‘ al-Akhir 1430H, Ahad.
Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang
"Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu"
Anjuran:
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Dar al-Hikmah &
Akademi Kajian Ketamadunan (AKK)
Bertempat di:
Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah,
Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor D.E
Tarikh:
19 April 2009 / 23 Rabi‘ al-Akhir 1430H, Ahad.
Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang
LATAR BELAKANG
Dewasa ini, sistem pendidikan negara telah digoncangkan dengan bantahan oleh ramai pihak mengenai pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sistem ini dilihat gagal dalam meningkatkan penguasaan para pelajar dalam kedua-dua matapelajaran tersebut. Bahkan ada kajian yang menyatakan bahawa ianya telah memburukkan lagi kefahaman para pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.
Sehubungan itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Dar al-Hikmah dan Akademi Kajian Ketamadunan akan menganjurkan satu sesi taklimat bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai kepentingan bahasa Melayu dan sistem PPSMI. Sesi taklimat ini akan menjurus kepada persoalan pro dan kontra pelaksanaan sistem PPSMI ini. Penceramah yang akan dijemput merupakan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu PPSMI ini. Kupasan yang akan disampaikan penceramah-penceramah ini nanti akan menjadi maklumat yang amat berharga terutamanya kepada generasi muda yang akan meneruskan perjuangan memartabatkan pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi.
OBJEKTIF
1. Untuk memberikan maklumat-maklumat yang betul mengenai isu PPSMI kepada orang ramai.
2. Untuk membantu orang ramai mengetahui pokok permasalahan sebenar daripada pelaksanaan sistem PPSMI.
3. Untuk membuka minda orang ramai kepada perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu dalam arus pendidikan negara.
4. Untuk membuka minda orang ramai mengenai kepentingan menjaga integriti pendidikan di peringkat nasional.
5. Untuk menjaga maruah pendidikan negara.
MATLAMAT
1. Supaya orang ramai mendapat maklumat terkini mengenai isu PPSMI ini.
2. Supaya orang ramai mengetahui permasalahan yang diakibatkan oleh sistem PPSMI.
3. Agar minda orang ramai terbuka dan dapat turut serta dalam mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam arus perdana di Malaysia.
4. Supaya orang ramai sedar bahawa persoalan pendidikan merupakan suatu persoalan yang sangat penting yang tidak sepatutnya di politikkan dan diganggu-gugat oleh kepentingan-kepentingan yang bersifat material dan individualistik.
5. Supaya maruah pendidikan negara tidak diganggu gugat oleh kepentingan-kepentingan lain yang bersifat politik dan individu.
ATUCARA:
8.15 pagi – 8.30 pagi
Pendaftaran peserta
Jemputan dan peserta mengambil tempat
8.30 pagi – 8.40 pagi
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis & Bacaan Doa
8.40 pagi – 9.30 pagi
Ucaptama :
Dato’ Dr. Hassan Ahmad
Ketua Eksekutif, Yayasan Karyawan Malaysia
9.30 pagi – 9.45 pagi
Minum Pagi
9.45 pagi – 11.45 pagi
Wacana 1 : Tema “Pendidikan”
1.Tn. Hj. Ahmad Mohamad Said
(Ketua Eksekutif KDH)
2.Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan
Sesi Soal Jawab
11.45 pagi – 1.45 t.hari
Wacana 2 : Tema “Sains dan Teknologi”
1.Dr. Shaharir Mohamad Zain
2.Prof. Dr. Mat Rofa Ismail
(Jabatan Sains, Fakulti Matematik, UPM)
Sesi Soal Jawab
1.45 t.hari – 2.30 petang
Makan tengahari & Solat Zuhur
2.30 petang – 4.30 petang
Wacana 3 : Tema “Kebudayaan”
1.Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
(Presiden KDH)
2.Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan
(Akademi Pengajian Melayu, UM)
Sesi Soal Jawab
4.30 petang – 4.45 petang
Ucapan Penutup :
Ustaz Mohd Nasir Mohd Tap
Akademi Kajian Ketamadunan
4.45 petang – 5.00 petang
Penutupan Majlis & Bersurai
Minum petang
YURAN PENYERTAAN
RM10 seorang
PESERTA
Dianggarkan sekitar 150 orang akan menghadiri seminar ini yang terdiri dari:
· Ahli WADAH-ABIM-PKPIM, WADAH Negeri, ABIM Negeri, Agensi ABIM, Badan Gabungan Negeri PKPIM, PKPIM Kampus.
· Wakil IPTI, IPTA, IPTS dan ahli-ahli akademik
· Wakil Institusi Perguruan
· Wakil Jabatan Kerajaan dan Swasta
· Wakil Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)
· Wakil PPD dan Sekolah
· Para pelajar dan orang perseorangan yang berminat
Alamat Perhubungan Seketariat
Akademi Kajian Ketamadunan, Kompleks Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.
Tel: 03-8925 2392 (Cik Nur 'Iffah@ Cik Khalidah)
H/p: 013-2693 765 (Cik Fathiah)
Faks: 03-8925 2477
Email: akademi_akk@hotmail.com
Untuk penyertaan boleh terus hubungi Sekretariat
Semua dijemput hadir. Wassalam.
No comments:
Post a Comment