KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Sunday, April 26, 2009

Seminar Pengurusan & Pentadbiran Harta Dalam Islam

Salam

Adalah dimaklumkan bahawa Laboratori Polisi dan Pengurusan ,Institut Penyelidikan Produk Halal (UPM) akan menganjurkan seminar sehari bertajuk “Pengurusan Harta dalam Islam” pada 19 Mei 2009 bertempat di Dewan Philip Kotler, Fakulti Ekonomi Pengurusan UPM.
Penganjuran seminar ini turut melibatkan Pihak / Agensi Profesional luar yang pakar dalam pengurusan harta seperti wakaf, hibah, wasiat & pewarisan. Peserta berpeluang memahami dengan lebih jelas bagaimana menguruskan harta yang dianjurkan dalam Islam yang melibatkan perkara-perkara di atas.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.halal.upm. edu.my untuk pra-daftar atau hubungi Sekretariat (Pn.Zufliha / En.Salehan/Cik Nurul) di talian 03-8941 7344 / 7434 / 7971, faks 03-8943 9745 .


Sekretariat SPH09
Institut Penyelidikan Produk Halal
Universiti Putra Malaysia

No comments: