KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Saturday, June 5, 2010

Nota Tambahan Kuliah Ustaz Tarmizi Abd Rahman Pada 22hb Mei 2010

Salam semua, nota tambahan kuliah Ustaz Tarmizi Abd Rahman pada 22hb Mei 2010 yang telah diupload. Sila klik di sini atau terus ke blog Ustaz Tarmizi di http://ustaz-tarmizi-abd-rahman.blogspot.com. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Amin.

http://surauannur.net Baca lagi...

Qunut Nazilah Buat Saudara Kita

Maksudnya:

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”


Selanjutnya...

Salam semua, marilah sama-sama kita berdoa agar suasana tegang yang sedang berlaku di Gaza akan mendapat bantuan & perlindungan Allah, amin.

Berikut adalah pengertian doa qunut nazilah untuk pemahaman kita bersama.

Qunut Nazilah adalah do’a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir. Qunut Nazilah, iaitu mendo’akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Mu’minin dan mendo’akan kecelakaan atau kekalahan, kehancuran dan kebinasaan bagi orang-orang kafir, Musyrikin dan selainnya yang memerangi kaum Muslimin. Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat, dilakukan sesudah ruku’ pada raka’at terakhir pada solat fardhu lima waktu, dan hal ini dilakukan oleh Imam atau Ulil Amri.

Imam at-Tirmidzi berkata: “Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: “Tidak ada qunut dalam solat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam (yakni Imam kaum Muslimin atau Ulil Amri) mendo’akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin.” [2]

Berdasarkan hadis Ibnu Abbas , bahwasanya Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Dzakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya. [3]

Imam an-Nawawi memberikan bab di dalam Syarah Muslim dari Kitabul Masaajid, bab 54: Istihbaabul Qunut fii Jami’ish Shalawat idzaa Nazalat bil Muslimin Nazilah (bab Disunnahkan Qunut pada Semua Solat (yang Lima Waktu) apabila ada musibah yang menimpa kaum Muslimin) [4]

[2]. Tuhfatul Ahwadzi Syarah at-Tirmidzi II/434.
[3]. Abu Dawud no.1443, al-Hakim I/225 dan al-Baihaqi II/200 & 212, lihat Irwaa-ul ghaliil II/163.
[4]. Lihat juga masalah ini dalam Zaadul Ma’aad I/272-273, Nailul Authar II/374-375 -muhaqqaq.

Tidak ada hadis dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Siapa yang menelaah pendapat-pendapat para ulama, nescaya ia akan mendapati para ulama memberi keluasan dalam perkara ini. Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan. Bahkan Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat yang aneh dan tertolak, menyelisihi jumhur ulama. Lihat Al-Majmu’ 3/477, Majmu’ Al-Fatawa 23/108.

Sumber : http://www.iumelaka.com/v1/2008/12/31/qunut-nazilah-buat-mereka/
Baca lagi...

Wednesday, June 2, 2010

Rakaman : Ustaz Dato' Shamsuri Ahmad Bertajuk "Belot & Tipu"

Selanjutnya...



Kredit kepada manchuping.
Baca lagi...

Pertandingan Terjemahan Ilmiah Arab-Melayu Anjuran Masjid Negeri

Baca lagi...

Kuliah Mingguan Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani Di Masjid Negeri

Baca lagi...

Seminar Perubatan Islam

"KE ARAH MELAHIRKAN
MU'ALLIJ/PERAWAT MUDA"

ANJURAN :
PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL RUQIYYAH

TARIKH :
13 JUN 2010 (AHAD)

MASA :
8.30 PAGI - 1.00 PETANG

TEMPAT :
PUSAT BELIA ANTARABANGSA,
BANDAR TUN ABDUL RAZAK
(DEPAN HUKM)

TEMA :
MERAWAT MELALUI AL-QURAN DENGAN AL-QURAN

LATAR BELAKANG PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL RUQIYYAH

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah merupakan satu pertubuhan yang bertindak sebagai klinik, dengan memberikan rawatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Pusat rawatan ini menggunakan terapi al-Quran dan bertindak sebagai suatu alternatif untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada sesiapa yang mengalami masalah yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus.

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah ditubuhkan dengan hasrat memenuhi tuntutan Syarak sepertimana yang telah diperintahkan dalam al-Quran dan al-Hadis, dalam memberikan khidmat tenaga dan kepakaran ilmu dan kemahiran yang ada dalam membimbing masyarakat dengan rawatan Islam kepada ajaran dan akidah yang sebenar.

Penubuhan pusat rawatan ini juga adalah bertujuan melahirkan perawat-perawat muda yang mampu memikul amanah sebagai da’ei iaitu pendakwah untuk meneruskan agenda perjuangan yang telah ditinggalkan oleh Junjungan Besar Nabi S.A.W dan para sahabat serta sarjana-sarjana Islam terdahulu khususnya dalam bidang rawatan Islam.

OBJEKTIF SEMINAR

- Memberi pendedahan awal berkenaan penubuhan Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah
- Memberi pededahan awal berkenaan pengenalan kepada perubatan Islam dan perbezaannya dengan perubatan tradisional yang diharamkan di sisi syarak berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis.
- Memberi taklimat awal berkenaan gambaran perjalanan bengkel dan latihan yang akan dijalankan.

JUSTIFIKASI SEMINAR

- Melahirkan perawat-perawat muda, disebabkan kurangnya perawat yang sanggup untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang rawatan Islam
- Meningkatnya kes-kes gangguan seperti rasuk, saka, santau, susuk dan pelbagai lagi dari tahun ke tahun
- Meningkatnya pusat rawatan tradisional yang tidak berpandukan kepada kaedah rawatan yang dituntut oleh syarak

KERTAS KERJA

Sesi 1 : Persediaan menjadi Perawat
Sesi 2 : Panduan mengenal Makhluk Halus

***Bonus : Rawatan 'scan' secara PERCUMA

SYARAT PENYERTAAN
  • Terbuka kepada semua lapisan masyarakat
  • Sekiranya berminat, sila emelkan nama penuh, IC, alamat, no telefon kepada alsalsabil@hotmail.com
  • Yuran sebanyak RM 50 (termasuk minum pagi, buku ruqiyyah dan kertas kerja).
  • Sila bank in ke akaun Darul Ruqiyyah Enterprise (Maybank - 502120114453). Sila simpan dan kemukakan slip/resit semasa hari pendaftaran.
  • Untuk pengesahan pendaftaran, sila sms pada no 0173727252 setelah pembayaran dibuat.
  • Tarikh tutup penyertaan pada 6 Jun 2010
  • Terhad kepada 100 orang sahaja.
Baca lagi...

Rakaman : Forum Perdana - Hasanah Di Dunia Hasanah Di Akhirat Di Kuala Kubu Baru Pada 8 Ogos 2008


Selanjutnya...











Baca lagi...

Monday, May 31, 2010

QuranFlash

Salam,

Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah. Kita boleh tengok Al-Quran, boleh pilih nak Al-Quran yg mana satu, boleh buka muka surat yang kita mahu, memang boleh selak-selak muka surat Al-Quran & disediakan kanta kalau hendak besarkan ayat Al-Quran tersebut.

Sila klik di http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

Kalau tidak keberatan fwdkan kepada kawan2 lain. Semoga yang mencipta QURAN FLASH ini mendapat pahala dan ganjaran dari ALLAH.

kredit kepada
Baca lagi...

Sunday, May 30, 2010

Buku : Secangkir Teh Pengubat Letih Karya Ustaz Hasrizal Abd Jamil

SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Galeri Ilmu (Travelog Tarbiah)
RM25.00 , 267 halaman

Titik mula sebuah kembara

Ada yang pergi ke Turki dapat pahala, ada yang pergi ke Turki dapat dosa. Menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. Itulah yang dikatakan, ' Siapa kamu menentukan cara kamu melihat'. Kesannya pula ialah, ' Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat'.

SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH adalah naskhah yang merakam catatan kembara Abu Saif di bumi Khilafah Othmaniyyah, pada mengenal hati budi kenalan dan teman, yang sudah lama berkongsi persaudaraan atau yang disapa di pinggir jalanan. Semua itu adalah cara Allah mendidik untuk melihat Islam dengan penuh yakin, bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang-kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sinarnya gelita, hingga terbit fajar janji-NYA.

Sumber : http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com/ Baca lagi...

Saturday, May 29, 2010

Bumi Cinta - Saat "Rusia Berbicara"


Keindahan bahasa yang dinukilkan Habiburrahman El Shirazy begitu jelas menerusi aliran ayat-ayat yang nyaman sekali. Ketika beliau menjelaskan tentang Al-Quran itu benar-benar firman Allah bukan karangan manusia. Ini dapat kita lihat menerusi Ayyas karektor dalam novel Bumi Cinta ketika ditanya oleh penonton saat acara talk show "Rusia Berbicara".

"...saya akan bercerita tentang 3 ilmuwan terkemukan di zamannya yang telah membuktikan Al-Quran sebagai kalam Tuhan yang tidak terbantahkan.

"Pertama adalah Dr Gary Miller (Abdul Ahad Omar). Ilmuan terkenal mengatakan, bahawa sebelum Al-Quran diturunkan & Muhammad SAW diangkat menjadi rasul, seorang ahli falsafah Yunani Democritus telah menyampaikan pendapatnya tentang atom. Democritus & para ahli falsafah berkata, 'Material terdiri atas partikel-partikel yang sangat kecil yang tidak dapat dilihat & tidak dapat dibahagi, partikel-partikel itu disebut atom.' Itulah definisi atom secara ilmiah yang diketahui manusia selama ribuan tahun.

"Orang Arab telah mengetahui definisi ini jauh sebelum Islam datang. Buktinya, kata 'zarah' atau 'atom' menurut orang Arab adalah bahagian terkecil yang diketahui oleh manusia. Namun sekarang ini, ilmu pengetahuan moden menemukan bahawa atom yang dianggap bahagian terkecil dari material ternyata masih boleh dibahagi lagi. Hal ini dianggap sebagai pernemuan baru dalam sains moden. Yang sangat menghairankan, Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu telah lebih dahulu memberikan informasi ilmiah ini. Allah berfirman di dalam Al-Quran:
"Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan dan tidaklah engkau membaca dalam sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari zarah (sehalus-halus) atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata." (Surah Yunus ayat 61)

"Tidak diragukan lagi penjelasan bahawa ada yang lebih kecil daripada atom seperti yang ada dalam ayat di atas adalah hal yang sama sekali tidak popular ketika Al-Quran diturunkan. Yang diketahui manusia pada saat itu material yang terkecil adalah atom, dan atom tidak boleh dibahagikan, ertinya tidak ada yang lebih kecil daripada atom. Dari manakah Al-Quran dapat memberikan informasi ilmiah yang jauh melampaui apa yang ditemukan oleh manusia saat itu. Tak lain & tak bukan adalah daripada Allah SWT. Ini membuktikan bahawa Al-Quran adalah firman Allah yang tidak lekang oleh zaman.

"Kedua, adalah Dr Maurice Bucaille. Dia adalah seorang doktor ahli bedah terkenal dari Perancis. Seperti dimaklumi bersama, salah satu negara yang memiliki perhatian besar pada peninggalanpeninggalan purbakala adalah Perancis. Saat Presiden Francois Mitterland terpilih menjadi presiden Perancis tahun 1981, pemerintah Perancis di penghujung tahun lapan puluhan meminta kepada pemerintah Mesir untuk melakukan penelitian terhadap mumia Fir'aun di Perancis. Untuk itu dipindahkanlah untuk sementara tubuh mumia itu ke Perancis.

"Mumia itu disambut dengan upacara kenegaraan yang meriah setibanya di Perancis. Dia disambut bahkan oleh Presiden seolah-olah masih hidup. Mumia itu lalu diletakkan di dalam ruangan khas di Muzium Pusat Perancis untuk diteliti oleh para lakar arkeologi & doktor ahli bedah agar misteri mengenai mumia Fir'aun itu terungkap.

"Dan yang mnejadi ketua dari para pakar & ahli bedah dalam penelitian terhadap mumia itu adalah doktor bedah paling cemerlang saat itu, iaitu Dr Maurice Bucaille. Para peneliti itu ingin mengetahui apa sesungguhnya yang menyebabkan kematian Fir'aun.

"Setelah melakukan penelitian yang saksama, mereka pun menemukan jawapan ilmiah, kenapa Fir'aun mati. Sisa-sisa garam yang melekat pada tubuhnya, juga sebahagian ada di tenggorok & alat pencernaan merupakan bukti kuat bahawa Fir'aun mati di laut. Ketika orang-orang saat itu menemukan jasad Fir'aun di laut, mereka terus memumiakannya agar awet. Akan tetapi yang menjadi pertanyaan besar di benak fikiran Dr Maurice Bucaille adalah bagaimana jasad Fir'aun tetap boleh utuh ketika ia ditemukan di laut?

"Saat itu ada seorang anggota pasukan yang dia pimpin berbisik kepadanya, 'Sebenarnya umat Islam sudah membicarakan mengenai tenggelannya jasad ini & keutuhan tubuhnya setelah tenggelam.' Namun Dr Maurice Bucaille saat itu mengacuhkan informasi itu & menganggapnya sebagai angin lalu. Dia meyakini bahawa penemuan baru mengenai apa yang terjadi pada mumia Fir'aun itu tidak akan terjadi kecuali melalui serangkaian penelitian dengan menggunakan kaedah & alat pendokong yang canggih.

"Lalu doktor ahli bedah yang lain yang memiliki tanggungjawab yang sama dalam penelitian mumia itu mengatakan, 'Benar, sungguh, Al-Quran, kitab suci yang dipercayai kaum Muslim itu telah menceritakan bagaimana Fir'aun mati tenggelam & memastikan keutuhan tubuhnya setelah tenggelam."

"Dr Maurice tercengang tidak percaya, dia merasakan itu suatu hal yang aneh. Bagaimana mungkin ini boleh terjadi. Mumia itu belum ditemukan hingga tahun 1898M atau baru ditemukan 200 tahun yang lalu, sementara kitab Al-Quran sudah ada sejak 1,400 tahun yang silam. Bagaimana kitab suci Al-Quran boleh memberikan informasi itu, padahal seluruh manusia termasuk juga bangsa Arab tidak mengetahui apapun tentang kehidupan Mesir kuno. Manusia baru tahu setelah jasad mumia itu ditemukan bersama peninggalan Mesir kuno lainnya.

"Pertanyaan itu berkecamuk dalam fikiran ahli bedah dari Perancis ini. Ia mulai berfikir tentang kemukjizatan Al-Quran. Ia duduk merenung di hadapan jasad mumia Fir'aun. Kitab suci umat Kristian juga menceritakan tenggelamnya Fir'aun ketika mengejar Musa, tetapi Injil Matius & Lukas itu tidak menceritakan sedikitpun keutuhan jasadnya setelah tenggelam. Apakah logik mumia itu adalah Fir'aun yang dikejar Musa? Apakah logik Al-Quran benar-benar menceritakan jasadnya utuh setelah tenggelam? Dr Maurice Bucaille terus gelisah.

"Hari berikutnya dia meminta kepada beberapa ahli bedah untuk membawa Taurat, kitab suci orang Yahudi. Dia membaca Kitab Keluaran. Ia kecewa Kitab Keluaran sama sekali tidak menceritakan jasadnya akan utuh, yang diceritakan hanyalah Fir'aun mati tenggelam. Kitab Keluaran itu hanya mengkhabarkan, ' Kemudian berbaliklah air laut itu, lalu menutupi kereta & orang berkuda dari seluruh pasukan Fir'aun, yang telah menyusul orang Israel itu ke laut, hingga tak tersisa seorang pun daripada mereka.'

"Setelah Dr Maurice membaca Kitab Keluaran itu tetap bingung sekaligus gelisah dengan apa yang dikatakan rakannya mengenai informasi yang sudah ada dalam Al-Quran itu. Setelah jasad mumia dikembalikan ke Mesir, Dr Maurice menghadiri konferen kedoktoran di Arab Saudi. Dia ingin bertemu dengan para doktor Muslim & menanyakan benar tidaknya apa yang disampaikan rakannya itu. Konferen itu memang membahaskan keutuhan jasad Fir'aun setelah tenggelam.

"Di tengah acara, seorang ilmuan Muslim membuka hati Dr Maurice Bucaille yang sedang mencari hakikat Al-Quran. Ilmuan Muslim itu membacakan ayat suci Al-Quran, "
Maka pada hari ini, Kami selamatkan badan engkau (hai Firaun) (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!." (Surah Yunus ayat 92)

"Ayat suci itu membuatkan tubuh Dr Maurice Bucaille bergetar, seketika dia berkata dengan suarau lantang, 'Aku masuk Islam & aku beriman pada Al-Quran ini." Dia sangat yakin bahawa Al-Quran benar-benar firman Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa & Maha Mengetahui segala sesuatu. Tuhan yang menjadi sumber ilmu pengetahuan.

Sambungan...
Baca lagi...

Rakaman : Forum Perdana - Tarbiyyah Dalam Membentuk Mukmin Sejati Di Masjid Negeri Pada 9 Mei 2009


Selanjutnya...













Baca lagi...

HARI INI : Diskusi Ummah "Islam & Bangsa" Oleh Dato' Dr Sidek Fadhil

Baca lagi...

HARI INI : Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Lembah Kelang

Baca lagi...

Rakaman : Ustaz Dr Abd Basit Abdul Rahman Di Surau An-Nur

TAJUK : FITNAH
TARIKH : 8hb Mei 2010
MASA : Selepas Solat Maghrib
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar baru Bangi
RAKAMAN : | muat turun |
Baca lagi...