KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR
Monday, January 3, 2011
Sifat Solat Nabi SAW Oleh Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki
Terdapat 11 klip video untuk ditontoni. Semoga kita beroleh ilmu yang bermanfaat daripada Sheikh Nurudin dan seterusnya dapat mempertingkatkan kualiti solat kita.
Video lengkap Sifat Solat Nabi SAW boleh didownload dari link ini :-
http://www.mediafire.com/?6dptajj4fz91itk
http://www.mediafire.com/?j57ksh61h2mo623
http://www.mediafire.com/?z97d2cmkir73b08
http://www.mediafire.com/?w4wq4lkm5zi18wk
http://www.mediafire.com/?oemc0cq0v8926mm
http://www.mediafire.com/?a0m3xj9053sbskc
http://www.mediafire.com/?pbvto7xe8etksbt
http://www.mediafire.com/?v41pk652d8or8o0
http://www.mediafire.com/?45qch7x60hroyjo
http://www.mediafire.com/?57t72jfq8efj74b
http://www.mediafire.com/?7yk9n9mces2zwfg
Sila download ke semua file (part 01-11) kemudian unzip menggunakan winrar atau 7zip.
Wassalam.
Baca lagi...
Friday, October 1, 2010
Thursday, September 30, 2010
Tuesday, September 28, 2010
Monday, September 27, 2010
Wednesday, June 2, 2010
Wednesday, February 17, 2010
President PAS Selamatkan Mangsa Lemas Pada 14hb Februari 2010
Kredit kepada http://nikhassanazmi.blogspot.com
HARI ini menurut Harakah, Marang, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.
Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya. "Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.
Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi. Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.
Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.
"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut... saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.
"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.
Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.
Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.
"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.
Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.
"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."
Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.
Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya. Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.
Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.
Teringat saya puluhan tahun lalu, saya pernah menganjurkan ceramah PAS di Pulau Pinang (saya tak ingat pasti tempat ceramahnya), waktu itu rombongan ustaz Hadi datang lambat. Bila ditanya mengapa, anggota rombongannya menjawab, "Ustaz Hadi nyaris maut kerana jirannya minta tolong tangkap orang gila yang sedang mengamuk berhampiran rumahnya. Tiada orang lain yang sanggup pada masa itu, maka beliau terus menangkapnya. Parang panjang melintasi atas kepalanya, hingga terjatuh serbannya. Akhirnya orang gila itu berjaya ditundukkan dan beliau selamat, alhamdulillah!"
Sekian. Wassalam.
Sumber : http://www.ibnuhasyim.com
Thursday, January 7, 2010
Wasiat Syeikh Sya'rawi
Cuba lihat video di bawah sehingga tamat. Lihat bagaimana di hujung klip, beliau menasihati Presiden Muhammad Husni Mubarak yang terkenal diktatornya, tanpa sedikit pun rasa gentar, malah memegang bahunya, seperti seorang ayah menasihati anak. Beginilah ulama’ pejuang, sufi lagi haraki, yang sentiasa kita cari sepanjang zaman.
Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi)... wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata? “..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)
Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga). Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;
“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.
Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!(Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) “..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”. Baca lagi...
Program Ziarah Habib Umar Ulama Dari Hadramaut
Untuk mengenali ulama besar dari Hadramaut, Yaman, saksilah rakaman kehadiran beliau ke Indonesia pada tahun 1429H.Baca lagi...
Friday, November 6, 2009
Wednesday, November 4, 2009
Thursday, October 29, 2009
Rakaman Kuliah : Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki
Penyampai: Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki
Kitab: Minhajut Arifin (Tasauf & Akhlak)
Tempat: Asrama Darul Aman 3 Haiyu Sabiek, Kaherah
Info Tambahan: Penyampai: Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, Pengarang: Al-Imam Al-Ghazali. Tempat: Maqam Imam Abu Al-Hasan As-Syazuli, Humaisara.
Sumber : http://almuttaqin.tv/index.php Baca lagi...
Thursday, October 22, 2009
Wednesday, October 21, 2009
Friday, October 9, 2009
Monday, October 5, 2009
Rakaman Kuliah - Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad - Kerana Mulut
ustaz shamsuri - kerana mulut from manchuping on Vimeo.
Nota: Audio tidak begitu baik. Apa yang penting isi kuliah yang lebih diutamakan.
Sunday, October 4, 2009
Monday, September 14, 2009
Rakaman Kuliah - Ustaz Kazim Mohd Elias Al-Hafiz - Bersedekah
Ustaz Kazim Elias - Bersedekah from manchuping on Vimeo.
Sumber : http://www.manchuping.blogspot.com/ Baca lagi...