KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

MAKLUMAN : laman-annur.blogspot.com Telah Berpindah

Salam semua

Setelah menanti selama lebih kurang 2 bulan, akhirnya laman-annur.blogspot.com tiba-tiba muncul setelah harapan untuk pihak www.blogger.com menerima 'appeal' saya semakin pudar.

Terkesan dengan rungutan rakan-rakan & desakan hati untuk terus terlibat dalam usaha dakwah ini, saya telahpun membangunkan blog baru untuk laman-annur iaitu http://lamanannur.blogspot.com.

Untuk seterusnya, kepada yang masih lagi berminat/sudi untuk melayari blog laman-annur, silalah ke:


Kepada yang mendoakan agar blog ini kembali semula di persada dakwah, tiada kata yang mampu diluahkan kecuali...."Semoga Allah memberkati kita semua, amin"

lamanannur Baca lagi...

Tuesday, January 4, 2011

Seminar Antarabangsa Baldatun Toyyibah (II): Model Uthmaniyyah

PENDAHULUAN

Kerajaan Islam Uthmaniyyah merupakan kekhalifahan Islam yang terakhir sebelum ia dijatuhkan oleh puak sekular Kemalis yang dikatakan didalangi oleh Yahudi dan Barat. Kelangsungan kerajaan ini selama tahun meliputi tiga benua utama dunia, Asia, Afrika dan Eropah. Apa yang menarik, kejatuhan kota Constantinople pernah diriwayatkan dalam satu hadis yang dicatatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dengan mengatakan raja yang menawannya adalah raja yang terbaik dan ternyata raja itu daripada dinasti Uthmaniyyah.

Kerajaan Islam Usmainah seolah-olah berada dalam dua zaman, zaman silam dan zaman moden. Tentu banyak khazanah tinggalan kerajaan besar ini yang boleh menjadi teladan dan sempadan kepada kita dalam menggagaskan sebuah negara idaman di zaman pasca-modernisme ini.

OBJEKTIF

Mempelajari, menilai, menganalisis dan meneladani Tamadun Islam Uthmaniyyah dari aspek;

1. Bagaimanakah para Khalifah kerajaan Uthmaniyyah menerapkan pemerintahan Islam mereka yang meliputi tiga benua yang salah satunya mencetuskan pemodenan masa kini ?
2. Bagaimanakah corak kehidupan masyarakat majmuk mereka boleh melestarikan pemerintahan Islam selama ratusan tahun ?
3. Bagaimanakah dinamika fiqh dan kodifikasi undang-undang terkembang di empayer Uthmaniyyah serta kesesuaian paradigmanya dalam merekonstruksi idea-idea fiqh dan undang-undang di negara kita khasnya.
4. Apa saja dari tamadun ini yang boleh kita ikuti demi merealisasikan impian sebuah baldatun tayyibah – the good governance yang diimpikan oleh rakyat Malaysia.
5. Apa teladan yang boleh dipelajari daripada kesilapan dan kejatuhan tamadun Islam Uthmaniyyah agar menjadi sempadan yang berguna untuk kita.

Dan seterusnya mendapatkan kesimpulan dan pengusulan bagi merealisasikan Selangor maju menurut Perspektif Islam.

PEMBENTANGAN

Kertas 1 : Sejarah ringkas kebangkitan dan kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah
Oleh : Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kertas 2 : Perkembangan Fiqh dan Usul di Empayar Uthmaniyyah.
Oleh : Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali
Ketua Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kertas 3 : Kodifikasi Undang-Undang dan Sistem Keadilan Uthmaniyyah
Oleh : Dr Saim Kayadibi
Jabatan Syariah Dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kertas 4 : Sisi Gelap Kerajaan Uthmaniyyah : Satu Pengajaran Berharga
Oleh : Prof Madya Dr Wan Mohd Salim Wan Mohd Nor
Fakulti Sains, Sastera dan Warisan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kertas 5 : Kewarganegaraan dalam Sistem pemerintahan Uthmaniyyah: Satu Kajian dalam Konteks Kewarganegaraan Negara Islam Moden.
Oleh : Prof. Madya Dr Ahmad Zaki Ibrahim
Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya

Kertas 6 : Aplikasi Sistem Ekonomi Islam Dalam Tamadun Islam Uthmaniyyah.
Oleh : Dr. Amir bin Shaharuddin
Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia

Kertas 7 : Tamadaun Islam Uthmaniyyah : Aspek Kesenian dan Budaya Islami
Oleh : Dr. Eeman Muhammad Abbas
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Kertas 8 : Kerajaan Islam Uthmaniyyah dan Hubungan Antarabangsa
Oleh : Prof. Madya Dr. Shukeri Mohamed
Program Asasi Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri

MASA TARIKH TEMPAT

Tarikh : 29 Januari 2011 / Sabtu
Masa : 8:30 pagi hingga 5:00 petang
Tempat :Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

YURAN PENYERTAAN

RM 150.00 setiap individu
RM 300.00 setiap wakil institusi
RM 50.00 setiap pelajar

SEKRETARIAT

Pej PUM Pusat : 03-5512 4300 / 03-5511 4301 (En Azmi)


Baca lagi...

Monday, December 27, 2010

Buku Percuma : Mengapa Saya Tidak Kristian? oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Salam semua

Kepada sesiapa yang berminat dengan buku ini sila hantar sampul surat lengkap bersetem (RM1.00) & beralamat sendiri, ukuran sampul surat 25.5mm x 17.5mm. Hantarkan ke alamat:


UKMB Resources
Kedai Kita
Bangunan PAS Kelantan
Jalan Dato Pati
15000 Kota Bharu Kelantan

Buku ini adalah PERCUMA & terhad cetakannya. Siapa cepat dia akan dapat. Harap Maklum.

Sebarang permasalahan sila emailkan ke iklan@ukmb.my

Baca lagi...

Sunday, December 26, 2010

Makluman : Kongsi Posting Ke Dalam Facebook Anda

Salam semua

Pihak Admin telah memasukkan fungsi butang Share di dalam setiap posting seperti di bawah.

Sekiranya anda ingin berkongsi posting daripada blog ini ke dalam Facebook anda, sila tekan butang Share yang terletak di bawah setiap posting. Secara automatik, Facebook anda akan dikemaskini dengan posting tersebut.

Semoga penambahan fungsi baru ini akan menjadikan blog laman-annur/surauannur.net bertambah efisien di dalam penyampaian dakwah & penyebaran ilmu, insyaALLAH.

Wassalam.

lamanannur
Baca lagi...

Tuesday, December 7, 2010

Haron Din Tokoh Maal Hijrah Selangor 1432H

Oleh : Ismail Hashim

SHAH ALAM, 7 Dis: Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.

Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta meluncurkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.

"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohamad Tamyez Abdul Wahid.

Menjelaskan tentang pandangan negatif masyarakat kepada golongan ulamak, Dr Haron menjelaskan, sebenarnya rakyat dan masyarakat awam tidak mengenali siapa dan yang mana satu ulamak kerana tidak banyak pendedahan berlaku di media perdana khasnya.

Membandingkan dirinya sendiri yang banyak diberikan peluang untuk siaran di televisyen sebelum ini, menyebabkan orang ramai termasuk golongan muda tetap mengenali dan memberikan penghormatan sebaiknya.

"Jadi tidak timbul masalah kalangan muda tidak menghormati ulamak kerana yang sebenarnya mereka belum mengenali siapa ulamak itu," ujarnya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.

Justeru, tegasnya, peranan ulamak ini mesti diinstitusikan agar mereka dapat menjalankan kewajipan mendidik rakyat dan anggota masyarakat dengan lebih baik lagi.

Menyentuh tentang peranan ulamak muda dan golongan tua, beliau menjelaskan, itu hanya istilah untuk menunjukkan usia dan tempoh mereka mendidik masyarakat sahaja, tidak lebih dari itu dan semua pihak mesti berperanan dalam masyarakat.

Dr Haron memulakan pengajiannya di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah, Perlis dan Kuliah al-Islamiah, Klang, Selangor seterusnya mengambil Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya pada 1962 hingga 1965), lulus dengan cemerlang dan mendapat hadiah biasiswa persekutuan terus ke Mesir.

Menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968), Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) dan Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974).

Antara kerjayanya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975–1976), Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985), Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara.

Juga menjadi Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB, Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan.

Begitu juga sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting.

Dalam politik, pula sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983), Ketua Penerangan PAS Pusat, sehingga kini sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS serta pernah bertanding di dalam pilihan raya 2004 di Parlimen Arau mewakili PAS.

Dr Haron Din adalah Pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (DarusSyifa') yang terletak di Bangi.

Sumber : http://www.harakahdaily.net

Baca lagi...

Saturday, November 13, 2010

Kelebihan & Keistimewaan Bulan Zilhijjah

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan. Ini yang selalu kita lalai mengenainya.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

“Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu” (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman (yang bermaksud) :

“Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh” ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma’ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

“Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini” (Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-


> Zikir :
Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti รข€˜hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

> Berpuasa :


Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari
Arafah” (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

> Melakukan lain-lain amalan sunat:

Seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

> Menjauhi maksiat:


Inilah masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

> Bertakbir:


Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga Tashriq. (13 Zulhijjah).

> Berkorban :


Allah SWT berfirman : ertinya : “dan berdoalah dan berkorban”. Allah SWT juga menyebut (yang bermaksud) :

“Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :

Ertinya : “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas’ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih (yang bermaksud), iaitu :-

“Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluhawal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan” ( Muslim, 3/39 )

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.

TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.

Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh ajoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain. [2]

Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.

Firman Allah (yang bermaksud):

"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik." (Al-Hajj : 37)

KONGSI LEMBU

Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. [3]

Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.

Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban :

“Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama”

BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN

Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.

Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.

PEMBAHAGIAN DAGING

Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT:
1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban
1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara
mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Ia berdasarkan firman Allah SWT (yang bermaksud):

“Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir.” (Al-Haj : 28)

dan juga firman Allahร‚ (yang bermaksud) :


“Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya” (Al-Haj : 36)

Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA. [4]

Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya.

Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan. [5]

DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.

MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR

Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib. [6]

Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.

BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG

Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.

Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.

Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.

Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.

Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula รข€˜TERKORBAN’, hubungan persaudaraan รข€˜terkorban’, atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Waallahua’lam.

KORBAN OLEH ORGANISASI & SYARIKAT?

Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan budjet tertentu untuk membeli dua puluh ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?

Jawab seringkasnya:

“Tidak boleh !”

Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ia bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, ia sebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.

Ketika itu korban barulah sah dan ia menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban, pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana รข€˜menghadiahkan’ lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.

Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara specific 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat tetapi individu.

APAKAH HAJI AKBAR ?

Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih : Ibn Qayyim dan Albani).

Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya tentang apakah itu Haji Akbar, beliau menjawab:

“Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama). (Riwayat at-Tirmidzi)

Menurut Ulama itulah yang dimaskudkan di dalam ayat surat At-Taubah.

Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah [7]. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh Razin dalam Tajrid as-Sihhah, bagaimanapun al-Munawi menolak hadith itu dengan katanya “tiada asalnya”.

Kesimpulannya : Terdapat para sahabat mengatakan Haji Akbar itu adalah hari Arafah yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali k.w pula mengatakan ia adalah hari Qurban pada 10 zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wuquf di Mina ( hari Tasriq).

Akhirnya, adalah amat perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya รข€˜Idil adha ini menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia ( kecuali jika benar-benar sesebuah Negara itu mengikut rukyah), tanpa rukyah maka kiraan yang terbaik adalah dengan menuruti Saudi. Dengan itu, kekeliruan yang sering berlaku sebagaimana mencari Lailatul Qadar dan hariraya idilfitri akan berterusan. wallahu ‘alam

Sekian

* Artikel adalah tulisan Saudara Rosli Hanip (http://www.roslihanip.com/)

Rujukan:
[1] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/ 197
[2] Al-Majmu, 8/425 ; Al-Mughni, 9/436
[3] Al-Majmu, An-Nawawi, 8/313
[4] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/200
[5] Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusd Al-Hafid, 1/321 ( cet Maktabah al-Riyadh
al-Hadithiyah) ; Rawdah At-Tolibin, An-Nawawi, 3/225
[6] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/201
[7] Ahkam al-Quran, Al-Jassas
Baca lagi...

Friday, November 5, 2010

Pemain Billiard Terkenal Dunia Peluk Islam

Pemain billiard terkenal dunia, David John mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut.

Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).

David pernah mencapai kejuaraan EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia pada tahun 2002 dan 2003.

"Dia menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam (Davood sama dengan David mengikut nama Iran) dan mengatakan ketika upacara " revolusi terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad.

"Saya berharap bahawa selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik lagi belajar," katanya.

"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.

"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.

Ketika upacara, Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim dan Muslim adalah humanistik."

"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam," kata Imam Sayyed Reza Taqavi.

Sumber: taghrib news

Baca lagi...

Friday, October 29, 2010

Dialog dan Bengkel Keibubapaan Bersama Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor

Assalamu'alaikum Wrmt. Wbth.

AL-HIKMAH TRAINING & CONSULTANCY SDN. BHD.
Dengan Kerjasama
KELAB STAF KOLEJ DAR AL-HIKMAH

Dengan segala hormatnya menjemput
Y. Bhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/ Saudara / Saudari ke:

DIALOG DAN BENGKEL KEIBUBAPAAN
BERSAMA PROF. MADYA DR. MARIANI MD NOR


Panel Jemputan:
Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Mariani Binti Md Nor
Jabatan Psikologi Pendidikan & Kaunseling
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Tarikh : 27 November 2010/ 20 Zulhijjah 1431 (Sabtu)
Masa : 8:00 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Dewan, Kolej Dar al-Hikmah,
Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

TEL : 03 - 8925 2392 / 012 - 382 0315 (Pn. Maznah)
019-947 9510 (Pn. Zulaihan) / 013 - 268 8283 (Pn. Saleha)
FAKS : 03-8925 2477 EMAIL : seminar@hikmah.edu.my

YURAN PENYERTAAN RM30/ ORANG
SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN
Baca lagi...

Saturday, October 23, 2010

PENGUMUMAN : Papan Kenyataan Maya Surau An-Nur

Salam semua

InsyaALLAH bermula pada hari ini, pihak Admin
www.surauannur.net telah berjaya menyediakan Papan Kenyataan Maya Surau An-Nur (sila klik di SINI)

Sebagaimana yang semua maklum, tujuan papan kenyataan adalah untuk membuat makluman tentang apa-apa aktiviti yang akan dijalankan. Dalam pada itu juga, tuan-tuan & puan-puan boleh berkongsi foto-foto, klip video & sebagainya.

Bagaimana caranya? Cuma hanya klik di ikon seperti yang di panel sebelan kanan di bawah sub-topik
"PAPAN KENYATAAN SURAU AN-NUR". Saya amat berharap agar dengan penggunaan kemudahan yang disediakan ini, ia akan memberi manfaat kepada semua, insyaALLAH.

Wassalam

www.surauannur.net

Baca lagi...

Saturday, August 14, 2010

PENGUMUMAN - Tuan Guru Ustaz Dato' Dr Haron Din Akan Menjalani Pembedahan Jantung

Salam Semua

Dalam kuliah Feqah (Khamis 5-Ogos-2010) di Surau Annur Bandar Baru Bangi dan Kuliah Pengubatan Islam (Isnin 9-Ogos-2010), Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah memaklumkan bahawa beliau perlu menjalani rawatan jantung di Stanford Hospital, California USA pada awal bulan Ramadan ini. Keadaan jantung beliau kerap sakit sejak akhir-akhir ini. Kerap sakit dada dan sesak nafas.

Beliau terpaksa membatalkan program menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini.

Ketika memaklumkan keadaan kesihatan beliau ini, beliau menitiskan air mata. Beliau berkata dengan penuh perasaan "Kenang Daku Dalam Doa Kalian".


Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini dengan melakukan solat hajat dan berdoa semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Tuan Guru dengan kesembuhan yang berterusan dan Allah SWT memanjangkan umur Tuan Guru dengan keberkatan dan sihat walafiat.

Doakanlah juga semoga segala urusan untuk menjalani rawatan ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din seisi keluarga.


lamanannur

Sumber : http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=115
Baca lagi...

Tuesday, August 3, 2010

EBook Kado Untuk Mujahid


Salam semua,

Kepada peminat-peminat karya Habiburrahman el-Shirazy, di dalam himpunan cerpen Kado Untuk Mujahid, terdapat cerpen hasil nukilan Habiburrahman iaitu Syahidnya Sang Penyair. Anda boleh download Novel Kado Untuk Mujahid di SINI.

Wassalam
Baca lagi...

Thursday, June 24, 2010

Gerhana Bulan Pada Hari Sabtu Ini

Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.

Menurut Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di Kuala Lumpur hari ini, gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang.

“Tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk. Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam.”

Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lalu.

“ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari jam 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.”

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/ 5484 atau layari laman web www.angkasa. gov.my/planetarium.
sumber : Malaysiakini
__._,_.___

Sumber : Malaysiakini
Baca lagi...

Tuesday, June 22, 2010

Tanzil.info : Quran Navigator

Salam semua,

http://tanzil.info/
adalah sebuah website yang dapat kita dengar mengikut Qari pilihan kita. Juga dapat disemak bacaan kita di samping dapat diperhatikan tulisan Al-Quran secara terus serta dapat melihat terjemahannya secara terus mengikut pilihan bahasa yang diingini.

Semoga ini memberi manfaat kepada semua. Kredit kepada saudara Azmi ibrahim <
Baca lagi...

Saturday, June 5, 2010

Nota Tambahan Kuliah Ustaz Tarmizi Abd Rahman Pada 22hb Mei 2010

Salam semua, nota tambahan kuliah Ustaz Tarmizi Abd Rahman pada 22hb Mei 2010 yang telah diupload. Sila klik di sini atau terus ke blog Ustaz Tarmizi di http://ustaz-tarmizi-abd-rahman.blogspot.com. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Amin.

http://surauannur.net Baca lagi...