Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat Kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat Di tengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat Yang lelaki, budak-budak muda pakai seluar ketat Semua nak tunjuk kuat Bila berjudi, percaya unsur kurafat Tapi hidup pula yang melarat Tali kasut dah tak berikat Rambut pun jarang sikat Yang perempuan, pakai mini sekerat Suka pakai baju ketat-ketat Suka sangat menunjukkan pusat Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat Pakai pulak yang singkat-singkat Kadang-kadang ternampak benda 'bulat' Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat Silap gaya jadi gawat Bohsia bohjan lagi hebat Duduk jauh berkirim surat Bila berjumpa, tangan berjabat Kemudian pakat lawan peluk siapa erat Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat Usah peduli agama dan adat Usah takut Allah dan malaikat Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti'lah kita buat Akhirnya perut kempis dah jadi bulat Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat Habis manusia telah tersesat Inilah dia fenomena masyarakat Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat Marilah kita pakat mengingat Bahawa dunia hari ini makin singkat Esok atau lusa mungkin kiamat Sampai masa kita semua akan berangkat !!! Berangkat menuju ke negeri akhirat Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat Masa tu, sendiri mau ingat
Umurmu banyak manamu buat ibadat...? Zaman mudamu, apa yang telah mu buat...? Harta bendamu, dari manamu dapat...? Ilmumu, adakah mu manfaat...? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat
Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk mendengar kuliah agama, sila bersihkan "cache" dan "cookie" pelayar internet anda. Adalah disyorkan untuk paparan terbaik, anda gunakan pelayar internet (web browser) MOZILLA FIREFOX
HARI INI
MAKLUMAN
Sekiranya anda ingin berkongsi maklumat mengenai majlis ilmu di surau/masjid anda, sila emailkan ke lamanannur@surauannur.net atau admin@surauannur.net. InsyaALLAH, maklumat majlis ilmu tersebut akan dipaparkan di dalam http://laman-annur.blogspot.com. Semoga dengan usaha kecil kita ini, akan mendapat keberkatan daripada Ilahi, amin.
JALINAN UKHUWWAH
BLOG PENGAJIAN SURAU AN-NUR
PENERBIT BUKU DAN AUDIO
DAFTAR EMAIL ANDA
Legend:
Huruf MERAH - Masjid Jame Kajang Huruf BIRU- Surau As-Sobah, Bandar Baru Bangi Huruf HIJAU - Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Huruf UNGU - Surau Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi