KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Showing posts with label KUIS. Show all posts
Showing posts with label KUIS. Show all posts

Monday, July 26, 2010

Rakaman : Ceramah Israk & Mikraj Oleh Ustaz Ismail Kamus

CERAMAH ISRAK & MIKRAJ
TARIKH : 26hb Julai 2010 (Isnin)
MASA : Selepas solat Maghrib
TEMPAT : Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
RAKAMAN : | muat turun |

Baca lagi...

Thursday, November 19, 2009

Thursday, March 12, 2009

Seminar Halatuju Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Dalam Dasar pendidikan Kebangsaan 2009




TARIKH : 14 Mac 2009 (Sabtu)

WAKTU : 8.00 pagi – 5.00 petang

TEMPAT : Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


PEMBENTANG KERTAS KERJA :

(1) Datuk Dr Hassan Ahmad, Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI

(2) Prof Dr Abdul Aziz Bari, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(3) Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, Institut Peradaban Melayu, Universiti Perguruan Sultan Idris

(4) Prof Dr Shaharir Mohamad Zain, Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI

(5) Prof Dr Mat Rofa Ismail, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia


Untuk pendaftaran, hubungi :

Hazwani 0133684906 / rsbgurl@yahoo.com

Razali Bidin 0196442868 / arieff_86@yahoo.com.my

Hakim 0132829225 / hakimin_abdullah@yahoo.com

Azli Maarif 0123378925 / azli_000@yahoo.com


YURAN PENYERTAAN : Orang Awam (RM30) & Pelajar (RM15)

(Bagi tujuan pembayaran, sila masukkan sejumlah wang di atas nama JARINGAN SISWAZAH MALAYSIA, Akaun Bank Muamalat 12070004901710 atau Akaun Maybank JASA PESMADA 562834500793)


Sila maklumkan wakil penganjur melalui mel elektronik atau sistem pesanan ringkas (sms) selepas berbuat demikian


* Penyertaan hanya terhad untuk 200 orang perserta. Berdasarkan siapa cepat dia dapat!

* Sebarang pertanyaan dan pra-pendaftaran boleh dilakukan dengan menghubungi wakil penganjur atau tinggalkan komen di laman blog rasmi (sila klik di sini) bersama nombor telefon atau mel elektronik (emel) untuk dihubungi semula oleh pihak penganjur
Baca lagi...

Sunday, January 18, 2009

Pak Natsir Damaikan Dunia Politik, Dakwah


(Ulasan Seminar Serantau Memperingati 100 Tahun Pahlawan Nasional Bapak Mohammad Natsir yang telah diadakan di KUIS pada 10 Januari 2009)

KATA-KATA 'berdakwah di jalur politik & politik di jalur dakwah' adalah frasa yang sangat ideal & indah. Namun, dalam situasi yang sangat mencengkam & sengit di panggung politik, kata-kata ini terasa sungguh berat & payah untuk dilaksanakan.
Bagaimanapun, PAS sebagai sebuah parti politik & badan dakwah dituntut melaksanakan dwifungsi ini sekali gus betapapun sukarnya.
Inilah kesan yang saya perolehi ketika mendengar pembentangan & perbahasan kertas kerja di Seminar Sehari Memperingati 100 Tahun Bapak Mohammad Natsir, pemimpin Islam terkemuka Indonesia itu. Seminar tersebut anjuran bersama oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) & Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bangi, 10 Januari lalu.
Almarhum Pak Natsir, adalah sebuah sosok yang menarik, wajar menjadi teladan umat.Dialah tokoh yang mengadunkan kepimpinan politik & dakwah dengan penuh santun & berhikmah.
Kertas kerja Dr Muhammad Nur Manutty dalam seminar tersebut memfokuskan kegiatan dakwah & politik Almarhum yang wajar dicontohi. Beliau memetik pandangan AM Fatwa, bahawa Pak Natsir berjaya merukunkan antara dakwah & politik, atau 'politik tanpa dakwah hancur'.
Banyak yang dapat dipelajari daripada tokoh pemimpin Masyumi itu, kata beliau & menambah, Almarhum berjaya 'mendamaikan' dunia politik & dakwah yang berbeza.
Bagi Dr Muhammad Nur, ini suatu subjek yang wajar diberikan perhatian mendalam oleh pengamal politik yang berorientasikan sekular, para du'at yang alergik dengan politik & para pengamal politik yang berorientasi Islam.
Menurutnya, Pak Natsir yakin kunci untuk mengharmonikan antara dakwah & politik adalah menerusi amalan akhlak mulia.
Beliau berpendapat pandangan Muhammad Natsir ini wajar diberikan perhatian di tengah-tengah politik kotor tidak bermoral semakin berluasa di kebanyakan negara umat Islam. Dr Muhammad Nur berkata, dalam 1 dekad ini amalan politik di Malaysia jelas menyingkirkan peranan agama.
Budaya politik wang bagi memilih pemimpin parti politik semakin berleluasa. Katanya umat Islam sukar mendapat pemimpin beramanah, berintegriti & pemuh tanggungjawab kepada rakyat. Ini kerana wang menjadi elemen penting pemilihan pemimpin politik. Semua pihak yang punya tanggungjawab moral merasa rimas & cemas terhadap masa depan umat serta negara.
Di sinilah, saya fikir, peranan dakwah sangat penting dalam jalur politik. Ertinya, pensebatian jalur politik dengan jalur dakwah, atau berdakwah di jalur politik dan berpolitik di jalur dakwah.
Sya yakin dengan wadah Islam syumul yang diperjuangkan oleh PAS, politik dakwah ini dapat dilaksanakan. Malah ini suatu cabaran besar kepada para pendukung PAS untuk melaksanakannya kerana PAS satu wadah politik Islam yang memiliki dwifungsi tersebut.
Kejayaan Pak Natsir berpolitik secara santun adalah suatu manifestasi kejayaan politik & dakwahnya yang berjuang menghadapi lawan politik dengan hujah ilmu tanpa dendam & benci. Ia sangat sukar diperolehi dari pemimpin politik di mana saja.
Saya yakin, PAS dengan pendukungnya begitu ramai daripada golongan ilmuan agama & profesional serta pendukung setia yang menrima siraman tarbiyah berterusan sejak puluhan tahun dari para naqib & naqibahnya mampu mendukung prinsip dakwah di jalur politik & politik di jalur dakwah ini.
Betapapun pendukung PAS dihambat masa & tenaga serta pelbagai hambatan lagi, namun mereka sedar tanggungjawab ini. Panggung politik yang demikian sengit adalah sebaik-baik tempat untuk mereka memperlihatkan jati diri mereka & ia berbeza dengan pendukung politik sekular yang berkongsepkan 'politik menghalalkan cara'.
Sepas pilihanraya Mac 2008, dengan melimpahnya sokongan daripada rakyat pelbagai kaum terhadap PAS & berubahnya persepsi mereka terhadap PAS, inilah masanya pendukung PAS menyerlahkan lagi akhlak Islam dalam semua gerak kerja politiknya. Ia kesempatan yang paling luas memperlihatkan PAS bersikap terbuka & toleransi, adil, tetapi teguh dengan prinsip Islamnya.
Di sinilah kita perlu mencontohi Pak Natsir melaksanakan amalan dakwah dalam jalur politik yang berjaya menawan hati ramai, termasuk para paderi kristian sendiri. Politik dakwah ini memang sangat diperlukan ketika panggung politik sarat dengan adegan politik wang, penipuan, penyelewengan, & segalanya.
Sukarno yang sekular masih dapat menerima Pak Natsir, seorang Islamis sebagai sehabatnya, kerana akhlak Pak Natsir, sehinggalah hubungan keduanya berantakan apabila Sukarno dipengaruhi Partai Komunis Indonesia (PKI) yang berakhir dengan Almarhum dipenjarakan.
Dr Muhammad Nur memetik kata-kata Dr Siddiq Fadzil, Presiden Wadah, yang mengkritik situasi politik Malaysia masa kini. Dengan berpandangan bahawa 'politik memang perlu dimurnikan dengan membawa agama ke dalamnya, iaitu dengan berpolitik secara agama'.
Bagi Dr Siddiq, politik tidak boleh tidak boleh diperlakukan secara 'pragmatic-utilitarian' yang berpisah dari nilai keagamaan. Katanya, sikap dualistik, beragama secara murni, berpolitik secara permisif, bukanlah sikap tauhidik seperti yang dituntut oleh agama.
Dr Muhammad Nur menekankan bahawa Pak Natsir berjaya menunjukkan teladan bahawa berpolitik & berdakwah dengan etika tinggi, menambah kawan, mengurangkan lawan. Namun, sikap lembutnya sama sekali tidak bertolak ansur dalam perkara aqidah & syariah.
Menyertai seminar sehari tu, saya dapat mengambil mutiara berharga dari hujah para pembicara seperti aDato' Seri Anwar Ibrahim (ucaptama), Prof Dr Kamal Hasan (UIAM), Bapak Shuhada Bahari (Dewan Dakwah Indonesia), Chris Siner Key Timu (Secretariat Vatholic Center for Social Analysis & Sivic Education Indonesia), serta pembentang kerja yang lain. Ia suatu seminar yang sangat bermanfaat.
Oleh : Abdul Shukur Haron (Harakah - bil 1407)
Baca lagi...

Friday, January 2, 2009

Seminar 100 Tahun Memperingati Bapak Mohammad Natsir

SEMINAR SERANTAU MEMPERINGATI 100 TAHUN BAPAK MOHAMMAD NATSIR : BERDAKWAH DI JALUR POLITIK BERPOLITIK DI JALUR DAKWAH

Aturcara Tentatif
8.00 pagi Pendaftaran peserta
9.00 pagi Sesi I - Perasmian Pembukaan:
a) Ucapan aluan wakil keluarga Pak Natsir
b) Ucapan aluan Presiden WADAH - Y.Bah. Dato' Dr Siddiq Fadhil
c) Ucapan perasmian YAB Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS
d) Persembahan multimedia
10.15 pagi Ucap Utama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
11.00 pagi Rehat & persegaran
11.45 pagi Sesi II - Pembentangan Kertas I:
a) Prof Dr Laode M Kamaluddin, Ketua Umum, Panitia Peringatan Refleksi Seabad M. Natsir : Pemikiran & Perjuangannya
b) Bapak Chris Siner Key Timu, Sekretaris, Catholic Center for Sosial Analysis & Civic Education
c) Prof. Madya Dr Muhammad Nur Manuty, Felo Akademik Kanan, KUIS merangkap Timbalan Presiden WADAH
1.15 petang Sesi III- Pembentangan Kertas II:
a) Bapak Shuhada' Bahari, Ketua Umum Dewan Da'wah Islamiyyah Indonesia (DDII)
b) Prof. Dr Mohd Kamal Hasan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
c) Dr Gamal Abd Nasir Hj Zakaria, Universiti Brunei Darussalam
d) Dr Zulkepli Aini, KUIS

Yuran - Pelajar RM20.00, Individu RM70.00 & Wakil Organisasi RM100.00

Borang Penyertaan - Sila klik di sini

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Sekretariat Seminar
Pejabat Timbalan Rektor
Pembangunan Korporat & Pengantarabangsaan
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
43000 Kajang Selangor
Telefon : 03-8925 4251 samb. 1300
Faks : 03-8925 4418
E-mail : norhasdillah@gmail.com


Baca lagi...