KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Showing posts with label Ust Zahazan Mohamed. Show all posts
Showing posts with label Ust Zahazan Mohamed. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Rakaman : Kuliah Pengajian Kitab 300 Hadis Bimbingan Oleh Ustaz Zahazan Mohamed Pada 2hb Januari 2011

TAJUK : HADIS 17 - CARA MELAKSANAKAN AGAMA &
18 - JANGAN MEMBEBANKAN DIRI
TARIKH : 2hb Januari 2010 (Ahad)
MASA : Selepas Solat Maghrib
RAKAMAN : | muat turun |
kredit kepada http://kulliyyah.blogspot.com/
Baca lagi...

Monday, December 6, 2010

Kuliah Kitab 300 Hadis Bimbingan oleh Ustaz Zahazan Mohamed Pada 5hb Disember 2010 Di Surau An-Nur

TAJUK : HADIS 167 - ORG2 MUKMIN UMPAMA SATU BINAAN &
HADIS 168 - ORG2 MUKMIN IBARAT SATU JASAD
TARIKH : 5hb Disember 2010 (Ahad)
MASA : Selepas Solat Maghrib
RAKAMAN : | muat turun |
Baca lagi...

Wednesday, October 6, 2010

Rakaman : Kuliah Maghrib Ustaz Zahazan Mohamed Pada 3hb Oktober 2010

TAJUK : ILMU, AMAL, ZIKIR, FIKIR
OLEH : Ustaz Zahazan Mohamed
TARIKH : 3hb Oktober 2010
MASA : Selepas Solat Maghrib
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
RAKAMAN : | muat turun |
Kredit kepada
Baca lagi...

Monday, April 12, 2010

Rakaman : Kuliah Maghrib Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

TAJUK : WARAK & MENINGGALKAN SYUBHAH
TARIKH : 11hb April 2010
MASA : Selepas Solat Maghrib
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar baru Bangi
RAKAMAN : | muat turun |

Baca lagi...

Monday, February 16, 2009

Kuliah Adab-Adab Membaca Al-Quran oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Adab Membaca Al Quran yang dikumpul oleh Ust Zahazan Mohamed daripada Al Imam An Nawawi Membaca Quran - Tibyan fi Adab Hamilatul Quran (Hak2 Quran) & dipetik daripada Ihya Ulumuddin oleh Imam Ghazali
Adab Tilawatul Quran Al A'raf 204:
"Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat"
Adab adab membaca Al Quran adalah seperti berikut:
1. Ikhlas kepada Allah SWT - bukan untuk mendapat ganjaran darinya dan tujuan duniawi
2. Bersiwak (bersugi) - membersihkan gigi
3. Dalam keadaan berwuduk
4. Mengadap kiblat
5. Mulakan dengan Ta'awuz - A'uzubillah...
6. Membaca dengan lihat Mushaf lebih utama dari tanpa mushaf - yang menghafaz Al Quran di haruskan membaca tanpa melihat
7. Baca dengan jelas yang merdu untuk di hayati diri sendiri & orang2 yang dekat
8. Al Imam Nawawi menyuruh memahami & menghayati ayat yang dibaca yakni Tadabur Al Quran. Cara Mentadabbur Al Quran mengikut Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Azkar. Memperlahankan suara kita bila sampai kepada ayat yang menyentuh sifat Allah mengikut cemuhan & tohmahan orang2 kafir. Contoh Yahudi berkata Allah miskin & mereka kaya. Allah Swt berfirman:
"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya, Kami akan mencatat perkataan mereka itu" (QS Ali Imran [3]: 181)
9. Bila mendengar ayat Al Quran tentang orang beriman kita berdoa “ Ya Allah aku di kalangan mereka. Contoh Akhir Ayat Al Zummar Ayat 73 yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)"
10 Memuliakan Al Quran – Jangan ketawa & berbual melainkan jika perkara itu terlalu penting
11. Membaca Al Quran secara tertib atau taufiqi oleh nabi Muhammad SAW. Ikut Mazhab Shafie, kalau kita menjadi Imam atau ketika solat bacaan surah rakaat kedua mestilah mengikuti turutan surah, selepas surah rakaat pertama mengikut Al Quran
12. Dituntut beramal dengan Al Quran menurut kemampuan kita. Contohnya Ayat Al Baqarah 276:
"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya"
13. Sentiasa membaca Al Quran di waktu pagi kerana nabi mendoakan keberkatan pada waktu itu
14. Berusaha untuk menghafaz Al Quran & mengingatinya
15. Target untuk mengqatamkan Quran sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun
16. Berdoa bila Qatam Al Quran kerana ia waktu mustajab doa. Atau sekurang-kurangnya jika habis membaca sepotong ayat, berdoa kebaikan dunia & akhirat untuk diri keluarga, anak2 & sebagainya
17. Dilarang membaca Al Quran di tempat yang tidak sewajarnya. Contohnya jangan membaca jika berhadas besar
18. Mengucup Al Quran selepas membaca Al Quran. Jika seseorang berusaha untuk mengucup Hajarul Aswad, Quran itu juga hendaklah di kucup olehnya
19. Diwangikan Quran sama seperti diwangikan Hajarul Aswad
20. Hendaklah diletakkan Al Quran di tempat yang tinggi
21. Bacalah Al Quran dengan penghayatan sehingga ke peringkat menangis
22. Tidak wajar mengucapkan salam pada orang yang membaca Al Quran
Audio Kuliah :Sila klik di sini
Baca lagi...

Wednesday, January 7, 2009

Ceramah Agama oleh Ustaz Zahazan Mohamed


Semua muslimin & muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu ini.
Baca lagi...