Salam, pada hari Ahad yang lepas ,Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus telah menyampaikan tazkirah dhuha di rumah Tuan Haji Jalil di Kelana Jaya. Kuliah dhuha beliau adalah berdasarkan kepada satu hadis panjang yang mana sanadnya adalah daripada Ibnu Abbas di dalam kitab Tanbihul Ghafilin.
Point kuliah tersebut adalah seperti berikut:
Kelebihan Ramadhan
Perihal Bidadari & Bidadara
Kelembutan bahasa Al-Quran
Adab meminang
Amalan doa agar apabila kita hampir dengan detik kematian kita, nanti Allah nampakkan syurga kepada kita (salinan doa akan saya paparkan di posting yang akan datang)
Makruh memberi nama anak yang baru lahir sempena nama malaikat
Pembetulan nahu kepada beberapa doa2 yang sering kita baca contohnya doa untuk kedua2 ibu bapa etc
Kisah jenazah tidak hancur walaupun telah lama dikebumikan
Kisah bos dengan opis boy
Perihal syaitan diikat di bulan Ramadhan
Perbezaan antara iblis & syaitan
Konsep 'minta'
Kelebihan bersedekah/dermawan
Kalau kita risau sesuatu yang terlepas daripada kita, janganlah kita risau kalau sesuatu yang tak dapat pada kita
Salam Yang Berbahagia Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus telah menyampaikan tazkirah Ramadhan selepas solat tarawih di Darussalam. Beliau banyak mengupas amalan-amalan ibadah di malam Ramadhan. Sila klik di SINI(kredit untuk http://jeng3x.blogspot.com) untuk mendengar tazkirah tersebut.
Sila klik di SINI untuk mendapatkan jadual tadarrus Al-Quran & kuliah pengajian di Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi. Semua dijemput hadir untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini.
Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk mendengar kuliah agama, sila bersihkan "cache" dan "cookie" pelayar internet anda. Adalah disyorkan untuk paparan terbaik, anda gunakan pelayar internet (web browser) MOZILLA FIREFOX
HARI INI
MAKLUMAN
Sekiranya anda ingin berkongsi maklumat mengenai majlis ilmu di surau/masjid anda, sila emailkan ke lamanannur@surauannur.net atau admin@surauannur.net. InsyaALLAH, maklumat majlis ilmu tersebut akan dipaparkan di dalam http://laman-annur.blogspot.com. Semoga dengan usaha kecil kita ini, akan mendapat keberkatan daripada Ilahi, amin.
JALINAN UKHUWWAH
BLOG PENGAJIAN SURAU AN-NUR
PENERBIT BUKU DAN AUDIO
DAFTAR EMAIL ANDA
Legend:
Huruf MERAH - Masjid Jame Kajang Huruf BIRU- Surau As-Sobah, Bandar Baru Bangi Huruf HIJAU - Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi Huruf UNGU - Surau Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi