KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Friday, May 28, 2010

Bandingkan Budak Ini Dengan Diri Kita

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata: “Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?”

Maka berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan kedalam neraka.”

Berkata orang tua itu. “Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.”

Berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ran- ting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”

Berkata orang tua itu, sambil menangis: “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”.

Sumber : http://jihadtegakislam.blogspot.com/2010/04/bandingkan-diri-kita-dengan-budak-ini.html
Baca lagi...

Rakaman : Kuliah Pengajian Kitab Hidayatus Salikin Oleh Ustaz Ismail Kamus

TAJUK : AMALAN SELEPAS SOLAT & SEBELUM TIDUR
TARIKH : 22hb Mei 2010 (Ahad)
TEMPAT : Kelana Jaya
RAKAMAN : | muat turun |




Baca lagi...

Tuesday, May 25, 2010

Tadarrus Al-Quran Surau-Surau Bandar Baru Bangi

Baca lagi...

Makluman : Click & Play

Salam semua,

untuk makluman, pihak kami telah membuat penambah baikan blog ini dengan menambah fungsi audio player. Ini memberi kemudahan kepada anda untuk memilih mana satu player yang hendak dimainkan secara streaming.

Semoga ciri baru ini akan memudahkan para pengunjung untuk mendengar audio ceramah atau kuliah pengajian.

Amin, ya Robbal 'alamin.


http://www.surauannur.net Baca lagi...

Monday, May 10, 2010

Bersama Dato' Dr Haron Din : Bolehkah Penghuni Kubur Dengar Percakapan?

Salam, sila klik di SINI untuk membaca sepenuhnya artikel Soal Jawab bersama Tuan Guru Ustaz Dato' Dr Haron Din berkenaan persoalan penghui kubur boleh atau tidak mendengar percakapan orang yang masih hidup.

Semoga penjelasan yang diberikan, dapat mencambahkan lagi pemahaman kita berhubung persoalan tersebut.


www.surauannur.net Baca lagi...

Monday, May 3, 2010

Rakaman : Kuliah Kitab Iman - Dalil Tauhid Al-Asma' wal-Siffat Oleh Ustaz Tarmizi Abd Rahman

TAJUK : DALIL TAUHID AL-ASMA WAL-SIFFAT
TARIKH : 2hb Mei 2010 (Ahad)
MASA : Selepas Solat Subuh
RAKAMAN : | muat turun |
Baca lagi...

Sunday, May 2, 2010

Jadual Kuliah Pengajian Surau An-Nur Mei 2010 Telah Dimuat Naik

Salam semua, jadual kuliah pengajian di Surau An-Nur telah dimuatnaik (sila klik di SINI atas jadual di atas) untuk rujukan semua. Terima kasih kepada Tuan Haji Ghazali atas maklumat yang diberikan.

Semoga dilimpahi keberkatan & kesihatan, amin.


http://www.surauannur.net Baca lagi...

Rakaman : Ceramah Agama Oleh Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Ar-Ridhuan Pada 29 Mei 2010

TAJUK : TAFSIR BISMILLAH
TARIKH : 29 Mei 2010
MASA : Selepas Solat Maghrib
TEMPAT : Masjid Ar-Ridhuan, Ulu Klang
RAKAMAN : | Muat turun |
kredit kepada http://www.kuliyah.net/


TARIKH : 30 Mei 2010
MASA : Selepas Solat Maghrib
TEMPAT : Masjid Fatimah Zahra', Taman KOSAS, Ampang
RAKAMAN : | Muat turun |
kredit kepada http://jeng3x.blogspot.com
Baca lagi...