Ustaz Ismail Kamus - Yaasin (utk yg hidup & mati) from manchuping on Vimeo.
Baca lagi...KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR
Sunday, October 4, 2009
Saturday, October 3, 2009
Hikmah Pengembara & Tuan Guru
Sumber : http://www.shahrulredzuan.com/Dua orang pengembara iaitu berjalan hampir 2 hari meredah hutan, tujuannya adalah untuk menuntut ilmu dengan Tuan Guru yang amat terkenal tentang ilmu hikmahnya.
Mereka hampir tiba dirumah Tuan Guru, tetapi ada sebuah sungai yang tidak terlalu dalam dan tidak juga terlalu cetek, hanya diparas betis sahaja. Rumah Tuan Guru itu hanya diseberang sungai itu.
Pengembara yang pertama pun berkata pada pengembara kedua, "Mari kita redah sungai ini, kemudian kita sudah boleh bertemu dengan Tuan Guru".
Pengembara kedua berfikir seketika, "Aku hairan kenapa Tuan Guru itu tidak membina titi untuk kesana. Apa kata kau sahaja yang redah, aku naik dibelakang kamu. Aku tidak mahu membasahkan kakiku ini" Balas Pengembara kedua.
Pengembara pertama tidak mahu fikir panjang lagi kerana dia mahu bertemu Tuan Guru dengan segera setelah 2 hari penat berjalan. Maka pengembara pertama pun membenarkan pengembara kedua menaiki belakangnya untuk meredah sungai itu. Basahlah kaki pengembara pertama, manakala pengembara kedua itu masih kering.
Setelah itu, mereka terus sampai di rumah Tuan Guru dan memberi salam. Rupa-rupanya Tuan Guru sudah memerhatikan gelagat mereka dari mula lagi.
"Naiklah kerumah Tuan Guru, tetapi hanya yang berkaki basah tadi sahaja dibenarkan" Kata Tuan Guru.
Maka Terkejutlah pengembara kedua tadi kerana Tuan Guru tidak membenarkannya naik keatas rumahnya. Dia pun terus pergi kesungai untuk membasuh kakinya, kemudian barulah Tuan Guru membenarkan dia naik keatas.
Tuan Guru memulakan bicara, "Sebenarnya anak-anak, Tuan Guru sengaja tidak membina titi untuk menyeberangi sungai itu, kerana untuk memberi pengajaran kepada tetamu Tuan Guru"
"Apa pengajarannya Tuan Guru?" balas Pengembara tadi hampir serentak kerana kehairanan dan ingin tahu.
"Kamu berjalan menuju kesini umpama kehidupan kamu didunia. Manakala sungai itu ibarat cabaran dan dugaan yang hadir dalam hidup kamu. Cabaran dan dugaan itu termasuklah tanggungjawab kita sebagai manusia dan makhluk Allah. Kamu perlu sembahyang, solat, membayar zakat dan sebagainya"
"Bila kamu meredah sungai itu tadi, maka kotoran yang ada dikaki kamu sudah bersih dari kotoran sepanjang perjalanan tadi. Sama juga dalam kehidupan, cabaran dan dugaan itu sebenarnya membersihkan diri kita dari dosa yang kita lakukan disepanjang kehidupan kita"
"Adakah kamu mahu berjumpa dengan Allah nanti dengan keadaan yang penuh dosa?" Tanya Tuan Guru kepada pengembara tadi.
"Tentulah tidak bukan? maka kita seharusnya membersihkan diri kita melalui cabaran dan dugaan itu. Segala dugaan dalan hidup seperti hilang upaya, sakit, hilang pendapatan dan sebagainya haruslah dianggap sebagai peyuci diri kita yang kotor. Samalah juga cabaran seperti sembahyang, berpuasa dan sebagainya, kita harus melakukannya untuk menyucikan diri kita yang kotor dengan dosa-dosa, agar dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan yang suci bersih dari dosa" Ujar Tuan Guru dengan panjang lebar.
Pengembara itu tersenyum kerana mereka telah mendapat pelajaran pertama dari Tuan Guru tanpa diduga.
PENGAJIAN BERSIJIL MASJID NEGERI SELANGOR SESI 2009 (MODUL BERSEPADU)
Program Pengajian Bersijil adalah salah satu program di bawah kelolaan Unit Pengajian dan Pendidikan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pengajian Bersijil ini telah dijalankan hampir sembilan tahun dan telah melahirkan lebih 400 orang setiap tahun yang memperolehi sijil dalam bidang Talaqi Al-Quran, Taranum, Pengajian Syariah dan Pengajian Bahasa Arab dalam beberapa peringkat daripada asas, pertengahan hinggalah ke peringkat tinggi dan lanjutan.
Setelah beberapa tahun modul pengajian yang telah dilaksanakan ini dibuat penilaian, maka panel kursus memutuskan perlunya diadakan program pengajaran yang bersepadu.
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
1) PENGAJIAN BERSIJIL
| Sekolah Pengajian Al-Quran
| - Talaqi Al-Quran (Asas, Menengah, Lanjutan) - Taranum Al-Quran (Asas, Lanjutan) |
| Sekolah Pengajian Islam | - Bahasa Arab (Asas, Lanjutan) - Syariah (Asas, Lanjutan) |
*Yuran sebanyak RM250 setahun.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-5519 9988 atau 03-5510 1828
Sila klik di SINI untuk muat turun maklumat bersijil lengkap.
Baca lagi...Thursday, October 1, 2009
Amalan Terbaik Dalam Hidup
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat ) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari ( ibu jari telunjuk & tengah )-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain ( krn bimbang terdedah aurat ) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah ) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun ( astagfirullahalazii m ) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut ( kerana dibimbangi terpercik ) - Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung ), maka berdirilah ( sbg tanda penghormatan ) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi ( apabila mendatangi rumah sahabat ) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
Sumber : nur suhana hj salleh (http://idhamlim.blogspot.com)
Kuliah Pengajian Dato' Dr Haron Din
TARIKH: 1hb Oktober 2009 (Khamis)
Semua dijemput hadir
Saturday, September 19, 2009
Salam Aidil Fitri
Salam Aidilfitri daripada saya sekeluarga untuk semua pengunjung laman-annur. Semoga lebaran ini disambut dengan penuh gembira bersama yang tersayang.lamanannur@yahoo.com
Baca lagi...
Wednesday, September 16, 2009
Monday, September 14, 2009
Rakaman Kuliah - Ustaz Kazim Mohd Elias Al-Hafiz - Bersedekah
Ustaz Kazim Elias - Bersedekah from manchuping on Vimeo.
Sumber : http://www.manchuping.blogspot.com/ Baca lagi...
Saturday, September 12, 2009
Pengajian Kitab Siyaarus Saalikin oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam Al-Maliki
Bersama :
SHEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-MALIKI
pada :
Ahad , 13hb September 2009
masa :
9.00 pagi - 12.30 tengahri
tempat :
Masjid Al-Falah, USJ 9
Wednesday, September 9, 2009
Majalah SOLUSI edisi 11
Isi kandunganKata Dua – Melahirkan ahli politik yang ikhlas – Muhammad Jihad.
Tafsir – Surah al-Tin menjelaskan kesempurnaan ciptaan manusia – Ustaz Hj Zahazan Mohamed.
Hadis – Azan suara di bumi bergema di langit – Ustaz Adlan Abd Aziz.
Isu – Kerja itu satu ibadah – Pahrol Mohamad Juoi.
Isu – Rahsia ikhlas dalam bekerja – Pahrol Mohamad Juoi.
Jalan Keluar – Kerja tidak ikhlas, rugi di dunia melepas di akhirat – Ustaz Ahmad Baei Jaafar.
Hikmah – Kesungguhan tanpa tuhan dan tanpa akhirat? – Ustaz Hasrizal Abd Jamil.
Mahmudah – Berikan makanan halal untuk anak-anak – Umar M Noor.
Hai Anak – Ikhlaslah dalam mendidik ikhlas! – Rashidah Mustaffa.
Haramain – Kunci Kaabah bukti amanah perlu diberikan kepada pemiliknya – Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman.
Beduk Diketuk – Seorang Jurutera di atas bukit – Imam Global.
Soal Jawab Solat dan Fiqah – Ustaz Fadzli Al-Yamani.
Muamalat – Agamawan dan duit – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.
Soal Jawab Muamalat – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.
Potensi – Bagaimana melahirkan juara – Hj Muhammad Zakaria.
Cerdik Baik – Pengurusan stres dalam Islam – Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.
Soal Cinta – Berteduh di kebun cinta – Pahrol Mohamad Juoi.
Info Buku – Faruq Zahran.
Cetusan – Usrah membina fikiran Islamiah – Dr Sidek Baba.
Maqasid Syarie – Sahur berkat pada jasmani dan rohani – Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani.
XPDC Dakwah – Kereta mewah vs gaji mahal – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.
Dari Seberang – Tragedi Situ Gantung secebis amaran tuhan – Ummu Sakinah Hj Muhammad.
Kembara – Harapan Islam di Hong Kong – Hj Muhammad Zakaria.
Fadhail ‘Amal – Infak diri dan harta, faedahnya kepada diri dan orang lain – Ustaz Mohd Gunawan Ab Aziz.
Kiasan – Istiqamah isteri Firaun doanya makbul – Ustaz Shauqi Othman.
Remaja – Marilah merasai dekat dengan Islam dekat jua dengan Allah – Fatima Syarha Noordin.
Usaha Jaya – Minda kaya vs minda miskin – Dr Irfan Khairi.
Jejak RM – Hendak seribu daya – Mahadzir Md Isa.
Mahir – Elakkan daripada kehabisan masa – Ahmad Fadzli Yusuf.
Munakahat – Benci suami? Khuluk adalah penyelesaian terbaik – Ustaz Badli Shah Alauddin.
Syiar – Rukhsah (Kelonggaran) – Dr Abd Basit Abd Rahman.
Tib Nabawi – Keajaiban telur – Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif.
Murabbi – Imam Al-Ghazali ungkai kemelut pemikiran ummah – Zuraimi Ismail.
Muslimah – Wanita dan perkahwinan – Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood.
Fiqh Wanita – Kenali darah haid – Husna Hassan.
Misteri Alam Ghaib – Jin boleh menjelma pelbagai rupa – Dato’ Ismail Kamus.
Siasah Syar’iyyah – Kepentingan siasah syar’iyyah – Siti Shamsiah Md Supi.
Atlas Al-Quran – Kisah Nabi Musa – Nabi Khidir dikurniakan ilmu laduni – Mohd Wahid Abd Hanif.
Analisis – Ketakutan yang menakutkan – Mohd Al-Adib Samuri.
Fikir Zikir – Sperma dan ovum bukti kenabian Rasulullah s.a.w – Rohidzir Rais.
Tauhid – Plularisme agama dan hukumnya dalam akidah – Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir.
Jinayat – Pembunuhan pembahagian dan caranya – Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Akhir Zaman – Padang Mahsyar – cemas dan gelisah menunggu hisab penentu – Umar M Noor.
Fitrah – Jagalah makan minum – Wan Mohd Ruzlan Wan Omar.
Pesan Nenek – Mencari berkat ketika beraya.
Pelik Tapi Benar – Syafaat yang paling agung – Ustaz Hj Zahazan Mohamed. Baca lagi...
Tuesday, September 8, 2009
Kuliah Dhuha Oleh Ustaz Ismail Kamus
Kuliah dhuha beliau adalah berdasarkan kepada satu hadis panjang yang mana sanadnya adalah daripada Ibnu Abbas di dalam kitab Tanbihul Ghafilin.
Point kuliah tersebut adalah seperti berikut:
- Kelebihan Ramadhan
- Perihal Bidadari & Bidadara
- Kelembutan bahasa Al-Quran
- Adab meminang
- Amalan doa agar apabila kita hampir dengan detik kematian kita, nanti Allah nampakkan syurga kepada kita (salinan doa akan saya paparkan di posting yang akan datang)
- Makruh memberi nama anak yang baru lahir sempena nama malaikat
- Pembetulan nahu kepada beberapa doa2 yang sering kita baca contohnya doa untuk kedua2 ibu bapa etc
- Kisah jenazah tidak hancur walaupun telah lama dikebumikan
- Kisah bos dengan opis boy
- Perihal syaitan diikat di bulan Ramadhan
- Perbezaan antara iblis & syaitan
- Konsep 'minta'
- Kelebihan bersedekah/dermawan
- Kalau kita risau sesuatu yang terlepas daripada kita, janganlah kita risau kalau sesuatu yang tak dapat pada kita
- Dua jenis rezeki
- Maksud 'Aidil Fitri
- Amalan istighfar 100 kali setiap malam
http://laman-annur.blogspot.com
Monday, September 7, 2009
Koleksi Kuliah Bahrul Mazi & Nurul Ehsan oleh Dato' Ust Shamsuri Haji Ahmad
Salam semua,Kepada yang berminat untuk memuat turunkan koleksi kuliah-kuliah Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad berdasarkan kepada kitab Bahrul Mazi & kitab Tafsir Nurul Ehsan, bolehlah ke SINI. atau ke ke http://shamsurimp3.blogspot.com/
Sila sebarkan. Semoga memberi manfaat kepada kita semua, semoga tuan-tuan diberkati.
Terima kasih kepada Saudara Azrul Alwi.
Hari Ini Dalam Sejarah Islam
Pada hari ini 17hb Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Rasulullah SAW telah turun ayat quran yang pertama kepada Baginda ketika sedang beribadah di Gua Hira'. Tarikh bersejarah tersebut adalah bersamaan tanggal 6hb Ogos 610.http://laman-annur.blogspot.com
Baca lagi...
Sunday, September 6, 2009
Tazkirah Ramadhan oleh Ust Ismail Kamus di Darussalam
Yang Berbahagia Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus telah menyampaikan tazkirah Ramadhan selepas solat tarawih di Darussalam. Beliau banyak mengupas amalan-amalan ibadah di malam Ramadhan.
Sila klik di SINI (kredit untuk http://jeng3x.blogspot.com) untuk mendengar tazkirah tersebut.
http://laman-annur.blogspot.com Baca lagi...
Ceramah Tadarus Perdana - Masjid Hasanah, bandar Baru Bangi
Beliau telah menyentuh banyak perkara berhubung dengan kelebihan Al-Quran & banyak petua2 telah disampaikan kepada semua untuk diamalkan.
Sila klik di SINI untuk mendengar rakaman kuliah tersebut (kredit untuk http://jeng3x.blogspot.com di atas rakaman yang dibuat) atau sekiranya saudara/saudari ingin melihat rakaman video, sila klik di SINI (kredit untuk http://www.flying-tzr.blogspot.com).
http://laman-annur.blogspot.com
Wednesday, September 2, 2009
Ceramah Nuzul Al-Quran di Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi

CERAMAH NUZUL AL-QURAN
Oleh
USTAZ SALLEHUDDIN MOHD NASIR
Tarikh
7hb September 2009 (Isnin)
Masa
Selepas Solat Tarawih
(9.00 malam)
Tempat
MASJID HASANAH
BANDAR BARU BANGI
Semua muslimin muslimat dijemput hadir

