KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Saturday, March 27, 2010

Makluman : Kemudahan WIFI Di Surau An-Nur


Salam semua
Sebagaimana yang kita maklum, internet merupakan salah satu daripada medium yang penting dalam berkomunikasi. Penghantaran, penyemakan & pengemaskinian dokumen-dokumen, tugasan belajar, email & laman sesawang serta blog telah menjadi satu rutin harian yang kadangkala terpaksa dilakukan di luar rumah, pejabat atau kawasan.


Selaras dengan itu, Surau An-Nur telah melangkah setapak dalam mengikut peredaran teknologi terkini dengan menyediakan kemudahan “WIFI” kepada semua pengunjung. Kemudahan ini disediakan khusus kepada pengunjung bagi membolehkan sesetengah kerja harian dapat dilakukan di Surau An-Nur.


Para pengunjung boleh mendapatkan kemudahan ini sekitar Dewan Solat Bawah, Surau An-Nur. Kemudahan “WIFI” ini telah diprogram tanpa kata laluan bagi memudahkan para pengunju parapengunjung menggunakannya. Selamat ber'WIFI'.

lamanannur

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..

NuR ImAn KaMiLaH said...

alhamdulillah... 1 usaha mengimarahkan surau