Seorang budak ditemui sedang menangis oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua itu bertanya, "Mengapa engkau menangis?"
Anak itu menjawab, "Duit saya hilang."
"Berapa jumlah duit kamu yang hilang?" orang tua bertanya lagi.
"50 sen" anak itu menjawab sambil teresak-esak.
Kasihan melihat budak itu menangis, orang tua itu menyeluk poketnya & memberikan 50 sen kepada budak itu. "Nah, ini ganti duit kau yang hilang. Dah, jangan menangis lagi."
Ia pun terus berlalu dari situ. Namun belum jauh berjalan, orang tua itu mendengar budak itu menangis dengan lebih kuat.
"Apa pula kali ini? Bukankah duit kamu telah pak cik ganti?"
"Kerana itulah saya menangis. Sekiranya duit saya tadi tidak hilang, tentu saya sekarang ada seringgit. Tapi sekarang cuam ada 50 sen aja," jawabnya & terus menangis.
MORAL
Ramai manusia yang tidak (ber)syukur dengan (apa) yang ada & tidak (ber)sabar dengan apa yang tiada. Jika miskin, ramai yang merintih inginkan kekayaan. Tetapi bila kaya, hati terus gelisah kerana hendakkan lebih kekayaan. Kekadang (ber)tambah senang, menjadikan kita (bertambah) kurang tenang.
Sumber : Majalah Solusi - Panduan Hidup Bersyariat (Isu Perdana)
No comments:
Post a Comment