KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Monday, December 22, 2008

Suami Soleh Idaman Isteri Solehah

1. Mentaati Allah s.w.t dan RasulNya dengan mengerjakan segala perintahNya
2. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah swt
3. Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin
4. Menjaga hati & perasaan isteri
5. Sentiasa bertolak ansur & tidak meminta sesuatu di luar kemampuan isteri
6. Bersabar & menjauhkan diri daripada memukul isteri & memudarat dirinya
7. Hendaklah menjauhkan diri dari mengeji atau memburukkan isteri di hadapan orang lain & tidak memuji wanita lain di hadapannya
8. Bersabar & menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka kerana segala sesuatu yang dijadikan Allah swt mempunyai rahmat disebaliknya
9. Mengelakkan diri daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia menjejaskan imej & prestasi suami sebagai pemimpin keluarga
10. Memberi nafkah kepada isteri & anak-anak mengikut kemampuannya
11. Menyediakan tempat tinggal & keperluan yang selesa untuk isteri & anak-anak
12. Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri & anak-anak berlandaskan Islam
13. Sentiasa mengambil berat keselamatan isteri & anak-anak.
14. Memberi kasih sayang & sanggup berkorban apa saja demi kepentingan & kebahagiaan bersama


No comments: