KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR
Friday, October 30, 2009
Kuliah Agama Bersama Ulama-Ulama Tersohor (Bahagian 2)
Salam, untuk mendaftar mengikuti pengajian bersijil ini, sila daftarkan diri (klik di SINI) dan serahkan borang yang telah diisi kepada Tuan Haji Mohd Ghazali Haji Abbas atau Ustaz Jameer.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi Tuan Haji Mohd Ghazali di talian 016-9722556.
Wassalam
Baca lagi...
Thursday, October 29, 2009
Rakaman Kuliah : Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki
Penyampai: Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki
Kitab: Minhajut Arifin (Tasauf & Akhlak)
Tempat: Asrama Darul Aman 3 Haiyu Sabiek, Kaherah
Info Tambahan: Penyampai: Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, Pengarang: Al-Imam Al-Ghazali. Tempat: Maqam Imam Abu Al-Hasan As-Syazuli, Humaisara.
Sumber : http://almuttaqin.tv/index.php Baca lagi...
Lord of the Worlds - Kuala Lumpur, Malaysia 2009
Tawheed is the preoccupation of a Muslim in his life, so he begins his life with it and he ends his life with it. His task in life is to establish Allah's oneness and the call to it. So we ask Allaah to make the statement of Tawheed (Laa ilaaha lila Allaah) our last words in this world and we ask Him to gather the Muslims upon the statement of Tawheed.
Take a journey into the detailed study of Allah, our Creator Most High! Learn about His worship, the testimony of faith and what it means for us and how to purify and perfect our tawheed. Learn about the many manifestations of Shirk and how people commit the most heinous crime of associating partners with Allah and how they seek to justify it under false pretexts.
This is the single most important course that any Muslim will ever attend.
Baca lagi...
Wednesday, October 28, 2009
Sunday, October 25, 2009
Saturday, October 24, 2009
Thursday, October 22, 2009
Wednesday, October 21, 2009
Sunday, October 18, 2009
Saturday, October 17, 2009
Jadual Rawatan Klinik Darussyifa' 2009
JADUAL PERAWAT BERTUGAS DI KLINIK DARUSSYIFA' BANDAR BARU BANGI | |||
Hari/Waktu | 9 ~ 12tgh | 2 ~ 7ptg | 8 ~ 11mlm |
ISNIN | ABDUL RAHMAN NAWAS (K) | MOHD NASIR JALIL (K) JAM'AIYAH A.RAHMAN | KULIAH PENGUBATAN ISLAM Khusus Untuk Pelajar Pengubatan Islam Sahaja (Tiada rawatan pada waktu ini) |
SELASA | 7.30pg - 12.45 tgh | MOHD RASANI (K) SHAMSUDDIN DIN | JAMALUDDIN NORSAHAN (K) SITI ZABEDAH MOHD THANI |
RABU | MOKHTAR KASSAN (K) HIRAWATI SAMEON | MOHD KORDI SOHOD (K) HASNINLAYALI HASSAN | KAMARUDDIN AWANG (K) ENDIN PENDIK |
KHAMIS | MUHAMMAD ABU (K) BADARUZZAMAN YASIN | MOHD KASSIM (K) ROSLAN MOHAMMAD | NASIR OMAR (K) |
JUMAAT | DJUSMAN RASHJDIN (K) TGK AHMAD IBRAHIM | JUFFRY SHAMSUDIN (K) ISMAIL SALLEH | KHALIL AHMAD (K) AZEMI AHMAD |
SABTU | ZAHARI MD NASIR (K) | ABD. RASHID AHMAD (K) ARBAYAH BASRI | ARIS ISA (K) ABDUL KADIR |
AHAD | KHAIRUDIN LONG (K) KAMARUDDIN ABDOLLAH | AHMAD HISHAM (K) | AHMAD MOHD YUSOF (K) MOHD NASIR JALIL |
Tuesday, October 13, 2009
Sunday, October 11, 2009
Kuliah Zohor Oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus
Salam, pada hari ini ,Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus telah menyampaikan tazkirah zohor di rumah Tuan Haji Jalil di Kelana Jaya.
Untuk mendapatkan rakaman kuliah ini, sila klik di SINI.
http://laman-annur.blogspot.com Baca lagi...
TARIKH : 31 OKTOBER 2009 (SABTU)
MASA : 8.00 Pg - 5.00 Ptg
TEMPAT : INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN & PERUNDANGAN (ILKAP) BANDAR BARU BANGI
PARA PEMBENTANG SEMINAR :
Ucapan Sekapur Sirih: Dato' Dr. Siddiq Fadzil
Presiden Kolej Dar al-Hikmah
Ucap Utama: Tan Sri Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan
Profesor, Kuliyyah Usuluddin & Perbandingan Agama UIAM Mantan Rektor UIAM
Slot 1:"Wawasan Pendidikan al_Hikmah:Pembinaan Generasi Ulu'l Albab"
Pembentang Pertama: Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar
Senior Research Fellow, Pusat Dialog Ketamadunan
Timbalan Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Pembentang Kedua: Ustaz (Dr) Muhammad Uthman el-Muhammady
Fellow Akademik Kehormat ISTAC, IIUM
Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1426 H
Slot 2: Pendidikan al-Hikmah: Langkah-langkah Ke arah Merealisasikan Pembinaan Generasi Ulu'l Albab Pembentang Pertama: Prof Dr Nik Azis Nik Pa Professor
Jabatan Matematik dan Pendidikan Sains, Fakulti Pendidikan, UM
Pembentang Kedua: Prof Dr Ahmad Syathory Ismail
Pensyarah UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta
Ketua Ikatan Da'i Indonesia
Forum: "Cabaran 'Pendidikan Yang Liberalatif"
Panel Forum : Fan Yew Teng (Aktivis Bebas) Dr. Sarjit Gill (UPM) Dr Yap Sin Tian (Presiden Diong Jong Zong ) Moderator: Datuk Sahlan Ismail (JPM)
YURAN PENYERTAAN : Organisasi : RM95.00
Individu / Pelajar : RM45.00
Pelajar KDH : RM35.00
atau hubungi
03-8925 2392 (Pn Salawati / Pn Zahrah)
(Pn Azizah : 012-2374642)
"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan." Saidina Ali bin Abi Talib
Friday, October 9, 2009
TARIKH : 10 OKTOBER 2009 (SABTU)
MASA : SELEPAS SOLAT ISYAK
TEMPAT : DEWAN SOLAT BAWAH, MASJID NEGERI SELANGOR, SHAH ALAM
PENGERUSI :
YB DATO' DR HASAN MOHD ALI
PANEL :
USTAZ HASAN MAHMUD AL-HAFIZ
USTAZ FARID RAVI ABDULLAH
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Laman Blog Koleksi Kuliah Ustaz Dato' Dr Haron Din
Kepada sahabat-sahabat yang mempunyai rakaman ceramah, kuliah & tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Guru serta berminat untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain, saudara/i bolehlah menghantarkannya ke lamanannur@yahoo.com.
Sila klik http://kuliah-dato-haron-din.blogspot.com/ untuk melayarinya.
Semoga usaha kecil ini akan beroleh keberkatan Ilahi hendaknya, amin.
laman
Monday, October 5, 2009
Rakaman Kuliah - Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad - Kerana Mulut
ustaz shamsuri - kerana mulut from manchuping on Vimeo.
Nota: Audio tidak begitu baik. Apa yang penting isi kuliah yang lebih diutamakan.
Sunday, October 4, 2009
Saturday, October 3, 2009
Hikmah Pengembara & Tuan Guru
Dua orang pengembara iaitu berjalan hampir 2 hari meredah hutan, tujuannya adalah untuk menuntut ilmu dengan Tuan Guru yang amat terkenal tentang ilmu hikmahnya.
Mereka hampir tiba dirumah Tuan Guru, tetapi ada sebuah sungai yang tidak terlalu dalam dan tidak juga terlalu cetek, hanya diparas betis sahaja. Rumah Tuan Guru itu hanya diseberang sungai itu.
Pengembara yang pertama pun berkata pada pengembara kedua, "Mari kita redah sungai ini, kemudian kita sudah boleh bertemu dengan Tuan Guru".
Pengembara kedua berfikir seketika, "Aku hairan kenapa Tuan Guru itu tidak membina titi untuk kesana. Apa kata kau sahaja yang redah, aku naik dibelakang kamu. Aku tidak mahu membasahkan kakiku ini" Balas Pengembara kedua.
Pengembara pertama tidak mahu fikir panjang lagi kerana dia mahu bertemu Tuan Guru dengan segera setelah 2 hari penat berjalan. Maka pengembara pertama pun membenarkan pengembara kedua menaiki belakangnya untuk meredah sungai itu. Basahlah kaki pengembara pertama, manakala pengembara kedua itu masih kering.
Setelah itu, mereka terus sampai di rumah Tuan Guru dan memberi salam. Rupa-rupanya Tuan Guru sudah memerhatikan gelagat mereka dari mula lagi.
"Naiklah kerumah Tuan Guru, tetapi hanya yang berkaki basah tadi sahaja dibenarkan" Kata Tuan Guru.
Maka Terkejutlah pengembara kedua tadi kerana Tuan Guru tidak membenarkannya naik keatas rumahnya. Dia pun terus pergi kesungai untuk membasuh kakinya, kemudian barulah Tuan Guru membenarkan dia naik keatas.
Tuan Guru memulakan bicara, "Sebenarnya anak-anak, Tuan Guru sengaja tidak membina titi untuk menyeberangi sungai itu, kerana untuk memberi pengajaran kepada tetamu Tuan Guru"
"Apa pengajarannya Tuan Guru?" balas Pengembara tadi hampir serentak kerana kehairanan dan ingin tahu.
"Kamu berjalan menuju kesini umpama kehidupan kamu didunia. Manakala sungai itu ibarat cabaran dan dugaan yang hadir dalam hidup kamu. Cabaran dan dugaan itu termasuklah tanggungjawab kita sebagai manusia dan makhluk Allah. Kamu perlu sembahyang, solat, membayar zakat dan sebagainya"
"Bila kamu meredah sungai itu tadi, maka kotoran yang ada dikaki kamu sudah bersih dari kotoran sepanjang perjalanan tadi. Sama juga dalam kehidupan, cabaran dan dugaan itu sebenarnya membersihkan diri kita dari dosa yang kita lakukan disepanjang kehidupan kita"
"Adakah kamu mahu berjumpa dengan Allah nanti dengan keadaan yang penuh dosa?" Tanya Tuan Guru kepada pengembara tadi.
"Tentulah tidak bukan? maka kita seharusnya membersihkan diri kita melalui cabaran dan dugaan itu. Segala dugaan dalan hidup seperti hilang upaya, sakit, hilang pendapatan dan sebagainya haruslah dianggap sebagai peyuci diri kita yang kotor. Samalah juga cabaran seperti sembahyang, berpuasa dan sebagainya, kita harus melakukannya untuk menyucikan diri kita yang kotor dengan dosa-dosa, agar dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan yang suci bersih dari dosa" Ujar Tuan Guru dengan panjang lebar.
Pengembara itu tersenyum kerana mereka telah mendapat pelajaran pertama dari Tuan Guru tanpa diduga.
PENGAJIAN BERSIJIL MASJID NEGERI SELANGOR SESI 2009 (MODUL BERSEPADU)
Program Pengajian Bersijil adalah salah satu program di bawah kelolaan Unit Pengajian dan Pendidikan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pengajian Bersijil ini telah dijalankan hampir sembilan tahun dan telah melahirkan lebih 400 orang setiap tahun yang memperolehi sijil dalam bidang Talaqi Al-Quran, Taranum, Pengajian Syariah dan Pengajian Bahasa Arab dalam beberapa peringkat daripada asas, pertengahan hinggalah ke peringkat tinggi dan lanjutan.
Setelah beberapa tahun modul pengajian yang telah dilaksanakan ini dibuat penilaian, maka panel kursus memutuskan perlunya diadakan program pengajaran yang bersepadu.
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
1) PENGAJIAN BERSIJIL
Sekolah Pengajian Al-Quran
| - Talaqi Al-Quran (Asas, Menengah, Lanjutan) - Taranum Al-Quran (Asas, Lanjutan) |
Sekolah Pengajian Islam | - Bahasa Arab (Asas, Lanjutan) - Syariah (Asas, Lanjutan) |
*Yuran sebanyak RM250 setahun.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-5519 9988 atau 03-5510 1828
Sila klik di SINI untuk muat turun maklumat bersijil lengkap.
Baca lagi...Thursday, October 1, 2009
Amalan Terbaik Dalam Hidup
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat ) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari ( ibu jari telunjuk & tengah )-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain ( krn bimbang terdedah aurat ) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah ) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun ( astagfirullahalazii m ) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut ( kerana dibimbangi terpercik ) - Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung ), maka berdirilah ( sbg tanda penghormatan ) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi ( apabila mendatangi rumah sahabat ) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
Sumber : nur suhana hj salleh (http://idhamlim.blogspot.com)
Kuliah Pengajian Dato' Dr Haron Din
TARIKH: 1hb Oktober 2009 (Khamis)
Semua dijemput hadir