KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Saturday, July 31, 2010

Rakaman Kuliah Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Pada 30hb Julai 2010

TARIKH : 30hb Julai 2010 (Jumaat)
TEMPAT
: Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan

PENYAMPAI
:
Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat | muat turun |

Dato' Tuan Ibtahim Tuan Man | muat turun |

Baca lagi...

Nota Tambahan Kuliah Ustaz Tarmizi Abd Rahman Untuk Kuliah Pada 4hb Julai 2010

Salam semua

Nota tambahan kuliah Ustaz Tarmizi Abd Rahman pada 4hb Julai 2010 yang lalu telah siap disediakan. Sila ke
SINI atau terus ke blog ustaz-tarmizi-abd-rahman.blogspot.com untuk muat turun.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua, amin.

http://www.surauannur.net
Baca lagi...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Baca lagi...

Monday, July 26, 2010

Rakaman : Ceramah Israk & Mikraj Oleh Ustaz Ismail Kamus

CERAMAH ISRAK & MIKRAJ
TARIKH : 26hb Julai 2010 (Isnin)
MASA : Selepas solat Maghrib
TEMPAT : Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
RAKAMAN : | muat turun |

Baca lagi...

Rakaman : Pengajian Kitab Ihfazillah Yafazka oleh Ustaz Ismail Kamus

PENGAJIAN KITAB IHFAZILLAH YAFAZKA [pendahuluan]
TAJUK : CINTA YANG AGUNG
TARIKH : 25hb Julai 2010
MASA : Selepas Maghrib
RAKAMAN : | muat turun |

RAKAMAN VIDEO :




Baca lagi...

Rakaman : Kuliah Pengajian Kitab Tanbihul Ghofilin oleh Ustaz Ismail Kamus

PENGAJIAN KITAB TANBIHUL GHOFILIN
TAJUK : KEMATIAN
TARIKH
: 24hb Julai 2010

TEMPAT : Alam Damai
RAKAMAN : | muat turun |


Ustaz sedang mendoakan penerang hati kepada anak-anak selepas kuliah

Baca lagi...

Saturday, July 24, 2010

Buku Terbaru Tuan Guru Ustaz Dato' Dr Haron Din : Ruqyah Asas Pengubatan

KATA PENERBIT

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW juga kepada ahli keluarga dan keturunan baginda sekaliannya.

Buku kecil Ruqyah Asas Pengubatan Islam ini terdiri daripada tiga kumpulan ruqyah asas yang dinamakan Hafalan Ruqyah Asas Pertama, Hafalan Ruqyah Asas Kedua dan Hafalan Ruqyah Asas Ketiga. Ruqyah asas ini terdiri daripada ayat-ayat al-Quran dan doa-doa ma'thur daripada hadith Nabi SAW. Dinamakan "hafalan" sebab ayat-ayat dan doa-doa ini perlu dihafal dan diamalkan secara berterusan oleh para perawat Darussyifa'.

Dalam ikhtiar penyembuhan penyakit, orang ramai yang mendapatkan rawatan di Darussyifa’ juga digalakkan beramal serta menghafal doa-doa dan ayat-ayat tertentu yang dipetik daripada buku ini. Selain daripada ruqyah asas, disertakan juga surah Yasin, rangkaian zikir dan doa-doa mustajab yang elok dibaca mengikut kesesuaian sesuatu majlis.

Akhir kata, saya berdoa semoga Allah SWT menurunkan rahmatNya kepada semua pembaca buku ini dan semoga Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din sekeluarga dikurniakan keberkatan di dunia dan di akhirat. Amin.

Yang Ikhlas,
Haji Abdul Rahman bin Ahmad
Pengerusi
Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’)

ISI KANDUNGAN BUKU

A) Surah Yasin

B) Hafalan Ruqyah Asas Pertama

(1) Penawar Seribu Guna (Surah Al-Fatihah)
(2) Ayat Keagungan (Ayat Kursi)
(3) Ayat Pemecah Dan Kesuburan
(4) Ayat Perangsang Selera
(5) Ayat Pemecah Kebuntuan
(6) Doa Penghilang Kesakitan
(7) Ruqyah Jibril
(8) Doa Penyakit-Penyakit Mata
(9) Doa ’Ilaj Ilahi
(10) Doa Penerang Hati

C) Hafalan Ruqyah Asas Kedua

(1) Ayat Pemecah
(2) Ayat Pelembut Hati
(3) Ayat Pendamaian
(4) Ayat Mendapat Zuriat
(5) Ayat & Doa Selusuh
(6) Tujuh Syifa’
(7) Ayat Mencari Dan Mengembalikan Orang Yang Hilang
(8) Doa Mengembalikan Yang Hilang
(9) Doa Mengatasi Sukar Tidur
(10) Doa Mengatasi Penyakit Rumit
(11) Doa Bertemu Jodoh
(12) Doa Penyejuk
(13) Doa Mengatasi Kerungsingan

D) Hafalan Ruqyah Asas Ketiga

(1) Al-Muawwizat
(2) Ayat Pembatal Sihir
(3) Ayat Penunduk Sihir
(4) Ayat Pendinding Daripada Sihir
(5) Ayat Pendinding Daripada Syaitan
(6) Ayat Perlindungan Daripada Syaitan
(7) Ruqyah Nabawiyah
(8) Doa Menghindar Syaitan
(9) Doa Menghindar Hasutan Syaitan
(10) Doa Menghindar Gangguan Syaitan

E) Rangkaian Zikir

F) Doa-Doa Mustajab Selepas Majlis Zikir Mengikut Hajat

(1) Selawat & Puji-Pujian Kepada Allah Di Permulaan Doa
(2) Selawat Syifa’
(3) Selawat Tafrijiyyah
(4) Doa Mohon Keselamatan, Kesihatan Dan Tolak Bala
(5) Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit
(6) Doa Supaya Dimudahkan Segala Urusan & Disempurnakan Hajat
(7) Doa Mendiami Tempat Baru & Tempat Ada Gangguan
(8) Doa Supaya Dilapangkan Hati
(9) Doa Supaya Aman Daripada Gangguan Makhluk Halus
(10) Doa Mohon Rahmat Dan Keberkatan Sesuatu Majlis
(11) Doa Mohon Murah Rezeki
(12) Mendoakan Mereka Yang Akan Mengerjakan Haji
(13) Doa Supaya Terhindar Daripada Sifat-Sifat Keji
(14) Doa Rawatan Angin Ahmar, Lumpuh & Strok
(15) Ayat Pelindung Daripada Kemudaratan
(16) Ayat Pelindung Daripada Kecurian
(17) Tasbih Kaffarah

Bagi yang ingin menjadi pengedar buku ini sila hubungi
Tuan Haji Roslan di 019-239 8573
Pengedar akan diberi potongan harga 40%

Sumber : http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=105
Baca lagi...

Thursday, July 22, 2010

Kebebasan Terpimpin Oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil

  1. Kebebasan itu membinasakan kerana cuba mengambil sifat Tuhan. Hanya Allah yang tidak bergantung kepada mana-mana pihak.
  2. Cabaran anak-anak kita yang dilepaskan ke Menara Gading bukan cabaran duit, silibus dan lain-lain tetapi cabaran kebebasan.
  3. Jika di asrama ada ustaz bawa kayu batang pokok nangka ketuk katil Solat Subuh, kini tiada lagi.
  4. Ramai musnah dengan ujian kebebasan.
  5. Kebebasan mesti terpimpin – Dipimpin oleh prinsip
  6. Demikian jugalah malah lebih sempurna, mekanisma di sebalik ungkapan Shahadah لا إله إلا الله
  7. Intipati Laa Ilaaha Ilaallaah iaitu [Tiada yang paling utama dalam hidup ini melainkan Allah] bermula dengan ungkapan لا إله yang memberikan konotasi pembebasan. Tiada sesuatu apa pun yang menjadi pengawal ke atas diriku. Dan إلا الله pula mensabitkan prinsip yang memimpin kebebasan berkenaan bahawa hanya Allah satu-satunya Penentu keutamaan dalam hidup ini
  8. Bagaimanakah mencapai ke arah itu?
  9. Islam memesan kepada TAQWA. Bahawa Taqwa itulah yang menjadi enjin kepada keupayaan seseorang menghayati kalimah Shahadah tersebut.
  10. Mengambil definisi praktis
  11. Dialog antara Umar r.a. dengan Ubayy bin Ka’ab tentang Taqwa iaitu “Taqwa itu adalah seumpama melalui sebuah lorong yang penuh duri. Kaki dilangkah dengan penuh hati-hati berbekalkan ‘tahap sedar yang baik’ dan ‘kawalan diri yang optima’.
  12. Intipati utama TAQWA ialah (i) kekal sedar (ii) kawalan baik ke atas diri
  13. Remain conscious dicapai antaranya adalah melalui Basmalah kerana ungkapan Bismillah di awal perbuatan menyedarkan tentang tujuan / objektif.
  14. Good self-control: membuat keputusan yang betul sebagai tindakan.
  15. Bertaqwalah kepada Allah!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Nota:

Sila ikuti siarannya di Radio IKIM.FM 91.5, pada jam 7:30 pagi setiap Isnin hingga Jumaat di sepanjang bulan Julai.

Slot Motivasi Pagi itu mengisi Segmen Warna yang dikendalikan oleh DJ Ustaz Mohd Erwan Johari dan DJ Maslina Alias.

Siaran ulangan bagi slot Motivasi Pagi ini ialah selepas azan Maghrib pada hari yang sama.
Baca lagi...

Wednesday, July 21, 2010

Rakaman : Ceramah Israk Mikraj Oleh Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat

CERAMAH ISRAK MIKRAJ
OLEH : YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat
TARIKH : 20hb Julai 2010
MASA : Selepas Maghrib
TEMPAT : Masjid An-Naim, Jalan Seri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan
RAKAMAN : | muat turun |

Baca lagi...

Pray Hard, Work Smart

Oleh : Ustaz Pahrol Mohd Juoi

“Kami menghadapi masalah dua ekstrem dalam organisasi ni,” kata seorang pengurus bahagian sumber manusia.
“Ekstrem? Fahaman melampau? Militan?” tanya saya bergurau.
“Bukan. Tapi pertentangan antara dua golongan. Satu workaholic dan satu lagi solatholic.”

Saya terkejut dengan istilah itu. Workaholic memang selalu saya dengar tetapi kalau solatholic itulah kali pertama saya mendengarnya.
“Encik tahu apa maksud workaholic?” tanyanya.
“Orang yang gila atau mabuk kerja,” jawab saya merujuk kepada makna yang diberi dalam kamus seperti yang pernah saya baca dahulu.
“Solatholic pula orang yang gila solat!” jelasnya tanpa dipinta.

“Jadi apa masalahnya?’

“Dua golongan melampau ini boleh menjejaskan operasi organisasi ini.”
“Bagaimana?”
“Yang workaholic mabuk kerja hingga tinggal solat. Dan encik tentu tahu apa akibatnya orang yang tinggal solat…”
Belum sempat saya membalas katanya, dia bersuara lagi, “mereka ini kerja beres tetapi ada masalah dengan rakan sekerja yang lain.”

“Yang solatolic bagaimana?”
“Rajin solat tetapi kerja tak beres. Kerja sambil lewa. Bagus beragama tetapi culas kerja.”
“Itu kira tak bagus beragamalah, “pintas saya perlahan.
“Mengapa?”
“Agama itu kan cara hidup yang sempurna? Termasuk solat, kerja dan seluruh sistem hidup. Jadi, orang yang culas kerja ertinya culas juga beragama. Begitu juga orang yang rajin bekerja tetapi malas solat. Itu pun tidak sempurna dalam beragama,” jelas saya agak panjang.

“Bagaimana nak tangani masalah dengan kelompok solatolic ni?”
“Solatholic bukan masalah, “ ujar saya.
“Tak masalah kata awak. Orang ini mabuk sembahyang!”
“Apa maksud dengan mabuk sembahyang?”
“Banyak sembahyang?’
“Kalau begitu tak salah mabuk sembahyang sebab nabi Muhammad pun begitu…”

“Maksud awak?”
“Nabi Muhammad terlalu banyak dan lama berdiri solat, sehingga kakinya bengkak-bengkak. Kalau itu boleh dikatakan solatholic, ya Nabi Muhammad adalah seorang yang solatholic. Bahkan baginda menganjurkan jika kita hendak bersamanya di syurga kelak, perlu banyakkan sujud. ”
“Rasulullullah diberitakan bila sujud, seakan-akan tidak mahu berakhir,” tambah saya lagi.

Pengurus itu kehairanan. Jelas kelihatan dia jadi serba-salah dengan kata-katanya tadi. Saya senyum, sambil menepuk bahunya.
“Tapi nabi Muhammad juga workaholic.”
“Baginda juga workaholic?”

“Ya. Bayangkan bagaimana Rasulullah s.a.w begitu banyak kerja dan urusannya. Mentadbir seluruh negara, menyusun masyarakat, mengajar, mendidik, memimpin dan pelbagai lagi tugasan dalam keluarga, masyarakat dan negara.”
“Baginda seorang yang workaholic?”
“Tak tahulah apa yang dimaksudkan dengan istilah workaholic tu tetapi jika itu bermaksud kerja keras, banyak bekerja dan gigih pula… yang Rasulullah saw memang begitulah.”

“Jadi seorang itu boleh jadi solatolic dan dia juga workaholic pada suatu masa yang sama seperti Rasulullah?”
“Ya, sewajarnya begitu. Cuba dengar apa yang diluahkan oleh Sayidina Umar Al Khattab insan yang berjaya meneladani Rasulullah s.a.w…”
“Apa katanya?”
“Aku bimbang untuk tidur pada siang hari, takut urusan ku dengan manusia tidak selesai. Dan aku juga bimbang untuk tidur pada malam hari takut urusan ku dengan Allah tidak selesai.”

Dia diam. Benar-benar dalam berfikir.
“Pada siang hari Umar Al Khattab seorang yang workaholic dan pada malam harinya pula dia seorang yang solatolic. Itu maksud awak?”
“Pray hard, work smart. Begitulah kira-kiranya.” Saya mengiakan.
“Bagaimana boleh jadi begitu? Apa yang saya faham solatolic dan workaholic tidak mungkin bersatu pada diri seorang manusia. Kalau dia solatolic, secara automatik dia bukan workaholic. Begitulah sebaliknya.”

“Tidak begitu. Bekerja adalah satu ibadah… ibadah umum namanya. Manakala solat juga satu ibadah. Ia ibadah yang khusus dan asas. Kedua-duanya dituntut oleh Islam untuk dilaksanakan. “
“Ada kaitan antara ibadah asas dan ibadah umum? Maksud saya antara solat dan kerja?”
“Ibadah asas itu banyak berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah. Ibadah umum pula berkaitan dengan hubungan kita sesama manusia.”
“Ada kaitan tidak?” tanyanya sekali lagi.

Saya diam. Berfikir sejenak.
“Orang yang paling kuat hubungannya dengan Allah dialah yang juga paling kuat hubungannya sesama manusia.”
“Kenapa?”
“Sebab kesan daripada kuat hubungan seseorang dengan Allah akan memberikan dia satu ketulusan dan kekuatan untuk berhubung sesama manusia. Solat akan memberi satu tenaga, semangat dan kekuatan dalam bekerja.”
“Bagaimana?”

Saya mula diasak dengan soalan bertubi-tubi. Tapi saya akur, bukan maksudnya untuk berbahas. Tetapi didorong oleh rasa ingin tahunya yang semakin tinggi.
“ Solat akan memberikan kita ketenangan hasil mengingati Allah. Solat akan mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran. Cuba lihat rukun fik’li, qauli dan qalbi semasa mengerjakan solat… Bukankah semua itu mendidik kita agar bersih, menepati waktu, amanah, bercakap dan berbuat yang dibenarkan sahaja? Kesan solat yang sempurna akan memberikan kekuatan, keberkesanan dan kecekapan dalam bekerja,” terang saya satu persatu.
“Tetapi kenapa ada yang solatolic tetapi malas bekerja?”
“Tentu ada yang salah dengan solatnya. Mungkin solat itu dilaksanakan berdasarkan ritual semata-mata. Tidak difahami makna, tuntutan dan tujuannya. Itu solat yang tidak berjiwa. Umpama bangkai yang tidak bernyawa. Solat semacam itu tidak akan memberi kesan apa-apa pada perlakuan dan pekerjaan selepas mengerjakannya.”

“Hairan pula kenapa yang workaholic tetapi malas solat?’
“Sebabnya sama sahaja. Jika golongan pertama tadi mengerjakan solat tanpa kefahaman dan penghayatan, golongan kedua ini pula enggan mengerjakan solat kerana tidak nampak apa manfaat solat dalam kehidupan mereka… apatah lagi pada pekerjaan mereka. Solat dan kerja terpisah. Itu anggapan mereka.”

“Jadi bagaimana mengatasinya?”
“Golongan rajin solat mesti disedarkan, difahamkan dan dididik untuk bekerja kerana kerja itu satu ibadah. Tanda akrabnya seorang dengan Allah adalah banyaknya dia berkhidmat untuk manusia. Sayidina Umar pernah mengusir sekumpulan lelaki yang asyik duduk di dalam masjid tetapi tidak bekerja.”
“Bagi golongan workaholic pula?”
“Mereka mesti juga melalui proses yang sama yakni menyedari bagaimana solat itu akan memberi kekuatan dan ketenangan semasa bekerja. Ingat, tadbir kita walau sekuat atau sebijak mana sekalipun masih tertakluk kepada takdir Allah yang Maha Besar.”

Dan bagi mereka yang workaholic ini juga, kita perlu berikan peringatan, “ jangan nanti stres, kecewa dan keletihan melanda kita kerana keterlaluan memerah keringat atau mengasah fikiran. Solat perlu kerana ia memberi satu kerehatan dan penyembuhan kepada keletihan jiwa dan jasad. Lagipun rugi, jika solat ditinggalkan kerja mereka yang banyak itu tidak akan dikira sebagai ibadah. Hanya dapat laba tetapi kosong pahala. Ingat, solat itu kepala ibadat. Tanpa solat, segala amalan yang lain tidak akan diterima Allah.”

“Jadi tidak salah menjadi workaholic dan solatholic jika kita memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna. Bahkan kita memang dituntut begitu. Bukankah begitu?”
Saya mengangguk.
“Workaholic untuk manusia, solatolic untuk Allah?”
“Yang paling tepat ialah bekerja kerana Allah untuk manusia!”
“Apa dia ungkapan yang awak katakan tadi?”
“Yang mana satu?” saya sendiri sudah terlupa.
“Pray hard, work smart!”

“Orang yang solatolic seharusnya menjadi orang yang workaholic. Solat akan membentuk orang yang mampu bekerja keras. Orang yang workaholic perlu melaksanakan solat, agar mendapat kekuatan, ketenangan dan mencegahnya daripada penyelewengan seperti rasuah, penindasan dan perbalahan sewaktu melaksanakan kerjanya.”
“Pemikiran ini akan saya sampaikan untuk meredakan konflik antara solatolic dan workaholic dalam organisasi ini!” ujarnya gembira.

Saya senyum lebar akhirnya. Alhamdulillah, semoga semuanya persoalan tadi dapat diselesaikan dengan jelas dan tuntas. Namun, jauh di sudut hati, masih ada kesedihan yang berbekas. Ya, jelas sekali betapa hubungan yang sinergi dan serasi antara solat dengan kerja sudah semakin kabur dalam diri umat ini. Bukan sahaja dalam amalinya bahkan dalam teorinya. Benarnya seperti yang selalu diungkapkan, Islam bukan sahaja agama yang paling disalahertikan oleh bukan Islam malah oleh umat Islam sendiri!

Sumber : http://genta-rasa.com

Baca lagi...

Tuesday, July 20, 2010

Indahnya Persahabatan Mukmin

Oleh : Ustaz Ahmad Asri Lubis

Di dalam Hadis dinyatakan bahawa akhlak seseorang adalah gambaran dan penjelmaan keimanannya. Akhlak mulia adalah matlamat utama risalah Rasulullah Muhammad SAW. Akhlak Rasulullah persis sepertimana akhlak mukmin yang termaktub di dalam Kitabullah, al-Quranul Karim. Berikut ini, disorot ulasan ulama mengenai adab dan etika bersahabat. Mudah-mudahan dapat membantu hamba mukmin dalam mencapai puasa imani-ihtisabi. Wallahul muwaffiq:

1- Bersegara menghulurkan pertolo-ngan tanpa perlu diminta (peka terhadap hajat keperluan teman).
2- Menyembunyikan rahsia teman dengan amanah.
3- Berusaha menutupi keaiban teman dengan ikhlas.
4- Jika ada seseorang mencela temannya jangan disampaikan kepadanya (kebanyakan berita negatif lebih baik diabaikan).
5- Jika didengarnya berita mengenai celaan temannya mengenai dirinya, maka tidak perlu dihiraukan (jangan mudah menerima berita negatif).
6- Jika didengarnya dari orang lain berita positif tentang temannya maka hendaklah disampaikannya kepada temannya.
7- Semasa temannya berbicara hendaklah didengar dengan serius.
8- Menjauhi petengkaran dan perbantahan.
9- Memanggil temanya dengan nama yang paling disukainya.
10- Menilai, menghargai, dan mensyu-kuri kebaikan teman dengan baik.
11- Menghibur teman dikala duka (idkhal as-surur).
12- Menyatakan kegembiraan dengan kegembiraan temannya.
13- Mencegah orang lain yang mencela temannya sepertimana ia membela dirinya sendiri.
14- Memberi keutamaan kepada teman dalam hal wang dan harta benda, hatta harta yang anda perlukan sendiri, atau setidak-tidaknya diberikan kepada teman apa yang lebih dari keperluannya, jika ia memerluan bantuan.
15- Menasihati teman secara sindiran atau dengan ungkapan halus dan lemah lembut.
16- Memaafkan segala kesilapannya, dan melupakan kebaikan anda terhadapnya.
17- Mendoakan teman terutamanya selepas solat semasa hidupnya dan setelah ia meninggal dunia.
18- Membina hubungan baik dengan ahli keluarganya setelah ketiada-annya.
19- Jangan memberati teman dengan sesuatu yang susah dilakukannya.
20- Memulakan memberi salam saat berjumpa.
21- Meluaskan tempat duduk untuk teman, atau jika perlu anda bangkit demi keselesaannya.
22- Mengiri temannya ke pintu rumahnya saat ia pergi.
23- Mendengarkan parkataan teman dengan rasa malu dan merendah diri.

Sumber : Hidayatus Salikin, ms 321-324, dinukil dari kitab Bidayatul Hidayah, (dengan beberapa perubahan)
Baca lagi...

Membebaskan Diri Daripada Taklukan Faktor Luaran

MEMBEBASKAN DIRI DARIPADA TAKLUKAN FATOR LUARAN
  • Allah menjadikan manusia dengan potensi yang sama – semua boleh menjadi hebat. Iaitu apa yang dinamakan sebagai fitrah.
  • Manusia sudah terbiasa hidup bergantung kepada bantuan manusia lain bermula daripada detik kelahiran hingga ke kematian. Kebiasaan ini jika tidak diurus tadbir dengan baik akan memberikan kesan yang tidak baik kepada potensi diri apabila kita terlalu terikat dengan bantuan orang lain.
  • Justeru kehebatan manusia adalah bermula dengan pembebasan diri.
  • Meminjam kata-kata Stephen Covey di dalam The 7 Habits: Manusia tidak boleh berperanan (efektif) selagi mana dia itu seorang yang DEPENDENT.
  • DEPENDENT: Terikat atau tertakluk dengan banyak faktor luaran yang mengongkong diri – terikat dengan keadaan trafik, cuaca, fesyen, makanan, suami, isteri… Misalnya, seorang suami tidak boleh menjadi baik dengan alasan isterinya tidak baik. Atau seorang pemandu tidak boleh berhenti mencarut dan beralih kepada zikir kerana jalanraya yang terlalu sesak. Mood tidak baik kerana cuaca mendung. Keadaan seperti ini tidak memungkinkan seseorang itu menjadi efektif dalam kehidupan kerana dia tidak mempunyai kawalan ke atas diri sendiri sebaliknya dikawal oleh faktor-faktor itu tadi.
  • Mesti bebaskan diri menjadi manusia yang INDEPENDENT.
  • Apabila kita bebas barulah kita menjadi Master of Your Own Destiny.
  • Benarkah begitu?
  • Kebebasan itu boleh membinasakan. Cuba julang sebuah buku ke udara dan lepaskan ia dari pegangan. Atau layang-layang terputus tali.
  • Oleh itu, kebebasan mesti ada tempat berpegang untuk memegang dan dipegang
  • Kebebasan mesti dipimpin oleh prinsip. Guided by principles.
  • Islam memberikan acuan yang sama malah lebih sempurna.

Nampakkah (Wahai Muhammad) keburukan keadaan orang Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipuja lagi ditaati? maka Dapatkah Engkau menjadi Pengawas Yang menjaganya jangan sesat? [Al-Furqan 25: 43]

  • Ayat berkenaan menceritakan ada manusia hidup sebagai mangsa jajahan, bukan dijajah oleh Kuasa Asing tetapi dijajah oleh Hawa Nafsunya sendiri apabila tidak mempunyai kawalan ke atas diri dan sentiasa mengikut kehendak Nafsu. Misalnya, terpaksa makan kerana ada makanan.
  • Inilah rahsia dan peranan besar Syahadah kita. Ungkapan (لا إله) – bermaksud membebaskan diri daripada dipertuhankan oleh hawa nafsu, oleh fesyen, malah oleh suami, isteri, majikan atau cuaca. Kita bebas menentukan pilihan tindakan.
  • Namun kebebasan itu dipimpin dan ditunjang oleh prinsip yang datang pada bahagian berikutnya (إلا الله)
  • Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang menjadi keutamaan tertinggi hidup kita, justeru mentunjangi kebebasan dan pilihan dalam hidup ini.
  • Selamat membebaskan diri, dan memaksikan kebebasan itu pada sebuah pendirian yang berIlahkan Allah!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG

Nota:

Sila ikuti siarannya di Radio IKIM.FM 91.5, pada jam 7:30 pagi setiap Isnin hingga Jumaat di sepanjang bulan Julai.

Slot Motivasi Pagi itu mengisi Segmen Warna yang dikendalikan oleh DJ Ustaz Mohd Erwan Johari dan DJ Maslina Alias.

Siaran ulangan bagi slot Motivasi Pagi ini ialah selepas azan Maghrib pada hari yang sama.


Baca lagi...

Monday, July 19, 2010

Ceramah Isra' Mikraj Oleh Ustaz Abd Ghani Abd Rahman

Baca lagi...

Kemuliaan Bulan Syaaban

Oleh: Mohd Sukki Bin Othman (Ust Shauqi)

Sedar tak sedar kita kini sudah berada pada bulan Syaaban . Masa berlalu dirasakan begitu pantas sekali. Ini juga bermakna umur kita semakin meningkat dan sewajarnya kita sentiasa bermuhasabah iaitu sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita dengan sempurna, dan sudahkah kita bersedia dengan amalan-amalan yang akan dibawa menemui Allah?

Bulan Syaaban menyusul selepas daripada bulan Rejab. Manakala selepas itu, akan datang pula bulan yang mengandungi penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Namun, Apabila tibanya bulan Rejab dan Syaaban, kita seringkali mendengar hadis-hadis mengenai mengenai bulan-bulan ini akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya ialah hadis:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Hadis ini adalah hadis munkar dan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa ia adalah hadis palsu. Apabila membicarakan tentang bulan Syaaban, maka sewajarnya kita merujuk kepada riwayat-riwayat yang sahih dan yang diterima oleh para ulamak agar kita tidak termasuk dalam golongan 'pak turut' yang hanya melakukan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Sedangkan Islam itu sendiri adalah agama ilmu, maka sewajarnyalah apa yang hendak dilakukan mestilah berteraskan kepada ilmu.

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, tidak ada suatu pun keistimewaan pada pertengahan bulan Syaaban (nisfu Syaaban) sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat pada hari ini. Sebaliknya peristiwa besar yang berlaku pada pertengan bulan Syaaban ialah peristiwa yang berlaku pada tahun kedua hijrah iaitu peralihan kiblat daripada Baitul Maqdis ke Kaabah iaitu daripada Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram. Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud:"Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya…"

Selain daripada peristiwa tersebut, sesuatu yang sahih daripada nabi pada bulan Syaaban ini ialah nabi saw memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a menyatakan bahawa:

"Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."

Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).

Justeru, daripada hadis-hadis di atas, kita mendapati bahawa nabi saw amat mengambil berat untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Di samping itu, sesiapa yang masih berhutang puasa pada Ramadhan yang sebelumnya seperti wanita yang meninggalkan puasa kerana 'datang bulan', maka inilah waktu yang sesuai untuk mempastikan agar segala 'hutang' dilunaskan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Sebagai mencontohi sunnah nabi, kita juga sewajarnya memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban yang mulia ini.

Di samping berpuasa, kita juga boleh memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain untuk memepertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan sebagai suatu persediaan untuk memperbanyakkan lagi amalan pada bulan Ramadhan. Antara amalan yang boleh dilakukan selain daripada berpuasa ialah membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berzikir, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim, melakukan amalan kebajikan, memohon keampunan untuk ibu-bapa, memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan sebagainya.

Persoalan seterusnya yang selalu timbul dalam masyarakat kita ialah amalan pada malam nisfu syaaban. Biasanya pada malam nisfu syaaban, masjid-masjid dan surau-surau akan merayakan malam tersebut dengan amalan-amalan tertentu. Di beberapa tempat di negara kita, pada malam nisfu syaaban, orang ramai biasanya berkumpul di masjid-masjid dan mereka membaca surah yasin bersama, kemudian melakukan solat sunat dua rakaat dengan niat panjang umur, solat sunat dua rakaat lagi dengan niat agar menjadi kaya dan tidak tergantung pada orang lain, dan sebagainya. Setelah itu, mereka membaca doa yang panjang, iaitu doa yang dikhususkan bacaannya pada malam tersebut.

Menurut al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi , tidak ada satu hadis sahih mengenai keutamaan malam nisfu syaaban, dan semua hadis mengenainya bertaraf dhaif yang tidak boleh diamalkan. Walau bagaimanapun terdapat hadis mengenai fadilat malam nisfu syaaban yang dianggap Hasan oleh sebahagian ulamak, walau ia telah didhaifkan oleh sebahagian ulamak lain. Hadis tersebut ialah: “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah.

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan pada malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (sekiranya dianggap sebagai satu kemestian dan wajib seperti ‘mesti’ membaca Yasin sebanyak tiga kali, dan menunaikan solat-solat tertentu sempena nisfu syaaban) adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya 'Fatawa Mu'asirah', “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya".

Inilah juga pendapat majoriti ulamak seperti Sayyid Sabiq, Prof Mutawalli Sya'rawi, Dr Abdul Karim Zaidan dan sebagainya. Begitu juga dengan doa khusus yang dibaca pada malam nisfu Syaaban, ianya bercanggah dengan nas al-Quran dan Hadis. Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi.

Justeru, daripada pandangan-pandangan ulamak yang dikemukakan di atas, adalah menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk memahami dengan sejelas-jelasnya agar kita tidak termasuk dalam golongan yang membuat sesuatu amalan itu secara membuta-tuli. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh melakukan amalan pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita tidak boleh melakukan amalan-amalan yang tidak diasaskan oleh nabi dan yang bercanggah dengan hukum syarak seperti menunaikan solat sunat khusus untuk panjang umur pada malam nisfu syaaban.

Namun, untuk membaca ayat-ayat al-Quran tertentu seperti Yasin dan seumpamanya, maka ia boleh dilakukan tetapi dengan syarat kita tidak ‘mewajibkan’ bacaan Yasin sebanyak 3 kali dan seumpamanya. Alangkah baiknya juga kalau pada malam itu juga diisi dengan program pengajian ilmu agar pemahaman terhadap ajaran Islam semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Justeru, amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, berpuasa dan yang seumpamanya hendaklah dilaksanakan bukan sahaja pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita hendaklah beristiqamah melaksanakan amalan-amalan kebajikan tersebut pada bila-bila masa sahaja siang ataupun malam. Sesungguhnya apabila kita dapat melaksanakan sesuatu amalan dengan penuh keikhlasan dan amalan tersebut bertepatan dengan hukum syara', maka kita akan tergolong daripada umat Islam yang menuju ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perbanyakkanlah amalan sunat di bulan Syaaban sebagai suatu persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak!.

Sumber : http://ustazshauqi.blogspot.com/2010/07/kemuliaan-bulan-syaaban.html
Baca lagi...

Rakaman : "Mana Cerita Dosa" Oleh Tuan Guru Ustaz Dato' Dr Haron Din Di Masjid Jamek Kajang

MANA CERITA DOSA
TARIKH : 2hb June 2010
TEMPAT : Masjid Jamek Kajang, Selangor
RAKAMAN : | muat turun |

[kredit kepada Saudara Ibrahim Mohd Yaakob]


Baca lagi...

Sentiasa Memberi Yang Terbaik

SENTIASA MEMBERI YANG TERBAIK
  1. Menyedari akan benarnya sebuah kematian di hujung perjalanan, maka marilah kita menghargai kehidupan ini.
  2. Biar pun kehidupan di dunia ini sangat pendek, namun ia menentukan kehidupan tanpa sempadan usia kita di Sana nanti. Biar pun kata sesetengah orang hidup ini sementara, namun hakikatnya kesan perbuatan kita kekal selama-lamanya.
  3. Justeru lakukanlah yang terbaik demi menghargai peluang yang ada dalam kehidupan yang singkat ini.
  4. Sebagai contoh, seorang suami teringin memakan ayam masak merah. Si isteri memasak acuh tidak acuh sedangkan bibik masak dengan bersungguh-sungguh. Tentu sahaja ayam masak merah kedua itu yang lebih menarik perhatian untuk dijamah. Ia adalah fitrah manusia yang memilih segala yang terbaik jika diberi peluang.
  5. Fitrah manusia sukakan yang terbaik
  6. Namun bolehkah kita mengharapkan yang terbaik jika tidak memberi yang terbaik? Pepatah menyebut, “what you give you get back
  7. Melakukan yang terbaik adalah semangat Islam dalam semua pekerjaan. Acuh tidak acuh atau budaya melepaskan batuk di tangga bertentangan dengan tatacara Islam dalam menilai perbuatan.
  8. Berhakkah Allah menghendaki yang terbaik daripada kita? Sudah tentu kerana Allah telah memberikan yang terbaik kepada kita.
  9. Kontraktor yang dilantik dengan bekalan alat binaan terbaik, pekerja terbaik, sudah tentu majikan menjangkakan hasil yang terbaik.
  10. لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG

Nota:

Sila ikuti siarannya di Radio IKIM.FM 91.5, pada jam 7:30 pagi setiap Isnin hingga Jumaat di sepanjang bulan Julai.

Slot Motivasi Pagi itu mengisi Segmen Warna yang dikendalikan oleh DJ Ustaz Mohd Erwan Johari dan DJ Maslina Alias.

Siaran ulangan bagi slot Motivasi Pagi ini ialah selepas azan Maghrib pada hari yang sama.

Baca lagi...

Sunday, July 18, 2010

Rakaman : Ceramah Israq Mikraj Oleh Ustaz Ismail Kamus @ Surau Kg Inas, Kuala Pilah

CERAMAH ISRAK MIKRAJ
TARIKH : 17hb Julai 2010 (SAbtu)
MASA : Selepas Solat Maghrib
TEMPAT : Surau Kampung Inas, Kuala Pilah
RAKAMAN : | muat turun |


INTIPATI CERAMAH : -> Kisah sebelum peristiwa Israk Mikraj -> Kisah sewaktu berlakunya peristiwa Israk Mikraj -> Kisah semasa perlantikan Malaikat 'Izrail sebagai Malaikat Maut
-> Doa yang dibaca oleh Asiq bin Bulqia sewaktu mengangkat Istana Balqias di zaman Nabi Sulaiman





Baca lagi...

Rakaman : Kuliah Subuh Oleh Ustaz Ismail Kamus Di Pondok Ahmadiyyah Ad-Diniyyah

TAJUK : AMALAN-AMALAN DI PAGI HARI
TARIKH : 17hb Julai 2010 (Sabtu)
MASA : Selepas Solat Subuh
TEMPAT : Pondok Ahmadiyyah Ad-Diniyyah, Batu 10, Cheras
RAKAMAN : | muat turun |


Baca lagi...

Wednesday, July 14, 2010

Menghargai Sebuah Kehidupan Oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil

MENGHARGAI SEBUAH KEHIDUPAN

  1. Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Hidup kita sudah terbiasa dengan pelbagai rancangan, sama ada apa yang dirancang untuk kita, atau kita sendiri merancang dengan pelbagai harapan.
  2. Hidup berjalan dengan pelbagai perancangan dan jangkaan. Kita melepasi peringkat sekolah rendah – sekolah menengah – universiti – kerja – kahwin – anak – tua – pencen. Setiap peringkat itu berjaya ditempuh dengan kejayaan mengatasi kebarangkalian ia tidak berlaku. Tidak semua yang bersekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Tidak semua yang di universiti berjaya menggenggam segulung ijazah. Belum tentu semua yang berijazah mendapat kerja. Bukan semua yang bekerja bertemu jodoh, berkahwin, beranak pinak dan mencecah usia tua.
  3. Semuanya sentiasa dengan kebarangkalian harapan tidak tercapai
  4. Hanya satu yang pasti berlaku iaitu MATI! Fikir mati pun mati, tak fikir mati pun mati. Bersedia untuk mati pun mati, tak bersedia untuk mati pun mati.
  5. Justeru janganlah dipanggil bakal Datuk kerana mungkin tidak jadi Datuk. Jangan dipanggil bakal Puan Seri kerana mungkin tidak jadi Puan Seri.
  6. Sebaliknya, WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian! Itulah saya dan anda semua.
  7. Islam tak mengajar kita takut dengan kematian tetapi menyedari adanya kematian di hadapan maka HARGAILAH SEBUAH KEHIDUPAN
  8. Teringat kepada perbualan saya dengan ibu bapa yang anak mereka sakit jantung – jangan difikir ajal anak itu kerana mungkin doktor mati dulu kemalangan. Mungkin ibu bapa mati dulu. Mungkin saya mati dulu berbanding anak kecil yang sakit itu. Justeru janganlah dibimbangkan tentang kematian. Sebaliknya hargai setiap detik yang ada.
  9. Nabi SAW bersabda: صلِّ صلاة مودِّع كأنك تراه ، فإن كنت لا تراه فإنه يراك yakni “bersolatlah kamu dengan solat perpisahan seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak dapat merasakan yang kamu melihat-Nya, sekurang-kurangnya rasakanlah bahawa Dia itu melihat kamu”.
  10. Kita akan mati di antara dua solat. Tiada jaminan selesai solat Asar, kita sempat sampai ke Maghrib. Justeru setiap solat, lakukanlah ia sebagai solat terbaikmu.
  11. Wal-‘Asr

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Nota:

Sila ikuti siarannya di Radio IKIM.FM 91.5, pada jam 7:30 pagi setiap Isnin hingga Jumaat di sepanjang bulan Julai.

Slot Motivasi Pagi itu mengisi Segmen Warna yang dikendalikan oleh DJ Ustaz Mohd Erwan Johari dan DJ Maslina Alias.

Siaran ulangan bagi slot Motivasi Pagi ini ialah selepas azan Maghrib pada hari yang sama.

Baca lagi...

Sunday, July 4, 2010

Jadual Pengajian Ustaz Dato' Ismail Kamus Bagi Bulan Julai 2010

Kredit kepada jeng3x.blogspot.com


Baca lagi...

Nota Tambahan Kuliah Ustaz Tarmizi Abd Rahman Untuk Kuliah Pada 6hb Jun 2010

Salam semua, nota tambahan kuliah Ustaz Tarmizi Abd Rahman pada 6hb Jun 2010 yang lalu telah siap disediakan. Sila ke SINI atau terus ke blog ustaz-tarmizi-abd-rahman.blogspot.com untuk muat turun.
Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua, amin.

http://www.surauannur.net/ Baca lagi...