SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIHUstaz Hasrizal Abdul Jamil
Galeri Ilmu (Travelog Tarbiah)
RM25.00 , 267 halaman
Titik mula sebuah kembaraAda yang pergi ke Turki dapat pahala, ada yang pergi ke Turki dapat dosa. Menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. Itulah yang dikatakan, ' Siapa kamu menentukan cara kamu melihat'. Kesannya pula ialah, ' Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat'.
SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH adalah naskhah yang merakam catatan kembara Abu Saif di bumi Khilafah Othmaniyyah, pada mengenal hati budi kenalan dan teman, yang sudah lama berkongsi persaudaraan atau yang disapa di pinggir jalanan. Semua itu adalah cara Allah mendidik untuk melihat Islam dengan penuh yakin, bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang-kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sinarnya gelita, hingga terbit fajar janji-NYA.
Sumber :
http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com/
Baca lagi...