KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Friday, April 2, 2010

Makluman : Kelas Mengaji Al-Quran & Tajwid Di Masjid Jamek Kajang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Memohon kerjasama bagi mengubahkan peluang belajar mengaji al-Quran dan tajwid secara Iqra' kepada semua yang berminat khasnya di kawasan Kajang.

Pengajar : Saudara Rizal
Lulusan : Diploma Bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar, Mesir
Ditauliahkan untuk mengajar ilmu Al-Quran oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Kelas diadakan seperti berikut :

HARI :
i. hari Isnin (malam Selasa),
ii. hari Rabu (malam Khamis),
iii. hari Khamis (malam Jumaat); dan
iv. hari Jumaat (malam Sabtu)

MASA :
Jam 9.30 malam - 11.00 malam

TEMPAT :
Masjid Jamek Kajang, Selangor

YURAN :
RM20 seorang setiap bulan

Untuk makluman semua, saudara Rizal ini berhasrat untuk menunaikan ibadah umrah pada 16 Mei 2010 dengan kos RM4,260. Setakat ini, beliau sudah pun menyimpan sebanyak RM2,000 atas usaha beliau sendiri dan memandangkan beliau seorang OKU yang berkerusi roda (wheel chair bound) dan tidak bekerja, beliau amat memerlukan tambahan pembiayaan lagi.

Antara usaha beliau ialah mengajar Al-Qur'an dan Tajwid. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan sudi menghulurkan sumbangan, tuan-tuan dan puan-puan boleh menghubungi beliau sendiri.

Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan ataupun sesiapa sahaj yang berhasrat untu mengikuti kelas beliau, beliau boleh dihubungi di talian: Rizal @ 019-349 3494.

Tuan-tuan dan puan-puan-puan juga boleh menghubungi saya untuk segala kepastian berhubung perkara ini di talian: Ikhbal @ 012-269 5204.

Sekian, terima kasih.

No comments: