KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Monday, August 17, 2009

Tadarus Al-Quran Di Bulan Ramadhan

Adab-Adab
  1. Fikiran hendaklah tertumpu kepada ayat yang dibaca
  2. Jika boleh, fahamkan apa yang dibaca
  3. Tinggalkan ingatan kepada yang lain, selain daripada memahami Al-Quran
  4. Hendaklah berusaha supaya suara boleh didengari sewaktu membaca Al-Quran
  5. Kerjakan tadarus Al-Quranpada malam puasa itu dengan penuh kerelaan
  6. Apabila sampai kepada ayat-ayat yang memberi perkhabaran yang menakutkan, datangkanlah pada hati rasa takut pada neraka, pada azab Allah & lain-lainnya. Jika bertemu ayat-ayat yang memberi perkhabaran yang menggembirakan, maka hati kita jadi gembira.
Jika tidak dapat bertadarus
Biasakan membaca surah-surah atau ayat-ayat di bawah:
  1. Surah Yaasin
  2. Surah Ar-Rahman
  3. Surah Al-A'la - surah yang dicintai Rasulullah SAW
  4. Surah Fatihah - surah yang paling mulia di antara semua surah dalam Al-Quran
  5. Surah Az-Zahrawani - iaitu surah Al-Baqarah & surah Ali Imran
  6. Surah Kahfi
  7. Surah Al-Mulk - Rasulullah SAW selalu membaca surah ini sebelum tidur & dapat memberi syafaat pada Hari Kiamat
  8. Surah Al-Falaq & surah An-Nas - surah tempat berlindung diri kepada Allah
  9. Ayatul Kursi - seutama-utama ayat dalam Al-Quran
  10. Surah Zalzalah
  11. Surah Al-Kafirun
  12. Surah Al-Ikhlas

Sumber : Majalah Anis keluaran Disember 1999 ms 79

No comments: