KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Sunday, February 22, 2009

Forum Pemikiran Bangi Siri Ke-III

(Sekiranya anda ada pandangan untuk dikongsi bersama berkaitan dengan peranan NGO & surau-surau dalam merealisasikan Bangi Sebagai Bandar Ilmu, Maka anda di jemput ke Forum Pemikiran Bangi Siri Ke III. Mohon Tuan/Puan sahkan kehadiran melalui Ust Jameer 012-6370023)
--------------------------------------------------------------------------------
Tarikh : 16 Februari 2009
Ruj : PPBBB/FPB-3/ 09(1)

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE FORUM PEMIKIRAN BANGI SIRI KE III


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi akan menganjurkan Forum Pemikiran Bangi Siri Ke-III yang bertemakan "Peranan NGO & Surau-surau Dalam Merealisasikan Bangi Sebagai Bandar Ilmu". Forum ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul pandangan serta pendapat para pimpinan surau serta NGO yang berada di sekitar Bandar Baru Bangi bagi merealisaikan Bangi sebagai Bandar ilmu sepertimana yang telah diisytiharkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada 23 Jun 2008 yang lalu.

Forum ini akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 1 MAC 2009 (AHAD)
Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Cempaka, Komplek PKNS, Bandar Baru Bangi

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput 3 0rang wakil dari institusi /surau tuan/puan ke forum tersebut. Bersama-sama ini juga kami lampirkan tentatif program serta kad jemputan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan. Untuk keterangan lanjut berkaitan dengan program ini pihak tuan boleh menghubungi Ust Jameer di talian 012-6370023.

Segala kerjasama pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar,
DR TAJUL ARIFFIN NOORDIN
Yang Di Pertua,
Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi

Anjuran : PERSATUAN PENDUDUK BANDAR BARU BANGI(PPBBB) , MINI KABINET ADUN BANGI, JASA , ISIUKM & GABUNGAN SURAU-SURAU BANDAR BARU BANGI

TENTATIVE PROGRAM FORUM PEMIKIRAN BANGI SIRI KE III
9.00 pagi : Pendaftaran & Jamuan
9.20 pagi : Ucapan Aluan YDP, Persatuan Penduduk BBB
Ucapan Adun Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar
10.15 pagi : Forum Pemikiran Bangi
> Al-Fadhil Tuan Kadhi Kajang > Prof Madya Dr Zulkiple Abd Ghani (Ahli Akademik) > Dr Mohd Nur Manuty (Timbalan Presiden, Wadah) > Tuan Haji Mohd Ghazali Abas (Pengerusi, Surau An-Nur)
12.30 tgh : Sidang Pleno
1.30 tgh : Resolusi & Penutup

No comments: