KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Wednesday, November 12, 2008

Seminar Rawatan Islam

Salam, satu seminar rawatan Islam akan diadakan pada:
  • Tarikh :16 November 2008 ( Ahad)
  • Masa : 8.00 pagi - 5.00 tengahari
  • Tempat :Dewan Besar, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah (Masjid Shah Alam),Shah Alam, Selangor (peta)

Ahli Panel :

  • Al-Fadhil Ust Dato Dr Haron Din Al-Hafiz ( Pengasas/Penasihat Darussyifa)
  • Al-Fadhil Ust Dato Ismail B Kamus ( Pengasas/Penasihat Darussalam)
  • Al-Fadhil Ust Sheikh Hanafi Rahman
  • Al-Fadhil Ust Hanif Ghazali

Yuran :

  • RM 100 (Orang Awam)
  • RM 50 (Mahasiswa/mahasiswi)
  • 20% diskaun kepada ahli Darussyifa,Darussalam dan Ahli Kelab IQ Insan

Maklumat lengkap program ini, sila klik di SINI.

Pertanyaan/Pendaftar, sila hubungi :

En Md Zaini 019-6666004 - IQ Insan Training

www. iqinsan.com

Baca lagi...

Pengambilan Pelajar Baru Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Kumpulan ke-21 bagi Sessi 2008/2009

Salam, adalah dimaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Bandar Baru Bangi untuk Kumpulan ke-21 sessi 2008/2009 sedang dibuka. Sila klik di SINI untuk mendapatkan peta ke Darussyifa'.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30hb November 2008.

Maklumat lanjut sila klik di SINI dan untuk mendapatkan Borang Permohonan, sila klik di SINI. (Sila cetak gunakan Microsoft Office Document Imaging setelah file dimuat turunkan)



Wassalam

PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA (DARUSSYIFA’)
No 5, Jalan 1/7D, 42650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-89250443

Baca lagi...

Forum Nikah Tunai


Baca lagi...

Tuesday, November 11, 2008

Kuliah Pengajian Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki

Salam

Pengajian Kitab Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi adalah seperti berikut:


  • Kitab : HIKAM IBN 'ATHOILLAH

  • Tarikh : 15hb November 2008 (Sabtu) / 17 Dhulqaedah 1429

  • Lokasi : Surau Tingkat 3, Anjung Rahmat, Batu 6, Jln Gombak 53100 KL (peta)

  • Masa : Selepas sholat Maghrib





  • Kitab : SAIRUS SALIKIN

  • Tarikh : 16 November 2008 (Ahad) / 18 Dhulqaedah 1429

  • Lokasi : Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya (peta)

  • Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari

Semoga Tuan-Tuan & Puan-Puan dapat meluangkan masa untuk hadir ke majlis ilmu ini.





Daripada

Baca lagi...

Sunday, November 9, 2008

Rakaman Pengajian Kitab Bahrul Mazi oleh Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad

Salam, berikut merupakan rakaman audio kuliah Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad.

  • Kitab : Bahrul Mazi (Jilid 15 ms 82)
  • Tarikh : 4hb Nov 2008
  • Tempat : Masjid Sultanah Bahiyah (peta), Alor Setar, Kedah.

> Muat turun Audio: sila klik sini

> Muat turun teks Kuliah : sila klik sini

Sila sebarkan, semoga anda diberkati.

Daripada:
Azrul Alwi

Baca lagi...

Seminar Krisis Ekonomi Global : ISLAM Penyelesaian Tunggal


Baca lagi...

Saturday, November 8, 2008

Sheikh Yusuf Estes Live In Malaysia


Sheikh Yusuf Estes PhD. (born 1944), is an American convert to Islam and Chairman of "the Muslim Foundation International", an Islamic Promotional and Missionary Organization dedicated to spreading the message of al-Islam according to the Quraan, Sunnah. He was brought up in a Protestant Christian family; members of the Disciples of Christ.
Estes was known then as "Skip Estes". From 1962 until 1990, he had a varied career as a music minister, preacher, and the owner of Estes Piano and Organ Company. He lived in Texas and Florida In 1991, Estes had business dealings with an Egyptian Muslim called Muhammad. He learned about the religion firsthand and converted to Islam the same year along with his wife, father, and step mother. He has since pursued Arabic Language and Quraanic Studies in Egypt, Morocco and Turkey.
As of 2006, Yusuf Estes has been regularily appearing on Peace TV, which is a 24/7 Islamic channel that is broacasted to many countries around the globe. Below are his series of Ceramah in the month of November 2008:
  • Challenges for Modern Muslims in Da’wah Sunday, 23 Nov 2008 (9am – 11am) @ MBSA Shah Alam
  • Reviving The Sunnah Sunday, 23 Nov 2008 (8pm – 10pm) @ Masjid Wilayah KL, Multipurpose Hall
  • The Truth About Muslims: All you wanted to know but were afraid to ask Monday, 24 Nov 2008 (8pm – 10pm) MBSA Hall, Bukit Jelutong
  • Life: A Prison or Paradise? Tuesday, 25 Nov 2008 (8pm – 10pm) @ Masjid USJ 2, Subang Jaya
  • Terrorism, Islam in The West Wednesday, 26 Nov 2008 (8.15pm – 10pm) @ Al-Nidaa’ Office, Taman Tun Dr. Ismail
  • Pre-Khutbah Talk What Happened at Death According To Islam & Muslims? Friday, 28 Nov 2008 Before Friday Khutbah @ Masjid Asy-Syakirin, KLCC
  • Faith, Science & Common Sense Friday, 28 Nov 2008 (8pm – 10pm) @ Telekom Malaysia HQ, Multipurpose Hall

For more info, please email Puan Ruhashimah (the person in-charge) at shimaderus@yahoo.co.uk or contact:

Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia
17A, Lorong Datuk Sulaiman 7
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel: 03-77106900 Fax: 03-77107900 Baca lagi...

Rakaman Pengajian Kitab Nurul Ehsan Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad

Salam, berikut merupakan rakaman audio kuliah Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad

> Muat turun Audio: sila klik sini

> Muat turun teks Kuliah : sila klik sini

Sebarkanlah, mudah-mudahan membawa manfaat diberkati Ilahi, amin.

Daripada:

Azrul Alwi

Baca lagi...

Ceramah Ustaz Akhil Hayy


CERAMAH DETIK SERIBU KEINSAFAN
TARIKH : 9hb November 2008 (Ahad)
Masa : 10.30 pagi - 1 petang
Tempat : Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
Semua dijemput hadir
Baca lagi...

Thursday, November 6, 2008

Rakaman Pengajian Kitab Nurul Ehsan Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad

Salam, berikut merupakan rakaman audio kuliah Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad


Muat turun Audio: sila klik sini
Muat turun teks Kuliah : sila klik sini

Sila klik link ini untuk mengetahui cara-cara untuk memuat turunkan file.

Sebarkanlah, mudah-mudahan membawa manfaat. Semoga anda diberkati, terima kasih.

Daripada:
Azrul Alwi



Baca lagi...

Kuliah Pengajian oleh Ust Yussaine Yahya

KULIAH PENGAJIAN KITAB AL-ARBA'UN AL-MUNIRAH
FI BAYAN SYAMIL AL-SYARIFAH
Tarikh : Jumaat, 7hb Nov 2008
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor

Terima kasih...

Baca lagi...

Wednesday, November 5, 2008

Kuliah Pengajian Dato' Dr Haron Din


KULIAH PENGAJIAN DATO' DR HARON DIN

Tarikh : 6hb November 2008 (Khamis)
Masa
: Selepas Maghrib
Kitab : Kitab Fikah Mazhab Syafie (terbitan Pustaka Salam)
Tempat : Darussyifa (peta)


Baca lagi...

Monday, November 3, 2008

Suami Biasa...Suami Luar Biasa...

Daripada :
Arman Alim Mohd. Ismail
Baca lagi...

Seminar Membentuk Khalifah Masa Depan oleh Ust Hasrizal Abd Jamil

Untuk ke Sirim, Shah Alam, sila klik di sini.
Baca lagi...

Kuliah Dhuha - Pengajian Tauhid, Tafsir & Feqah

Tarikh : Setiap Sabtu
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Pusat Khidmat Komuniti Parlimen PAS, Putrajaya
41B Jalan Diplomatik, Presint 15

Semua dijemput hadir.


l@manannur Baca lagi...

Sunday, November 2, 2008

jadual kuliah pengajian Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad - Nov 2008

Salam

Berikut adalah jadual kuliah pengajian Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad bagi bulan November 2008 :
  • 3 November 2008 Masjid Simpang Empat, Permatang Buluh > Bahrul Mazi Jilid 16

  • 4 November 2008 Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar (klik sini untuk lokasi) > Bahrul Mazi Jilid 15

  • 5 November 2008 Surau Taman Kerian, Parit Buntar > Nurul Ehsan 4

  • 11 November 2008 Masjid Jelutong, Pulau Pinang > Bahrul Mazi JIlid 17

  • 17 November 2008 Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang > Nurul Ehsan Jilid 1

  • 18 November 2008 Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darul Aman, Jitra > Bahrul Mazi 13

  • 25 November 2008 Masjid Padang Temusu,Sungai Petani > Bahrul Mazi Jilid 2
Baca lagi...

Saturday, November 1, 2008

10 Pesanan Imam Shafie

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut : " Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

  1. Hak kpd diri : mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yg ada.
  2. Hak kpd malaikat maut : mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal, mendapatkan kemaafan drp org yg dizalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  3. Hak kpd kubur : membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  4. Hak kpd Munkar dan Nankir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  5. Hak kpd Mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.
  6. Hak kpd Sirat (titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  7. Hak kpd Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  8. Hak kpd Ridhzuan (malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat drp melakukan maksiat.
  9. Hak kpd Nabi Muhammad SAW : berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  10. Hak kpd ALLAH s.w.t : mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. "
Baca lagi...

Sunday, October 26, 2008

PADA YANG KECIL ITU ADA BARAKAH

"Memasak Pun Boleh Jadi Tazkirah, Andai Celik mata Hati" "Hasrizal, malam ini kamu gorengkan ayam boleh tak?", Fatih bertanya. "Goreng cara Turki, atau cara Malaysia?", saya bertanya dengan nada gurau. "Kalau cara Turki, baik saya sendiri sahaja yang melakukannya. Saya ini tidaklah sejahil yang kamu semua sangkakan.", Fatih cuba mempertahankan kelemahan dirinya yang tidak mahir di dapur. Faruk dan Hasan turut ketawa.

Setiap kali saya berkunjung ke Istanbul, Fatih mesti akan meminta saya menggorengkan ayam ala Malaysia. Sebenarnya, ayam goreng ala Malaysia yang dia maksudkan itu hanyalah ayam yang digoreng dengan serbuk kunyit serta secubit garam. Kalau orang Turki, ayamnya tidak digoreng begitu. Mereka lazim menggoreng ikan dan ayam dengan tepung gandum bercampur tepung beras dan sedikit serbuk lada putih. Syukur Alhamdulillah, persahabatan saya dengan Fatih dan rakan-rakan yang lain memberikan peluang kepada kami untuk belajar banyak perkara baru. Seperkara tentang orang Turki yang menarik perhatian saya adalah sikap mereka yang cermat terhadap perkara-perkara yang kecil dan halus. Kadang-kadang pada kita, hal seperti ini tidak mempunyai sebarang signifikasi, tetapi bagi orang Turki, mereka cukup mengambil berat mengenainya.
Saya masih ingat, semasa yang bertandang ke rumah Mahmud Bilici, rakan baik saya semenjak di Jordan. Beliau merupakan pelajar Turki yang disegani oleh rakan-rakan Turki yang lain di Amman. Mungkin sifat rendah diri, keluasan ilmu dan kefasihan Bahasa Arab yang dituturkannya, menjadikan beliau begitu karismatik seawal hari pertama saya bertemu dengan Mahmud. Saya bertandang ke rumah Mahmud yang terletak di Draman. Ia tidak jauh dari Masjid Ismail Aga Camii yang menjadi markaz Tarikat Naqsyabandiyyah di Istanbul. Malam itu sebelum kami melelapkan mata, saya meminta segelas air masak untuk membasahkan tekak. Mahmud mengambil cawan yang tersimpan di rak pinggan, membasuhnya terlebih dahulu sebelum diisi dengan air yang diminta.

Saya kagum dengan ketelitian Mahmud. Kalau saya, mungkin cawan yang sudah sedia bersih itu akan terus diisi dengan air masak. Tetapi Mahmud membilasnya dengan air terlebih dahulu sebelum diisi dengan air masak. Orang Turki memang pembersih. Saya juga selalu melihat tong sampah di lokasi pembuangan sampah di Istanbul diberus dan dibersihkan oleh pekerja Istanbul Büyüksehir Belediyesi (Dewan Kota Metropolitan Istanbul) dengan berus dan air. Wah, tong sampah pun mesti bersih dan kemas! Kebersihan rumah kawan-kawan Turki juga sentiasa mengagumkan saya. Walaupun ada di kalangan mereka yang merokok, rumah bujang perokok mereka juga masih bersih. Buku-buku tersusun rapi, pakaian elok terletak, malah bilik mandi dan tandas juga tidak pernah bercampur. Kebanyakan rumah di Istanbul, mempunyai sekurang-kurangnya dua bilik air. Maka satu digunakan untuk mandi manda dan satu lagi dikhususkan untuk buang air. Bilik mandi pula lazimnya berkarpet dan saya belajar untuk mandi dan berwudhu’ tanpa membasahkan karpet itu. Hmm, agaknya kalau ada orang Turki yang bergaduh laki bini, tidur dalam bilik air pun masih okay lagi.
Saya kira, kebersihan yang terbit dari iman, memang benar-benar dapat dirasakan di Turki. Kalau di masjid, berhati-hati. Anda mungkin akan diminta keluar oleh ‘orang masjid’ sekiranya anda masuk ke masjid dengan stokin yang ‘tidak molek’. Apabila anda keluar dari pintu masjid, junjung kedua-dua pasang kasut anda ke atas kerana orang Turki tidak mahu kasut yang dijinjing menyentuh pakaian orang lain. Tidak lupa, di sesetengah masjid, seperti yang pernah saya lihat di Bursa, akan dikhususkan masa sekitar jam 10 pagi untuk kaum ibu sahaja. Mereka datang ke masjid untuk mengelap dinding, anjung tingkap, tiang dan perabot masjid, agar sentiasa bersih dan kemas. Saya belajar bagaimana tuntutan iman menjadi corak hidup, semasa saya di Turki.
Malah soal teliti mereka dengan perkara-perkara yang sering dipandang ringan oleh sesetengah kita, mempunyai akar umbi yang panjang di era Islam Othmaniyyah. Sultan Suleyman al-Qanuni yang memerintah Khilafah Othmaniyyah dari tahun 1520 – 1566 telah memberikan contoh yang sama. Semasa beliau mengeluarkan belanja sendiri membina Masjid Suleymaniye di Istanbul, Sultan Suleyman telah mewajibkan semua pekerjanya bekerja membina masjid itu dalam keadaan berwudhu’. Tentunya ia tidak ada dalam ‘rukun membina masjid’. Tetapi ada sesuatu yang ingin dicapai oleh baginda. Sultan Suleyman akan memecat sesiapa yang diketahuinya tidak mematuhi syarat tersebut. Apakah yang terhasil daripada ketelitian Sultan Suleyman terhadap perkara-perkara kecil begitu? Jawapannya adalah BARAKAH.

Masjid Suleymaniye pernah ditutup di zaman Atatürk dan dijadikan kandang kuda. Ia pernah dicemar hingga ke tahap itu. Tetapi hari ini, apabila saya bersolat di Suleymaniye Camii, saya mendapat suatu ‘rasa’ yang sukar diungkapkan dengan kata. Tenang, tenteram, rasa mahu dan mahu menambah ibadah, pelbagai perasaan yang positif itu mungkin datang dari sebuah masjid yang ada barakah. Masjid yang dibina dengan mengambil kira soal remeh-temeh yang hari ini tidak kita pedulikan. Jauh benar bezanya masjid itu dengan masjid kita yang mimbarnya pun kekadang dibina oleh tangan-tangan penyembah berhala! Soal orang Turki yang teliti dengan perkara-perkara yang halus ini, mengingatkan juga saya kepada perbualan bersama Pakcik Mehmet, ayah Fatih, semasa kami bercuti di Bolvadin. "Pakcik, saya ingin bertanya sesuatu tentang nama pakcik. Bolehkah?", saya bertanya kepada Pakcik Mehmet, ayah Fatih. "Tentu sahaja, nak. Tanyalah. Kenapa pula dengan nama pakcik?", ayah Fatih sedikit terkejut dengan permintaan saya. "Saya terfikir, orang Turki ramai yang bernama Mehmet seperti pakcik. Saya kira Mehmet itu bermaksud Muhammad, kan?", saya bertanya. "Betul. Mehmet bermaksud Muhammad. Kenapa, Hasrizal?", tanya Pakcik Mehmet kepada saya. "Jika nabi kita, nama baginda disebut Muhammed. Hazreti Peygamber Muhammed. Mengapa nama Rasulullah disebut Muhammad sedangkan nama pakcik disebut Mehmet?", saya cuba mencari penjelasan dari pakcik. "Oh, itu rupanya soalan kamu. Setahu pakciklah, nama Muhammad itu kami khususkan hanya pada baginda Rasulullah SAW. Bukan apa. Kalau kami namakan anak-anak kami sebagai Muhammad, nanti kalau mereka buat hal, tercemar pula nama Rasulullah", kata Pakcik Mehmet. "Tercemar macam mana tu?", saya kurang faham apa yang Pakcik Mehmet maksudkan. "Bayangkan, kalau si Fatih ni pakcik namakan Muhammad. Tiba-tiba dia mencuri buah epal jiran sebelah. Nanti apa kata orang kampung? Isy, jahat sungguh Muhammad tu. Curi epal jiran! Hah, kan tak elok, perbuatan mencuri dinisbahkan kepada nama semulia Muhammad!", Pakcik Mehmet begitu bersemangat bercerita kepada saya. Terlopong saya dibuatnya!
Begitu sekali mereka mengambil kira soal ‘sekecil ini’. Maka amat tidak benarlah apa yang pernah ditulis oleh seorang penulis di dalam akhbar di tanah air. Sekembalinya beliau dari lawatan di Turki, beliau menulis dan menyentuh secara khusus isu nama Mehmet ini. Katanya, orang Turki sudah terlalu sekular sehingga hendak menyebut nama Rasulullah pun sudah tidak mampu. Sudah pelat, katanya. Walhal pemikiran penulis itu yang pelat! Menafsirkan budaya orang lain dengan pandangan sendiri. Mujur artikelnya di dalam Bahasa Malaysia. Kalau dibaca oleh orang Turki, tentu tersinggung hati mereka dengan persepsi kita seperti itu.
Ayam sudah siap terhidang. Lama pula saya mengelamun. Pelbagai perkara yang mengimbau ingatan saya sambil memasak di dapur. Kebetulan Fatih, dan rakan-rakan yang lain sedang sibuk menelaah pelajaran untuk peperiksaan akhir semester. Saya sudah selesai menjalani peperiksaan yang sama di Jordan dua minggu lalu. Kehadiran saya ke Turki sekurang-kurangnya dapat membantu kawan-kawan saya

ini belajar dengan lebih baik. Biar soal makan minum, saya bantu seadanya. "Fatih, Islam, Hasan, Faruk, Osman, marilah makan!", saya menjerit memanggil mereka yang khusyuk di meja membaca masing-masing. Setiap kali makan, kami akan membentangkan dua keping surat khabar lama. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan sisa makanan tidak jatuh ke karpet. Akan tetapi, malam itu perhatian saya terpaut kepada tindak-tanduk rakan saya ketika makan, terutamanya Islam. Setiap kali beliau mematahkan roti, beliau akan melakukannya di atas mangkuk nasi. Seandainya masih ada serbuk-serbuk dari kulit roti itu bertaburan di atas lapik, Islam akan mengumpulkannya untuk dimakan. Tidak ada langsung sisa makan yang terbuang.

"Islam, saya suka tengok cara awak makan. Tidak ada yang tersisa langsung. Berkat, berkat...!", saya memuji Islam.
"Betul Hasrizal. Ia soal keberkatan. Walaupun macam-macam yang kita makan, kita tidak tahu pada bahagian mana makanan kita yang Allah pilih sebagai asbab untuk-Nya menurunkan barakah", kata Islam. Ya, apa yang Islam katakan itu memang benar. Ia mengingatkan saya kepada sepotong hadith Nabi SAW:

عن جابر ، أنه سمع النبي صلى الله عليه وسلم ،
يقول : " إذا طعم أحدكم ، فسقطت
لقمته من يده ، فليمط ما رابه منها ، وليطعمها
، ولا يدعها للشيطان ، ولا يمسح
يده بالمنديل حتى يلعق يده ، فإن الرجل لا
يدري في أي طعامه يبارك له

Dari Jabir, beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila sesiapa dari kalangan kamu makan, dan jatuh sejemput dari tangan, maka bersihkanlah habuk yang terlekat pada makanan itu dan hendaklah dia memakannya. Jangan tinggalkan bahagian itu untuk syaitan. Dan janganlah dibersihkan tanganmu dengan kain pengelap sehingga dia telah menjilat (jari-jari)nya. Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu pada bahagian manakah makanannya yang diberkati Allah" Islam telah mengingatkan saya kepada pelajaran yang amat berharga. Pakcik Mehmet juga telah mengingatkan saya tentang ilmu yang berguna. Jangan pandang kecil, selagi ia berupa satu kebajikan dan kebaikan. Penilainya adalah Tuhan, Allah yang menilai amal pada harga sebuah iman. Jangan tangguhkan kebaikan yang kecil semata-mata mahu menunggu peluang amal yang besar. Itu di Turki. Hal ini juga mengingatkan saya kepada peristiwa semasa saya berjamu makan di rumah Pak Anjang saya di Baker Street, London. Pagi itu, kebetulan Pak Ngah sekeluarga datang dari Malaysia. Maka kami semua berkumpul di rumah Pak Anjang. Rumah di Baker Street ini Pak Anjang belikan untuk anaknya, Ziad yang belajar di Westminster University, di seberang jalan.

Saya amat kagum semasa melihat Mak Anjang memasak di dapur. Lebihan nasi malam tadi dikumpulkannya. Kemudian kerak nasi itu pula direndam di dalam air panas dan kemudian ditos. Semua bahagian nasi yang berlebihan malam tadi, Mak Anjang gunakan untuk memasak nasi gorengnya. Tidak ada bahagian makanan mana yang tersisa. Mungkin ini sebahagian daripada sikap Mak Anjang sekeluarga yang menjadi tangga mereka membina kehidupan yang berjaya. Walaupun sudah bertaraf jutawan, Mak Anjang dan Pak Anjang sekeluarga masih mengambil kira soal-soal kecil seperti kerak nasi di dapur.Saya amat menghargai pelajaran itu. Marilah kita bersama-sama menghitung dan mengambil kira benda-benda kecil yang kita abaikan selama ini. Mungkin pada yang kecil halus itulah Allah menyentuh kehidupan kita dengan barakah. Sebagaimana kebaikan yang kecil mungkin menjadi punca keberkatan Allah, maka berhati-hati jugalah dengan dosa-dosa yang kita anggap kecil. Ia menjadi punca murka Allah. Dalam setahun, mungkin seorang dua sahaja warga negara kita yang mati dibaham harimau. Namun, jumlah yang mati kerana gigitan seekor nyamuk, jauh berganda. Yang kecil jangan dipandang remeh, yang besar yang disangka segala-galanya. Mari luruskan saf, mari kemaskan saf, mari habiskan makanan, mari pelihara adab dalam iman. Murahkan senyuman, banyakkanlah membuat kebaikan yang mudah dan kecil tapi berpanjangan. Mengubah ranting dari jalan agar jangan ada yang kesakitan, memandang wajah saudara dengan air muka manis penuh senyuman. Banyak-banyakkan berbuat kebaikan, tidak diketahui yang mana bakal dipilih Tuhan, jadi pemboleh ke syurga yang berkekalan. Jangan pandang kecil pada RM1 yang mahu didermakan kepada mustadh’afeen di Palestin! Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Oleh:-
ABU SAIF (Saiful Islam)
Baca lagi...

Apabila...

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat

Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat
Kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat

Di tengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat

Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat
Yang lelaki, budak-budak muda pakai seluar ketat

Semua nak tunjuk kuat
Bila berjudi, percaya unsur kurafat

Tapi hidup pula yang melarat
Tali kasut dah tak berikat

Rambut pun jarang sikat
Yang perempuan, pakai mini sekerat

Suka pakai baju ketat-ketat
Suka sangat menunjukkan pusat

Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat
Pakai pulak yang singkat-singkat

Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat

Silap gaya jadi gawat
Bohsia bohjan lagi hebat
Duduk jauh berkirim surat

Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat

Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat
Usah peduli agama dan adat

Usah takut Allah dan malaikat
Yang penting apa kita nak buat?

Kita 'bukti'lah kita buat
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat

Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat
Habis manusia telah tersesat

Inilah dia fenomena masyarakat

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat
Marilah kita pakat mengingat
Bahawa dunia hari ini makin singkat
Esok atau lusa mungkin kiamat
Sampai masa kita semua akan berangkat !!!
Berangkat menuju ke negeri akhirat
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat
Masa tu, sendiri mau ingat

Umurmu banyak manamu buat ibadat...?
Zaman mudamu, apa yang telah mu buat...?
Harta bendamu, dari manamu dapat...?
Ilmumu, adakah mu manfaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)
Baca lagi...

Saturday, October 25, 2008

Salam Perkenalan

Salam perkenalan

Selamat datang ke laman-annur.blogspot. Semoga ia menjadi platform dalam menyebarluaskan maklumat-maklumat islami.


Wassalam Baca lagi...