KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR
Wednesday, December 29, 2010
Monday, December 27, 2010
Buku Percuma : Mengapa Saya Tidak Kristian? oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kepada sesiapa yang berminat dengan buku ini sila hantar sampul surat lengkap bersetem (RM1.00) & beralamat sendiri, ukuran sampul surat 25.5mm x 17.5mm. Hantarkan ke alamat:
UKMB Resources
Kedai Kita
Bangunan PAS Kelantan
Jalan Dato Pati
15000 Kota Bharu Kelantan
Buku ini adalah PERCUMA & terhad cetakannya. Siapa cepat dia akan dapat. Harap Maklum.
Sebarang permasalahan sila emailkan ke iklan@ukmb.my
Baca lagi...
Sunday, December 26, 2010
Makluman : Kongsi Posting Ke Dalam Facebook Anda
Pihak Admin telah memasukkan fungsi butang Share di dalam setiap posting seperti di bawah.
Sekiranya anda ingin berkongsi posting daripada blog ini ke dalam Facebook anda, sila tekan butang Share yang terletak di bawah setiap posting. Secara automatik, Facebook anda akan dikemaskini dengan posting tersebut.
Semoga penambahan fungsi baru ini akan menjadikan blog laman-annur/surauannur.net bertambah efisien di dalam penyampaian dakwah & penyebaran ilmu, insyaALLAH.
Wassalam.
lamanannur Baca lagi...
Buku 110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010
"Kita berada di bumi bukan hak kita & bukan ciptaan kita. Kita keluar dr perut ibu, tengok2 bumi sudah ada. Begitu juga ayah kita, ibu kita & datuk nenek kita, semuanya celik mata tengok bumi sudah ada. Ini menunjukkan segala yg ada ini bukan dibuat oleh manusia. Buah-buahan, tanam tanaman hatta sebutir beras pun x dibuat oleh manusia tetapi oleh Allah SWT. Ertinya kita hidup di bumi Tuhan, makan tanaman yg diciptakan Tuhan, hirup udara Tuhan, adakah munasabah kita mahu lawan Tuhan...?" Baca lagi...
Wednesday, December 22, 2010
Isi Dunia Yang Rapuh
Semoga ini memberi pengajaran kepada kita semua, amin
Isi dunia yang rapuh, posted with vodpod Baca lagi...
Tuesday, December 21, 2010
Rakaman : Pengajian Kitab Indahnya Hidup Bersyariat Oleh Ustaz Ismail Kamus Pada 19hb Disember 2010
TARIKH : 19hb Disember 2010 (Ahad)
MASA : 2.30 petang
TEMPAT : Bandar Tasik Puteri, Rawang
RAKAMAN : | muat turun |
Rakaman : Kuliah Dhuha Muslimat Oleh Ustaz Ismail Kamus Di Surau An-Nur Pada 19hb Disember 2010
MASA : 10.15 pagi
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
RAKAMAN : | muat turun |
Saturday, December 18, 2010
Rakaman : Kuliah Subuh oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus Pada 18hb Disember 2010 Di Pondok Ahmadiah Diniah, Batu 10, Cheras
MASA : Selepas Solat Subuh
TEMPAT : Pondok Ahmadiah Diniah, Batu 10, Cheras, Selangor
RAKAMAN : | muat turun |
Tuesday, December 14, 2010
Rakaman : Bab Seseorang Tidak Akan Meninggal Dunia Kecuali Dirinya Berprasangka Baik & Merasa Takut Kepada Allah SWT
BERPRASANGKA BAIK & MERASA TAKUT KEPADA ALLAH SWT
TARIKH : 12hb Disember 2010 (Ahad)
MASA : Selepas Solat Subuh
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
RAKAMAN : | muat turun |
NOTA TAMBAHAN : | dalam proses |
Friday, December 10, 2010
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H
Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 7-Disember-2010, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.
Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta melancarkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.
"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.
Rakaman video ini telah dikendalikan oleh Darussyifa'.
Jurukamera: Ustaz Hamizi Hamzah
Diedit oleh: Ibnuumar Asseluluni
Kredit kepada Darussyifa' Baca lagi...
Perutusan Ma'al Hijrah 1432H Oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah menyampaikan Perutusan Khas sempena Sambutan Ma'al hijrah 1432H.
Video ini telah dirakamkan di rumah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, Bandar Baru Bangi.
Rakaman ini dikendalikan oleh Unit Penerbitan Darussyifa'.
Jurukamera: Ustaz Rose Suhardy
Kredit kepada Darussyifa'
Baca lagi...
Tuesday, December 7, 2010
Haron Din Tokoh Maal Hijrah Selangor 1432H
Oleh : Ismail Hashim
SHAH ALAM, 7 Dis: Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.
Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta meluncurkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.
"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.
Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohamad Tamyez Abdul Wahid.
Menjelaskan tentang pandangan negatif masyarakat kepada golongan ulamak, Dr Haron menjelaskan, sebenarnya rakyat dan masyarakat awam tidak mengenali siapa dan yang mana satu ulamak kerana tidak banyak pendedahan berlaku di media perdana khasnya.
Membandingkan dirinya sendiri yang banyak diberikan peluang untuk siaran di televisyen sebelum ini, menyebabkan orang ramai termasuk golongan muda tetap mengenali dan memberikan penghormatan sebaiknya.
"Jadi tidak timbul masalah kalangan muda tidak menghormati ulamak kerana yang sebenarnya mereka belum mengenali siapa ulamak itu," ujarnya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.
Justeru, tegasnya, peranan ulamak ini mesti diinstitusikan agar mereka dapat menjalankan kewajipan mendidik rakyat dan anggota masyarakat dengan lebih baik lagi.
Menyentuh tentang peranan ulamak muda dan golongan tua, beliau menjelaskan, itu hanya istilah untuk menunjukkan usia dan tempoh mereka mendidik masyarakat sahaja, tidak lebih dari itu dan semua pihak mesti berperanan dalam masyarakat.
Dr Haron memulakan pengajiannya di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah, Perlis dan Kuliah al-Islamiah, Klang, Selangor seterusnya mengambil Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya pada 1962 hingga 1965), lulus dengan cemerlang dan mendapat hadiah biasiswa persekutuan terus ke Mesir.
Menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968), Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) dan Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974).
Antara kerjayanya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975–1976), Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985), Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara.
Juga menjadi Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB, Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan.
Begitu juga sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting.
Dalam politik, pula sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983), Ketua Penerangan PAS Pusat, sehingga kini sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS serta pernah bertanding di dalam pilihan raya 2004 di Parlimen Arau mewakili PAS.
Dr Haron Din adalah Pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (DarusSyifa') yang terletak di Bangi.
Sumber : http://www.harakahdaily.netBaca lagi...
Monday, December 6, 2010
Kuliah Kitab 300 Hadis Bimbingan oleh Ustaz Zahazan Mohamed Pada 5hb Disember 2010 Di Surau An-Nur
HADIS 168 - ORG2 MUKMIN IBARAT SATU JASAD
TARIKH : 5hb Disember 2010 (Ahad)
MASA : Selepas Solat Maghrib
RAKAMAN : | muat turun |
Rakaman : Kuliah Kitab Iman Oleh Ustaz Tarmizi Abd Rahman Pada 5hb Disember 2010 Di Surau An-Nur
TARIKH : 5hb Disember 2010 (Ahad)
MASA : Selepas Solat Subuh
RAKAMAN : | muat turun |
NOTA KULIAH : | dalam proses |
Rakaman : Kuliah Subuh Oleh Ustaz Dr Musthafa Umar Pada 4hb Disember 2010
TARIKH : 4hb Disember 2010 (Sabtu)
MASA : Selepas solat maghrib
RAKAMAN : | muat turun |
Rakaman : Kuliah Tasawwur Islam Oleh Ustaz Dato' Dr Haron din Di Masjid Negeri Pada 3hb Disember 2010
TARIKH : 3hb Disember 2010
MASA : Selepas solat maghrib
RAKAMAN : | muat turun |
Sunday, December 5, 2010
Nota Kuliah Kitab Iman Untuk Kuliah Pada 3hb Oktober 2010
Untuk makluman, nota kuliah untuk pengajian Kitab Iman yang disampaikan oleh Ustaz Tarmizi Abd Rahman telah dimuat naikkan di blog Ustaz Tarmizi di http://ustaz-tarmizi-abd-rahman.blogspot.com/2010/10/hubungan-malaikat-dengan-manusia.html atau boleh terus dimuat turun di http://tinyurl.com/2c535qu.
Semoga ini akan dapat sedikit sebanyak dapat dijadikan rujukan sampingan untuk pengajian kitab Iman : Rukun, Hakikat & Pembatalannya karya Dr Muhammad Naim Yasin.
Sekian, terima kasih.
lamanannur Baca lagi...