KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Saturday, August 14, 2010

PENGUMUMAN - Tuan Guru Ustaz Dato' Dr Haron Din Akan Menjalani Pembedahan Jantung

Salam Semua

Dalam kuliah Feqah (Khamis 5-Ogos-2010) di Surau Annur Bandar Baru Bangi dan Kuliah Pengubatan Islam (Isnin 9-Ogos-2010), Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah memaklumkan bahawa beliau perlu menjalani rawatan jantung di Stanford Hospital, California USA pada awal bulan Ramadan ini. Keadaan jantung beliau kerap sakit sejak akhir-akhir ini. Kerap sakit dada dan sesak nafas.

Beliau terpaksa membatalkan program menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini.

Ketika memaklumkan keadaan kesihatan beliau ini, beliau menitiskan air mata. Beliau berkata dengan penuh perasaan "Kenang Daku Dalam Doa Kalian".


Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini dengan melakukan solat hajat dan berdoa semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Tuan Guru dengan kesembuhan yang berterusan dan Allah SWT memanjangkan umur Tuan Guru dengan keberkatan dan sihat walafiat.

Doakanlah juga semoga segala urusan untuk menjalani rawatan ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din seisi keluarga.


lamanannur

Sumber : http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=115
Baca lagi...

Tuesday, August 3, 2010

EBook Kado Untuk Mujahid


Salam semua,

Kepada peminat-peminat karya Habiburrahman el-Shirazy, di dalam himpunan cerpen Kado Untuk Mujahid, terdapat cerpen hasil nukilan Habiburrahman iaitu Syahidnya Sang Penyair. Anda boleh download Novel Kado Untuk Mujahid di SINI.

Wassalam
Baca lagi...

Persediaan Kedatangan Ramadhan

Salam

Sebagai bekal kita menghadapi bulan yang diberkahi Ilahi. Sila klik di SINI. Semoga ini bermanfaat kepada kita semua, amin.


http://www.surauannur.net Baca lagi...

Monday, August 2, 2010

Ingatlah, Allah Melihat Kita

"Islam (meng)ajar kita, apabila manusia selalu diawasi oleh Raqib & Atid, walaupun ada ibu bapa, guru, ustaz, polis & askar, ada lagi Allah Yang Maha Mengawasi. Mari kita bersama-sama 'besar-besarkan' kesedaran ini. Inilah cara untuk menangani masalah sosial yang sangat kritikal sekarang ini. Semangatnya ialah, sekalipun polis tiada, Allah tetap ada. Tuhan sentiasa ada & sentiasa melihat perbuatan kita" | Telaga Budi - TG Nik Abd Aziz Nik Mat Baca lagi...

Sunday, August 1, 2010

Puasa Menjana Manusia Efektif

  1. Tema: Menghargai sebuah kehidupan. Melakukan yang terbaik
  2. Syarat utama ialah mengeluarkan diri dari taklukan faktor luar, membebaskan diri dan memimpin kebebasan itu dengan prinsip
  3. Bagaimana Islam merealisasikan hal ini? TAQWA
  4. Puasa: contoh terbaik
  5. Tidak makan kerana tiada makanan: tidak menjadi proses / latihan.
  6. Ada makanan, memilih untuk tidak makan, kerana Allah – mekanisma latihan membebaskan diri dan memimpin kebebasan dengan prinsip
  7. Belajar berkata tidak kepada sesetengah kemahuan diri (hikmah puasa)
  8. Ambil ia secara pakej
  9. Semasa membeli di bazar Ramadhan, belajar berkata tidak (sengajakan beberapa kekecewaan)
  10. Apabila menerima provokasi, jangan lawan dan jangan pendam, nanti jadi dendam. Sebaliknya ekspresikan ia pada kadar yang terkawal dengan berkata AKU BERPUASA
  11. Orang yang menghayati PUASA akan bagus kawalan diri. Jika air masuk ke dalam mulut semasa mandi, dia tidak hilang kawalan lalu menelan air. Sebaliknya dia mampu menekan butang pause kemudian meludahnya keluar.
  12. Jika diberikan cek RM10K bernama rasuah, dia terliur tetapi mampu menekan butang pause dan mencarik cek itu kerana ada kawalan ke atas diri.
  13. Benarlah firman Allah:

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. [Al-Baqarah 2: 183]

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor


Baca lagi...

Rakaman : Kuliah Pengajian Kitab Iman Oleh Ustaz Tarmizi Abd Rahman Pada 1hb Ogos 2010

TAJUK : HUBUNGAN MALAIKAT DENGAN MANUSIA
TARIKH : 1hb Ogos 2010 (Ahad)
MASA : Selepas Solat Subuh
RAKAMAN : | muat turun |

Sila ke http://ustaz-tarmizi-abd-rahman.blogspot.com/ untuk rakaman kuliah beliau yang telah lalu.


http://www.surauannur.net
Baca lagi...