KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Wednesday, June 2, 2010

Seminar Perubatan Islam

"KE ARAH MELAHIRKAN
MU'ALLIJ/PERAWAT MUDA"

ANJURAN :
PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL RUQIYYAH

TARIKH :
13 JUN 2010 (AHAD)

MASA :
8.30 PAGI - 1.00 PETANG

TEMPAT :
PUSAT BELIA ANTARABANGSA,
BANDAR TUN ABDUL RAZAK
(DEPAN HUKM)

TEMA :
MERAWAT MELALUI AL-QURAN DENGAN AL-QURAN

LATAR BELAKANG PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL RUQIYYAH

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah merupakan satu pertubuhan yang bertindak sebagai klinik, dengan memberikan rawatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Pusat rawatan ini menggunakan terapi al-Quran dan bertindak sebagai suatu alternatif untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada sesiapa yang mengalami masalah yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus.

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah ditubuhkan dengan hasrat memenuhi tuntutan Syarak sepertimana yang telah diperintahkan dalam al-Quran dan al-Hadis, dalam memberikan khidmat tenaga dan kepakaran ilmu dan kemahiran yang ada dalam membimbing masyarakat dengan rawatan Islam kepada ajaran dan akidah yang sebenar.

Penubuhan pusat rawatan ini juga adalah bertujuan melahirkan perawat-perawat muda yang mampu memikul amanah sebagai da’ei iaitu pendakwah untuk meneruskan agenda perjuangan yang telah ditinggalkan oleh Junjungan Besar Nabi S.A.W dan para sahabat serta sarjana-sarjana Islam terdahulu khususnya dalam bidang rawatan Islam.

OBJEKTIF SEMINAR

- Memberi pendedahan awal berkenaan penubuhan Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah
- Memberi pededahan awal berkenaan pengenalan kepada perubatan Islam dan perbezaannya dengan perubatan tradisional yang diharamkan di sisi syarak berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis.
- Memberi taklimat awal berkenaan gambaran perjalanan bengkel dan latihan yang akan dijalankan.

JUSTIFIKASI SEMINAR

- Melahirkan perawat-perawat muda, disebabkan kurangnya perawat yang sanggup untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang rawatan Islam
- Meningkatnya kes-kes gangguan seperti rasuk, saka, santau, susuk dan pelbagai lagi dari tahun ke tahun
- Meningkatnya pusat rawatan tradisional yang tidak berpandukan kepada kaedah rawatan yang dituntut oleh syarak

KERTAS KERJA

Sesi 1 : Persediaan menjadi Perawat
Sesi 2 : Panduan mengenal Makhluk Halus

***Bonus : Rawatan 'scan' secara PERCUMA

SYARAT PENYERTAAN
  • Terbuka kepada semua lapisan masyarakat
  • Sekiranya berminat, sila emelkan nama penuh, IC, alamat, no telefon kepada alsalsabil@hotmail.com
  • Yuran sebanyak RM 50 (termasuk minum pagi, buku ruqiyyah dan kertas kerja).
  • Sila bank in ke akaun Darul Ruqiyyah Enterprise (Maybank - 502120114453). Sila simpan dan kemukakan slip/resit semasa hari pendaftaran.
  • Untuk pengesahan pendaftaran, sila sms pada no 0173727252 setelah pembayaran dibuat.
  • Tarikh tutup penyertaan pada 6 Jun 2010
  • Terhad kepada 100 orang sahaja.

No comments: