KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Sunday, February 28, 2010

Jadual Kuliah Bulanan Dato' Ustaz Ismail Kamus Di Darussalam, Gombak

Baca lagi...

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.


Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.


3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri
tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian k
epala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.


7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dimasukkan ke dalam botol dan dicampurkan sedikit dengan air mineral atau air minuman yang lain.

8. Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Pencegahan Awal


Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;Terjemahannya: "Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami."

Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;
Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat
dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.

Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.

Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.

Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.


Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar dibentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.


Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.

Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri

1. Doa Bersetubuh


Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.
Terjemahannya: "Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami."

2. Doa ketika hampir keluar mani


Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.

Terjemahannya: "Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa" (Surah al-Furqaan ayat 54)

Wallahu’alam

Sumber :
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=88
Baca lagi...

Saturday, February 27, 2010

Karnival Maulidur Rasul Di Masjid Negeri Shah Alam

Baca lagi...

Rakaman Khutbah Jumaat Di Masjid Al-Azhar, KUIS

TAJUK : MAULIDUR RASUL & ISU PALESTINE
TARIKH : 26hb Februari 2010 (Jumaat)
MASA : 1.30 tengahari
TEMPAT : Masjid Al-Azhar, KUIS
RAKAMAN : | muat turun | maaf...audio kurang memuaskan
Baca lagi...

Friday, February 26, 2010

Rakaman Kuliah Subuh Oleh Ustaz Amir Muttakin Abd Ghani Di Surau An-Nur

TAJUK : TAFSIR SURAH YAASIN (AYAT 1-4) & PENGALAMAN URUS JENAZAH
TARIKH : 26hb Februari 2010 (Jumaat)
MASA : Selepas Subuh
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
RAKAMAN : | muat turun kuliah | muat turun doa |


Baca lagi...

Tuesday, February 23, 2010

Rakaman Kuliah Dhuha Muslimat Oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus Di Surau An-Nur

TAJUK : KELEBIHAN SOLAT 5 WAKTU
TARIKH : 21hb Februari 2010 (Ahad)
MASA : 10 pagi
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
RAKAMAN : | muat turun |






Baca lagi...

Monday, February 22, 2010

Undian Diwujudkan Ruangan Khidmat Jodoh

Salam semua

Ada cadangan daripada Baitul Muslim untuk diwujudkan ruangan Khidmat Jodoh di dalam blog ini. Untuk itu saya serahkan kepada semua pengunjung untuk tentukannya.


Sila ke ruangan seperti di bawah untuk membuat undian anda...Keputusan untuk diwujudkan ruangan ini.....ANDA TENTUKAN
Baca lagi...

Saturday, February 20, 2010

Ceramah : Tha'labah bin Hatib RA Oleh Ustaz Mohd Nazri Ahmad Di UKM

Baca lagi...

Rakaman Kuliah Subuh Oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus Di Pondok Batu 9, Cheras

TAJUK : PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN DI PAGI & SEBELUM TIDUR
TARIKH
: 20hb Februari 2010 (Sabtu)

MASA
: Selepas Subuh

TEMPAT
: Pondok Batu 9, Cheras

RAKAMAN
: | muat turun | maaf...audio kurang memuaskan


Ringkasan kuliah:
> 4 Perkara yang perlu diniatkan pada pagi hari:
  1. Menunaikan kewajipan kita kepada Allah
  2. Meninggalkan segala larangan
  3. Menyelesaikan masalah sesama manusia
  4. Memperbaiki hubungan dengan musuh
> 4 perkara yang perlu diselesaikan sebelum tidur:
  1. Menyelesaikan permusuhan
  2. menyelesaikan masalah fardhu e.g. melaksanakan solat isya sebelum tidur
  3. Bertaubat sebelum tidur i.e. sekurang-kurangnya beristighfar sebanyak 3 kali & membaca Saiyidul Istighfar
  4. Menulis wasiat
> 3 golongan di pagi hari:
  1. Mencari harta
  2. Mencari dosa
  3. Mencar jalan
> Ada 2 rasa ketika di dunia:
  1. Aman
  2. Takut
> 2 kelebihan bila ada rasa tersebut:
  1. Qana'ah
  2. Manisnya beribadah

Baca lagi...

Wednesday, February 17, 2010

President PAS Selamatkan Mangsa Lemas Pada 14hb Februari 2010


Kredit kepada http://nikhassanazmi.blogspot.com

HARI ini menurut Harakah, Marang, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.


Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya. "Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi. Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.

Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut... saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.

"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.

Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.

Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.

"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."


Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya. Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.

Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.

Teringat saya puluhan tahun lalu, saya pernah menganjurkan ceramah PAS di Pulau Pinang (saya tak ingat pasti tempat ceramahnya), waktu itu rombongan ustaz Hadi datang lambat. Bila ditanya mengapa, anggota rombongannya menjawab, "Ustaz Hadi nyaris maut kerana jirannya minta tolong tangkap orang gila yang sedang mengamuk berhampiran rumahnya. Tiada orang lain yang sanggup pada masa itu, maka beliau terus menangkapnya. Parang panjang melintasi atas kepalanya, hingga terjatuh serbannya. Akhirnya orang gila itu berjaya ditundukkan dan beliau selamat, alhamdulillah!"

Sekian. Wassalam.

Sumber : http://www.ibnuhasyim.com

Baca lagi...

Forum - Peranan Masjid Dulu, Kini & Akan Datang

Baca lagi...

Tuesday, February 16, 2010

Khutbah Jumaat Oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil Di Surau Al-Munir

Baca lagi...

Kuliah Fiqh Sirah Oleh Ustaz Sallehuddin Mohd Nasir Di Surau An-Nur

Baca lagi...

Rakaman Kuliah Kitab Tajzibu Atrafal Hadis Oleh Ustaz Kamal Ashaari


TAJUK : BAB MAKAN MINUM & PERKARA YANG PALING RASULULLAH SAW TAKUT TIMPA KE ATAS UMATNYA (muka surat 16)
KITAB : TAJZIBU ATHRAFAL HADIS
TARIKH : 15hb Februari 2010 (Selasa)
MASA : Selepas Solat Maghrib
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
RAKAMAN : | muat turun |
SINOPSIS KITAB :

Kitab "Tajzibu Athraf Al-Hadis" ini adalah merupakan hasil karangan dan terjemahan oleh Ustaz Abdul Hadi Halim dari Kitab asalnya yang bertajuk "Mukhtar Al-Ahadis".

Kitab ini mengandungi hadis-hadis pilihan yang mana hadis-hadis ini disusun mengikut huruf-huruf yang bermula daripada huruf "alif' hingga 'ya'. Setelah itu penyudah bagi kitab ini pula membincangkan hadis-hadis yang membicarakan tentang memperbaiki perangai atau kelakuan setiap muslim supaya menjadi hamba-hamba Allah yang benar-benar berakhlak mulia


Baca lagi...

Sunday, February 14, 2010

Blog Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh

Salam semua,

Dengan berkat doa semua, alhamdulillah saya telah dapat membangunkan blogspot Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh. Blog ini boleh dicapai di:


InsyaALLAH rakaman kuliah pengajian bulanan kitab Ringkasan Tazkirah al-Qurtubi di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi akan dimuat naikkan di blog ini. Begitu juga dengan Nota Tambahan untuk setiap kuliah tersebut.


Juga atas permintaan sahabat-sahabat, rakaman kuliah bulanan kitab al-Kabair di Surau Al-Amin, Bandar Tun Hussien Onn juga akan saya usahakan.


Saya mengharapkan doa rakan-rakan pengunjung, jemaah Surau An-Nur & jemaah Surau Al-Amin agar saya dapat beristiqamah dengan penuh keikhlasan demi mencari redha Ilahi.

Semoga usaha kecil ini dapat dinilai oleh Allah sebagai usaha & pelaburan amal soleh sebagai bekal menuju Akhirat, amin yaa robbal'alamin.

lamanaannur
Baca lagi...

Saturday, February 13, 2010

Jualan Amal CD MP3 40 Kuliah2 Surau An-Nur Bulan NOV & DIS '09


Salam, kepada yang berminat untuk mendapatkan rakaman kuliah-kuliah yang telah diadakan di Surau An-Nur bagi bulan November & Disember 2009, sila dapatkan di gerai jualan Tuan Haji Amran di perkarangan Surau An-Nur. Harga RM10 & hasil penjualan CD tersebut akan disumbangkan kepada Tabung Pengurusan Surau An-Nur.

Kredit kepada Encik Arman Alim Mohd Ismail
Baca lagi...

Tuesday, February 9, 2010

Sunday, February 7, 2010

Alamat Email Baru : admin@surauannur.net


Salam

Alhamdulillah untuk makluman semua, email rasmi untuk Surau An-nur telah didaftarkan.



Sekiranya Tuan-Tuan & Puan-Puan ingin memaklumkan sebarang perkara, aktiviti-aktiviti atau program, bolehlah dipanjangkan menerusi alamat email baru ini.

Semoga usaha sahabat yang menjadikan ini suatu kenyataan, beroleh keberkatan Ilahi hendaknya, amin.

Sekian.

lamanannur
Baca lagi...

Dialog Antara Agama : Agama Disanjung, Perpaduan Dijunjung

Baca lagi...

Ceramah Agama Oleh Dd Musthafa Umar Pada 8hb Februari 2010

Baca lagi...

Monday, February 1, 2010

Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam - JalanMenuju Allah

Sila klik di SINI untuk muat turun. (kredit to Saifol Iskandar)
Baca lagi...

Rakaman Ceramah Agama Oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil Di Surau An-Nur Pada 28hb Januari 2010

TAJUK : AKHLAK SEORANG MUSLIM
OLEH : Ustaz Hasrizal Abd Jamil aka SaifulIslam
TARIKH : 28hb Januari 2010 (Khamis)
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
RAKAMAN : | muat turun | Kredit to Saifol Iskandar

Baca lagi...