KALENDAR KULIAH PENGAJIAN SURAU AN-NUR

Saturday, January 31, 2009

Untukmu Mujahid Palestin


Baca lagi...

Jadual Kuliah Pengajian oleh Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad bagi Bulan Februari 2009

Salam
Berikut adalah jadual kuliah pengajian Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad bagi bulan FEBRUARI 2009 :
# 2 Feb 2009 > Masjid Simpang Empat, Permatang Buluh, Pulau Pinang > Nurul Ehsan Jilid 2
# 3 Feb 2009 > Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah > Bahrul Mazi Jilid 15
# 9 Feb 2009 > Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak > Nurul Ehsan 4
# 10 Feb 2009 > Masjid Jelutong, Pulau Pinang > Bahrul Mazi Jilid 5
# 16 Feb 2009 > Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang > Nurul Ehsan Jilid 1
# 17 Feb 2009 > Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah > Bahrul Mazi 13



l@manannur Baca lagi...

Wednesday, January 28, 2009

Seminar Ekonomi Islam Peringkat Kebangsaan 2009

"KE ARAH PENGUKUHAN DAN PEMAHAMAN APLIKASI SISTEM EKONOMI ISLAM DI MALAYSIA"

Tarikh
10 - 11 Februari 2009

Tempat
Balai Ilmu Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Penganjur
Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Yuran
Awam RM100.00 & Pelajar RM30.00
Pendaftaran
Tentatif Program
10 Februari 2008 (Isnin)
8.30 pg : Pendaftaran peserta
8.45 pg : Majlis Perasmian
9.15 pg : Pembentangan Kertas Kerja Utama
10.45 pg : Minum Pagi
11.00 pg : Sesi Selari I
12.30 tgh : Makan Tengahari dan solat Zohor
2.00 ptg : Sesi Selari II
4.00 ptg : Minum petang dan bersurai

11 Februari 2009 (Selasa)
8.45 pg : Sesi Selari III
10.45 pg : Minum Pagi
11.00 pg : Majlis Penutup
* Tentatif program ini tertakluk kepada perubahan
Sila klik di sini untuk maklumat lebih lengkap.
Baca lagi...

Kata-Kata Hitler Berkenaan Orang Yahudi


"I killed half the Jews and left the other half for you to discover why I killed the first"
"Saya bunuh separuh orang Yahudi & meninggalkan separuh lagi untuk kamu mengetahui kenapa saya bunuh mereka"
Adolf Hitler
Sumber maklumat :
1. Sila ke Wiki.Answers http://wiki.answers.com/Q/
2. Bila berada di WikiAnswers, taip "What are some of Hitler's quotes concerning Jews?"
3. Klik "Go"
Baca lagi...

Tuesday, January 27, 2009

Usrah Gabungan Pusat WADAH, ABIM & PKPIM

USRAH GABUNGAN PUSAT WADAH, ABIM & PKPIM

"Hentikan Kezaliman di Gaza"

PENGISIAN OLEH:
a) Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman, EXCO WADAH
b) Hj Mohd Asri Abdul, CEO GPM

* Kutipan akan di buat untuk Tabung Palestin GPM

TARIKH:
28 Januari 2009, Rabu (Solat Isyak bersama)

MASA:
8:15 - 11:00 malam

TEMPAT:
Surau Sek. Rendah Islam ABIM (SERI ABIM)
Kompleks Dar Al-Hikmah
Sg Ramal Dalam Kajang

Dijemput hadir beramai-ramai !!!

Maklumat & pertanyaan sila hubungi Sekretariat WADAH Pusat di talian 03-8925 2344

Informasi daripada:
Sekretariat ABIM PusatAnjung Rahmat Batu 6, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur Tel: 603-6188 0300Fax: 603-6189 6700 Baca lagi...

Rakaman Kuliah-Kuliah Tafsir Dr Danial Zainal Abidin

Salam
Berikut adalah rakaman audio Kuliah-kuliah Tafsir Al-Quran oleh Dr Danial Zainal Abidin bertempat di Surau Kompleks Belia dan Sukan, Sungai Nibong, Pulau Pinang:

1) 21 Dis 2008 - Surah Al-Qamar ayat 21 hingga 42
2) 4 Jan 2009 - Surah Al-Qamar ayat 41 hingga 55
3) 11 Jan 2009 - Surah Al-Rahman ayat 1 hingga 13
4) 18 Jan 2009 - Surah Al-Rahman ayat 3 hingga 13
5) 25 Jan 2009 - Surah Al-Rahman ayat 10 hingga 16

Semoga memberi manfaat kepada kita semua.

Daripada : azrul alwi Baca lagi...

Rakaman Kuliah-Kuliah Pengajian Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

Salam
Berikut merupakan audio kuliah-kuliah pengajian kitab yang disampaikan oleh Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad:

1) 7 Jan 2009 - Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak - Tafsir Nurul Ehsan Jilid 4 ms 142
2) 13 Jan 2009 - Masjid Jelutong, Pulau Pinang - Bahrul Mazi Jilid 5 ms 118
3) 19 Jan 2009 - Masjid Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang - Tafsir Nurul Ehsan Jilid 1 ms 174

Sila sebarkan, mudah-mudahan saudara diberkati.

Oleh : Azrul Alwi Baca lagi...

Bila Ragu

Kehidupan silih berganti dengan aneka ujian & kadarnya masing-masing; kadang berat, kadang ringan. Dalam suasana yang demikian, kerap muncul rasa ragu kepada Sang Khalik, Allah SWT. Bila hal demikian menimpa kita, hendaknya segera membaca lafaz perlindungan kepada allah (seperti) di bawah ini:

Amantu billahi wa rosulihi

"Aku beriman kepada Allah & kebenaran para rasul yang diutus oleh-Nya"
(riwayat Bukhari 6/336: Fathul baari & Muslim 1/120)

Selanjutnya, hendaklah membaca firman Allah SWT yang maha mulia dalam surah al-Hadid ayat 3:

"Dialah yang awal, yang akhir, yang lahir , yang batin. Dan Dialah yang maha mengetahui atas segala sesuatu"


Sumber : Suara Hidayatullah - Oktober 2008
Baca lagi...

Monday, January 26, 2009

Doa

Doa senjata orang mukmin. Sejauh mana 'ketajaman' senjata ini memberi kesan dalam mengharapkan doa yang dipohon itu diterima oleh Allah?
Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Kaedah yang baik & tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Al-Khalik. Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran & kemuliaan Allah SWT termasuk jumlah 99 nama Allah. Ustaz Abdullah Mahmud menurunkan beberapa panduan tata cara berdoa iaitu:
> Angkat tangan ke paras dada
> Raparkan kedua-dua belah (tapak) tangan
> Kita akan nampak urat tangan kanan & kiri bercantum seakan membentuk seperti sampan.
"Apabila urat tangan itu bertemu, ia akan menjadi huruf 'ba'. titik 'ba' letak
di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf
hijaaiyah di dalam al-Quran, Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Maka
malaikat yang menjaga huruf 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan
mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu,
berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan,"
jelas Ustaz Abdullah.
> Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy & duduk tahiyyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan-badan betul-betul & jangan menyandar
> Sepanjang berdoa banyakkan memuji kebesaran Allah & menyebut nama-nama Allah yang lain sesuai dengan keperluan kita pada masa itu. Contohnya, jika berdoa memohon murahkan rezeki, sebutlah nama Allah, Ar-Razaq. Susuli juga dengan selawat ke atas Nabi SAW.
> Berdoalah sungguh-sungguh dari hati. Jangan rasa tertekan apabila tidak tahu berdoa dalam bahasa Arab kerana Allah itu maha pengasih. allah sangat memahami & maha mendengar segala bicara tulus hamba-hamba-Nya
> Ajarkan kepada anak-anak & seluruh ahli keluarga supaya bersungguh-sungguh dalam menjaga adab semasa berdoa. Sesungguhnya apabila dari kecil telah dibiasakan bersungguh-sungguh dalam bermunajat kepada Allah, insyaAllah ia akan membentuk peribadi (yang) baik dalam kehidupan masing-masing

Sumber : Majalah Anis
Baca lagi...

Bukan Sekadar Baca Al-Quran Untuk Cari Pahala


SABDA Rasulullah SAW (yang) bermaksud, "Tidak beriman dengan Al-Quran orang yang menganggap halal perkara yang Tuhan kata haram".

Sama ada dikatakan halal dengan lisan benda yang Tuhan kata haram, ataupun berlagak seolah-olah perkara itu halal, sedangkan ia jelas haram hukumnya di sisi ALLAH SWT, cara itupun dikira tidak beriman dengan al-Quran.

Tidak beriman dengan al-Quran sama ertinya tidak beriman dengan yang lainnya, sama ada terhadap Allah SWT & Rasul-Nya, dengan Kitab-Nya & Hari Akhirat. Semunya termasuk dalam beriman dengan al-Quran.

Ini kerana semunya dijelaskan dalam al-Quran. Jika termasuk tidak beriman dengan al-Quran, bererti samajuga tidak beriman dengan Allah SWT & Malaikat-Nya serta Qadak & Qadar juga lainnya.

Oleh yang demikina kepada orang tidak menganggap bahawa perkara haram itu haram, & yang halal itu halal bahkan yang haram dikatakan halal atau sebaliknya, maka orang begitu sikapnya menyimpang daripada ajaran Nabi SAW.

Tidak jamin bahawa mereka sebagai mukmin. Tidak mukmin, jika tidak kafir bererti munafik kedudukannya. Setuju atau tidak perkara tersebut tetap begitu. Sabda Nabi SAW yang bermaksud,


"Hendaklah kamu baca al-Quran selagi ia boleh melarangmu"

Ertinya selagi seseorang (itu) boleh melarang apa yang dilarang oleh Allah SWT & al-Quran, maka bacalah al-Quran.

Tiada ertinya langsung membaca al-Quran jika larangannya dilanggar, suruhannya pula tidak dilaksanakan. Membaca dalam keadaan sebegitu, Nabi SAW menganggap seperti tidak membacanya, meskipun kedengaran menyebut ayat-ayatnya. Seolah-olah orang sedang mengigau atau bercakap sesuatu yang tidak difahaminya.

Sama ada memahami atau tidak kandungan al-Quran namun dari segi membacanya tetap dapat pahala, kerana itu adalah hikmah & keramat al-Quran.

Tujuan al-Quran diturunkan tidak sekadar untuk mencari pahala, sebaliknya membaca & memahaminya ialah untuk mendidik & membentuk peribadi manusia & mengamalkan suruhan-Nya.

Bagaimana hendak beramal & membentuk peribadi mulia jika tidak memahami kandungan-Nya. Justeru menjadi kewajipan memahami segala maksud al-Quran bagi umat Islam mempelajarinya. Supaya peribadi & amalannya akan bertambah baik.

Berkata Anas anak angkat Nabi SAW yang bermaksud, "Ramai orang membaca al-Quran sedangkan al-Quran melaknat diri mereka setiap ketika". Mendengar kata sebegini menyebabkan seseorang tidak membaca al-Quran, kerana takut kena sumpahnya sekiranya tidak amal apa yang dibaca. Jika tidak baca langsung Allah SWT pula yang akan melaknatnya.

Sewajarnya mereka dilaknat oleh Allah SWT kerana mereka sebagai hamba-Nya, yang dijaga & dipelihara kesejahteraannya sejak daripada kandungan ibu, hingga lahir ke dunia & dewasa diberi kesempatan hidup dengan persekitaran yang nyaman & udara yang segar, tiba-tiba dengan akal yang sempurna mereka tidak memanfaatkan untuk mempelajari & memahami kandungan al-Quran, yang telah diturunkan kepada Nabi SAW & dikurniakan kepadanya.

Kepada mereka yang kena laknat lantaran beberapa sebab, PERTAMAnya membaca dengan salah tanpa panduan tajwid. Orang yang mendengar sebutan salah itu wajib ke atasnya menegur, orang yang kena tegur wajib menerima teguran itu & membetulkan bacaannya.

Al-Quran 30 juzuk yang diturunkan dari sejak ummulkitab (al-Fatihah) hingga kepada surah yang akhir An-Nas, wajib atas umat Islam membacanya sama seperti Malaikat Jibril, yang (mem)bawa turun & mengajar kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Tiada bahasa yang dikawal dengan tajwid melainkan bahasa Arab, bahasa al-Quran. Ini keistimewaan al-Quran ketepatan sebutan makhrajnya, untuk ketepatan maksudnya. Hanya bahasa al-Quran yang dikawal dengan tajwid & fashahah yang pelbagai, makhrajnya pelbagai tempat terbitnya huruf.

Ada yang dibaca dengan ghunnah (dengung), izhar, ihfa, iqlab & ada mad wajib muttasil & wajib Munfassil & pelbagai caranya lagi.

Semua itu diwujudkan untuk menjamin ketepatan sebutannya, jika hukum tajwid dipatuhi sepenuhnya maka sebutan al-Quran antara orang Arab & orang 'ajam berkeadaan sama sebutannya.

Sebab KEDUAnya kena laknat ialah walaupun bacaannya betul mengikut tajwid, tetapi tidak memahami makna & maksudnya.

Lantaran tidak memahami maksudnya, menyebabkan segala hukum-hakam & perundangan di dalamnya tidak diamalkan seperti yang dikehendaki Allah SWT.

Abdullah ibnu Ma'sud berkata,


"Bahawa al-Quran diturunkan supaya manusia beramal dengannya. Jangan dikata al-Quran itu tidak sesuai & ketinggalan zaman, kata-kata ini hanya layak keluar dari mulut orang kafir. Ada antara umat Islam baca al-Quran sejak dari surah al-Fatihah hingga tamat 30 juzuk, tidak cicir walau sebutir huruf, kalau ada yang cicir hanyalah amalannya"

Demikian sindiran Abdullah ibnu Mas'ud. Jika ada pembaca al-Quran lalu dikagumi bacaannya hingga mendapat anugerah yang lumayan, termasuk menunaikan haji atau umrah secara percuma, janganlah berasa senang hati kerana ada yang lebih penting, iaitu beramal dengan al-Quran sebagai pedoman hidup dunia & akhirat.

Oleh : Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat - Mauidzah (Harakah - bil. 1410)
Baca lagi...

Friday, January 23, 2009

Ceramah Agama oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Dengan segala hormatnya dijemput semua ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak Darul Ridzuan pada 1 Februari 2009 (Ahad) ini untuk kita sama-sama menerima santapan rohani dari ulama' yang hebat dan ulung di tanahair kita iaitu Dato Dr. Haron Din.
Semoga dengan kehadiran semua akan memberkati lagi majlis ilmu yang bakal dianjurkan nanti.
Oleh : ajijoi.blogspot.com
Baca lagi...

MAKLUMAN : Kuliah Pengajian di Surau Al-Amin, Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras

Salam
Alhamdulillah. Jadual Kuliah Bulanan Pengajian di Surau Al-Amin, Bandar Tun Hussein Onn (peta lokasi) telah dimasukkan di dalam blog laman-annur .
Doakan semoga kekuatan diberikan kepada kita untuk terus menimba ilmu ALLAH yang tiada berpenghujung ini.

lamanannur@yahoo.com Baca lagi...

Forum Perdana - Selamatkan Gaza


FORUM PERDANA : SELAMATKAN GAZA
Tarikh : 23 Januari 2009 (Jumaat)
Masa : 8 malam
Tempat : Surau Saujana Impian, Kajang
QIAMULLAIL & KULIAH SUBUH
Tarikh : 24 Januari 2009 (Sabtu)
Masa : 3.00 pagi
Tempat : Surau Saujana Impian, Kajang
Semua muslimin & muslimat dijemput hadir
Baca lagi...

Wednesday, January 21, 2009

Seminar Dinar Emas (DINAR '09)

SEMINAR DINAR EMAS (DINAR '09)
Tarikh : 21 Februari 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Tema : Revival of Gold Dinar - Duty of the Ummah
Anjuran : Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya
Pembentangan kertas kerja :
1. Associate Professor Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2. Pn Nik Mahani Mohamad, Ahli Jawatankuasa Dinar Kelantan
3. Profesor Umar Ibrahim Vadillo, Perintis dalam Pengenalan Semula Dinar
4. YB Datuk Paduka Haji Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim
Yuran Penyertaan : RM50 sahaja!!! (Mahasiswa UM hanya RM30)
PENYERTAAN TERHAD DIKHUSUSKAN UNTUK MAHASISWA & PENSYARAH UNIVERSITI. PENYERTAAN DARI ORANG RAMAI DIALU-ALUKAN....
Untuk penyertaan hubungi Ainie - 017 4233014
Baca lagi...

Kem Solat Remaja Bistari 2009


KEM SOLAT REMAJA BESTARI 2009
“Menghiasi Dunia Remaja dengan Sunnah”

TARIKH 24-26 Januari 2009 (Sabtu - Isnin)
TEMPAT Masjid Hasanah Bangi
ANJURAN INTIS Consultant
Dengan kerjasama
Masjid Hasanah Bangi Mahasiswa dan Mahasiswi IPT

Sila klik di sini untuk maklumat lengkap.

Baca lagi...

Bantulah Saudara Seakidah Kita Di Bumi Palestin


Baca lagi...

Hakikat Kehidupan


Baca lagi...

Monday, January 19, 2009

MAKLUMAN : Jadual Kuliah Pengajian di Masjid UKM Bangi

Salam
Alhamdulillah. Jadual kuliah pengajian bulanan di Masjid UKM Bangi (peta lokasi) telah dimasukkan di dalam blog laman-annur bermula dari pertengahan bulan Januari 2009/Muharram 1430H.
Doakan semoga kekuatan diberikan kepada kita untuk terus menimba ilmu ALLAH yang tiada berpenghujung ini.
Baca lagi...

BICARA UMMAH - Hijrah : Landasan Kegemilangan Ummah

TUAN GURU HAJI MUHAMMAD FUAD KAMALUDIN AL-MALIKI AL-REMBAWI
Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan

22hb JANUARI 2009 / 25 MUHARRAM 1430H (KHAMIS)

Selepas Solat Maghrib

di

MASJID UKM BANGI (peta)

Muslimin & Muslimat dijemput hadir

Baca lagi...

Sunday, January 18, 2009

Kuliah Pengajian Kitab Fiqh Keutamaan oleh YB Ustaz Taib Azzamudin


YB USTAZ TAIB AZZAMUDIN
TARIKH : 20hb Januari 2009 (Selasa)
KITAB : Fiqh Keutamaan
MASA : Selepas Maghrib
TEMPAT : Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
Semua dijemput hadir.
Baca lagi...

ALLAH Tetap Bersamamu...


Baca lagi...

Pak Natsir Damaikan Dunia Politik, Dakwah


(Ulasan Seminar Serantau Memperingati 100 Tahun Pahlawan Nasional Bapak Mohammad Natsir yang telah diadakan di KUIS pada 10 Januari 2009)

KATA-KATA 'berdakwah di jalur politik & politik di jalur dakwah' adalah frasa yang sangat ideal & indah. Namun, dalam situasi yang sangat mencengkam & sengit di panggung politik, kata-kata ini terasa sungguh berat & payah untuk dilaksanakan.
Bagaimanapun, PAS sebagai sebuah parti politik & badan dakwah dituntut melaksanakan dwifungsi ini sekali gus betapapun sukarnya.
Inilah kesan yang saya perolehi ketika mendengar pembentangan & perbahasan kertas kerja di Seminar Sehari Memperingati 100 Tahun Bapak Mohammad Natsir, pemimpin Islam terkemuka Indonesia itu. Seminar tersebut anjuran bersama oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) & Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bangi, 10 Januari lalu.
Almarhum Pak Natsir, adalah sebuah sosok yang menarik, wajar menjadi teladan umat.Dialah tokoh yang mengadunkan kepimpinan politik & dakwah dengan penuh santun & berhikmah.
Kertas kerja Dr Muhammad Nur Manutty dalam seminar tersebut memfokuskan kegiatan dakwah & politik Almarhum yang wajar dicontohi. Beliau memetik pandangan AM Fatwa, bahawa Pak Natsir berjaya merukunkan antara dakwah & politik, atau 'politik tanpa dakwah hancur'.
Banyak yang dapat dipelajari daripada tokoh pemimpin Masyumi itu, kata beliau & menambah, Almarhum berjaya 'mendamaikan' dunia politik & dakwah yang berbeza.
Bagi Dr Muhammad Nur, ini suatu subjek yang wajar diberikan perhatian mendalam oleh pengamal politik yang berorientasikan sekular, para du'at yang alergik dengan politik & para pengamal politik yang berorientasi Islam.
Menurutnya, Pak Natsir yakin kunci untuk mengharmonikan antara dakwah & politik adalah menerusi amalan akhlak mulia.
Beliau berpendapat pandangan Muhammad Natsir ini wajar diberikan perhatian di tengah-tengah politik kotor tidak bermoral semakin berluasa di kebanyakan negara umat Islam. Dr Muhammad Nur berkata, dalam 1 dekad ini amalan politik di Malaysia jelas menyingkirkan peranan agama.
Budaya politik wang bagi memilih pemimpin parti politik semakin berleluasa. Katanya umat Islam sukar mendapat pemimpin beramanah, berintegriti & pemuh tanggungjawab kepada rakyat. Ini kerana wang menjadi elemen penting pemilihan pemimpin politik. Semua pihak yang punya tanggungjawab moral merasa rimas & cemas terhadap masa depan umat serta negara.
Di sinilah, saya fikir, peranan dakwah sangat penting dalam jalur politik. Ertinya, pensebatian jalur politik dengan jalur dakwah, atau berdakwah di jalur politik dan berpolitik di jalur dakwah.
Sya yakin dengan wadah Islam syumul yang diperjuangkan oleh PAS, politik dakwah ini dapat dilaksanakan. Malah ini suatu cabaran besar kepada para pendukung PAS untuk melaksanakannya kerana PAS satu wadah politik Islam yang memiliki dwifungsi tersebut.
Kejayaan Pak Natsir berpolitik secara santun adalah suatu manifestasi kejayaan politik & dakwahnya yang berjuang menghadapi lawan politik dengan hujah ilmu tanpa dendam & benci. Ia sangat sukar diperolehi dari pemimpin politik di mana saja.
Saya yakin, PAS dengan pendukungnya begitu ramai daripada golongan ilmuan agama & profesional serta pendukung setia yang menrima siraman tarbiyah berterusan sejak puluhan tahun dari para naqib & naqibahnya mampu mendukung prinsip dakwah di jalur politik & politik di jalur dakwah ini.
Betapapun pendukung PAS dihambat masa & tenaga serta pelbagai hambatan lagi, namun mereka sedar tanggungjawab ini. Panggung politik yang demikian sengit adalah sebaik-baik tempat untuk mereka memperlihatkan jati diri mereka & ia berbeza dengan pendukung politik sekular yang berkongsepkan 'politik menghalalkan cara'.
Sepas pilihanraya Mac 2008, dengan melimpahnya sokongan daripada rakyat pelbagai kaum terhadap PAS & berubahnya persepsi mereka terhadap PAS, inilah masanya pendukung PAS menyerlahkan lagi akhlak Islam dalam semua gerak kerja politiknya. Ia kesempatan yang paling luas memperlihatkan PAS bersikap terbuka & toleransi, adil, tetapi teguh dengan prinsip Islamnya.
Di sinilah kita perlu mencontohi Pak Natsir melaksanakan amalan dakwah dalam jalur politik yang berjaya menawan hati ramai, termasuk para paderi kristian sendiri. Politik dakwah ini memang sangat diperlukan ketika panggung politik sarat dengan adegan politik wang, penipuan, penyelewengan, & segalanya.
Sukarno yang sekular masih dapat menerima Pak Natsir, seorang Islamis sebagai sehabatnya, kerana akhlak Pak Natsir, sehinggalah hubungan keduanya berantakan apabila Sukarno dipengaruhi Partai Komunis Indonesia (PKI) yang berakhir dengan Almarhum dipenjarakan.
Dr Muhammad Nur memetik kata-kata Dr Siddiq Fadzil, Presiden Wadah, yang mengkritik situasi politik Malaysia masa kini. Dengan berpandangan bahawa 'politik memang perlu dimurnikan dengan membawa agama ke dalamnya, iaitu dengan berpolitik secara agama'.
Bagi Dr Siddiq, politik tidak boleh tidak boleh diperlakukan secara 'pragmatic-utilitarian' yang berpisah dari nilai keagamaan. Katanya, sikap dualistik, beragama secara murni, berpolitik secara permisif, bukanlah sikap tauhidik seperti yang dituntut oleh agama.
Dr Muhammad Nur menekankan bahawa Pak Natsir berjaya menunjukkan teladan bahawa berpolitik & berdakwah dengan etika tinggi, menambah kawan, mengurangkan lawan. Namun, sikap lembutnya sama sekali tidak bertolak ansur dalam perkara aqidah & syariah.
Menyertai seminar sehari tu, saya dapat mengambil mutiara berharga dari hujah para pembicara seperti aDato' Seri Anwar Ibrahim (ucaptama), Prof Dr Kamal Hasan (UIAM), Bapak Shuhada Bahari (Dewan Dakwah Indonesia), Chris Siner Key Timu (Secretariat Vatholic Center for Social Analysis & Sivic Education Indonesia), serta pembentang kerja yang lain. Ia suatu seminar yang sangat bermanfaat.
Oleh : Abdul Shukur Haron (Harakah - bil 1407)
Baca lagi...

Friday, January 16, 2009

Bila Al-Quran Mula Berbicara

Waktu engkau masih kanak-kanak...
kau laksana kawan sejatiku
dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa...
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji...
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali; sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir
dibiarkan dalam kesendirian...kesepian
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau...
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla
engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah-surahKu (Bismillah)
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu...mengasyikkan
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar musik favoritemu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku...
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu...Aku semakin kusam dalam laci-laci mu

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah S.W.T. yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah S.W.T.
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...

Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti...
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri dalam perjalanan ke alam akhirat
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu
Peganglah Aku kembali...
bacalah aku kembali setiap hari
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci
Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku...
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri...
Dalam bisu dan sepi...
Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana... Baca lagi...

Persahabatan Itu Indah


Baca lagi...

Thursday, January 15, 2009

Ceramah Agama oleh Ustaz Yusaine Yahya

CERAMAH AGAMA OLEH USTAZ YUSAINE YAHYA

16 JANUARI 2009 (JUMAAT)

di

SURAU JENARIS TAMAN SRI JENARIS
KAJANG (peta)

Selepas solat Maghrib
Baca lagi...

Rakaman Kuliah Kitab Bahrul Mazi oleh Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad

Salam
Berikut merupakan rakaman audio kuliah Bahrul Mazi jilid 15 yang disampaikan oleh Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad:

Kitab : Bahrul Mazi Jilid 15 muka surat 95

Tarikh : 6hb Jan 2009

Tempat : Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah

Untuk download audio kuliah tersebut http://www.mediafire.com/?xmh2mq4eviy
Sila sebarkan, mudah-mudahan tuan-tuan diberkati.

Daripada : azrul.alwi@gmail.com Baca lagi...

Wednesday, January 14, 2009

Kuliah Pengajian Kitab Al-Azkar

PENGAJIAN BULANAN KITAB AL-AZKAR
OLEH
USTAZ MOHD KHAIRUDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
16hb Januari 2009 / 19 Muharram 1430H
SURAU AN-NUR
Selepas Maghrib
Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir
Baca lagi...

Rakaman Kuliah Tafsir Nurul Ehsan oleh Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

Salam

Berikut merupakan rakaman audio kuliah Tafsir Nurul Ehsan jilid 2 yang disampaikan oleh Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad:

Kitab : Tafsir Nurul Ehsan Jilid 2 muka surat 231

Tarikh : 5hb Jan 2009

Tempat : Masjid Simpang Empat, Permatang Buluh, Pulau Pinang

Untuk download audio kuliah tersebut http://www.mediafire.com/?zzmxlmwzgtk

Sila sebarkan, mudah-mudahan tuan-tuan diberkati.



Daripada : azrul.alwi@gmail.com Baca lagi...

Fakta Yang Menakutkan : "Siapa Yahudi, Siapa Orang Islam"

Membelek akhbar sejak memasuki tahun 2009 seperti membelek ‘catatan dosa’ ummah yang tidak berkesudahan musibahnya. Terutama isu kezaliman Yahudi ke atas umat Islam di Palestin. Hari ini masuk hari ke 18 perang sengit zionis Israel- HAMAS dengan jumlah kematian seperti yang dipertontonkan oleh sumber barat Associated Press (AP), lebih 900 orang terkorban dan 4200 orang cedera parah. Keseluruhan penduduk Gaza 1.5 juta terkurung dalam penjara terbesar dunia; Penjara Gaza.
Saya ingin berkongsi maklumat yang dipetik dari tulisan Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Zaini Hassan tentang fakta-fakta yang menakutkan berkaitan ‘Siapa Yahudi, Siapa Orang Islam’ di masa kini. Saya kira ia bukan bertujuan provokasi tetapi lebih untuk kita menginsafi dan bermuhasabah kembali, mengapakah Allah SWT mencabut darjah kebesaran iaitu ‘KHAIR UMMAH’ daripada diri umat Islam di abad ini.
Menurut Zaini, jawapannya mudah kerana Umat Islam kekurangan ilmu, pendidikan dan pelajaran. Saya ingin menambah kita juga kurang keimanan dan kurang beramal dengan ilmu.
Antara fakta yang ditulis berbunyi begini:
14 juta orang Yahudi di muka bumi- 7 juta di US, 5 juta di Asia, 2 juta di Eropah, 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100)
Siapa antara manusia Yahudi ini?
Nabi Isa AS beragama Yahudi (asal)
Tetapi di kalangan Yahudi yang ‘murtad’ dan menyembah sekularisme ramai. Mereka jugalah Yahudi zionis yang membuang agama dari kehidupan serta memegang kepercayaan ‘matlamat menghalalkan cara.’ Antaranya:
Tokoh Sains dan Falsafah
Albert Einstein, saintis. Sigmund Freud, tokoh psikoanalisis, Karl Marx, Paul Samuelson, Milton Friedman.Benjamin Rubin(pengasas suntikan pelalian), Johas Salk (vaksin polio), Getrude Elion (ubat lawan leukimia), Baruch Blumbergh (vaksin Hepatitis B), Paul Ehrlich (ubat untuk siflis), Elie Metchnikoff (Hadiah Nobel penyakit berjangkit), Bernard Katz(Hadiah Nobel transmisi neuromuskular), Andrew Schally (Hadiah Nobel sistem endokrin dan kencing manis), Aaron Beck (Rawatan mental dan terapi kognitif), Gregory Pincus (pencipta pil perancang keluarga), George Wald (Hadiah Nobel kajian mata manusia), Standley Cohen (Hadiah Nobel embriologi), Willem Kolff (mencipta mesin dialisis buah pinggang).
Sejak 105 tahun, orang Yahudi telah memenangi 90 kali Hadiah Nobel dan 3 kali oleh orang Islam.
Tokoh Perniagaan
Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi’s Jeans), Howard Schultz (Starbucks’s), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Komputer), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin&Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Pemimpin-peminpin dunia
Richard Levin (Presiden Univ Yale University), Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright( Bekas SU negara AS), Alan Greenspan (pembantu Presiden AS di zaman Reagan, Bush, Clinton dan G Bush), Maxim Litvinov (Bekas menteri luar Soviet Union), David Marshal (Bekas Ketua menteri pertama Singapura), Isaac Isaacs (Bekas Gabenor Jeneral Australia0, Benjamin Disraeli (Penulis Britain), Michael Howard ( Bekas SU AS), Jorge Sampaio (Bekas Presiden Portugal), Robert Rubin (Bekas SU Perbendaharaan US).
Media Massa
Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald (Ketua editor Time), Katherine Graham (Penerbit The Washington Post), Joseph Lalyyeld (Editor Eksekutif The New York Times), dan Max Frankel (The New York Times).
Hartawan
George Soros (penyangak mata wang)- menderma AS 4bilion dolar membantu ahli sains dan universiti serata dunia. Walter Anneberg- menderma 2 bilion dolar AS membina ratusan perpustakaan.
Sukan
Mark Spitz- meraih 7 pingat emas di Olimpik, Lenny Krayzelburg- 3 kali pingat emas Olimpik. Boris Becker dan Spitz Krayzelburg adalah Yahudi.
Hiburan
Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis, Peter Falk.
Hollywood diasaskan oleh Yahudi. Pengarah dan penerbit Yahudi; Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1,2,3), Michael Man (Staesky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief of Baghdad), Ivan Reitman (Ghostbusters).
FAKTA LAIN
Di Washington, terdapat pertubuhan lobi Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi ‘membuat apa saja’ demi Israel.
William James Sidis dikatakan manusia tercerdik (IQ 250-300) adalah Yahudi.
Mengapa umat Islam kini lemah?
Umat Islam dianggarkan 1 bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah, dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia adalah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam.
57 negara anggota OIC dicampur semua, mempunyai 500 buah universiti atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. AS mempunyai 5758 universiti, India mempunyai 8407 universiti.
Tahap celik umur di negara maju ialah hampir 90 peratus dengan 15 negara mempunyai 100 peratus celik umur. Manakala negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mencapai 100 peratus celik huruf.
Negara majoriti umat Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap perjuta penduduk. Di AS, 4000 persejuta, Jepun 5000 persejuta. Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan sebaliknya di negara maju, membelanjakan 5 peratus KDNKnya.
Di Pakistan, hanya ada 23 buah akhbar harian per 1000 rakyatPakistan sementara nisbah di Singapura ialah tiga ratus enam puluh. Di UK, jumlah judul buku perjuta orang ialah 2000 sementara di Mesir ialah 20.
Jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah bawah AS$2 Trilion. Amerika sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 TRilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion, dan Jerman AS$2.4 trilion.
Negara pengeluar minyak, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$500 bilion, berbanding Sepanyol AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Kesimpulannya,
Umat Islam perlu gigih berusaha. Sesiapa yang dirinya adalah Muslim perlu menonjolkan potensi dan kekayaan dirinya demi mempamerkan kemegahan bagi Islam. Zaman ini, manusia menilai kekuatan ilmu, ekonomi dan kepakaran. Kita tidak boleh lagi ‘memendamkan’ kebolehan diri tetapi perlu berani menyatakan pada dunia bahawa kita umat Islam bukan selamanya akan ‘bergelandangan’ di bumi yang Tuhan cipta khusus untuk para hamba dan khalifah-Nya.
Ayuh, mulakanlah dengan diri anda sendiri walau di bumi mana anda bernafas. Jangan tidur lepas Subuh dan manfaatkanlah masa yang ada dengan apa sahaja ilmu. Solat jemaah dan tepat pada waktu jangan tinggal. Qiyamulail WAJIB. Jangan terpengaruh dengan budaya hedonisme terutama filem di televisyen.

Kawan, Diri anda adalah ASET UNTUK ISLAM.


Baca lagi...

Tahun Zakat Selangor 1430H

Baca lagi...

Belajar Hijrah Daripada Jamil Azzaini



Ada banyak jenis hijrah. Ada yang semula hidup bergelimang dosa berubah menjadi Islami. Ada yang semula kafir menjadi Islam. Dan, ada juga yang berupaya keras keluar dari jurang kemiskinan dengan cara yang halal.
Untuk ini Jamil Azzaini, Direktur Dompet Dhuafa (DD) Republika & Direktur Pesantren Wirausaha Agribisnis Abdurrahman bin Auf di Klaten, Jawa Tengah, punya kisah hidup yang menarik. Berikut kisahnya:
Ia lahir dari orang tua yang kurang berpendidikan. Ayahnya cuma lulusan SR (sekolah rakyat), sementara ibunya tidak tamat SD (sekolah dasar).
27 tahun lalu, Jamil kecil tinggal bersama keluarganya di sebuah gubuk terbuat dari bambu, di tengah hutan di Lampung.
Kampung terdekat dengan gubuk tersebut berjarak kurang lebih 2 kilometer. Agar aman dari binatang buas, gubuk tersebut dibuat memanggung. Barisan pokok singkong mengelilingi gubuk yang hanya memiliki 1 tempat tidur itu.
Di depan gubuk tersebut ada sungai kecil dengan air yang sangat jernih. Setiap hari Jamil Jamil bermain air & mandi bersama adik & kakaknya di situ. Untuk memenuhi kebutuhan lauk pauk, Jamil sering memancing ikan di rawa kecil di dekat tempat tinggalnya. Suatu saat, ketika Jamil sedang memancing, ayahnya datang & duduk di sampingnya.
"Mil, bapak punya cerita tentang kerang mutiara & kerang rebus. Sambil mancing kamu dengarkan ya," kata sang bapak.
Beliau kemudian bertutur: "Seekor kerang belia ketika mencari makan akan membuka penutup badannya. Maka saat itu, pasir pun masuk ke dalam badannya. Sang, kerang menangis,'Bunda, sakit bunda, sakit, ada pasir masuk ke dalam tubuhku.' Sang ibu menjawab, 'Sabarlah nak, jangan kau rasakan sakit itu, bila perlu berikan kebaikan kepada sang pasir yang telah menyakitimu.'
Kerang belia itu masih menangis, namun air matanya ia gunakan untuk membungkus pasir yang masuk ke dalam tubuhnya. Hal ini terus menerus ia lakukan. Rasa sakit itupun mulai berkurang bahkan kemudian hilang. Ajaibnya, pasir itu justru berubah menjadi butiran yang sangat cantik, menjadi mutiara.
Ketika dipanen & kemudian dijual, ternyata kerang yang berisi mutiara itu harganya sangat mahal. Sementara kerang lain yang tak pernah merasakan sakitnya pasir cuma menjadi kerang rebus yang dijual murah, bahkan diobral di pinggir-pinggir jalan."
Sang ayah menarik nafas sebentar, lalu meneruskan ceritanya.
"Kalau kamu tidak pernah mendapat cobaan & merasakan sakit, maka kamu akan seperti kerang rebus, yakni menjadi orang murahan. Tapi, kalau kamu mampu menghadapi cobaan bahkan mampu memberikan manfaat kepada orang lain ketika sedang mendapat cobaan itu, maka kamu akan menjadi seperti kerang mutiara."
"Mil, kerang rebus diobral di pinggir jalan sementara mutiara dijual mahal, diletakkan di tempat terhormat, & dikenakan oleh orang-orang terhormat. Hidup itu pilihan Mil. Kamu bisa memilih hendak menjadi kerang mutiara atau kerang rebus. Semua terserah kepada kamu."
Sang ayah kemudian bertanya, "Kamu memilih menjadi apa, Mil?"
Jamil menjawab, "Saya ingin menjadi kerang mutiara Pak!".
Cerita itu sangat mempengaruhi perjalanan hidup Jamil selanjutnya. Ketika duduk di SMP, ia harus mencari biaya sendiri untuk membayar SPP. Selepas subuh, Jamil sudah pergi ke kebun karet untuk mengambil getah dari perkebunan karet di PTP X. Pekerjaan itu bisa ia tuntaskan sebelum jam 7 pagi. Ia dibayar 4,000 perak selama sebulan.
Kerana pekerjaan itu, aroma tak sedap kerap menempel di tangannya. Walau dicuci dengan sabun, aroma itu tetap tak hilang. Tak heran jika di sekolah, tangannya sering diludahi teman-teman. "Sekali waktu ludah teman saya mengenai wajah saya. Saya sempat menangis kepada ayah & menyatakan berhenti dari pekerjaan itu," cerita Jamil.
Namun, ayahnya mengingatkan kembali cerita itu. "Kamu mau jadi kerang mutiara atau kerang rebus?" katanya. Jamil pun kembali bersemangat menghadapi semua kegetiran itu.
Ketika lelah mengayuh sepeda sepanjang 23 km menuju sekolah SMAN Way Halim di Bandar Lampung, ia juga selalu mengingat cerita itu. Waktu terus berlanjut. Karena kepintarannya, Jamil diterima kuliah di IPB, Bogor, Jawa Barat. Namun, ia tak punya ongkos untuk pergi ke Bogor. Terpaksalah Jamil & ayahnya mencari pinjaman ke salah seorang tetangga di kampung.
"Alhamdulillah Pak, Jamil diterima di IPB. Tapi saya tidak punya wang untuk memberangkatkan dia. Tolong pinjuami saya wang 300,000 rupiah saja," ayahnya berkata kepada sang tetangga.
Sambil menghisap rokok, tuan rumah itu menjawab, "Wah hebat, bisa diterima di IPB, tapi kalau ngak punya wang ya ngak usah panjang angan-angan. Sudah tahu miskin, lho kok mau kuliah. Baru mau berangkat saja sudah pinjam. Bagaimana nanti biaya bulanannya? Apakah bertahun-tahun mau pinjam wang terus?"
Dihina begitu sang ayah tertunduk lemas. Jamil tak tahu apa yang bergemuruh di benak ayahnya ketika itu. Tak terasa butiran air mengalir di pipi Jamil, tapi dibiarkannya. "Bagi saya itu seperti air mata kerang belia yang sedang membungkus pasir yang masuk ke dalam tubuhnya," cerita Jamil.
Singkat cerita, pria kelahiran Kutoarjo, 9 Augustus 1968, itu akhirnya berangkat ke Jakarta dengan bekal seadanya. Dengan tekad ingin mengangkat darjat keluarga, Jamil akhirnya bisa mengawali kuliahnya di Program Studi Penyuluhan & Komunikasi Pertanian, Jurusan Sosial Ekonomi Pertanian.
Tentu saja dengan bekal yang sangat minim, Jamil muda lagi-lagi harus menghadapi kegetiran demi kegetiran. Ia terpaksa harus menumpang tidur di masjid kampus kerana tidak bisa menyewa kamar kost sendiri. Beberapa kali ia juga pernah menumpang di tempat kost teman-temannya.
Untuk menghemat bekalnya, seringkali ia hanya makan sehari sekali. Namun, begitu kuat niatnya untuk mengubah nasib, ia terus bertahan dengan berjualan koran, buku & menjadi penjaga masjid.
Allah maha Adil, dengan keyakinan kuat akan cita-cita, mental tegar & semangat kerja kerasnya, serta bermodal kecerdasannya, ia mulai membuka usaha bimbingan belajar. Sejak itu perjalanan hidup ayah 4 putra, alumni Program Studi Magister Manajemen Agribisnis Program Pascasarjana IPB itu menuai banyak keberkahan.
Kini aktivis dakwah semasa kuliah itu masih diamanahi sebagai pengurus Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAS). Selain itu, ia juga membangun lembaga edukasi Kubik Training & Consultancy. Kepada setiap peserta training ia selalu berkata, "Saya telah memilih menjadi kerang mutiara. Bagaimana dengan anda?"

Oleh: Deka Kurniawan/Suara Hidayatullah (Edisi Januari 2008)

Baca lagi...

Aurat Muslimah


Baca lagi...

Monday, January 12, 2009

Sepenuh Cintaku...

jika aku tanamkan sepenuh cintaku pada dunia,
pasti dunia akan ku tinggalkan,
kerna dunia bukanlah milikku....
jika aku tanamkan sepenuh cintaku pada makhluk yang bernyawa,
pasti yang bernyawa akan berhenti bernyawa,
bila tiba ajalnya....
jika aku cintakan yang berpunya,
yang berpunya pasti pulang ke pangkuan TUAN nya,
bila tiba masanya....
jika aku cintakan yang yang MAHA ESA dan yang KEKAL di sana,
pasti aku akan bahagia dan takkan kecewa,
kerna aku adalah MILIKNYA.......

Sumber : manchuping.blogspot.com

Baca lagi...

Boycott Israel!!!


Baca lagi...

Free Palestine!!!


Baca lagi...

Khutbah: Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam oleh Saifulislam

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.
Firman Allah SWT:
"Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu:
"Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan
sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau" [al-Israa' 17:
4]
Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.
Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail `alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu `alayhi wa sallam.
Firman Allah SWT:
"Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang
pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami
yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala
ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu)
adalah satu janji yang benar-benar berlaku" [al-Israa' 17: 5]
Sidang Jumaat, rahimakumullah…
Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H.
Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi.
Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.
Sidang Jumaat sekalian,
Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil. Itulah 'sumbangan' Yahudi. Kerosakan demi kerosakan.
Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam ayat yang saya bacakan tadi.
Jamaah kaum Muslimin sekalian,
Apakah tindakan kita? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya? Sesungguhnya, kita mempunyai 3 bentuk tindakan yang menanti perlaksanaan.
Tindakan pertama, adalah dengan MENGECAM.
Kita boleh dan perlu untuk membuat kecaman. Membantah dan menyuarakan penentangan kita terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Sama ada kecaman itu dibuat dalam bentuk demonstrasi, ucapan, khutbah dan penulisan, kecaman mesti diteruskan.
Kecaman ini boleh menjustifikasikan sokongan dan kebersamaan kita dengan saudara-saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga menjadi bukti terhadap kepedulian kita. Ia menjadi tanda bahawa kita bukan terdiri dari kelompok manusia yang disebutkan oleh Allah dengan perumpamaan buruk sebagai BINATANG TERNAK.
Firman Allah SWT:
"Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai" [al-A'raaf 7: 179]
Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu MAKAN, MINUM, KERJA, REHAT dan KAHWIN.
Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka. Namun kecaman bukanlah tindakan yang terbaik oleh seorang mukmin.
Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam telah bersabda:
Daripada Abu Sa'eed al-Khudri
radhiyallahu `anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu `alayhi
wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran,
maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk
berbuat demikian, maka
hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika
beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan
hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat
Muslim]
Arahan Nabi Muhammad sallalaahu `alayhi wa sallam terhadap tindakan kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk MENGUBAH keadaan. Tindak balas kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu.
Sidang Jumaat rahimakumullaah,
Tindakan kedua yang mesti kita lakukan untuk bertindak terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin adalah selepas MENGECAM adalah MENCEGAH.
Mencegah boleh berlaku dalam beberapa bentuk.
Cegahan pertama adalah pada usaha mengelakkan diri untuk menjadi mangsa kepada kemungkaran itu. Ia mungkin boleh diertikan sebagai tindakan untuk berhijrah meninggalkan tempat di mana kemungkaran itu berlaku.
Ia mungkin berupaya menyelamatkan diri kita buat sementara, tetapi ia tidak akan dapat menamatkan kemungkaran itu daripada terus menerus berleluasa. Dan segala puji bagi Allah, saudara kita di bumi Palestin tidak bertindak melarikan diri. Jika mereka tidak punya semangat yang kuat untuk mempertahankan diri dan maruah Islam, sudah pasti mereka bertempiaran lari menjadi pelarian di bumi asing.
Namun Allah anugerahkan bumi itu dengan manusia yang kental jiwa. Mereka terus bertahan. Biar pun hanya dengan lastik dan batu, berundur tidak sekali-kali! Sama ada menang, atau syahid fi sabillah.
Mencegah yang kedua pula, boleh diertikan dengan tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot.
Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu.
Firman Allah SWT berkenaan dengan hal ini:
"Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan
untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya
harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai
pasukannya" [Al-Israa' 17: 6]
Di era kerosakan kedua oleh kaum Yahudi ini, Allah SWT menjelaskan bahawa kekuatan mereka adalah hasil yang diperpanjangkan kepada mereka berupa harta kekayaan dan sumber tenaga manusia. Ayat ini amat jelas menunjukkan kepada kita, bahawa regim Yahudi Zionis hari ini menjadi kuat hasil sokongan luar yang mereka terima.
Sokongan itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada negara Polis Dunia iaitu Amerika Syarikat.
Laporan http://www.ifamericansknew.org/ menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.
Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.
Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.
Sidang Jumaat sekalian,
Walau bagaimana pun, tindakan mengecam dan mencegah masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu `alayhi wa sallam kepada kita. Bahawa kemungkaran mesti menerima tindak balas yang bersifat MENGUBAH.
Perubahan itulah yang mesti diperhatikan oleh kita semua.
Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab?
Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?
Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, SEPERTI MARAHKAN ANJING MENYALAK BUKIT. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?
Kaum Muslimin rahimakumullaah,
Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk "Antara Ilusi dan Realiti"� (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah)�, al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.
Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung "pemimpin"tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.
Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?
Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti. Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya "seorang patung". Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti. Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi. Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.
Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti. Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?
Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita. Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh. Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.
Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.
Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.
Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.
Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam. Islam yang tulen. Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.
"Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali .." [al-Israa' 17:
8]
Kembalilah kepada Allah, agar Allah kembali kepada kita dengan bantuan dan kemenangan!

Oleh : ABU SAIF @ www.saifulislam. com. Surau (Jumaat) al-Munir, Sri Kembangan12 Muharram 1430H / 9 Januari 2009
Baca lagi...