Saturday, February 28, 2009
Doa Pendinding & Penggerak
Sumber : www.darussyifa.org
Manusia Yang Didoa Malaikat...Siri 3
(7) ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN SOLAT SUBUH & ASAR SECARA BERJEMAAH
Rasulullah SAW bersabda:
"Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang
menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), & malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar & malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, "Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?", mereka menjawab, "Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat & kami tinggalkan mereka sedang mereka melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari Kiamat". (Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Al Musnad no. 9140, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
(8) ORANG YANG MENDOAKAN SAUDARANYA TANPA PENGETAHUAN ORANG YANG DIDOAKAN
Rasulullah SAW bersabda:
"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada alaikat
yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'amin' & engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan" (Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ummu Darda' r.a. Sahih Muslim no.2733)
(9) ORANG-ORANG YANG BERINFAK
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali
2 malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, "Ya Allah,
berikanlah ganti bagi orang yang berinfak". Dan lainnya berkata, "Ya Allah,
hancurkanlah harta orang yang kedekut" (Imam Bukhari & Imam Muslim
meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Sahih Bukhari no.1442 & Sahih Muslim
no.1010)
Bersambung...
Manusia Yang Didoa Malaikat...Siri 2
4) ORANG-ORANG YANG MENYAMBUNG SAF PADA SOLAT BERJEMAAH (TIDAK MEMBIARKAN SEBUAH KEKOSONGAN DI DALAM SAF)
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah & para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf" (Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban & Al-Hakim meriwayatkan daripada Aisyah r.a. hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib 1/272)
5) PARA MALAIKAT MENGUCAPKAN 'AMIN' KETIKA SEORANG IMAM SELEPAS MEMBACA AL-AFATIHAH
Rasulullah SAW bersabda:
"Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalin', maka
ucapkanlah oleh kalian 'Amiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan
dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Imam
Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Sahih no.782)
Rasulullah SAW bersabda:
"Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah seorang di antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batau wudhunya, (para malaikat) berkata, "Ya Allah ampunilah & sayanglah ia" (Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Al Musnad no.8106,
Syaikh Syakir mensahihkan)
Thursday, February 26, 2009
Manusia Yang Didoa Malaikat...Siri 1
"Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di
dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa, "Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci" (Imam Ibnu Hibban meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a., hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib 1/37)
> ORANG YANG SEDANG MENUNGGU WAKTU SOLAT
Rasulullah SAW bersabda
"Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya, "Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah, sayangilah ia" (Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Sahih Muslim no.469)
> ORANG-ORANG YANG BERADA DI SAF BARISAN DEPANDI DALAM SOLAT BERJEMAAH
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah & para malaikatNya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf-saf hadapan" (Imam Daud (dan Ibnu Khuzaimah) daripada Barra' bin 'Azib r.a. hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Daud 1/30)
Bersambung...
Sumber : mingguanwasilah 27 April - 5 Mei 2008 ms 31
10 Tip Didik Anak Cintai NABI
Sumber : Anis bulan Mac 2009 (ms 22-23)
Wednesday, February 25, 2009
ANIS Keluaran Mac 2009 / Rabiulawal-Rabiulakhir 1430
"Sebaik-baik wanita ialah Maryam binti 'Imran & Khadijah binti Khuwailid" (Riwayat Bukhari & Muslim"
"Saya tidak pernah cemburu terhadap salah seorang daripada para isteri Nabi SAW sebagaimana cemburuku terhadap Khadijah. Saya tidak pernah melihatnya tetapi Nabi SAW sering menyebut-nyebut namanya. Kadang-kadang baginda menyembelih kambing, lalu memotongnya menjadi beberapa bahagian lalu mengirimkannya kepada kawan-kawan Khadijah. Terkadang aku berkata kepada baginda, "Seolah-olah di dunia ini tidak ada wanita lain selain Khadijah". Rasulullah SAW menjawab, "Sesungguhnya Khadijah itu seorang wanita yang utama, bijaksana & darinya aku dikurniakan anak". (Riwayat Bukhari & Muslim)
"Khadijah beriman ketika orang-orang kafir kepadaku, dia membenarkanku ketika orang-orang mendustakanku & dia membantuku dengan hartanya ketika orang-orang lain memulaukanku" (Riwayat Ahmad)
Tuesday, February 24, 2009
Monday, February 23, 2009
Sunday, February 22, 2009
Forum Pemikiran Bangi Siri Ke-III
Tarikh : 16 Februari 2009
Ruj : PPBBB/FPB-3/ 09(1)
Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE FORUM PEMIKIRAN BANGI SIRI KE III
Pihak Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi akan menganjurkan Forum Pemikiran Bangi Siri Ke-III yang bertemakan "Peranan NGO & Surau-surau Dalam Merealisasikan Bangi Sebagai Bandar Ilmu". Forum ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul pandangan serta pendapat para pimpinan surau serta NGO yang berada di sekitar Bandar Baru Bangi bagi merealisaikan Bangi sebagai Bandar ilmu sepertimana yang telah diisytiharkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada 23 Jun 2008 yang lalu.
Forum ini akan diadakan seperti maklumat berikut:
Tarikh : 1 MAC 2009 (AHAD)
Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput 3 0rang wakil dari institusi /surau tuan/puan ke forum tersebut. Bersama-sama ini juga kami lampirkan tentatif program serta kad jemputan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan. Untuk keterangan lanjut berkaitan dengan program ini pihak tuan boleh menghubungi Ust Jameer di talian 012-6370023.
Segala kerjasama pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang Benar,
DR TAJUL ARIFFIN NOORDIN
Yang Di Pertua,
Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi
Anjuran : PERSATUAN PENDUDUK BANDAR BARU BANGI(PPBBB) , MINI KABINET ADUN BANGI, JASA , ISIUKM & GABUNGAN SURAU-SURAU BANDAR BARU BANGI
TENTATIVE PROGRAM FORUM PEMIKIRAN BANGI SIRI KE III
9.00 pagi : Pendaftaran & Jamuan
9.20 pagi : Ucapan Aluan YDP, Persatuan Penduduk BBB
Ucapan Adun Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar
10.15 pagi : Forum Pemikiran Bangi
> Al-Fadhil Tuan Kadhi Kajang > Prof Madya Dr Zulkiple Abd Ghani (Ahli Akademik) > Dr Mohd Nur Manuty (Timbalan Presiden, Wadah) > Tuan Haji Mohd Ghazali Abas (Pengerusi, Surau An-Nur)
12.30 tgh : Sidang Pleno
1.30 tgh : Resolusi & Penutup
Rakaman Kuliah Pengajian Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad
Berikut merupakan audio kuliah-kuliah pengajian kitab yang disampaikan oleh Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad:
1) 10 Feb 2009 - Masjid Jamek Jelutong, Pulau Pinang - Bahrul Mazi Jilid 19. Sila klik sini untuk muat turun audio
2) 9 Feb 2009 - Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak - Tafsir Nurul Ehsan Jilid 4 ms 143. Sila klik sini untuk muat turun
Sila sebarkan, mudah-mudahan kita semua diberkati.
"Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk (hidayah), maka baginya ganjaran
pahala sama seperti pahala orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangi sedikitpun" (Riwayat Muslim)
Sumber : Azrul Alwi (azrul.alwi@gmail.com)
Saturday, February 21, 2009
Siri Pengajian & Diskusi Kitab Bersama Tuan Guru Syaikh Muhammad Noeruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Friday, February 20, 2009
Rakaman Kuliah-Kuliah Pengajian di Surau An-Nur
lamanannur@yahoo.com
Thursday, February 19, 2009
Why We Must Read Al-Quran?
Moral of the story : Read Al-Quran frequently as it will purify our heart. When we have pure heart, it is easy to do righteous and leave jahiliyah and badness in ourselves.
Pengajian Kitab Bersama Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki
Tarikh : 26 Shafar 1430H/22 Februari 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya
Kitab : Sairus Salikin
Sama-sama kita mengimarahkan lagi majlis ilmu ini.
lamanannur@yahoo.com
Monday, February 16, 2009
Buku Telaga Budi Karangan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat - Ulasan 2
"Syurga & neraka. Kedua-dua projek raksasa ini pun sudah ada. Apabila syurga ini sudah ada, hendak kaji apa lagi. Kewujudannya sudah disahkan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu peristiwa Israk Mikraj. Dalam kesempatan diberi hidup menumpang di bumi Allah inilah kita semua sedang diuji sama ada mahu melaksanakan Islam ataupun tidak. Individu diuji secara individu & pemimpin kerajaan serta pemerintah, juga diuji dalam bentuk amanah kekuasaan. 'Ujiannya ialah sejauh mana kamu berusaha melaksanakan Islam' & bukannya sejauh mana kamu mengkaji & berusaha menyesuaikannya dengan teori ekonomi Adam Smith ataupun teori sosialis Karl Marx & menghalang pelaksaan Islam"
"Jika ada orang yang mengatakan bahawa politik tidak boleh dibawa ke masjid, ini bermakna orang ini menolak kesyumulan Islam"
"Kita perlu ingat pula bahawa syaitan itu boleh jadi terdiri daripada kalangan syaitan asli ataupun syaitan dalam bentuk pemikiran yang karut-marut dengan segala macam pengaruh daripada isme-isme buatan manusia. Di sini, sama ada kita mengikut kehendak Allah ataupun mengikut kehendak syaitan. Kehendak ketiga atau yang disebut juga sebagai ' atas pagar', tidak ada. Itu hanyalah rekaan nafsu semata".
Sumber : Ulasan Buku oleh Faizah Herda Mohd Azaman (Harakah bil.1415)
Kuliah Adab-Adab Membaca Al-Quran oleh Ustaz Zahazan Mohamed
"Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat"
"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya, Kami akan mencatat perkataan mereka itu" (QS Ali Imran [3]: 181)
"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)"
"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya"
Khutbah Jumaat oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil (SaifulIslam)
Di suatu ketika, seorang sahabat Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang dahulunya seorang Nasrani, iaitu ‘Adi bin Hatim radhiyallaahu ‘anhu, bertanya kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam: siapakah yang dimaksudkan dengan al-maghdhoob ‘alayhim (golongan yang dimurkai Allah) seperti yang tersebut di dalam surah al-Fatihah? Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “mereka itu adalah Yahudi”. Adi bertanya lagi: siapakah pula yang dimaksudkan sebagai al-dhaalloon (golongan yang sesat) itu? Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “mereka itu adalah Nasrani”. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad serta dinilaikan sebagai sahih.
Kaum Muslimin sekalian,
Biar pun pada aqidah kepercayaan kaum Yahudi itu ada sesatnya, namun mereka lebih menonjol sebagai golongan yang banyak menimbulkan kerosakan yang mengundang murka Allah. Begitu juga dengan kaum Nasrani, walaupun terdapat juga perlakuan mereka yang merosakkan dan mencetuskan murka Allah, namun mereka lebih menonjol sebagai kaum yang mendatangkan kepercayaan yang sesat dan mengelirukan. Justeru Yahudi disimbolkan sebagai KAUM YANG DIMURKAI-NYA, manakala kaum Nasrani pula dilabelkan sebagai KAUM YANG SESAT.
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)” [al-Nisaa’ 4: 69]
Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:
“Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya” (Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)
Inilah tugas pertama yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala ke atas bahu seorang ibu dan seorang bapa;
“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia di atas fitrah. Maka ibu bapalah yang meYahudikannya, meNasranikannya serta meMajusikannya” [Hadith riwayat Muslim / 4803]
Menjelang 14 Februari, kaum Nasrani dan masyarakat Barat sibuk meraikan Hari Valentine. Hari Kekasih yang disandarkan secara sejarahnya kepada Valentine of Rome, peristiwa mengenang Saint Valentine yang dikebumikan di Via Flaminia sekitar tahun 269M. Hari Valentine yang mengalami pelbagai penafsiran di sepanjang sejarah Eropah Moden akhirnya menjadi hari memuja kekasih, tidak terhad hanya kepada nilai, cara hidup dan kaum Nasrani di Barat, malah akhirnya menyerap sebagai budaya kaum Asia.
“Para kekasih dan teman akrab, pada hari itu, akan saling menjadi musuh di antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]Para kekasih yang berkasih dalam belenggu dosa, kasihnya hanya hiasan nafsu di dunia. Di akhirat kelak, tatkala para kekasih ini berdepan dengan keputusan Allah ke atas mereka, setiap seorang akan bermusuhan dengan orang yang pernah dikasihinya, kerana masing-masing mahu menyelamatkan diri. Hanya yang bertaqwa sahaja beroleh jemputan berikut:
Jika mahu membalas cinta, balaslah dengan cara yang menyampaikan dua kekasih itu ke syurga. Bukan cinta berbalas dosa.(Mereka - yng bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): “Wahai hamba-hamba-Ku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita”.(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,70. (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan” [al-Dzukhruf 43 : 68-4-70]
“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agama aku” [al-Kaafiroon 109: 1-6]
Sunday, February 15, 2009
Buku Telaga Budi Karangan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
"Tiada pemimpin yang menggunakan Islam seistiqamah beliau dalam apa jua keadaaan. Sekali gus, tiada ulama yang memiliki wilayah pemerintahan untuk diuji kekesanan Islam bawaan Nabi-Nabi & rasul-Rasul selain dari(pada) Nik Abdul Aziz"
SEPAUT KATA DI TELAGA BUDI
Bismillah...
Telaga terlalu sinonim dengan alam desa. Ia sumber kehidupan. Ia lazimnya redup. Ia sumur tempat menghilang dahaga. Ia menyejukkan. Ia tempat utama takungan budi. Hanya ahlinya jualah yang sedia memahami hikmah kata-katanya.
Menyedari Tok Guru Nik Abd Aziz rata-rata dilihat istimewa, bahkan sering membawa gaya yang ganjil berkelainan, kami cuba mendekati kata-katanya itu. Ini kerana lontarannya acap mengundang pelbagai reaksi. Ada juga yang mencemuh & ramai pula yang terpukau. Dalam rangka & dimensi inilah buku TELAGA BUDI mengahdirkan diri.
Proses pembikinan buku ini dimulakan dengan cerewet. Kami secara terbuka ingin mengaku bahawa kami cermat, bahkan terlalu cermat kerana terlampau cerewet. Kami selektif. Hanya yang mencabar minda & menuntut justifikasi lanjut daripada kata-katanya sahaja yang kami angkat. Justeru, tampillah sehimpun kata-kata seorang Tok Guru untuk dikupas & diperisikan. Alhamdulillah. Kini, antara isi & tulang yang dengan teliti diasingkan di 2 tempat, buku ini cuba mewajarkan sebuah tunjuk arah & jalan ke hadapan. Soalnya, kenapa Nik Abdul Aziz meletakkan ayat-ayat sedemikian? Adakah Nik Abdul Aziz tersalah atau ada sesuatu unsur penyebab yang menyebabkan ia disebut begitu?
Dengan latar belakang Islam sepenuhnya yang boleh dijejaki daripada biografi hidupnya, tidak syak lagi apa yang keluar daripada beliau adalah kata-kata yang terbit dari hening telaga ilmu berteraskan keimanan & keyakinan. Tidak mungkin segayung air yang jernih diceduk dari telaga yang keruh. Masakan!
Dalam setengah-setengah keadaan kata-kata Tok Guru sudah menjadi ringkas. Ia padat seperlunya justeru ia mengusung makna hikmah yang berlapis, kesan jalan ilmu berliku yang ditempuhinya. Ia sudah bernilai metafisika. Bagaikan madah & kata-kata falsafah seperti yang pernah disebut Gothe, kata-kata yang bernilai sedemikian disebut begini:
"The weeding out of all the unnecessary details & left us the GIST the essentials - the proverbs. They are the wisdom of the ages in the fewest words"
Kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz kadang-kadang sudah mencecah nilai-nilai klasik sezaman yang boleh diuji & tahan uji.
Kami tidak mahu mengatakan buku ini terbaik tetapi kami boleh berani katakan yang ia lebih baik daripada mana-mana buku himpunan kata-kata orang besar-besar dunia. Ia semata-mata kerana kata-kata beliau kukuh bersandar. Jika ia sehimpun kayu, duduknya terletak. Di sana ada Allah & bahu Rasul-Nya yang sedia menanggung.
Semoga budi yang kami taburkan dalam pusingan ini tidak sia-sia. Ya Allah, perkenankanlah. Wallahua'lam.
Dari meja Anbakri Publika, 23 Muharram 1430 bersamaan 20 Januari 2009
Friday, February 13, 2009
Thursday, February 12, 2009
Kuliah Maghrib oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil (SaifulIslam)
Semua dijemput hadir.
Rakaman Kuliah Maghrib oleh Ustaz Yusaine Yahaya
Kuliah Agama oleh Ustaz Yussaine Yahya yg bertajuk "Ibadah Rasulullah SAW" dirakamkan pada Maghrib 6/2/09 di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi.
Sila email kepada Encik Arman Alim Mohd. Ismail armanaismail@gmail.com untuk mendapatkan rakaman audio kuliah tersebut.
Usaha murni Encik Arman amat dihargai semoga mendapat keberkatan daripada Allah ta'ala hendaknya, amin.
lamanannur@yahoo.com
Kata-Kata Hikmah Ulama
"Islam mengajar kita, apabila manusia selalu diawasi oleh Raqib & Atid, walaupun ada ibu bapa, guru, ustaz, polis, & askar, ada lagi ALLAH yang Maha Mengawasi. Mari kita bersama-sama 'besar-besarkan' kesedaran ini. Inilah cara untuk menangani masalah sosial yang sangat kritikal sekarang ini. Semangatnya ialah, sekalipun polis tiada, Allah tetap ada. Tuhan sentiasa ada & sentiasa melihat perbuatan kita"
Tuesday, February 10, 2009
Rakaman Kuliah-Kuliah Pengajian Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad
Berikut merupakan audio kuliah-kuliah pengajian kitab yang disampaikan oleh Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad:
1) 2 Feb 2009 - Masjid Permatang Buloh, Simpang 4, Penang - Tafsir Nurul Ehsan Jilid 2 ms 233
Sila klik sini untuk muat turun audio
2) 3 Feb 2009 - Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah - Bahrul Mazi Jilid 15 ms 233
Sila klik sini untuk muat turun audio
Untuk pengetahuan semua, kuliah bulanan Ustaz di Masjid Sultanah Bahiyah boleh ditonton secara LIVE melalui http://www.mymkkk.tv/
Sila sebarkan, mudah-mudahan kita diberkati.
Oleh : Azrul Alwi
Monday, February 9, 2009
MAKLUMAN : Jadual Kuliah Pengajian Bulanan - Kemaskini
Berikut adalah jadual kuliah pengajian agama di beberapa buah masjid/surau yang telah diupload ke dalam blog laman-annur untuk rujukan Tuan/Puan:
> Laman An-Nur
> Masjid Jamek Kajang
> Masjid UKM
> Surau Al-Amin, BTHO
> Surau Al-Buhairah, Bandar Bukit Mahkota
> Surau Al-Ehsan, Bandar Baru Bangi
> Surau Al-Kauthar, Bandar Baru Bangi
> Surau Al-Madani, Bandar Baru Bangi
> Surau Al-Munir, Taman Equine
> Surau An-Naim, Wangsa Maju
> Surau As-Sobah, Bandar Baru Bangi
Kelas Intensif Al-Quran - Kelas Dewasa
Sunday, February 8, 2009
Bicara Ummah : Umat Islam & Ancaman Kristianisasi
Seminar Kefahaman Pelbagai Budaya Berkenaan Kewajipan Anak Soleh
TARIKH : 17-18 Februari 2009 (Selasa & Rabu)
MASA : 7.30 pagi - 4.30 petang
TEMPAT : Dewan Utama, IKIM, 2 Langgak Tuanku, off Jln Duta, KL
PROGRAM : Sila klik di sini (di bawah seksyen 'Program')
Saturday, February 7, 2009
Thursday, February 5, 2009
Tuesday, February 3, 2009
MAKLUMAN - Jadual Kuliah Pengajian Agama Bagi Bulan Februari 2009
Berikut adalah jadual kuliah pengajian agama di beberapa buah masjid/surau yang telah diupload di dalam blog laman-annur untuk rujukan Tuan/Puan:
- Masjid Al-Azhar, KUIS
- Surau Al-Amin, Bandar Baru Bangi
- Surau Al-Ehsan
- Surau Al-Ikhlas
- Surau Jenaris, Kajang
- Surau Saujana Impian, Kajang
Untuk masjid/surau yang lain, akan menyusul dalam masa yang terdekat ini.
Sunday, February 1, 2009
Kuliah Maghrib Ustaz Hasrizal di Surau Al-Munir
TARIKH : 3hb Februari 2009 / 7hb Safar 1430H (Selasa)
MASA : Selepas Maghrib
TEMPAT : Surau Al-Munir, Sri Indah, Persiaran Lestari Perdana, Seri Kembangan (peta)
Semua dijemput hadir.